Bab 22

Romance Completed 114969

Pada malam itu, Rafiqa mundar-mandir di ruang tamu. Kelibat sang suami belum kelihatan.

“Ishh, mana Danish ni. Tak pernah pun balik lambat macam ni" ujarnya risau. Tidak lama kemudian, bunyi ketukan dari pintu membuatkan ia berlari ke arah pintu utama.

Bibir menguntum senyum, apabila melihat wajah Danish. Tangan suaminya disalam.

“Abang pergi mana, balik lambat?" soal Rafiqa risau.

“kalau ye pun, bagilah abang masuk dulu" Danish membuka kasutnya.

Mereka bersama-sama melabuhkan punggung di atas sofa. Beg plastik yang dibawa Danish, diperhatikan Rafiqa dari tadi.

“Apa dia tu?"Tanya Rafiqa sambil menunjukkan beg plastik yang terletak elok di atas meja kopi.

Danish mencapainya. Dikeluarkan isi yang berada di dalam beg plastik itu. Kotak baldu berwarna merah, dipegangnya lalu diberikan kepada Rafiqa. Rafiqa tergamam.

“Apa ni?"

Danish hanya tersenyum. “Bukalah"

Perlahan-lahan ia membuka kotak itu. Sebaik dibuka, mata Rafiqa bersinar-sinar, seperti tidak percaya.

“Abang beli cincin ni" Rafiqa dengan teruja, memakainya di jari manis

Danish mengangguk. “Sebab tu abang balik lambat. Abang bersalah tau, dekat sayang sebab tak belikan sayang cincin yang sayang nak masa tu" Dicapai tangan isterinya lalu dikucup lembut.

“Terima kasih abang."

“Sama-sama"

Buat seketika, Rafiqa diam sejenak. Danish memandang isterinya hairan.

“Kenapa ni, sayang?"

Rafiqa menghembuskan nafas berat. Perlukah, dia berterus terang kepada Danish tentang hubungannya dengan Liana.

“Err, takpelah..Fiqa naik tidur dulu" baru sahaja ia ingin bangun, lengannya dipegang Danish. Rafiqa kembali duduk.

“Kenapa?"

“Abang tahu sayang ada sorokkan something kan, dekat abang. Bagitahu abang, please"

Rafiqa menarik nafas dahulu sebelum memulakan ceritanya.

“Liana adik saya" cukup ringkas Rafiqa menyatakan. Danish membulatkan matanya.

“Biar betul?!"

Rafiqa mengangguk perlahan.

“Tapi macam mana? Sayangkan keturunan Australia, tapi kenapa Liana tu keturunan Melayu. Nampak bukan adik beradik je." soal Danish.

Rafiqa gigit bawah bibir. “Sebenarnya, ayah sayang kahwin lain iaitu dengan ibu Liana. Sebab tu Liana keturunan melayu sebab Mak dia orang sini je. Lepas Mak Liana meninggal, ayah ambil dia tinggal sekali dengan kami. Tapi, dia selalu anggap ayah dan ibu sayang ni pinggirkan dia. Sampai lah suatu hari tu, dia lari dari rumah. Kita orang cari merata-rata tempat tapi tetap tak jumpa. Cuma, masa tu ayah dan ibu terlibat dalam kemalangan. Diorang meninggal. Dari situlah, papa abang ambil sayang. Dan, sekarang tak sangka sayang jumpa balik dengan dia. Tapi tulah, dia tak terima hakikat yang sayang ni kakak dia."

Danish sekadar mengangguk. Tubuh Rafiqa di bawa ke pelukan. “It's okay sayang. Abang ada". Belakang tubuh isterinya digosok.

Rafiqa tersenyum.

*****

Dari jauh lagi, Liana memerhatikan kebahagiaan mereka berdua. Tangan mengepal penumbuk. Stereng keretanya dipukul berkali-kali.

“Arghh!!. You just wait and see Fiqa" keretanya berlalu dari situ.

Badan dihempas kuat di atas katil. Mukanya diraup kasar. Nina yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya, mula duduk di birai katil.

“Kau ni dah kenapa, Liana. Macam orang tak waras je aku tengok kau ni"

Liana memandang sahabatnya. “Kau tahu tak, Fiqa tu pregnant".

“Mhmm, baguslah kalau macam tu. Nanti kau nak dapat anak buah lah kan. Kau tak happy ke?"

Bahu Liana ditamparnya.

“Auch, sakitlah. Kau ni dah kenapa?!" Bahu yang ditampar Liana tadi, digosoknya.

Liana mendengus. “Kau tahukan, yang aku tak suka si Fiqa tu mengandung."

“Habistu, kau nak buat apa?. Lagipun dia dah pregnant pun. Kau tak boleh nak buat apa-apa"

Liana diam sejenak. Tidak lama kemudian, terbit senyuman jahat di bibirnya.

Nina memandangnya hairan. “Tu senyum-senyum tu ada lah tu rancangan jahat kau. Kalau kau nak buat, kau buat. Asalkan jangan babitkan aku sudah"

“Aku boleh buat sendiri. Dah, aku nak mandi." Dia mulai bangun, lalu menuju ke kamar mandi.

*****

“Sayang, hari ni abang balik lambat sikit tau. Pintu tu jangan lupa kunci."

“Mhmm, cuti-cuti pun abang kerja lagi" ujar Rafiqa dalam nada sedih.

“Sayang, janganlah merajuk macam ni. Abang minta maaf okey. Nanti ada masa free abang bawa sayang pergi bercuti. Lagipun honeymoon, kita tak pergi lagi kan." Danish cuba memujuk isterinya.

Rafiqa kembali senyum. “Janji tau, abang nak bawa Fiqa pergi honeymoon." Rafiqa menunjukkan jali kelingkingnya.

Danish tersenyum. Jari kelingkingnya disambungkan kepada jari kelingking isterinya.

Dahi Rafiqa dicium. “Take care tau"

“Ye, abang. Abang janganlah risau. Fiqa okey je" Tangan suaminya disalam.

Danish tersenyum. “Abang pergi dulu"

“drive kereta elok-elok" pesan Rafiqa.

Danish hanya mengangguk sebelum ia membolos masuk ke dalam kereta.

Hilang sahaja, kelibat suaminya Rafiqa mengunci pintu utama rumahnya.

Perutnya digosok lembut. “Sayang lapar ya. Jom kita makan. Mama ada buatkan mee untuk kita." Rafiqa tersenyum. Tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal lahir ke dunia ni.

SORRY YE, SAYA DAH JARANG UPDATE..AND SORRY, SEBAB BAB NI SIKIT JE JALAN CERITA :-(

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 17:07:07 

it's ok, dear. btw, best jgk chapter ni

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 17:03:18 

hi. dear. tqvm update. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience