Bab 19

Romance Completed 115002

“Morning sayang.. Cantik-cantik ni nak pergi mana?"

“Morning. Fiqa nak keluar dengan Hana. Abang tak kerja ke?"

“Ni nak pergi lah ni. Keluar dengan Hana tu, ada lelaki sekali tak"

Rafiqa menjengilkan mata buat encik suami. “Mana ada lah abang."

“Abang jelous eh" Dia mula ketawa kecil

“Of course lah sayang"

Rafiqa duduk di meja makan bersama suaminya.

“sorry ye, Fiqa tak sempat nak masak" sudu dan garfu dicapainya lalu memasukkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

“Takpe, lagipun nasi lemak ni abang beli je."

“Sayang, abang nak cakap sesuatu ni" sambungnya lagi.

“Apa?"

“Abang nak lagi tau, yang malam tu"

Terdesak Rafiqa yang menelan nasi lemak tu. Air kosong dicapainya.

“Abang ni. Dahlah, Hana dah tunggu tu. Jom lah"

Pecah ketawa Danish. “Taklah, abang bergurau je sayang. Apa-apa pun, thank you tau sayang"

“Most welcome. Dah, jom lah. Fiqa tunggu kat kereta"

“Ok"

“Abang hantar kat depan tu je abang" Rafiqa menunjuk-nunjukkan jari telunjuknya ke arah Pasar Raya itu. Danish mengangguk.

“Dah sampai"

Tangan suaminya disalam dan dicium. “Thank you abang."

“Thank you je" Danish tersenyum. Senyum yang mempunyai maksud tersirat.

“Habistu nak apa?"

Danish meletakkan jari telunjuknya di pipi. “Kiss" Arahnya lembut.

“Haish abang ni. Yelah-yelah" Rafiqa mendekatkan bibirnya ke arah pipi Danish. Belum sempat Rafiqa mencium pipinya, lantas Danish berpaling menyebabkan dia tidak sengaja mencium bibir encik suami.

Membulat terus mata Rafiqa. “Abang sengaja ambil kesempatan kan"

Danish tersengih. “Sayang balik dengan sapa ni?"

“Oh takpelah. Hana yang hantar."

“Okelah, kalau sayang cakap macam tu. Take care tau"

Rafiqa mengangguk. Pintu kereta Danish ditutupnya.

“Dah lama tunggu?"

Rafiqa mengangkat wajahnya. “ Aku awal 10 minit dari kau"

“Sorry lah wei. Jalan jem tadi"

Rafiqa mengalihkan pandangannya di tepi Hana. “Firash?"

“Oh, lupa nak kenalkan kau. Ni tunang aku Firash. Korang kenal ke?"

Rafiqa mengangguk. “Pernah kenal"

“Owh. Oklah jom masuk" Rafiqa berjalan mendahului dulu dari mereka berdua.

“Eh Fiqa. Kau tunggu sini kejap eh. Aku nak pergi toilet jap". Rafiqa hanya sekadar mengangguk.

Hilang sahaja kelibat Hana, Firash terus bersuara.

“You nampak makin cantik sekarang ni" puji Firash.

Rafiqa ketawa kecil. Lucu?. Entah, tak tahu lah ia satu benda yang lucu atau tak.

“Tapi Hana lagi cantik tau"

“I don't think so". Ujar Firash bersahaja. Rafiqa mengerutkan dahinya. “Kenapa?"

“Sebab I dah ‘ter‘fall in love dekat you"

Ayat yang ringkas, tapi cukup membuatkan hati Rafiqa berdetap kuat. Dia tak salah dengar kah?. Mulut baru sahaja ingin terbuka, tapi kehadiran Hana membuatkan perbuatannya terbantut.

“Sorry aku lambat. Dah jom". Rafiqa mengangguk.

Firash membetulkan sikit posisinya.

“Hana, kau rasa mana satu lagi cantik. Warna biru laut atau warna biru muda" Rafiqa memegang kiri kanan dress labuh yang suruh Hana pilih.

Firash masih setia memerhati Rafiqa. Walaupun rasa tak selesa, tapi ditepisnya.

“Mhmm, bagi aku warna biru laut" Jawab Hana.

“Bagi I, I suka warna biru muda" Firash tiba-tiba mencelah.

“Er takpelah. I try dua-dua" Rafiqa menuju ke bilik persalinan.

Tak sampai 5 minit, dia keluar semula bersama pakaian dress labuh yang berwarna biru laut.

“Ok tak?"

“Mhmm, not bad" ujar Hana. Dia mengalihkan pendangannya ke arah Firash.

“Cantik.Tapi bagi I warna biru muda tu lagi sesuai." puji Firash pula. Rafiqa tersenyum.

“Jap aku pergi salin yang ni." Baru sahaja dia ingin melangkah, tiba-tiba ada suara yang datang mencelah diantara mereka bertiga.

“Tak payah tukar. Warna tu lagi sesuai". Semua mata tertumpu ke arah Danish. Danish hanya tayang muka selamba saja.

Dia datang menghampiri Rafiqa. “Cantik. Biar abang bayar. Sayang tanggalkan dulu baju tu"

“Okey"

“Abang, kenapa senyap je ni. Dari tadi lagi tak nak bercakap dengan Fiqa. Fiqa ada buat salah ke?" Rafiqa memandang suaminya yang sedang galak bermain telefon.

Danish menutup telefonnya. Memerhati tepat ke arah anak mata cik isteri. “Kenapa kena ada Firash sekali kat situ?"

Rafiqa ketawa. “Ni kes cemburu lah ni"

“Sayang, I'm serius now." Danish masih dengan wajah cemberutnya.

“Manalah Fiqa tahu. Dia kan tunang Hana."

“Tapi abang tak suka lah dia ada"

“Kenapa?"

“Cara dia pandang sayang tu, abang rasa dia sesuatu tau"

Rafiqa terdiam. Patutkah dia memberitahu Danish apa yang Firash katakan kepadanya. Tapi mungkin kalau dia memberitahu semuanya, takut boleh merumitkan lagi keadaan.

“Sayang?" panggil Danish.

“Ye, kenapa?."

“Lain kali kalau nak keluar dengan Hana, pastikan jangan ada Firash. Kalau dia ada jugak, biar abang ikut sayang"

“Ok. Fiqa janji"

Danish mengusap kepala isterinya. ”good" hidung Rafiqa dicuitnya.

*****

“Yang kau duk tenung gambar Fiqa tu dah kenapa?" Nina mencelah.

“Hish kau ni. Terkejut aku" jelingan tajam dihadiahkan buat sahabatnya.

“Aku rasa macam pernah tengok tau muka Fiqa ni. Tapi tak cam sangat, cuma aku rasa yang aku pernah jumpa dia. Tapi aku tak ingat kat mana" sambungnya lagi

“Tapi kan, muka kau tu ada iras-iras Fiqa lah sikit. Tapi sikit je. Kalau nak dibandingkan Fiqa dengan kau, aku rasa Fiqa lagi cantik" Puji Nina. Tapi puji tu ikhlas tau. Sebab memang betul pun Fiqa cantik.

Liana mencebik. “Kalau kau nak kutuk aku, baik kau diam"

Nina terus diam. Dia membuat gaya zip mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience