Bab 13

Romance Completed 114969

“Fiqa, kita pergi shopping nak esok?" ajak Danish sambil merenung isterinya yang sedang menonton televisyen di dalam biliknya.

“Shopping?." Rafiqa berpaling. Buat-buat tak dengar.

“Yelah. Sayang nak tak?"

“Fiqa ok je. Tapi abang tak kerja ke esok?" tanya Rafiqa pula.

“Abang kan boss. Cuti sehari pun takpe."

Rafiqa mengerutkan dahinya. Mhmm, boss la sangat.

“Abang, Fiqa nak tanya something ni." kali ini suaranya bertukar serius.

“Apa dia?"

“Abang dah berapa lama bercinta dengan Liana"

Danish mencapai tangan isterinya lalu menggenggam erat. “Sayang tak perlu tahu pasal tu. Dia hanya kekasih silam abang je. Tapi, abang nak Fiqa janji dengan abang yang Fiqa takkan tinggalkan abang walau apa pun berlaku."

“Ye, abang. Fiqa takkan tinggalkan abang." Rafiqa memeluk suaminya erat. Danish membalas pelukan isterinya.

“Mhmm, abang. Malam ni, biar Fiqa jelah tidur kat atas sofa ni."

Danish memandang isterinya pelik. “Kenapa sayang pulak kena tidur kat atas sofa ni. abang ok je lah."

“Takpe, sekali sekala tidur atas sofa apa salahnya kan."

“Mhmm, oklah kalau Fiqa cakap macam tu. Abang tidur dulu ya."

Danish bangun dari sofa lalu menuju ke katil.

Tepat pada pukul 3 pagi, Danish terbangun dari tidur. Matanya tertancap pada Rafiqa yang sedang lena tidur di sofa. Dia mendekati isteri, perlahan-lahan dia mengangkat tubuh Rafiqa menuju ke katil.

Danish merebahkan badannya di sebelah Rafiqa. Tangannya menggosok ubun-ubun rambut isterinya.

“Sweet dream sayang" Danish tersenyum sendirian sebelun ianya tertidur juga.

****

Kedengaran azan subuh berkumandang membuatkan Rafiqa terbangun dari tidur. Rafiqa menoleh ke tepi, dan melihat Danish tidur disebelahnya. Terbit senyuman kecil di bibir mungil wanita itu

Perlahan-lahan dia bangun lalu menuju ke bilik mandi untuk menggosok gigi dan mengambil air sembahyang.

Selesai sahaja dia keluar dari bilik mandi, Rafiqa menepuk perlahan bahu suaminya itu. “Abang, bangun abang. Dah subuh ni. Jom solat sama-sama."

Danish menggosok matanya. “Mhmm, dah subuh?"

“Iya bang." Ujar Rafiqa.

Danish bangun dari katil lalu mula mengambil air sembahyang.

Mereka bersama-sama mendirikan solat subuh pada pagi itu.

******

“Kau makan lah nasi tu. Asal tak makan?" Nina menyoal kawannya yang asyik termenung sahaja.

Liana memandang Nina.“Danish". Perlahan-lahan dia menyebut nama kekasih hatinya

Nina melepaskan keluhan Berat. “Kau tak boleh lupakan dia lagi ke?"

“No, Danish tetap akan jadi milik aku." bergema suaranya di rumah itu.

“Habistu kau nak buat macam mana, kalau kau nak Danish jadi milik kau. Hah, nak bunuh isteri dia." Nina mula naik protes

“Kalau aku patut bunuh dia, aku sanggup demi Danish." Terkejut Nina mendendengar pengakuan Liana. Memang sah, dia ni dah gila.

“Kau jangan nak buat kerja gila eh, Liana." Nina cuba menghalang kawannya itu.

“Kau tahu tak, disebabkan perempuan tu hubungan aku dan Danish jadi tunggang terbalik. Danish dah tak sayangkan aku dah" Air matanya mula bertakung.

“Habistu kau nak buat macam mana?"

Liana diam. Dia pun buntu macam mana, nak musnahkan rumahtangga mereka.

Tiba-tiba, terbit senyuman jahat di bibirnya.

Nina mengerutkan dahinya. “Kau nak buat plan apa?"

“Aku akan upah orang, suruh edit gambar isteri Danish tu tidur dengan jantan lain." Selamba sahaja Liana bersuara.

Terlopong mulut Nina mendengarnya. “Kau tahu tak, tu fitnah Liana."

Liana ketawa kecil. “I don't care." Dia mula bangun dari meja makan itu, lalu menaiki tangga menuju ke biliknya

****

Danish dan Rafiqa berpimpin tangan masuk ke dalam pasar raya yang agak besar juga. Baru sahaja, Rafiqa ingin masuk, tiba-tiba dia terserempak dengan wanita yang cukup dikenalinya.

“Hana?" Perlahan-lahan Rafiqa bertanya.

Wanita yang bernama Hana itu, berpaling “Fiqa!!". Serta merta dia memeluk kawan lamanya itu.

“Ya allah, lamanya tak jumpa kau. Kau sihat." Hana bertanya kepada sahabat lamanya.

“alhamdulillah sihat."

Hana berpaling pula ke arah, Danish di sebelah Rafiqa.

“Danish?" Dia mengerutkan dahinya.

“Kau kenal ke, dengan Danish. Owh, lupa nak kenalkan, dia suami aku." ujar Rafiqa

“Lebih dari kenal Fiqa. Daniah tu sepupu aku. Eh jap, korang kahwin ke?"

Rafiqa mengengguk sambil senyuman kecil.

“Kecik kan, dunia ni sampai kau kahwin dengan sepupu aku. Akhirnya, kahwin jugak kau. Apa-apa pun, congrats untuk korang berdua. Sorry, ye aku tak dapat datang."

“It's okay lah Hana." Tutur Rafiqa.

Hana melemparkan senyuman ke arah Rafiqa. “Ni, Danish. Jaga Fiqa elok-elok. Kalau aku tahu, dia nangis sebab kau, siap kau." Hana memberi peringatan.

Danish ketawa kecil. “Aku tahulah. Kau tu, bila nak kahwin."

“Aku baru je bertunang minggu lepas. Takkan lah, dah kahwin kau ni pun"

“Eh, kau bertunang dengan sapa?" Rafiqa menyoal Hana

“Alah, nanti aku tunjuk lah dekat kau. Mhmm, aku dah nak kena pergi ni. Owh, btw ni nombor bru aku. Nombor lama aku tu aku dah tak guna dah." Hana menegeluarkan sekeping card dari beg tangannya lalu memberikan kepada Rafiqa.

“Thanks"

“You're welcome. Bye" Sempat Hana melambaikan tangannya sebelum dia berlalu pergi.

Hilang sahaja, kelibat Hana, Danish bertanya kepada isterinya. “Sayang kenal ke, Hana tu."

“Kenal. Dah 13 tahun."

“wuishh, lamanya. "

“Ha'ah. Dulu pun Fiqa satu sekolah sekali dengan dia. Tapi tak thu pulak, yang dia cousin abang. Dah, jomlah kita masuk. Panas ni."

“Hmm, okay." Mereka beriringan masuk ke dalam pusat membeli belah.

*****

“Faiz, kau dah siap ke gambar yang aku nak tu?" Soal liana kepada orang suruhannya.

“Dah boss. Nah" Dia menghulurkan gambar itu kepada Liana.

Liana melihatnya. ”Mhmm, bagus. Ni upah kau." Liana mengeluarkan duit yang berharga RM 500.

Faiz tersenyum. “Terima kasih boss."

“Sama-sama. And, satu lagi aku nak bagitahu kat kau, jangan nak bagitahu sapa-sapa pasal ni. Hanya kita je tahu. Kalau tak, nahas aku kerja kan kau."

“Ba....baik boss." Ujar Faiz. Akur dengan ugutan bossnya itu

“Dah, kau boleh pergi. Tak pasal-pasal, orang ada nampak kita."

Faiz mengangguk lalu memasuki keretanya.

Liana tersenyum bahagia. “Tak lama lagi, Danish akan jadi milik aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience