Bab 2

Romance Completed 114969

“Danish, aku nak cakap sikit dengan kau ni". Ujar Mirza yang duduk berhadapan dengan meja kerjanya.

“Mhmm, apa dia." malas-malas Meagt Danish Fikri menuturkan kata-kata.

“Kenapa sejak kebelangan ni aku nampak macam kau tak fokus je dekat kerja. Kau kena ingat Danish, kau tu CEO syarikat ni. Jadi aku sebagai kawan, tak suka lah tengok kau macam ni. Kau ada masalah ke. Kalau ada, boleh je share ngan aku. Mana tahu aku boleh tolong." tanya Mirza

“Masalah aku ni takde sapa-sapa pun boleh tolong aku Mir. Masalah aku ni menentukan masa depan aku" perlahan-lahan Danish menjawab sambil matanya memandang tepat ke arah sahabatnya...

“Wuishh, bunyi macam teruk sangat masalah kau. Masalah apa tu?". Ujar Mirza lgi

“Aku, nak kahwin." Malas-malas Megat Danish Fikri menjawab.

“What.!!!.. Kau nak kahwin, ngan sapa." terkejut beruk Mirza mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Danish.

“Aku....aku tak tahu...." jawab Danish.

“Takkanlah kau tak thu.Pelik betul lah kau ni."

“Papa aku yang teringin sangat nak aku kahwin dengan perempuan mana entah. Papa aku cakap, kalau aku tak kahwin dengan dia..Papa aku akan sapu semua duit yang aku ada ni termaksuklah dengan condo aku, semua kemewahan aku dan syarikat ni." terang Megat Danish panjang lebar.

“Mhmmm...jadi kau terima jelah. Macam mana dengan Liana?" tanya Mirza. Sebenarnya, dia pun tak seberapa suka bila sahabatnya itu, bercinta dengan perempuan seperti Liana.

Danish diam.

Mirza hanya menanti sahaja jawapan sahabatnya itu.

“Nak tak nak aku kena terima jelah. Lagipun aku dah cakap dekat Liana...Dia memang terkejut bila aku cakap semua tu...Tapi aku buat ni pun, untuk kesenangan dia jugak..So, aku terpaksalah." jawab Danish lagi sambil melepaskan keluhan berat.

“Aku tak boleh nak cakap apa...Tapi sebagai seorang sahabat, aku akan support kau dari belakang". Tutur Mirza memberikan kata-kata semangat buat sahabtnya itu..

“Aku keluar dulu." Mirza membuka pintu pejabat Danish, dan berlalu pergi dari situ.

Megat Danish Fikri hanya tersnyum hambar sambil menangkap bayangan sahabatnya yang hampir hilang dari pandangan...

****

Baru sahaja dia hendak melelapkan mata. Tiba-tiba deringan telefon berbunyi, lantas dicapainya. Tertera nama ‘Papa' di telefonnya itu. Malas-malas dia mengangkat. Mesti pasal kahwin. Duganya.

“Mhmm Assalamu'alaikum pa."

“Wa'alakumussalam. Macam mana?. Kamu dah buat keputusan ke belum?" tanya Dato Megat Ibrahim dari hujung talian.

“Mhmm..dah.. Danish setuju." Malas-malas Danish menjawab.

“Wah,, bagus lah macam tu." Ujar Dato Megat Ibrahim dengan nada yang teruja.

Megat Danish Fikri hanya melepaskan keluhan berat. Tapi cukup didengari oleh ayahnya.

“Kenapa kamu mengeluh?" tanya Dato Megat Ibrahim.

“Tak...takde apa-apa.. Oklah, pa..Kalau takde apa-apa, Danish tutup dulu eh. Dah ngantuk ni." Danish memberikan alasan.

“Ehhh, nanti dulu." larang Dato Megat Ibrahim.

“Apa lagi pa." keluh Danish.

“Minggu depan majlis pertungan kamu dengan ‘Nur Rafiqa Ariana'. Jadi, papa nak cakap awal-awallah..Takut kamu terlupa pula." ujar Dato Megat Ibrahim.

Diam. Tiada kata-kata sekalipun yang diungkapkan oleh Megat Danish Fikri.

“Danish, kamu dengar tak papa cakap ni." Ujar Dato Ibrahim lagi.

“Ye pa, dengar. Oklah bye, Danish tidur dulu." bagaikan Megat Danish Fikri tersedar dari lamunannya sendiri.

Panggilan ditamatkan..“Siapa perempuan tu?" soalnya sendiri.

****

“Kau ok tak ni. Kalau kau demam ke tak sihat ke.. Kau baliklah.." ujar Mirza.

“Aku... aku ok.

“Habistu, kenapa nampak muka macam resah semacam jew tu.". ujar Mirza lagi.

“aku....aku....aku dah setuju nak kahwin dengan dia." Tergagap-gagap dia bersuara.

“Baguslah tu. Akhirnya, kawan aku ni kahwin jugak kan.." Tutur Mirza. Tiada langsung riak perubahan terkejut yang terpapar di mukanya.

“Kau tak terkejut ke?" soal Megat Danish Fikri kembali.

“Buat apa nak terkejut" balas Mirza selamba.

“So, kau dah kenal-kenal ke dengan dia." Sambung Mirza.

“Tak...takde masa lah aku" jawab Danish acuh tak acuh..

*****

BERSAMBUNG..........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience