Bab 16

Romance Completed 114969

Rafiqa merenung di sekitar bilik itu. Sungguh asing baginya. “Aku kat mana ni?" soalnya. Tiba-tiba, pintu bilik itu dikuak perlahan. Terjengul wajah Liana yang memandang sinis ke arahnya.

“Hi, nice too meet you." Liana memaniskan wajahnya. Berkerut dahi Rafiqa. Sapa perempuan ni?

“Oh, lupa nak kenalkan. Aku Liana. Girlfriend Danish". Saja ayat ‘girlfriend' itu ditekankannya.

“So, apa kena mengena dengan saya?" Rafiqa menjawab. Bukannya dia tak tahu, Liana hanya mahu menyakitakan hatinya.

Liana mendekati Rafiqa. “Kau dengar sini baik-baik ye, perempuan. Aku bukannya nak culik kau, tapi aku nak kau sedar yang kau langsung tak layak untuk Danish. Kau tahu tak, setiap hari dia jumpa aku. Dia cakap yang kau ni, tak pandai jaga hati dia lah. And, banyak lagi. Aku hanya jadi pendengar setia je, sebab aku tahu, kalau Danish ada masalah mesti dia akan luahkan dekat aku. Maybe, dia masih cintakan aku kot?" bicara Liana itu, cukup membuatkan hati Rafiqa terguris. Air matanya mula bertakung. Sekelip mata sahaja, akan tumpah. Tabahkanlah hatiku ini, ya Allah.

“So, senang cerita lah. Aku bukan nak paksa kau, tapi aku nak kau mintaklah cerai dekat Danish tu. Bukan apa, aku takut dia terseksa je hidup dengan kau.''

“Awak jangan nak macam-macam Liana. Saya tahu, awak girlfriend Danish. Tapi itu kisah lama. And saya isteri dia. Saya kenal suami saya macam mana" Rafiqa berkata dalam suara bergetar. Cuba menahan air mata dari tumpah.

Liana ketawa sinis. “Jadi kau nak cakap yang aku ni nak rampas Danish dari kau la. Kau sedar sikit diri kau tu perempuan. Sekarang ni, siapa yang rampas Danish ah. Kau dah rampas kebahagiaan aku, perempuan. Disebabkan kau, hidup aku merana." Kepala Rafiqa ditunjal berkali-kali.

“Saya tak nak cakap pasal hal ni. Lepaskan saya, Liana." rayu Rafiqa.

Tebit senyuman sinis di mulut Liana “Kau nak suruh aku lepaskan kau. Orang bodoh je akan dengar rayuan kau tu. Belum masanya lagi, untuk aku lepaskan kau. Sebab aku nak seksa kau secukupnya. Sampai lah aku rasa puas". Liana berlalu dari situ dengan senyuman sinis. Pintu bilik dihempas kuat.

Air mata Rafiqa laju merembes keluar. “Abang, tolong Fiqa abang". Mulut tidak berhenti beristighafar.

*****

“Eh, mana bini kau Danish. Tak nampak pulak aku kat dalam bilik dia." Tanya Mirza seraya duduk berhadapan dengan meja Danish

Danish memandang ke arah Mirza. “Aku.....aku tak tahu dia kat mana sekarang ni. Dari semalam lagi dia tak balik." Berubah riak wajah Danish. Jelas kelihatan seperti meriasaukan isterinya.

“Kau yang bagi dia buat kerja banyak kan."

Danish mengangguk lambat.

“Mhmm, apa kata kau pergi tanya guard. Mungkin, dia ada ternampak Fiqa pergi kat mana!" Mirza memberi cadangan.

Tanpa melengahkan masa, Danish bangun dari duduk lalu menuju ke tingkat bawah.

“Assalmu'alaikum Pak ali." sapa Danish

Pak ali berpaling. “Oh, Tuan Danish. Ada apa ye?"

“Pak ali ada nampak isteri saya tak?"

“Maksud kamu, Puan Rafiqa ke?"

Cepat-cepat Danish mengangguk.

”Semalam saya ada nampak dia lalu kat sini dalam 10 malam macam tu. Sempat lah juga saya tegur dia. Lepastuh, saya nampak dia tunggu dekat bus stop. Baru saja, saya nak call Tuan, tapi saya nampak dia dah takde. Ingatkan Tuan Danish dah ambil dia." terang Pak Ali panjang lebar.

“Pak Ali ada nampak tak, siapa yang ambil dia."

“Saya tak sempat nak tengok. Tapi kereta tu, bukan kereta Tuan Danish ke?"

Danish menggeleng bersama keluhan berat.

****

Waktu makan tengah hari, Danish turun di restoran yang berhampiran dengan pejabatnya.

Air kopi itu, ditenungnya lama. Sunyi. Sesunyi hatinya. Selalunya, mesti Rafiqa akan banyak cakap bila makan tengah hari. Danish melepaskan keluhan berat. Air kopi itu diteguknya.

“Yo, Danish." Mirza menghentak meja makan Danish. Serta merta, Danish tersedak. “Kau ni, tak reti bagi salam ke apa ah?"

Mirza tersengih. “Assalmu'alaikum". Tanpa dipinta, dia duduk berhadapan dengan Danish.

“Wa'alaikummussalam" jawabnya

“Danish, dari jauh lagi aku nampak kau termenung je. Kenapa?. Kau dah jumpa ke Fiqa."

Danish menggeleng.

“Try kau call Hana. Kot-kot, Fiqa ada kat sana?"

Danish menepuk dahinya. “Betul jugak kan, Hana." Dia mengeluarkan handphonennya dari poket keluar. Nombor ‘Hana' didailnya.

“Assalamua'laikum Danish. Ada apa ni.'' suara Hana jelas kedengaran.

“Wa'alaikumussalam. Hana, aku nak tanya kau something ni."

“Apa?"

“Fiqa ada kat rumah kau ke tu?"

“Kat rumah aku?. Mana ada. Kau jangan macam-macam Danish."

”Fiqa dari semalam lagi dia tak balik."

“What!!" tempik Hana dari corong telephon

Danish menjauhkan sedikit telefonnya itu. Boleh pekak dia kalau dengar suara Hana tu.

“Oklah Hana, aku letak dulu"

Cepat-cepat Danish mematikan talian. Bukan apa, malas dengar Hana membebel. Kalau si Hana tu membebel, sampai besok pun takkan habis.

“Camne?" soal Mirza

Danish menggeleng. “Semua ni salah aku. Macam mana aku nak menjawab dengan mama dan papa aku nanti"

*****

“Danish, lambat balik. Fiqa mana?" tanya Datin Rosmah seraya duduk bersebelahan dengan anaknya di sofa.

Danish melepaskan keluhan berat. Sudah diduga, yang dia akan bersoal jawab dengan mamanya itu. “Danish, mama tanya ni. Mana Fiqa?" Datin Rosmah sedikit terdesak.

Danish menggosok lehernya. “Er, Fiqa... Fiqa hilang, ma" Jelas dan ringkas sahaja ayat dari Danish. Tapi cukup membuatkan Datin Rosmah terkejut.

“Hilang?. Macam mana boleh hilang" Tak sempat Datin Rosmah berkata-kata, Dato Megat Ibrahim menyampuk.

Danish tepuk dahi. Baru je tak nak bagitahu papa pasal perkara ni.

Tanpa berlengah, Dato Megat Ibrahim mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya lalu didail nombor seseorang.

Danish berpaling ke arah papanya. “Papa call sapa?"

“Papa nak suruh orang papa cari Fiqa."

Danish mengeluh. “Pa, jangan lah. Danish tak nak perkara ni jadi besar."

Dato Megat Ibrahim memandang tajam ke arah anaknya. “Papa tak kira"

Dato Megat Ibrahim berlalu dari situ, lalu menuju ke luar rumah sambil bercakap dengan orang suruhannya itu.

Danish melepaskan keluhan besar.

****

Liana semakin rakus mendera Rafiqa. Rafiqa hampir tidak berdaya. Begitu banyak lebam dan luka di badannya, sehinggakan ia tak mampu nak menghalang.

“Ple....please...Liana...stopp" Rayu Rafiqa meraih simpati. Suaranya sudah tidak mampu lagi dikeluarkan. Bagai tiada lagi kekuatan pada dirinya.

“Macam mana, sakit. Macam tu lah, sakitnya hati aku bila dapat tahu kau dah rampas Danish dari aku." Liana mengambil pisau yang terdapat di meja kecil itu.

Ia ketawa. Entah apa yang dilucukannya. “Kau nak mati tak, perempuan" soalan yang paling bodoh ditanya oleh Rafiqa.

Tiada reaksi. Sesungguhnya, dia tidak berdaya berkata apa-apa lagi.

Liana mencempung wajah Rafiqa. “Aku tanya kau ni"

Lambat-lambat Rafiqa menggeleng.

Liana menyambung tawanya. “Kalau kau tak nak, kau minta lah cerai dengan Danish. Senang. Hidup kau pun akan aman."

“No..no..saya....tak..takkan...minta....cerai...dekat...Danish" walaupun suara Rafiqa tersekat-sekat, tapi cuba digagahnya.

Liana mula naik berang. Dah sakit-sakit macam tu, masih lagi nak melawan kan.

Cup!!!

Pisau dihunus tepat-tepat ke arah perut Rafiqa. Liana melepaskan tangannya itu, dari memegang pisau. Darah merah mula mengalir dari perut Rafiqa. Dan pandangannya mulai kelam.

****

“Danish, Danish." Tergopoh-gopoh Mirza mendapatkan Danish.

Danish mendengus. “Kau boleh tak, ketuk pintu dulu kalau kau nak masuk bilik aku ni"

Mirza tersengih. Tapi senyumannya terus mati apabila mengingatkan tujuannya datang ke mari.

“Danish. Aku ada benda penting nak bagitahu kau ni" Kali ini suaranya bertukar serius.

“Apa dia" Danish memandang tepat ke arah sahabatnya.

“First, tentang gambar tu aku dah mula ragu-ragu tau, takkan lah Fiqa tergamak buat macam tu. So aku pun :----------"

“Kau boleh tak straight to the point, Mir. Aku ada banyak kerja lagi ni" Laju sahaja ayat Mirza dicantasnya.

Mirza berdecit. “Oklah, aku straight to the point. Gambar isteri kau tu sebanarnya gambar edit. And acoount, yang post gambar isteri kau tu, account palsu" bersungguh-sungguh Mirza menyatakan.

Danish membualatkan mata “Allah" kalimah itulah yang disebutnya. Betapa berdosa dia ke arah Rafiqa. Danish meraup mukanya kasar. Salahnya, kerana tak mendengar penjelasan isterinya dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience