Bab 29

Romance Completed 114969

Bunyi sahaja pintu rumah dibuka, Liana terus meluru ke arah pintu itu. Sebaik sahaja, Danish masuk ke dalam rumah, tiba-tiba dia dipeluk dari belakang.

Danish mengerutkan dahi. Tak pernah sekali, Rafiqa memeluknya sebegini. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum.

“I miss you" ujar Liana menggoda. Pelukan diketatkan.

Mendengar suara itu, Danish melepaskan tangan Liana yang memeluknya. Dia menoleh ke belakang. “You buat apa, kat sini Liana?"

“Owh, I datang sini nak jumpa you lah. Lagipun Fiqa tidur. You don't worry okay" bersahaja dia menjawab. Tiada riak takut mahupun terkejut.

Danish segera berlari ke tingkat atas. Liana mendengus kasar. Kakinya dihentak kuat. “Aku tahu lah, kau masih cintakan aku kan. Kalau tak, kenapa kau biarkan je bila aku peluk kau tadi"

Pintu bilik dibuka. Kelihatan isterinya sedang membuka telekung. “Sayang" Danish memeluk Rafiqa.

“Kenapa ni?"

“Kenapa Liana ada sekali kat dalam rumah kita ni"

“Liana cakap nak tunggu abang balik. Kenapa? Abang dah jumpa dia ke?" lembut sekali Rafiqa berkata-kata. Walaupun itu menyakitkan, tapi dia tak boleh lemah. Kau kuat Fiqa.

“Abang tak suka dia ada kat sini. Kenapa sayang biarkan je dia masuk kat dalam rumah ni" Danish berdecit. Geram betul dengan sikap isterinya yang selalu je bagi orang pijak kepalanya sendiri.

“Fiqa kesian dekat dia. Lagipun Fiqa nampak dia bersungguh-sungguh tunggu abang tau."

“Abang jumpa lah dia ya" sambungnya lagi.

Keluhan dilepaskan. Takkanlah isterinya tak cemburu langsung.

Sebaik sahaja melihat Danish dan Rafiqa turun bersama-sama, Liana mencebik. “Asyik berkepit je"

“Jom makan, Danish" Muka yang masam mencuka tadi, terus jadi semanis gula.

Danish tidak membalas apa-apa sebaliknya Rafiqa hanya mengangguk.

Melihat Danish yang ingin melabuhkan punggung itu, cepat-cepat dia mengambil tempat di sebelah Danish. Rafiqa tergamam, tapi dikuatkan juga hati ini.

Bibir terpaksa menguntum senyum hambar. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang berhadapan dengan suaminya dan Liana.

Danish menjeling sekilas ke arah Liana. ‘Gediknya lah aku tengok kau ni, perempuan' gumam Danish.

“Nah Danish" nasi goreng diberikan kepada Danish. Danish mengambil tanpa memandang ke arah Liana.

Liana berdecit geram. Tak berterima kasih langsung.

“Err, Liana ke yang buat ni?" soal Rafiqa. Nasi goreng disupkan ke dalam mulutnya.

“Yup. Sedap ke tak?"

Entah kenapa nasi goreng yang disuapnya tadi, rasa payah sangat hendak kunyah. ‘ni batu ke nasi ni.'

Danish pun menyupkan sedikit nasi ke dalam mulutnya. ‘melekit. Berbeza sungguh dengan isteri aku masak' tiba-tiba rasa seperti hendak memuntahkan balik nasi goreng tadi.

“kenapa nasi ni ----"

“sedap lah Liana masak" terus Rafiqa memotong percakapan Danish. Bukannya dia tak tahu, yang Danish akan bagitahu yang masakan Liana tidak sedap.
Liana menguntum senyum yang paling manis.

“err, Liana tak nak balik lagi ke?" soal Rafiqa pula.

“Lupa nak inform dekat you. I tidur sini malam ni. Sebab kawan I takde. So, I takut lah tidur sorang-sorang kat rumah tu. Boleh kan kalau I bermalam kat sini untuk satu malam?" Wajah Rafiqa dan Danish dipandang silih berganti.

Danish tersedak. Cepat-cepat Liana menghulurkan air kepada Danish.

Rafiqa menelan air liur. Gugup. Dia mengalihkan pandangan kepada Danish pula. Tapi langsung tiada balasan pada lelaki itu.

Liana tersenyum sinis.

~~~~~~~~~FLASHBACK~~~~~~~

“Liana. Dapat pun call kau. Kau kat mana ni?" cemas sahaja suara Nina di dalam talian.

“Kau tak payah risau lah Nina. Aku kat rumah Danish ni"

“What! kau datang rumah Danish nak buat apa?!"

“Adalah" jawabnya bersahaja bersama ketawa kecil.

Nina disana, sudah menggeleng kepala. “Ni, sebelum aku terlupa. Jantan muka belang tu, call kau. Tapi kau tak angkat, sampaikan dia datang rumah tau"

Liana berdecit geram. Tak boleh tengok orang senang langsung. Ada je benda nak buat. “Kau cakap jelah dekat dia, yang aku demam ke sakit ke apa. Pandai-pandai kau lah"

“Yelah-yelah. Kau balik bila?"

“Esok"

“Jadi maknanya, kau akan tidur sanalah"

Liana mengangguk. Walaupun anggukannya itu tidak dapat dilihat oleh Nina. “Yes, aku akan tidur dekat sini"

“Tapi kalau Danish dan Fiqa tu tak bagi macam-mana?"

Liana ketawa sinis. “Aku akan pastikan diorang bagi aku bermalam kat sini. Kau don't worry. Okeylah, aku letak dulu. Apa-apa aku call kau balik"

Klik!

Panggilan dimatikan.

Nina mengurut pelipis. Pening nak layan karenah sahabatnya yang sorang tu. Perangai dah lah tak boleh bawak berbincang. Keras kepala pulak tu.

~~~~~END FLASHBACK~~~~~~

“mhmm, kalau awak nak tidur sini untuk satu malam, boleh lah. Saya izinkan" ujar Rafiqa bersama senyuman.

Liana melompat gembira. “owh, thank you so much. So, malam ni I kena tidur kat bilik mana?"

“You tidur kat ruang tamu je" Danish mencelah. Dia mulai bangun, menuju ke dapur untuk memabasuh tangan.

Tidak lama kemudian, Danish kembali lagi bersama toto dan bantal. “Nah." toto dan bantal itu dicampakkan ke bawah.

Liana menahan geram. “Takkanlah I nak tidur kat sini"

“This is my house. You nak tidur sangat kat sinikan. So you tidur je kat ruang tamu ni" Danish berlari ke tingkat atas. Meninggalkan Liana yang terkebil-kebil disitu.

Rafiqa terus mendaptkan Liana. Lengan adiknya itu diraih. Tapi direntap kasar oleh Liana. “This is your fault" kepala Rafiqa ditunjalnya. Turun naik dada Liana menahan marah.

Rafiqa menahan sebak di dada. Perlahan-lahan dia mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

“Arghh!" habis toto yang diberikan oleh Danish tadi dilemparnnya. Tidak dihirau kalau rumah orang pun. Ada dia kesah.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-28 12:20:09 

it's ok, dear. i suka baca this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-28 12:15:26 

tqvm dear. lama i'm waiting tau...


NovelPlus Premium

The best ads free experience