Bab 34

Romance Completed 114969

Seperti biasa, Rafiqa akan bangun awal pagi menyiapkan sarapan. Memori semalam, diusirnya jauh-jauh. Kau dah fikir masak-masak ke Fiqa, yang kau sendiri minta cerai. Patut ke?

Cepat-cepat dia menggeleng kepala. Lupakan ajalah pasal semalam. Masa tak boleh diputarkan.

Tidak lama kemudian, Danish turun dengan muka masam mencuka. Berkerut-kerut dahi Rafiqa yang melihat. Ni apa kes, pula ni. Takkanlah masih teringat pasal semalam.

Tanpa berfikir panjang, dia menyapu nutella pada roti bakar yang baru dibakarnya tadi. Menunya simple sahaja. Ini kerana, Danish pernah berpesan kepadanya supaya menyediakan roti bakar sahaja pada waktu pagi. Dia pun tak tahu kenapa. Nak jaga badan rasanya.

Baru dua keping roti yang ditelannya, dia mula bangun berdiri. Diteguk air milo suam yang berada dihadapannya sebelum habis licin. Melihat tentang air muka Danish itu, dia tidak berani bersuara. Garang macam singa je muka tu. Kecut perut dia melihat.

Baru tangannya ingin menyalami Danish, Danish pantas terlebih dahulu keluar dari rumah. Kasut disarung lalu enjin kereta dihidupkan.

Rafiqa tersentak. Kenapa dingin sangat layanan suaminya itu? Melihat kereta suaminya sudah hilang di perkarangan rumah, dia mengeluh berat.

Di dalam kereta, Danish mendengus geram apabila mengingat kembali tentang panggilan telefon pagi tadi.

~~~~FALSHBACK~~~~~
Deringan telefon Danish, mula mengganggu lenanya yang masih nyengak tidur. Diraba-raba telefonnya sambil matanya masih lagi menutup.

Akhirnya dia membuka mata juga. Sempat lagi dia melirik ke arah jam yang terdapat di handphonennya. Sudah pukul 5:30, mesti isterinya sudah berada di dapur.

Dia menekan butang hijau. Nombor tidak dikenali? siapa pulak ni.

“Hello, assalamu'alaikum" suara yang tidak dikenalinya terlebih dahulu memberi salam.

“Wa'alaikumussalam" Jawab Danish malas. Sesungguhnya dia masih lagi mengantuk.

“Ni, aku. Firash."

Mendengar nama itu, terus matanya dicelik luas. Sungguh dia benci mendengar nama itu. Dulu, Firash pun ada hati juga kepada isterinya. Dan sekarang? takkanlah dia masih lagi ada hati kepada Fiqa.

“Kau nak apa?" tegas Danish bertanya.

“Aku cuma nak pesan dekat kau supaya tolong bagitahu Fiqa tu suruh datang dekat rumah Hana, lusa"

“Tapi kenapa Hana tak call sendiri? kenapa kau kena call?"

“Sebab dia suruh aku call. Katanya, nak suruh Fiqa pilih baju mana yang sesuai untuk wedding kita orang."

“kau jangan lupa bagitahu dia" sambungnya lagi.

“Dari mana, kau dapat nombor aku ni?"

“Hana bagi. Okeylah, aku letak dulu. Lagi satu, kirim salam dekat bini kau tu"

“Eh, kau jangan nak dekat dengan ..."

Klik!!

Panggilan ditamatkan. Danish mendengus kasar. Tidak sempat dia nak meneruskan kata-katanya.

~~~END FLASHBACK~~~~

“Arghhh!!" stereng kereta dipukulnya kuat. Apa yang awak sorokkan belakang saya Fiqa? awak ada scandel dengan Firash ke?

Dia meraup mukanya kasar. Lepas Liana, si Firash pulak yang muncul.

*****

Rafiqa menepuk dahi sendiri. “Barang dapur semua dah habis. Kalau aku pergi beli, Danish bagi ke tak?" dia menggigit bawah bibir. Menyusahkan betul lah.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mesej saja suaminya.

--Abang, Fiqa nak keluar beri barang dapur kejap. Boleh ke?

Butang ‘send' ditekannya. Melihat Danish membaca mesejnya tadi, dia tersenyum sendiri. Haraplah dia bagi.

Tapi senyumannya mati apabila Danish tidak membalas mesejnya. “Dia bluetick?" Rafiqa mengeluh berat. Sibuk sangat ke kat tempat kerja tu.

Malas menyerabutkan kepala lagi, dia berjalan menuju ke arah sofa. Biarlah barang dapur dah habis semuanya pun. Danish yang tak bagi dia keluar.

Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Melepaskan keluhan berat. Televisyen pun tidak dibukanya. Kalau buka pun, takde cerita yang menarik.

Dia memgelamun jauh. Memikirkan tentang hidupnya pada masa akan datang. Adakah dia akan berpisah juga dengan Danish? sampai bila dia akan terus hidup macam ni?

Lama juga dia mengelamun. Sampaikan tidak sedar akan kehadiran seseorang.

“Cepat bersiap. Kita pergi beli barang dapur"

Rafiqa yang terkejut mendengar suara entah dari mana itu secara spontan menampar pipi Danish.

“Sayang, kenapa ni?" Danish memegang pipinya yang terasa perit. Boleh tahan juga penampar Fiqa ni.

Menyedari kesilapannya itu, dia terus memegang pipi Danish. Jelas kelihatan warna merah akibat kesan tamparannya.

“Sorry, Fiqa tak sengaja. Abang tiba-tiba je datang rumah. Tak kerja ke?"

“Cakap nak pergi shopping, kan. Jomlah"

Rafiqa tersenyum gembira. “Ok, ok. Nanti Fiqa naik bersiap dulu." dengan langkah yang gembira dia menaiki tangga.

Kereta Danish berhenti betul-betul di hadapan Pasar raya. Rafiqa tidak bercakap banyak, hanya turut sahaja dekat mana suaminya ingin membeli barang dapur. “Dah, jom turun" Rafiqa mengangguk. Mereka serentak turun dari kereta.

Tangan isterinya dicapai. Rafiqa memandang Danish tepat ke arah wajahnya. “Sebelum tu, abang tak kerja ke?"

Danish menggeleng. ”Abang kan boss. Abang boleh keluar pejabat bila-bila pun"

Rafiqa mengecilkan biji mata. “Ye lah tu. Nanti tak pasal-pasal Papa tahu nanti. Fiqa tak nak masuk campur"

“It's okay. Dah jom"

Serentak itu, mereka berdua masuk bersama ke dalan pasar raya. Ramai juga mata memandang ke arah mereka, tapi Rafiqa langsung tidak ambil kisah.

Rafiqa berjalan terlabih dahulu seraya Danish di belakangnya menolak troli.

Diambil semua barangan dapur yang sudah banyak habis di rumahnya. Troli yang tadinya kosong, sudah pun separuh penuh. Danish hanya membontoti langkah isterinya.

Bila habis mengelilingi satu pasar raya dia tersenyum sendiri. Mungkin aku dah beli semuanya. “Ok. Semuanya dah beli. Jom pergi bayar" ujar Rafiqa seraya berpaling menghadap suaminya.

Danish tidak menolak, hanya anggukan sahaja dibalasnya.

Kaki mereka melangkah bersama-sama menuju ke kaunter pembayaran.

“Eh. Danish, Fiqa. Tak sangka boleh jumpa kat sini" suaranya sengaja dilembutkan.

Rafiqa berpura senyum. “Mhmn, tu lah tak sangkakan. Liana buat apa kat sini?"

“Saja, nak beli barang."

Malas berlama-lama disitu, Danish menolak troli itu menuju ke kaunter pembayaran. Pergi je mana-mana mesti akan jumpa dengan minah ni.

Apabila sudah pasti, Danish sudah jauh dari mereka dicuit sedikit lengan Rafiqa. “Kau dah suruh ke Danish kahwin dengan aku"

“Saya dah cakap. Awak jangan risau, saya akan undur diri pasal ni. Cuma tu lah, semuanya Danish yang tentukan. Saya tak boleh nak buat apa-apa. Kalau dia ceraikan saya pun, saya terima seadanya. Mungkin dia bukan jodoh saya. Tapi buat masa ni, kita kena bagi Danish masa. Mungkin dia tengah stress tu" panjang lebar Rafiqa berkata-kata sebelum dia pergi mendapatkan suaminya.

Liana hanya menjeling jelik. Acah baik konon.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience