Bab 36

Romance Completed 115002

Pagi-pagi lagi Danish sudah keluar ke kerja. Marah pasal semalam la tu. Habistu, takkan nak biarkan aku terkurung je dalam rumah ni.

Jam sudah menginjak pukul 9 pagi. Rumah Hana dia akan pergi lepas Zohor. Jadi, ada masa lagilah nak mengemas rumah. Mhmm...

Tepat pada pukul 11 pagi, dia sudah siap mengemas apa yang patut. Walaupun rumahnya sudah bersih tapi masih lagi ingin mengemas. Entah apa yang tidak kena pada pandangannya.

Tanpa membuang masa lagi, dia terus naik ke bilik untuk membersihkan dirinya. Baru kakinya ingin melangkah ke dalam bilik air, bunyi deringan telefon seseorang membuatkan dia berpaling ke belakang.

Dia mencari sekitar biliknya dari mana bunyi itu. Akhirnya matanya terpandangkan handphone milik suaminya yang terletak elok di atas meja soleknya.

“Danish tertinggal handphone?"

Dia mendongak sedikit untuk melihat siapa yang menelefon suaminya itu.

“Liana? dia nak apa lagi?"

Malas ingin melayan, dia membiarkan handphone itu berdering. Sehinggalah tiada lagi deringan.

Ting!

Kali ini bunyi mesej masuk pula. Entah kenapa tangannya ringan sahaja untuk melihat mesej itu.

Liana --- I tak kira. You kena kahwin juga

dengan I. You yang bertanggungjawab

Danish. Lagipun you dah janji dengan

I yang you akan selesaikan semuanya.

Rafiqa menahan air mata dari tumpah. Janji? Allah. Apa yang Danish sorokkan sebenarnya? Danish tipu aku?

Kuatkan hati kau Fiqa. Dengan langkah yang longlai, dia berjalan juga ke arah bilik mandi.

*****

“Woi, Danish. Kau ni dah kenapa?" sergah Mirza dari belakang Danish. Terkejut beruk Danish tika itu. Nasib lah aku tak kena heart attack kalau dah ada kawan macam ni.

“Kau ni memang tak reti bagi salam kan. Kalau aku ada heart attack, tak pasal-pasal aku bermalam kat hospital malam ni"

Mirza tersengih. Segera dia mengambil tempat di hadapan kawannya itu. Dia pun pelik juga, dari jauh lagi nampak Danish tengah termenung. Macam ada masalah je.

“Kau kenapa ni? ada masalah ke?"

“Entahlah Mir. Aku rasa kan, isteri aku tu macam ada hubungan la dengan Firash tu" dia meluahkan apa yang terbuku dalam dirinya. Tak lena malam dibuatnya, asyik memikirkan hal ini.

“Kenapa kau cakap macam tu?''

“Taklah. Aku tengok isteri aku tu macam beria sangat nak pergi rumah Hana. Ke, dia pergi rumah Hana tu semata-mata nak jumpa Firash?" Danish masih lagi tidak puas hati.

“Takkanlah Fiqa tu curang belakang kau pulak. Mengarutlah kau ni"

“Mhmm, aku haraplah ianya tak. Lagipun aku memang tak suka kalau orang yang tipu aku ni"

“Termasuk Fiqa?" Mirza menduga.

“Tak kiralah sapa-sapa pun Mir. Kalau dah dia tipu aku, aku akan benci dia" jawabnya bersahaja.

Mulut Mirza terlopong luas. “Kau biar betul?! "

Danish hanya mengangguk mengiyakan. Sebab dia paling tak suka orang yang penipu. Tak kira sapa-sapa pun.

*****

Rafiqa mula bersiap untuk ke rumah Hana. Dicerminkan dirinya di hadapan cermin. Dia tersenyum kecil. Cantik! Pasal apa pulak puji diri sendiri ni. Jangan nak perasan sangatlah Fiqa.

Tidak lama kemudian, bunyi hon kereta di hadapan rumahnya. Itu pasti grab yang yang ditempahnya tadi.

Setelah siap semuanya, dia berlari anak mendapatkan grab itu.

Rafiqa memberitahu lokasi yang ingin dia tuju. Pemandu grab itu hanya mengangguk lalu meneruskan perjalanan.

Semasa perjalanan, Rafiqa hanya melemparkan padangan ke luar tingkap. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.

Gembira!

Rasa gembira pula bila dia dapat pergi ke rumah sahabatnya. Lagipun, dia tidak pernah lagi pergi ke rumah Hana sejak Hana berpindah ke Kuala Lumpur. Macam manalah, rumah Hana tu. Mesti besar. Harap-haraplah hubungannya dengan Hana akan kekal.

Sedar tak sedar, Rafiqa sudah sampai betul-betul di hadapan rumah Hana.

Rafiqa terus keluar dari kereta itu. Duit dihulurkan buat pemandu grab sebelum dia berlalu pergi.

Besar jugak kan rumah Hana ni. Rafiqa teragak-agak ingin mengetuk pintu. Entah kenapa, dia rasa debar di dada. Tarik nafas, lepas.

Tarik!

Lepas!

Teknik itu dilakukannya berulang kali sebelum tangannya mengetuk juga pintu seraya memberi salam.

Tidak lama kemudian, terjengul wajah Hana. “Fiqa, lama tau aku tunggu. Jom masuk" ujarnya dengan gembira.

Rafiqa hanya mengangguk lalu kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Dari jauh lagi kelihatan Firash tengah duduk bersilang kaki sambil matanya tidak beralih dari telefonnya.

Rafiqa membulatkan matanya. Takkanlah Hana berdua-duaan kat dalam rumah ni.

“Hana, kau dengan Firash je ke kat dalam rumah ni?"

Hana menampar lembut kengan Fiqa. “Ish, kau ni. Takkanlah aku nak berdua-duaan dengan Firash tanpa hubungan halal. Mak som ada sekali la."

“Mak som?" Rafiqa mengerutkan kening.

“Bibik dalam rumah ni"

“Tak sangka pulak aku, kat upah bibik"

“Mana ada. Bukan aku lah. Of course lah ayah aku yang upah bibik. Ni kan rumah dia"

“Ooo, jadi ni rumah ayah kau la. Aku ingatkan rumah kau" sekarang, baru lah Fiqa faham sebab apa rumah Hana ni besar bagai istana. Rumah ayah dia rupanya.

“Ha'ah. Umi dan ayah aku ada kerja kat luar negara. Rasanya esok kot baru balik"

Rafiqa hanya mengangguk sambil mulutnya membulat membentuk ‘O' tanda faham.

“Sebab tu lah aku ajak kau datang. Bolehlah kau syorkan kat aku, yang mana patut hiaskan. Lagipun kau kan bijak" sempat lagi Hana memuji. Fiqa tersenyum manis.

“Eh dahlah. Jom" sambung Hana lagi. Terus dia mengajak Rafiqa di mana Firash duduk. Rafiqa hanya akur, tidak membantah.

Rafiqa dan Hana serentak melabuhkan punggung yang berhadapan dengan Firash. Ditengah-tengah mereka mempunyai sebuah meja kopi yang terletak cantik.

Firash berdehem seketika seraya membetulkan duduknya. Handphonnya diletakkan di dalam kocek seluar sebelum dia mengalihkan pandangan kepada Rafiqa.

Rafiqa hanya menunduk. Kenapa lah, kau pandang aku macam tu Firash. Tak pernah tengok orang ke ah.

Hana disebelah Fiqa pula, tidak perasan akan pandangan Firash kepada Fiqa. Dia mula meneruskan perbincangan mereka.

“Fiqa, kau rasa kan kita kena beli berapa jambak bunga. Bolehlah kita hias dekat pelamin nanti. Mesti cantik kan, Fiqa" Hana mula memberi cadangan.

“Ye, ye. Cantik-cantik" sebenarnya Fiqa main cakap je. Sungguh fikirannya ke laut sekarang ni bila dia ditenung oleh Firash macam nak makan aku je.

“Mhmm, tapi kita nak beli bunga apa eh?" Hana menyoal lagi.

Rafiqa sudah tidak senang duduk. Kenapalah kau pandang aku macam tu Firash oi..

“Fiqa? kau ok?" Hana melihat ke arah kawannya itu.

“Ye, aku ok. Kau tanya apa tadi?"

“Aku tanya, bunga apa yang sesuai kalau letak dekat pelamin nanti" ulang Hana.

“Err, bagi aku bunga ros. Ye, bunga ros" hentam pun hentam lah Fiqa. Janji tak syak dengan Hana lagi.

Nak je aku cabut biji mata kau tu, Firash. Boleh tak, kau stop aku tenung macam tu. Aku tak selesa laaa!! laung Fiqa di dalam hati.

“Eh, Fiqa. Aku rasa macam nak pergi toilet la. Kau tunggu kejap ye" Tanpa menunggu balasan dari Fiqa, Hana terus bangun menuju ke tandas.

Hana!! kenapa kau tinggalkan aku dengan Firash ni!! Mati lah aku!!

Firash mula bangun. Rafiqa menelan liur kesat. Tu dah bangun tu, nak pergi ke mana pulak tu.

Dia melabuhkan punggung di sebelah Rafiqa. Rafiqa membulatkan mata. Ha sudah. Pergi duduk sebelah aku pulak. Cepatlah Hana datang!!

Jarinya mula bermain pada tangan Fiqa. Rafiqa gugup. Kau nak buat apa ni, Firash. Dia mengengsot sedikit ke tepi. Firash turut mengengsot sehingga tiada lagi ruang buat Fiqa.

Fiqa mula menggelabah. Peluh pun mula menitik.

“A...awak nak buat apa ni?" akhirnya dia bersuara juga.

“I dah cakap yang I cintakan you." jawabnya bersahaja. Dia menguntum senyum jahat.

Kenapa menakutkan sangat dia ni senyum. Aaaa!!!

“Ta...tapi awak kan dah ada Hana"

“But I not love she"

Kira-kira mahu bangun dari tempat duduk, tapi tangan Firash lebih cepat menyambar lengan Fiqa menyebabkan Fiqa jatuh terduduk di atas ribanya.

Melihat itu, dia terus menerkam ke arah Rafiqa. Rafiqa cuba sedaya upaya untuk mempertahankan dirinya. Sungguh dia takut tika ini.

Baru jarinya ingin membuka butang kemeja Rafiqa, kerjanya terbantut apabila terdengar tapak kaki seseorang.

Rafiqa apa lagi, terus dia menyerang semahunya ke arah Firash. Dasar lelaki miang.

Hana yang baru sahaja sampai itu, terkejut melihat adegan itu.

Melihat Hana yang ada didepan mereka, Firash terua membuka butang baju kemejanya. Sengaja dia berbuat begitu supaya tidak dikesan oleh Hana.

Rafiqa memberhentikan perbuatannya apabila melihat Hana di depannya. Dadanya turun naik menahan marah. Ini ke lelaki yang Hana ingin jadikan suami? baru mulutnya ingin menjelaskan semuanya, tiba-tiba Firash lebih cepat bertindak.

“You tengok apa yang kawan you nak buat ni. Dia hampir goda I tahu tak."

Rafiqa membulat mata. What!! dia kata aku nak goda dia.

Hana mendekati Rafiqa. Mukanya pun kelihatan merah seperti menanggung marah.

Pang!!

Tanpa sepatah kata, dia terus menampar pipi Fiqa. Rafiqa terkesima. Tak..takkan Hana lebih percayakan lelaki ni dari dia.

“Aku tak percaya kau sanggup khianat kawan kau sendiri Fiqa. Aku benci kau. Aku benci. Kau keluar dari sini!!!" tempik Hana lantang. Kelopak mata Fiqa mula memberat. Betul-betul tak percaya yang Hana lebih percayakan Firash darinya, sedangkan persahabatan mereka sudah berkawan sejak sekolah rendah lagi.

Terus tubuh Rafiqa itu ditolaknya. Firash menguntum senyum sinis.

Rafiqa duduk tersungkur di luar rumah Hana. Akhirnya air matanya tumpah juga. Aaahhh, sungguh dia penat. Penat sangat-sangat nak hadap semua ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience