Bab 14

Romance Completed 115002

Danish dan Rafiqa serentak keluar dari pasar raya itu, setelah hampir 2 jam mereka di dalam.

Kiri kanan tangan Danish membawa beg plastik yang dibeli oleh mereka. “Sayang, kenapa beli banyak sangat ni. Berat tau."

Rafiqa mencebik. “Dah abang yang ajak Fiqa shopping. Fiqa shopping jelah. Dah, jangan nak merungut, sempit rezeki tau kalau jarang belanja isteri ni. Meh sini, biar Fiqa bawak sikit." Fiqa merampas beg palstik yang dipegang Danish itu, lalu berjalan mendahului suaminya.

Danish menggeleng kepala bersama senyuman kecil di bibir. Suka melihat telatah isterinya

******

“Abang, Fiqa nak cakap sikit boleh?" tanya Rafiqa sambil melihat suaminya yang sedang memandu.

“Mhmm, apa dia. Tanyalah."

“Fiqa nak kerja." Jawab Rafiqa. Danish berpaling “Kerja?"

Rafiqa mengangguk. “Boleh tak?"

“Boleh je. Tapi sayang nak kerja kat mana?"

“Entah"

“Kerja dengan abang lah. Jadi PA abang."

Rafiqa pantas menggeleng. “Tak nak lah. Kesian nanti kat Suzy. Dia kan PA abang. Takkan nak buang dia kerja je."

“Siapa cakap abang nak buang dia kerja. Abang suruh lah dia kerja dekat Syarikat abang yang satu lagi tu"

Rafiqa membulatkan matanya. “Maknanya, abang ada dua syarikat?"

Danish mengagguk.

“Fiqa tak tahu pun"ujar Rafiqa.

“Sebab sayang tak ambil tahu." selamba sahaja Danish menjawab.

“So, sayang nak kerja dengan abang lah ni" sambungnya lagi

Cepat sahaja Rafiqa mengangguk. “Bila boleh Fiqa start kerja abang."

“Mhmm, kalau sayang nak start esok, esok jugalah sayang kerja."

Rafiqa tersenyum. “Ok, Fiqa kerja esok."

Danish turut sama tersenyum.

****

“Ok, pehatian semua. Hari ni, saya nak kenalkan dekat kamu semua yang akan menjadi PA baru saya ialah isteri saya. Rafiqa Ariana. So, saya nak kamu semua sila beri tunjuk ajar ye." Danish membuat pengumuman kepada para stafnya. Suzy, telah pun pindah ke Kedah iaitu di syarikat kedua Danish pada kelmarin lgi.

Rafiqa di sebelah Danish tidak lekang memberikan senyuman pada semua orang.

“Mhmm, Nurul tolng tunjukkan bilik dekat isteri saya." arah Danish

Gadis yang bernama Nurul itu mengangguk lalu datang menghampiri Rafiqa. “Puan, jom"

Rafiqa mengangguk lalu mengikut langkah Nurul.

“Ok, semua boleh sambung kerja." Danish berlalu dari situ lalu menuju ke biliknya.

Hilang sahaja kelibat Danish, kedengaran para staf sudah mula bersuara.

“Wuish, boleh tahan cantik juga kan isteri Boss tu."

“Kan, tu lah. Bertuah sangat dia dapat Boss."

“Eh, korang ni nak buat kerja ke nak membawang. Jangan makan gaji buta eh" seorang perempuan yang berambut pendek datang menegur ke arah dua orang perempuan tadi.

“Ish, kau ni. Mana ada kita orang membawang. Nak puji pun tak boleh."

“Dah, dah. Tak payah banyak songeh. Sambung kerja."

*****

Liana merenung gambar Rafiqa yang sedang meniduri dengan seorang lelaki. Senyuman jahat tidak lekang dari bibir. “Tak lama lagi Danish akan jadi milik aku. You, just wait and see Fiqa" Liana ketawa jahat.

Nina di sebelah hanya mampu menggelengkan kepala. Puas dia nasihatkan sahabatnya itu. “Kau sure ke dengan rancangan kau buat ni. Itu satu fitnah tau. Berdosa besar."

Liana membuat ‘rolling eyes'. “Eh, kau tak payah nak jadi ustazah, nak ceramah kat aku bagai. Aku tak nak dengan ceramah kau tu. Yang penting, aku dapat danish. Sebab perempuan tu yang rampas Danish dari aku." Lantang suara Liana menengking ke arah sahabatnya.

Baru sahaja Nina ingin membuka mulut, Liana pantas memotong. “Dah, aku malas lah layan kau ni. Buat serabut kepala aku je. Bukannya, nak support aku, ni pergi support perempuan tu buat apa. Baik aku keluar je, dari duduk sini." Liana bangun dari sofa lalu memgambil kunci kereta dan beg tangannya.

Dumm!!!

Pintu ditutup kuat. Terangkat bahu Nina akibat bunyi dentuman pintu itu.

****

Rafiqa begitu tekun membuat kerjanya. Sehingga dia tidak sedar yang jam sudah menunjukkan sudah pukul 1 tengah hari. Iaitu waktu pekerja makan tengah hari. Hari pertama kerja pun, dah banyak kerja.

Danish menetuk pintu bilik Rafiqa.

“Masuk!" Arah Rafiqa dari dalam.

Danish mula masuk, lalu perlahan-lahan mendekati isterinya. Danish memeluk Rafiqa dari belakang.

“Ish, apa abang ni. Kat pejabat lah."

“Takpe, semua dah keluar lunch." jawab Danish bersahaja.

”Dah, sayang. Jom lunch. Kerja tu nanti-nanti je buat. Kalau tak buat lagi tak pa" Danish ketawa kecil.

“Dah-dah jangan nak mengarut. Jom" Rafiqa bangun lalu mula mengemas sedikit mejanya yang dipenuhi dengan kertas kerjanya.

*****

“Weyh, weyh Nurul. Kau tengok tu, bos dengan Puan Rafiqa. Asyik berkepit je. Tapi kan, cantiklah Puan Rafiqa tu. Jeles tau aku." Gadis yang bernama Zila iaitu sahabat Nurul itu berkata.

Nurul yang ingin, menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, itu terbantut kerjanya. Dia lantas berpaling ke arah Bossnya dan Rafiqa. “Biarlah diorang nak buat apa pun Zila. Yang kau nak sibuk ni apasal. Dah, makan. Jangan nak jadi mak cik bawang sangat lah." Nurul mula menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Zila mecebik. “Mana ada aku mengumpat pasal diorang lah. Aku cakap je. Tu pun salah ke?" Zila memandang tajam ke arah Nurul. Nurul tidak membalas pandangannya. Hanya membuat riak selamba sahaja.

Zila mula menarik muka. “Malas aku layan kau ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience