Bab 31

Romance Completed 114969

Kereta Nina berhenti betul-betul di hadapan rumah Danish. Ditekan hon kereta berkali-kali. Dia menjenguk ke luar melalui cermin keretanya.

“Mak aihh, rumah punya lah besar." bersinar-sinar mata Nina melihat. Rumah besar macam istana, tapi yang tinggal hanya dua orang je.

Tidak lama kemudian, Liana keluar dari rumah itu dengan muka masam mencuka. Nina malas ambil kisah pasal kawannya itu, siapa suruh kacau rumahtangga orang sangat.

Sebaik sahaja Liana membolos masuk di terus menengking sahabatnya itu. “Jalan la!!" Nina sepantas kilat menekan pedal minyak. Kereta Myvi berlalu dari rumah Danish.

“Kau kenapa ni? Bad mood je. Jadi ke plan kau tu?" perli Nina, masih tekun dengan memandunya.

“Kau diam. Kalau aku cakap pun, bukannya kau nak tolong aku" Liana menjeling tajam ke arah sahabatnya. Dia tarik muncung.

“Cantik jugakan rumah Danish tu. Dah macam istana" ujar Nina lagi sengaja mencurahkan minyak ke dalam api.

“Dalam rumah tu, punyalah banyak bilik. Kau tahu tak, dia boleh biarkan aku tidur kat ruang tamu je. Tak hormat lansung tetamu" omel Liana. Geram betul dengan sikap Danish yang semakin hari semakin menjauh darinya.

“Sebab kau tu tetamu tak diundang. Mestilah diorang layan macam tu" Nina tertawa dihujung bicara.

Liana menahan marah. “Kau berhentikan aku kat depan tu" jari telunjuknya ditunjukkan kepada sebuah hotel yang gah berdiri.

Mulut Nina melopong. “Kau jangan cakap yang kau nak buat benda terkutuk tu lagi"

“Apa salahnya" dia terus keluar dari perut kereta. Nina mengecilkan mata, melihat lelaki yang memeluk pinggang Liana tanpa rasa bersalah, Nina menggeleng kepala. Bilalah kau nak insaf Liana. Sesungguh bermaksiat adalah perkara yang paling hina dalam islam. Aku gagal jadi kawan kau. Aku betul-betul tak boleh nasihatkan kau lagi. Sesekali mendengar keluhan berat dilepaskan.

Seperti biasa, dia harus membuat kerja rumah sementara ayah mertuanya masih tidak mengizinkan dia bekerja.

Peluh dilap menggunakan hujung lengan bajunya. Dia menyelak sedikit rambutnya yang tarjuntai ke depan. Penyapu disandarkan pada dinding dapur.

Rafiqa berjalan ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan pada sofa. Remote tv dicapainya. Serta-merta tv yang tadinya gelap mula mengeluarkan warna. Dia mengibas mukanya. Panas.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Cuaca panas ni. Elok kalau aku sidai kain" dia bangun semula, laju kakinya mengambil bakul baju yang berisikan baju basah itu.

Satu-persatu baju disidainya. Tapi dia memerhatikan satu baju yang diambilnya tadi. “Baju aku ke ni?" Kerutan di dahi diukirnya.

“Nampak macam baju Liana. Tapi dia bawak ke baju?" tanpa banyak cakap, dia menyidai juga baju itu. Mungkin esok dia boleh bagi balik baju Liana ni kalau menjumpanya.

Nina membuka pintu sebaik sahaja mendengar pintu rumahnya diketuk bagai nak pecah.

“Asal lambat sangat kau bukak pintu ni!"

Nina diam seribu bahasa. Dia mengangkat mukanya melihat wajah Liana. “Kau kenapa ni Liana? kau okey ke? muka kau macam pucat je ni" soal Nina bertalu-talu

“Aku okey. Cuma penat je" Baru kakinya ingin melangkah ke arah tangga tiba-tiba dia merasakan segala makanan yang dia makan tadi ingin memuntahkan balik.

Segera dia berlari ke dalam bilik air. Dia memuntahkan segala isi yang ada dalan perutnya. Nina yang melihat itu semakin cemas. Entah kenapa dia merasakan ada yang tidak enak sahaja akan terjadi pada kawannya.

“Jom ikut aku pergi klinik" tangan Liana diheretnya. Liana tidak membantah. Memang dia rasa dirinya lemah sahaja saat ini.

Nina menunggu di depan bilik doktor yang merawat kawannya itu. Hatinya kuat menyatakan yang Liana betul-betul akan menghadapi masalah.

Tidak lama kemudian, keluar Liana bersama plastik ubat ditangannya. “Kau macam mana? doktor cakap apa?"

Liana menggigit bawah bibir. “Kita cakap dalam kereta" ujarnya lemah. Terus dia menghayun langkah ke pintu keluar.

Nina hanya akur sahaja.

“Doktor cakap apa? bagitahu lah aku?" desak Nina. Enjin kereta masih tidah dihidupkan olehnya. Memang rasa panas sangat kat dalam kereta ni, bila cermin kereta pun tak dibuka. Tapi ditepisnya rasa panas itu.

“Aku....aku...aku...pregnant" teragak-agak Liana mengucapkan kata-kata itu. Mulut Nina melopong. “Kau...kau biar betul?! aku salah dengarkan?" Nina masih tidak percaya. Takkanlah Liana mengandung.

Lambat-lambat Liana mengangguk. “Aku...aku tak tahu sapa ayah anak ni" matanya mula memberat. Air mata bertakung di tubir mata.

“Aku tak boleh nak tolong kau, Liana. Aku tak mampu nak buat apa-apa" terlebih dahulu Nina nenarik diri. Takut dirinya pula yang akan terlibat.

“Aku nak buat macam mana ni?"

Nina terdiam. Dia pun tidak boleh nak berbuat apa-apa. Dia pun manusia juga.

“Aku rasa, baik kau bagitahu dekat lelaki yang pernah kau tidur tu pasal ni. Diorang akan bertanggungjawab"

Cepat-cepat Liana menggeleng. “Diorang pernah bagitahu aku, kalau aku mengandung diorang takkan bertanggungjawab. Sebab diorang dah bagi aku duit." Liana kancing gigi. Bila teringatkan semua tu, begitu bodoh dirinya mempercayai lelaki.

Keluhan berat dilepaskan oleh Nina. “Kau kenapa bodoh sangat Liana. Kau sanggup jual harga diri kau semata-mata untuk duit? aku dah tak kenal dah Liana yang dulu. Aku nak Liana yang dulu, bukan yang sekarang ni. Bila kau nak insaf Liana?"

Akhirnya air matanya gugur jua. “Aku takkan jadi macam ni kalau bukan sebab perempuan tu!!!" tengking Liana kuat. Rambutnya diramas kasar. Begitu naif Liana menyatakan hal itu. Masih tidak matang. Kenapa nak dipersalahkan orang lain, kalau dia sendiri yang menentukan.

“Habistu kau nak buat apa lepasni ah?" Nina pun mula naik protes. Sampai bila dia kena bersabar dengan Liana ni. Makin dia sabar, makin seronok Liana boleh tinggikan suaranya. Dia pun takkan jadi lemah.

“Aku nak bagitahu Danish yang ni anak dia" Liana terdiam. Tidak disangka yang dia akan melibatkan Danish dalam masalahnya.

“Kau jangan buat kerja gila, Liana"

Liana masih diam. Tiba-tiba akal jahatnya mula muncul. “Ye, aku nak Danish bertanggungjawab atas anak yang aku kandung ni"

“Masalahnya tu bukan anak Danish!" tengking Nina kuat. Tahap kesabarannya sudah hilang. Liana sanggup mempergunakan orang lain semata-mata cinta.

Liana tersenyum sinis. “Kau ada nampak muka aku ni kisah? biar Danish jadi pak sanggup. Barulah aku boleh hidup dengan Danish selamanya. Biar perempuan tu merana. Biar dia rasa macam mana aku rasa sekarang ni"

“You cruel!" tidak betah bercakap dengan Liana lama-lama di dalam kereta itu terus dia menghidupkan enjin kereta. ‘Nak saja aku tinggal Liana ni kat tepi jalan, tapi bila mengingat kembali yang aku dan Liana ni masih lagi berkawan aku tak teragak untuk mengahalaunya keluar walaupun ni kereta aku' gumam Nina. Stereng kereta, dipegangnya kuat.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-29 17:04:46 

hi. dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience