Bab 10

Romance Completed 115001

Sejak peristiwa di Pavilion Mall berapa hari lepas, Rafiqa tidak seceria dulu dan banyak meluangkan masa dalam biliknya. Kalau berjumpa dengan Danish pun, tiada patah perkataan yang keluar dari mulutnya.

Danish melepaskan keluhan berat apabila mengingat kembali waktu dia menghina Fiqa berapa hari lepas. “Nampaknya, dia betul-betul terasa apa yang aku cakap dekat dia. Tapi kenapa dia nak sangat cincin tu." Soalnya.

“Arghh!!. Danish... kau kena ingat, Fiqa tu bukannya taste kau. Dan takkan sama sekali aku akan jatuh cinta dekat dia." Danish memperingatkan diri dia.

Danish mengambil kunci kereta lalu keluar dari rumah agam itu.

****

Danish memakirkan keretanya menuju ke kondo. Sekali sekala apa salahnya tidur disitu. Lagipun sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di kondonya.

Danish memasuki kondonya. Badan dihempas ke atas sofa. Beberapa minit kemudian, dia bangun semula. Ingin menuju kebiliknya.

Terkejut Danish melihat figura yang sedang tidur lena di katilnya. “Liana!!!"Tempik Danish.

Liana dengan sepantas kilat terbangun. Dia membetulkan sedikit rambutnya. Mukanya selamba sahaja. Tiada langsung riak terkejut.

“Kenapa you datang condo I. Macam mana you boleh masuk ni. Kenapa you tak bagitahu I.You dah takde rumah ke" bertalu-talu Danish menyoal.

“Chill, la Baby. Kunci pendua you ni kan ada dengan I" Liana menunjuk-nunjukkan kunci pendua condo Danish.

“Keluar!!... Keluar!!!" Danish mula naik geram

Liana memperdekatkan dirinya kepada Danish, dengan badannya sedikit terdedah. Tangannya mula melingkar di tekak Danish. Cepat sahaja Danish menolak Liana.

Liana ketawa sinis. “Sebab perempuan tu ke, you jadi macam ni. Selama ni, I buat dekat you macam tu you tak marah pun."

Danish diam. Dia pun tidak sangka yang dia sanggup menolak Liana.

“Kenapa you tak jawab. Mesti you dah fall in love dekat perempuan kampung tu kan. You dah banyak berubah, Danish. Selama ni I datang condo you tak bagitahu you pun you tak marah. Tapi bila you akan kahwin dengan perempuan tu, semuanya jadi tunggang terbalik. Why?.. You dah lupakan I ke." Air mata Liana mula menitis.

“Liana, pliss keluar. Atau you nak I heret you keluar." lantang suara Danish.

Liana mula mengambil beg nya dan berdiri betul-betul di hadapan Danish. “I nak you ingat satu perkara ni. Tiada siapa boleh ambil you dari I. You tetap jadi milik I, sayang." Sempat lagi Liana mencium pipi Danish itu sebelum ia berlalu keluar.

Dum!!!. Pintu kondonya di hempas kuat.

“Argh!!." tempik Danish. Cepat-cepat dia menuju ke bilik air, lalu membasuh mukanya.

Selesai membasuh muka, dia kembali semula ke dalam biliknya lalu mengambil kunci kereta. Entah kenapa dia jijik sangat hendak tidur di atas katil bekas Liana.

Akhirnya, Danish kembali semula ke rumah agam itu. Badan dihempas kuat di katilnya bersama keluhan berat.

****

Memandangkan hari ni ialah hari cuti minggu, keluarga Dato Megat Ibrahim menikmati sarapan pagi bersama-sama.

“Mama dan papa nak pergi beli barang kahwin. Korang jaga rumah eh. Jangan risau, Mak Som ada sekali." Suara Datin Rosmah.

Rafiqa diam. Begitu juga dengan Danish.

Selesai makan, Rafiqa terus masuk ke dalam biliknya. Tidak mahu bertembung dengan Danish.

****

“Danish jaga rumah eh. Jaga Rafiqa tu elok-elok. Mama percayakan kamu." sempat lagi Datin Rosmah berpesan.

Danish mengangguk. “Ye ma. Mama janganlah risau"

Datin Rosmah menguntum senyum.

Tidak lama kemudian, kereta BMW Dato Megat Ibrahim sudah tiada di perkarangan rumah.

Rafiqa keluar dari biliknya. “Mama!!.Mama!!". Tapi tiada sahutan. Dia mula turun ke bawah.

“Mama dah pergi." terkejut Rafiqa mendengr suara di belakangnya. Cepat-cepat dia menoleh.

“Tak payah nak buat muka takut. Aku bukannya nak makan orang pun." Rafiqa kaku. Jaraknya bergitu dekat dengan Danish sehingga dapat rasa deruan nafas Danish.

Rafiqa mula menaiki tangga. Tapi tangan Danish lagi cepat memegang pergelanagan Rafiqa.

“Kita borak ni." pelawa Danish.

Rafiqa diam. “Jomlah". Danish mengajaknya lagi. Dia menarik tangan Rafiqa hingga ke pondok kecil di luar rumahnya. Mereka duduk berhadapan.

“Kenapa kau nak lari je dari aku ni." Soal Danish. Rafiqa menundukkan wajahnya.

“Pliss, pandang aku."

Rafiqa mengangkat wajahnya. “Sebab saya tak sesuai dengan awak." kolam matanya mula memberat.

“Tak sesuai?. Kenapa?" Danish mengerutkan dahinya.

“Kita berbeza. Sangat-sangat berbeza."

“Pasal duit. Aku minta maaf sangat haritu. Aku takde niat pun nak hina kau....." Rafiqa pantas menggeleng.

“Saya yang patut minta maaf dengan awak, Danish. Saya memang perempuan yang tak sedar diri kan. Saya minta macam-macam dengan awak, terutama sekali cincin tu. Saya tahu saya miskin, tapi saya masih lagi nak beoi barang yang mahal-mahal. Takpe, saya faham."

“Kenapa kau nak sangat cincin tu." kali ini Danish memandang tepat ke arah Rafiqa.

“Sebab cincin tu sama macam arwah ibu." Entah kenapa, bila disebut pasal ibu air mata nya mula menitis.

“Kau nak aku belikan cincin tu ke?". Rafiqa menyeka air matanya dengan lembut. “Takpe, Danish. Mungkin dah ada orang beli."

“Kalaua aku beli cincin tu, kau tak merajuk lagi kan dengan aku. Aku minta tolong sangat dengan kau, jangan batalkan tarikh perkahwinan kita. Aku sayang kau. Ye, aku dah mula sayang kau. And aku tak boleh berjauhan dengan kau." jujur Danish.

Rafiqa ketawa kecil. “Awak ni mengarut lah, Danish."

“Aku tak bergurau. Aku serius."

Ketawa Rafiqa mula terhenti. “Mhm Danish. Rasa panas lah dekat luar ni. Saya masuk dulu, ya." Rafiqa cuba untuk mengelak.

Hilang sahaja kelibat Rafiqa, Danish melepaskan keluhan berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience