Bab 11

Romance Completed 114969

“Aku terima nikahnya Nur Rafiqa Ariana Binti Mohd Razali dengan mas kahwinnya sebanyak 1000 riggit, tunai"

Dengan sekali lafaz, mereka telah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Rafiqa menitiskan air mata nya semasa menadah tangan. Kini, hentilah zaman bujangnya. Dia sudah menjadi isteri kepada Megat Danish Fikri. “Mampukah aku bahagia bersamanya?. Adakah dia yang yang terbaik untukku?" persoalan demi soalan Rafiqa menayakan dalam dirinya. Tapi jawapan, masih belum dijumpai lagi. Dia meraup mukanya selepas selesai membaca doa

Rafiqa menghulurkan tangan kanannya kepada Danish untuk disarungkan cincin. Danish mengucup dahi Rafiqa. Mereka berdua bersalaman.

Mirza mendekati sahabat baiknya.

“Cantik isteri kau ni." seloroh Mirza. Serta merta wajah Rafiqa merona merah.

“Memang lah cantik. Tengok bini sapa ni."

Mirza menggelengkan kepala. “Tapi kan, aku nampak macam isteri kau ni ada mix la sikit-sikit." Mirza mula meneka.

“Dia mix dari Australia." jawab Danish. Mulut Mirza sudah terlopong luas. Betul-betul dia tidak sangka.

“Kalau ye pun, tutup lah mulut tu." Danish menahan gelak. Cepat-cepat Mirza menutup mulutnya. “Mhmm.. Isteri kau nama apa?"

Baru sahaja Danish ingin membuka mulut, Rafiqa sudah menjawab. “Rafiqa Ariana. Panggil je Fiqa" ujar Rafiqa sambil menguntum senyum.

Mirza mengangguk.

****

“Ma, Fiqa nak naik atas dulu ye. Nak mandi. Dah melekit dah badan ni."

Datin Rosmah mendekati Rafiqa. Tangan menantunya dipegang.

Rafiqa tersentak.

“Mama nak berterima kasih sangat dekat Fiqa. Walaupun Danish tu banyak kekurangannya, tapi mama percaya hanya kamu sahaja yang dapat membimbing Danish. Mama tak tahu nak balas budi baik kamu ni macam mana. Setiap malam mama berdoa supaya keluarga kita hidup aman damai. Terima kasih ye Fiqa." Kolam matanya mula memberat.

Rafiqa menggosok bahu Datin Rosmah. “Mama, Fiqa buat semua ni ikhlas. Tak perlu nak balas apa-apa. Cukuplah mama menjaga makan minum Fiqa."

Datin Rosmah diam.

“Fiqa naik dulu ye, mama"

Datin Rosmah mengangguk. Hilang sahaja kelibat menantunya Datin Rosmah meyeka air matanya.

****

Danish membuka pintu biliknya. Dia berbaring di atas katil.

“Dia tengah mandi ke?" soal Danish sendiri.

10 minit Rafiqa di bilik air, akhirnya dia keluar dengan memakai baju tidur. Kain tudung shawlnya dililit simple. Matanya tertacap pada Danish yang sedang tidur.

Rafiqa mendekati suaminya. “Abang, bangun abang. Dah maghrib ni."

Danish menggeliat. Perlahan-lahan dia membuka mata. “Dah pukul berapa ni?"

“Dah pukul tujuh malam abang."

Danish segera bangun menuju ke bilik air. Rafiqa hanya tersenyum melihat karenah suaminya.

Di dalam bilik air, dia menilik mukanya. “Betul ke apa yang aku dengar, dia panggil aku ‘abang'." Danish tersenyum sendirian.

Danish mula keluar. Rafiqa kaget melihat suaminya yang hanya berkain tuala paras pinggan sahaja. Dia membatu disitu. Danish mendekatinya.

“Kalau ye pun, badan abang ni sasa janganlah sampai nak membatu dekat situ."

Rafiqa mula beruara. “Mana ada sasa. Badan abang ni nampak macam berisi sikitlah." Rafiqa tergelak.

“Ha, sukalah tu kenakan abang."

Rafiqa tersenyum. “Emm, abang. Jom solat sama-sama nak."

Danish diam. “A....abang dah..."

“Abang dah tak ingt cara solat.” laju sahaja Rafiqa memotong. Perlahan-lahan Danish menganggukkan kepalanya.

“Takpe. Fiqa kan ada. Fiqa boleh ajarkan abang."

Danish mula berasa sebak. Patutlah papanya beria sangat nak dia kahwin dengan Rafiqa. Memang dia wanita yang sangat baik.

Serta merta tubuh Rafiqa di dalam pelukannya. Rafiqa hanya membiarkan sahaja.

****

“Danish takda nak rancang honeymoon mana-mana ke?" soal Dato Megat Ibrahim di meja makan semasa makan malam bersama-katil

Mereka beruda berpandangan. “Belum lagi pa." jawab Danish.

Dato Megat Ibrahim hanya mengangguk mengiyakan.
“Berapa lama Danish ambil cuti?" tanya Dato Megat Ibrahim lagi.

“Seminggu pa."

“Seminggu je. Kenapa kejap je."

“Danish tak nak lah memberi beban sangat dekat Mirza. Dia sorang-sorang buat kerja Danish."

Dato Megat Ibrahim hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

****

“Arghh!" habis kesemua barang dicampakkan Liana. Nina yang terkecoh-kecoh masuk ke dalam rumah, mula menahan Liana

“Hey, kau ni dah kenapa hah" Nina mula naik geram.

“Danish dah kahwin. Dia dah kahwin dengan perempuan tu."

“Kau lupakan jelah si Danish tu. Dia dah ada isteri dah pun."

“No!!. Aku takkan biarkan sapa-sapa pun rampas Danish dari aku. Dia hak aku." Liana menengking di muka Nina.

Hilang sahaja kelibat sahabatnya, Nina melepaskan keluhan berat. Jauh berbeza Liana yang dulu dan Liana yang sekarang.

***

“Abang, abang nak tidur dekat mana?" soal Rafiqa sambil menonton tv di bilik suaminya.

“Entah. Biar abang tidur dekat sofa jelah."

“Abang ok ke?"

“ok"

Tv dimatikan. Rafiqa mula berjalan menuju ke katil. Laju sahaja Danish menarik tangan Rafiqa.

”Awak tidur pun pakai tudung ke?" soal Danish.

“Ha ah, kenapa?."

“Tak rimas ke"

"Tak".

Rafiqa berjalan menuju ke katil. Sempat lagi dia mengucapkan kata-kata 'selamat tidur' kepada Danish.

“Goodnight abang. Sweet Dream." Tiada balasan. Rafiqa bangun semula dari katil. Dia merenung lama muka suaminya di sofa.

“Kalau ye pun, nak tilik muka abang ni esok-esok pun boleh." Danish membuka mulut tapi matanya masih terpejam. Dia sembunyi senyum.

“Eee, abang ni." Rafiqa menghentak kaki menuju ke katil semula. Nak main-main konon.

SORRY YE, SAYA LAMBAT UPDATE. LATELY NI, SAYA BUSY SIKIT. SO, INSYA'ALLAH KALAU TAKDE APA-APA SAYA AKAN SELALU UPDATE.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience