Bab 28

Romance Completed 115002

“Abang, bangun abang." Rafiqa menepuk sedikit belakang suaminya yang masih nyenyak tidur.

Danish menggeliat kecil. Dipandang wajah isterinya sebentar sebelum dia turun dari katil. Tuala mandi dicapai. Pintu bilik air dibuka, terus dia menapak ke dalam.

Rafiqa yang melihat suaminya yang sudah berada dalam bilik mandi itu, kakinya mula melangkah keluar dari bilik untuk menyiapkan sarapan.

Hampir 15 minit, akhirnya Danish turun ke dapur dengan berpakaian kemas seperti orang bekerja.

Dia mengambil tempat duduk di hadapan isterinya.

“Cukup?" tanya Rafiqa sambil mencedok nasi goreng.

Danish hanya mengangguk seraya memakai jam tangannya.

“Sayang tak pergi kerja?" Danish pula menyoal. Satu sudu nasi goreng, disuapnya.

Rafiqa menggeleng. “Papa tak bagi. Papa suruh Fiqa rest" ujarnya.

“Sayang nak abang hantar sayang kat rumah mama tak? Kalau-kalau saya boring ke tinggal kat dalam rumah ni" Danish mempelawa. Manalah tahu, kot-kot isterinya itu boring duduk rumah sorang-sorang. Kalau duduk dengan mama, takpelah. Boleh berbual-bual. Lagipun kawasan rumahnya, memang tiada jiran yang tak berkerja. Semuanya sibuk.

“Takpe lah abang. Fiqa okey je"

Danish mengerling jam tangannya. “Sayang, abang pergi dulu. Kejap lagi ada meeting" terus dia bangun dari duduk. Briefcase dicapainya

“Tak care tau sayang" ubun-ubun isterinya dicium.

“Abang drive kereta elok-elok" tangan suaminya disalam bersama ciuman.

Danish menguntum senyum. “Abang pergi dulu ye, sayang" Dia mula membolos masuk ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan, kereta BMW milik Danish sudah tiada di perkarangan rumah.

Rafiqa cepat-cepat menutup pintu. Sejak kejadian yang menakutkan itu, dia kena lebih berhati-hati.

Urat-urat di badan dibetulkan terlebih dahulu sebelum dia memulakan kerja rumah. Lagipun dah lama dia tidak membuat kerja rumah, setelah dia hampir mengalami kemurungan disebabkan anaknya sudah pergi.

Meningatkan tentang itu, air matanya mula bertakung. Pantas tangannya, menyeka air mata. ‘Kau kena kuat Fiqa. Kau kuat' kata-kata semangat diucapkan kepada dirinya sendiri.

Hampir dua jam, dia membersihkan seluruh dalam rumahnya. Memang banyaklah perkara kena buat. Basuh kain, cuci pinggan, lap tingkap, sidai kain, sapu lantai, pastuh kena mop pulak. Semua ni salah Danish. Sapa suruh beli rumah yang besar-besar.

Rafiqa menghembus nafas lelah. Betul-betul penat. Kaki mula menapak ke arah dapur bila tekak berasa kering.

Dia menuangkan air sejuk ke dalam gelas. Perlahan-lahan air itu diteguknya.

‘‘Ah, penatnya. Rehat dulu lah" Rafiqa berjalan ke arah ruang tamu. Remote tv dicapainya. Sekejap siaran tu, sekejap siaran lain ditukarnya.

“Kenapa takde cerita best ni?!" Rafiqa mula merungut. Kalau buat kerja, penat. Tapi kalau tak buat kerja, boring. Rasa menyesal pulak tak pergi kerja dengan suaminya. Tapi kalau pergi pun, bukannya ayah mertua dia bagi.

Tiba-tiba loceng rumahnya ditekan. Rafiqa yang sedang menonton televisyen, terus memandang ke arah pintu utama rumahnya. Air liur ditelan kesat.

Takkanlah Danish dah balik. Tapi kalau dia balik pun, dia ada bawa kunci pendua rumahnya.

Perlahan-lahan dia berjalan ke arah jendela rumahnya. Kiri kanan matanya mencari sususuk tubuh manusia sehingga dia dapat melihat sebatang fiqura yang sedang berdiri betul-betul depan pintu rumahnya.

Rafiqa mengerut kening. “Liana? Buat apa dia kat sini", soalnya sendiri.

Tok!! TOK!!!

Tangan kanan dan kirinya menutup telinga. Punyalah kuat dia ketuk pintu tu, nasib baiklah tak pecah.

“Nak bukak ke tak eh? Nanti tak pasal-pasal dia ada nak bawak aku ke mana-mana, macam mana?" terus sahaja muka Rafiqa menjadi pucat bila memikirkan hal itu.

“Eh tak-tak, Fiqa. Cuba kau fikir positif. Dia tu kan adik kau, and aku kakak dia. Mesti dia takkan buat macam tu." perasaan tidak enak diusirnya jauh-jauh.

Tangan kanannya perlahan-lahan memulas tombol pintu. Melihat wajah Liana yang masam mencuka itu, bibir terpaksa mengukir semyum.

“Asal kau lambat bukak pintu ah?" terus sahaja Liana pergi terjah Rafiqa yang masih terpinga-pinga.

“Err, saya kat atas tadi. Tak dengar" alasan diberikan kepada Liana.

Liana menjeling tajam. “Tepi sikit, aku nak masuk" tubuh Rafiqa di tolak rapat ke pintu.

Rafiqa memandang pelik. ‘Kenapa lah, kau jadi macam ni eh Liana. Sekurang-kurangnya hormat lah sikit kat dalam rumah orang ni. Ni tak, salam pun tak bagi terus masuk dalam rumah' gumam Rafiqa berasama gelengan.

Liana menuju ke arah sofa yang baru sahaja diduduki Rafiqa. Punggung dilabuhkan. Bibir menguntum senyum. Selesa. Empuk pulak tu sofa ni.

“Kau tercegat apa lagi, dekat situ. Pergi lah buatkan air untuk aku ni" arah Liana tegas.

Bagai lembu dicucuk hidung, Rafiqa hanya mengangguk lalu menuju ke dapur.

Tidak sampai 10 minit, Rafiqa muncul semula bersama dulang di tangan.

Dulang diletakkan di atas meja kopi.

“Tuangkan air untuk aku"

Rafiqa berdecit perlahan. Tak boleh nak buat sendiri ke? Nasib baik lah kau ni tetamu aku.

Gelas kaca diletakkan betul-betul di hadapan Liana. Rafiqa mengambil tempat untuk duduk di sofa lain. Cuak pula dia tengok muka Liana tu.

“Haish..kalau lah kau mati dari dulu lagi, mesti aku yang tinggal kat dalam rumah ni, kan?" begitu pedih, Liana melomparkan kata-kata.

Rafiqa diam tak berputik. Bukannya dia takut dengan Liana, cuma malas nak bertekak. Jadi sekarang ni, biar si Liana tu cakap sorang-sorang.

Sesekali Rafiqa buat-buat tak dengar bila Liana bercakap tentang kisah cinta dia dan Danish dulu.

‘Bila lah, si Liana nak balik. Tak penat ke mulut tu, dari tadi tak berhenti lagi bercakap. Nak halau tak tergamak pulak'

******

“Kenapa masuk kerja? Cuti lah boleh setahun lagi" sinis Mirza menyoal. Kadang-kadang geram jugak dengan perangai Danish ni yang tak reti nak bagitahu apa-apa. Kalau nak cuti panjang pun, sekurang-kurangnya inform lah dekat dia. Tahulah company ni bapak dia punya.

Danish menjeling. “Papa aku suruh aku masuk kerja. Katanya, dia tak sempat nak handle semua ni" pen di tangan, di mainnya.

“Isteri kau tak kerja ke?"

“Papa aku cakap Fiqa tak boleh kerja, kena rest." jawabnya bersahaja. Malas nak ambil pusing sangat pasal ni.

Mirza menganggukkan kepala. “Owh, sebelum aku terlupa. Kau ada meeting kejap lagi"

“Okey. Ni kau, kau takde kerja ke nak buat. Asyik-asyik datang kacau aku je ni"

“Mhmm, aku tahu lah aku ni cuma pekerja kau je. Kau tu boss, aku cuma kuli je." Ujar Mirza seakan-akan merajuk.

“Kau tak payah nak buat muka merajuk la Mirza. Hodoh tahu tak"

Mirza ketawa terbahak-bahak. “Tak pe lah Danish. Aku nak pergi buat kerja dulu. Nanti tak pasal-pasal kena buang kerja pulak"

Danish menggeleng kepala sebaik sahaja melihat kelibat Mirza yang sudah keluar dari biliknya. Ada sahaja karenah kawannya yang sorang tu.

*******

“Lambat lagi ke, Danish nak balik ni" Liana bercekak pinggang sambil menghalakan pandangan ke arah kolam renang di rumah Danish itu.

Rafiqa yang baru sahaja usai mandi itu, mengecilkan biji mata melihat ke arah Liana. ‘Dia tak nak balik ke? lama betul dia kat sini'

Kakinya mula menghayun langkah kearah Liana. Punggung di labuhkan di atas kerusi yang berhampiran dengan kolam renang.

Dipandang air kolam itu dengan pandangan sayu. Kalaulah anaknya itu masih hidup, mesti sekarang ni dia suka mandi kolam.

“Awak tak nak balik lagi ke Liana" soal Rafiqa. Masih tidak memandang muka Liana, sebaliknya dia melemparkan pandangan ke kolam renang itu.

“Kau nak halau aku ke?"

Rafiqa angkat mukanya. Wajah Liana dipandang. “Saya bukan lah halau awak. Tapi awak buat kat sini lama-lama pun nak buat apa kan?"

“Aku nak tunggu Danish balik"

Rafiqa meraup mukanya. Memang si Liana ni tak tahu erti putus asa. “Suka hati awak lah Liana. Saya nak masak kat dapur dulu."

Sebaik sahaja kerusi di tolak, dia terus bangun. Baru sahaja kakinya ingin menuju ke dapur, tiba-tiba pergelangan Rafiqa di pegang kemas oleh Liana.

“Listen Fiqa. Kau kena ingat, satu perkara ni. Kalau aku tak dapat Danish, maknanya kau pun takkan dapat Danish"

Pergelangan tangannya dilepas kasar. Rafiqa berlari anak menuju ke dapur. Kelopak matanya mula memberat, bila-bila masa sahaja akan tumpah. Pergelangan tangannya digosok lembut.

“Kau kuat Fiqa. Kau bukan lemah, kau kuat" Mulut sahaja kata kuat, tapi hati siapa yang tahu.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-26 19:01:41 

hi dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience