Bab 15

Romance Completed 115002

“See you, sayang" Danish mengucup lembuat pipi isterinya. Nasib baik mereka masih lagi dalam kereta. “Ish, abang ni. Kita kerja sekali kut." Rafiqa ketawa kecil.

“Memang kerja sekali, tapi bilik tak sekali tau."

Rafiqa tersenyum. “Abang" panggilnya lembut

“Apa?"

“Kalau Fiqa takde nanti, apa yang abang akan buat."

Berubah terus riak wajah Danish yang gembira tadi kepada suram. Perlahan-lahan dia memgambil tangan isterinya itu lalu dipegangnya erat.

“Kalau sayang takde, abang pun akan takde juga. Dah, jangan cakap macam tu. Sayang nak tinggalkan abang ke?"

Rafiqa cepat menggeleng. “Taklah. Mhm, jomlah abang kita keluar. Takkan nak duduk dalam kereta je." Rafiqa ketawa. Cuba membuat keadaan menjadi gembira balik.

Danish pantas mengangguk. Lalu turun bersama-sama dengan Rafiqa.

Para staf memberi tunduk hormat kepada mereka semua, sebelum berlalu ke bilik masing-masing.

****

Liana duduk di sofa sambil tangan sebelah kanannya memegang handphone. Dia ketawa riang. “Masa yang ditunggu-tunggu akan tiba."

Gambar Rafiqa dengan lelaki lain itu dipegangnya.

‘Klik!!'

Gambar ditangkap. Tinggal berapa minit sahaja lagi, untuk send ke media sosial. “Kejap lagi, kecoh lah satu Malaysia." Liana mula ketawa jahat.

“One!"
“Two!"
“Three!"

Gambar yang ditangkapnya tadi, telah di send ke media sosial. “Hahahaa, mati lah kau Fiqa. Aku akan buat kau terseksa, macam mana aku terseksa dulu."

*****

“Arghhh!!" Habis semua kertas di sepahkannya. Mirza yang baru masuk ke bilik Danish cuba mendekati kawannya.

“Kau ni dah kenapa?"

“Kau tengok ni." Danish menunjukkan gambar isterinya itu, tengah bertiduran dengan lelaki lain. Mirza mengangkat kening sebelah.

“Habistu, kau percaya?"

“Gila, tak percaya. Memang betul, dia curang belakang aku."

“Zaman sekarang ni, banyak fitnah. Aku tak rasa yang Fiqa sanggup buat macam tu."

“Arghh, suka hati kau lah nak percaya ke tak."

“Habistu, kau nak buat apa?"

“Aku...aku tak tahu"

“Aku rasa, better kau bincang baik-baik dengan dia. Bagi dia explain dulu." Mirza memberi nasihat.

Danish hanya tersenyum hambar.

****

“Puan Rafiqa, Boss suruh Puan masuk" Ujar Nurul.

Rafiqa mengangkat mukanya. “Ok" Dia memgambil buku nota dan sebuah pen sebelum menuju ke bilik Danish.

“Masuk". Danish mengarah untuk masuk.

Rafiqa masuk dengan senyuman di bibir.

“Aku nak kau siapkan kertas kerja ni, hari ni jugak."

Zeppp!!! Bagaikan terkena panah petir. Kasar sungguh bahasa Danish kepadanya. "Aku, kau. Aku ada buat salah ke?" Gumamnya dalam hati.

“Kau tercegat apa lagi, dekat situ. Ambil la." Danish melempar kertas itu, sehingga bertaburan di lantai.

Air mata Rafiqa mula bergenang. Perlahan-lahan dia membengkokkan sedikit badannya itu, untuk mengutip semula.

“Dah, kau boleh pergi. Ingat tu, aku nak kau siapkan hari ni jugak."

Rafiqa mengangguk bersama senyuman kelat.
Hilang sahaja kelibat Rafiqa, Danish meraup mukanya kasar.

“Sanggup kau curang belakang aku"

*****

Rafiqa kembali semula ke biliknya. Dihemburkan tangisan semahu-mahunya. Mesti ada tak yang tak kena. Dikerling sekilas ke arah telefonnya.

Rafiqa mula membuka telefon. Rafiqa terkaku. “No, No. Tu bukan aku." Air mata mula laju membasahi pipi. Siapalah, yang sanggup memfitnahnya.

“Mungkin, ni ke yang Danish marah dekat aku?"

Rafiqa mula rasa gelisah. Takkan aku pernah ada musuh.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menyiapkan juga kertas kerja yang diberikan oleh Danish tadi.

****

Tepat pada pukul 6 petang, Danish lalu dihadapan pintu bilik isterinya. Kelihatan dari dinding kaca itu, Rafiqa sedang membuat kerja.

Kaki laju melangkah ke pintu keluar. Malas hendak memikirkan benda yang dah terjadi.

Danish mula masuk dari kereta Audi miliknya. Rafiqa?. Lantaklah, kalau dia nak balik dengan apa.

***

Rafiqa menggeliat kecil. Akhirnya, sudah pun kerjanya. Dikerling sekilas ke arah jam di biliknya. “Alamak, dah pukul 10". Mulalah dia nak gelabah. Berkemas apa yang patut dahulu. Lampu ditutup. Suis aircorn dimatikan.

Rafiqa mula menaiki lift. Hingga lah sampai di hujung lobi, dia menarik nafas lega. Penat.

Sempat security yang bernama Ali atau dikenali sebagai Pak Ali menegurnya. “Aih, baru balik?"

Rafiqa berpaling. “Ha'ah Pak Ali." Rafiqa tersenyum.

Kakinya mula melangkah ke arah bus stop. Rafiqa menepuk dahi sendiri. “Alamak, bus mana berhenti malam-malam ni."

Akhirnya, dia memgambil keputusan untuk duduk sahaja di bus stop tu. Nak telefon dekat Danish, handphon dah habis bateri.

Hampir setengah jam dia menunggu, sebuah kereta BMW hitam datang ke arahnya. Rafiqa memandang pelik. “Takkan suami aku, tukar kereta baru pulak".

Tiba-tiba dua orang lelaki yang memakai hoodie beserta topi di atas kepala datang mendekati Rafiqa. Rafiqa mula takut.

“Kau masuk." Arah salah seorang lelaki itu.

“Aw....awak sapa?"

Salah seorang kawan kepada lelaki itu, mula mengacukan pistol ke arah Rafiqa. Rafiqa kaget. “Baik kau masuk, sebelum aku tembak kau." ugut lelaki itu.

Rafiqa mula bangun, lalu perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta. Hati tidak berhenti beristighfar.

******

Danish mundar mandir dalam biliknya. Ingin sahaja, dia keluar mencari Rafiqa tapi egonya melarang. Tiba-tiba terdengar pintunya di ketuk dari luar. Kakinya laju melangakah ke pintu.

Terjengul wajah Datin Rosmah. “Ye, ma.. Ada apa?"

“Fiqa tak balik lagi ke?"

Danish diam. Datin Rosmah memandang anaknya pelik. “Danish?"

Danish tersentak. “Mhmm, Fiqa baru je call Danish tadi. Dia cakap dia tidur kat rumah Hana" Danish mula mereka cerita.

“Hana?. Anak Pak Long kamu tu. Dia dah balik Malaysia ke?. Tak sangka pula mama, Rafiqa dan Hana kawan baik."

Danish mengangguk bersama senyuman kecil.

“Mhmm, oklah kalau macam tu. Mama masuk tidur dulu."

Danish menutup pintu rapat. Melepaskan keluhan berat. Menyesal pula dia menyuruh isterinya itu, membuat kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience