Bab 3

Romance Completed 114969

“B, so you setuju jelah dengan permintaan papa you tu". Ujar Liana sambil tangannya melingkar kemas di pinggan Megat Danish Fikri.

Danish hanya mengangguk. Lagipun ini saja, jalan yang dia ada.

“So kita putus lah" sambung Liana.

Danish berpaling tepat ke arah Liana. “Baby, I
janji dengan you. Walaupun I dah kahwin dengan perempuan tu, you akan tetap di hati I sampai bila-bila. Takde sapa pun boleh gantikan tempat you". Balas danish lalu mencuit hidung Liana. Serta-merta hidung gadis itu kemerah-merahan.

Cepat-cepat Liana mengosok-gosok hidungnya itu

Danish tersenyum bahagia.

“Majlis pertunangan you bila." tanya Liana tidak puas hati

“3 jari je lagi." balas Danish.

“Whatt!!" tempik Liana. Lengan yang melingkar di pinggan Danish itu, dilerainya. “Kenapa awal sangat." tutur Liana sambil memuncungkan bibirnya.

“I buat ni untuk you juga sayang. You kan nak hidup senang. So, you bayangkan kalau papa I sapu semua kekayaan I. I akan kehilangan harta I dan yang paling penting sekali, I akan kehilangan you." pujuk Danish.

Liana termakan dengan pujukan lelaki idamannya itu. “B, I laparlah. Jom makan" ajak Liana.

“Mhmm, sorrylah. I ada meeting jap lagi. I datang sini pun sekejap aja. Lain kali eh, I janji. Bye" Danish mengambil kunci keretenya lalu berlalu pergi dari kondo itu.

Liana hanya memasam muka sahaja. Perut yang lapar tadipun terasa kenyang pula.

*****

“Mhmm beb. Ada apa kau ajak aku lunch ni. Takde angin takde ribut. Mesti ada sebab kan." tutur Nina iaitu sahabat baiknya daripada bangku sekolah lagi.

“Danish, dia dah nak bertunang." Liana bersuara perlahan.

“Dia...dia nak kahwin dengan kau ke."

“Aku cintakan dia. And, aku pasti dia pun cintakan aku. Tapi disebabkan orang tua tu lah, hubungan aku dengan dia dah tak rapat macam dulu. Papa danish tu, dah ambik perempuan mana entah, untuk dijadikan menantu." bebel Liana.

Nina menghirup sedikit air jus orennya..“Mhmm, habistu nak buat macam mana. Dah jodoh si Danish tu dengan perempuan tu. Anggap jelah, korang berdua ni takde jodoh." selamba Nina menuturkan kata-katanya itu tanpa memikirkan dulu perasaan insan dihadapannya.

“Kau cakap ikut sedap mulut je eh. Danish pernah bagitahu dekat aku, kalau dia dah kahwin suatu hari nanti dia tetap akan sayangkan aku sorang je." ujar Liana sambil tersenyum sendirian.

Nina sekadar menggelengkan kepala. Kalau bercakap dengan Liana ni esok pun tak kan habis.

****

“Bang, macam mana dengan Danish tu. Dia setuju ke tak. " tanya Datin Rosmah.

“Of course lah setuju." jawab Dato Megat Ibrahim.

“Tapi kan, abang tak rasa ke yang ini memaksa. Lagipun, Danish tak pernah bersemuka pun dengan bakal tunang dia tu." Tanya Datin Rosmah lagi.

“apa wak cakapkan ni. Saya takkan salah pilih menantulah. Saya percaya, bahawa Rafiqa Ariana sahajalah yang boleh membawa Danish tu ke jalan yang benar." Jawab Dato Megat Ibrahim pula.

“Saya haraph-harap macam tu jugaklah.ujar Datin Rosmah lalu menghadiahkan senyuaman buat suaminya.

SORRY SAYA UPDATE LAMBAT MALAM NI. SEBAB SAYA BETUL-BETUL TAK SEMPAT. AND, SORRY JUGAK KERANA BAB NI SIKIT JE.. INSYA'ALLAH, SAYA AKAN BUAT LEBIH PANJANG YE.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience