Bab 5

Romance Completed 114969

Majlis pertunangan itu hanya membuat kecil-kecilan dan menjemput saudara mara yang. berdekatan sahaja.

“Alhamdulillah, tak lama lagi Fiqa akan jadi menantu mama" ujar Datin Rosmah dengan teruja.

Rafiqa hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata bakal mentuanya.

“Mana pulak si Danish ni. Tak nampak lagi batang hidung dia". Tutur Datin Rosmah sambil mencari kelibat anaknya.

Tidak lama kemudian. Kereta Ferrari Spider milik Danish masuk ke perkarangan rumah agam itu.

Danish menyalami kedua ibubapa nya dulu. Sempat juga dia menjeling ke arah Rafiqa.
“Ha, Danish. Lambat kamu sampai" ujar Dato Megat Ibrahim.

“Sorry pa. Jalan jem tadi" Danish memberi alasan.

“Abang Danish ni nampak makin hensem la." jampuk Julia iaitu sepupu kepada Megat Danish Fikri. Dia memang dah lama menyimpam perasaan kepada Megat Danish Fikri. Dan apabila mendengar berita yang Danish sudah bertunang hatinya semakin sakit.

Danish menjauhkan sedikit jaraknya dengan Julia. Memang betul-betul rimas.

Entah kenapa hati Rafiqa dipagut rasa cemburu bila melihat adegan itu. “Ma, Fiqa nak naik atas dulu eh. Rasa berlengas pulak badan ni" Ujar Rafiqa.

Datin Rosmah hanya mengangguk sahaja.

Sempat lgi Danish senyum sinis kepada Rafiqa. “Jeles lah tu" desis hati Danish.

*****

Usai membersihkan diri, Rafiqa berbaring di atas tilam empuknya..Memang sangat-sangat selesa.

“Seronok, baring atas katil tu" ujar satu suara yang membuatkan Rafiqa tersentak. Dia memalingkan tubuhya ke arah pintu bilik itu lantas bersuara.

“A.....awak buat apa kat dalam bilik saya ni." tergagap-gagap Rafiqa menuturkan kata-katanya.

“First time tau aku jumpa orang yang mengambil kesempatan dekat aku semata-mata untuk hidup mewah. Kau ingt sikit eh, kalau mama dan papa aku tak kutip kau. Hidup kau mungkin akan miskin, dan kau pun mungkin tak boleh tidur atas katil ni." Ujar Danish.

“Kalau awk tak tahu apa-apa baik awak tutup mulut awak tu."

“Eh, kau ni kan. Harap muka je cantik. Aku cakap sikit melawan. Kau tahu tak, kalau tak disebabkan harta, aku pun tak ingin la nak kahwin dengan perempuan murah macam kau ni" jerkah Danish. Pintu bilik Rafiqa ditutup dengan sangat kuat.

Rafiqa menitiskan air matanya apabila mendengar cacian dari mulut Danish. “Murah sangat ke aku ni?" soal nya. “Ya allah, kau kuatkanlah hatiku ini untuk terima semua dugaan mu ya allah" rintih Rafiqa.

Air matanya masih tidak mahu berhenti sehingga lah ia terlena di samping air matanya itu.

****

“Morning ma." ujar Rafiqa Ariana lalu melabuhkan punggungnya ke meja makan.

“Kenapa mama pandang Fika macam tu" tanya Rafiqa pelik.

“Tak.. Mama cuma nampak pelik je dengan kamu harini. Cantik blous tu" usik Datin Rosmah sambil ketawa kecil.

Hari ini Rafiqa mengenakan blous biru laut yang bawah dari lutut dan rambut paras pinggangnya di di ikat dengan kemas.

“Takdelaha ma. Fika nak pergi jumpa kawan lama jap." tutur Rafiqa

“Ooo. Fika nak Danish hantarka ke." Tanya Datin Rosmah.

“Eh, tak...tak payah." Tolak Rafiqa.

“Boleh je kalau Danish nak hntr" jampuk Danish. Lalu melabuhkan punggungnya berhadapan Ariana.

Danish terkakau melihat kecantikan Rafiqa. Memang cantik sangat-sangat.

“Danish...danish...Jauh menegalamun tu" ujar Datin Rosmah.

Danish hanya melemparkan senyuman sahaja.

****

“Kau nak aku hantar kau kat mana ni" tanya Danish. Matanya langsung tidak memandang Rafiqa.

“Awak boleh je hntr saya kat bas stop." jawab Rafiqa.

“Betul ke ni, kau nak suruh aku hantar kat bus stop."

Rafiqa hanya mengangguk sahaja.

Tidak samapi 10 minit, Danish memberhentikan keretanya di bus stop. Baru sahaja Rafiqa ingin membuka pintu, dia melihat ada 3 penagih-penagih dadah. Dia mulai takut untuk turun.

“Kenapa tak turun?" tanya Danish buat-buat tak tahu.

“Mhmm...awak hantr saya kat depan tu sikit boleh tak?" tanya Rafiqa sambil.

“Ahh, tak boleh. Aku nak kau turun jugak dekat sini". keras Danish.

‘macam mana ni?' soalnya. Perlahan-lahan dia membuka pintu kereta itu dan mmebolos keluar. Serta merta kereta Ferrari Danish sudah ditinggalkannya.

“Eh, ada bunga lah dekat sini" ujar salah seorang pengih itu. Mereka bertiga mula mendekatkan dirinya ke arah Rafiqa. Rafiqa tergamam di situ. dia cuba melawan, tapi kudratnya sebagai sorang perempuan tidak setanging dengan kudrat lelaki.

Tiba-tiba kereta bmw hitam menekan hon..Membuatkan mereka terkejut. Lelaki itu mulai turun dan memandang tepat ke arah 3 orang lelaki itu. “Jangan kau berani lgi nak kacau dia." jerkah lelaki itu. Tidak semena-mena lelaki yang tidak dikenalinya memegang tangan Rafiqa dan menyuruhnya untuk masuk je dalam kereta.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience