Bab 32

Romance Completed 114969

“Cik, cik tak boleh masuk dalam bilik Tuan Danish tanpa kebenaran" Yana sebagai PA sementara kepada Danish cuba menghalang.

“Kau ingat aku kisah? Tepi lah!! aku nak jumpa dia" Badan Yana ditolaknya. Staf-staf yang lain juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Pintu bilik Danisu dihempas kuat. Liana tersenyum sinis. Yana yang baru sahaja sampai itu tercungap-cungap mencari nafas. “Maaf boss, saya dah halang dia. Tapi dia tetap nak jumpa boss" jelas Yana.

Danish hanya mengangguk dan memberi arahan supaya dia keluar. Yana akur lalu menutup pintu.

Danish kembali memandang komputer. Tangannya ligat menekan keyboard komputer itu. Liana didepannya buat tidak endah sahaja.

Tanpa dipinta, Liana melabuhkan punggung di hadapan Danish. Meja Danish dihempap kuat. Danish berpaling. “You nak apa ni?" soalnya acuh tak acuh.

“I mengandungkan anak you"

Danish mengangkat kening sebelah. “You ingat, I percaya? sorrylah Liana. I takkan percaya pun dengan kata-kata yang keluar dari mulut you tu"

Liana ketawa sinis. “Terpulang pada you nak percaya atau tak. Yang penting, you kena bertanggungjawab. Anak ni anak you Danish"

Danish mulai bangun. Wajah Liana dipandangnya tajam. Rasa cuak pun ada.

“Habistu, you nak I buat apa?"

“Kahwin dengan I" Liana turut bangun sambil berpeluk tubuh. Dia berdiri betul-betul di hadapan Danish.

“Ke you nak I bagitahu semua orang yang I dah mengandungkan anak you" Liana tersenyum sinis.

“You jangan macam-macam Liana. Kalau you bagitahu semua orang, nahas you. Especially my wife!"

Liana ketawa sinis. “Kalau you ikut je apa yang I cakap tadi, I takkan bagitahu sapa-sapa" Beg tangannya diambil lalu disangkutkan ke atas bahu sebelum berlalu pergi.

Danish mendengus kasar. Habis kertas-kertas yang tersusun elok di meja, diseleraknya. Damn it!!.

Segera dia mencapai kunci kereta. Pintu biliknya dihempas kuat. Pekerja-pekerja yang lain pun tidak mampu bersuara kalau dah tengok angin Danish tu macam tak baik je.

Tok!! Tok!!

Rafiqa yang sedang memasak itu, terkejut mendengar ketukan dari pintu rumahnya. Segera dia menanggalkan apron lalu berlari kecil ke muka pintu.

Terjengul wajah Danish di situ. Rafiqa mengerutkan dahi. Takkan lah dah balik. Awalnya. “Abang? awal balik?"

“Mhmm, takde meeting. Sebab tu abang balik awal."

Dia menghembuskan nafas berat seraya melabuhkan punggung di atas sofa.

“Oh, sebelum Fiqa terlupa" ujar Rafiqa seraya mencari sesuatu di dalam almari yang berwarna maroon itu.

Rafiqa menegeluarkan sehelai baju yang berlengan pendek. “Baju sapa tu, sayang?" soal Danish seraya bangun berdiri di hadapan isterinya.

“Ni baju Liana. Dia tertinggal." Mendengar nama itu, air muka Danish mula berubah.

“Abang? kenapa ni?" soal Rafiqa. Pelik juga tengok Danish yang tiba-tiba berubah riak.

“Kenapa dia tinggalkan baju dia dekat sini?" Danish tidak menjawab soalan Rafiqa, sebaliknya dia pula menyoal.

“Manalah Fiqa tahu. Mungkin dia tertinggal. Abang kenal ke, kat mana rumah dia. Boleh kita pergi hantar"

“No, abang tak kenal. Buang je lah baju tu. Lagipun sehelai je, kan. Abang nak naik mandi" Danish terus melangkah ke arah tangga.

Rafiqa terkedu. Mesti ada sesuatu ni.

*****

“Dari mana kau ni?" soal Nina. Dia berdiri di muka pintu sambil bercekak pinggang.

Liana mendengus kasar. Ditepis badan kawannya itu lalu duduk di sofa. “Kau tak payah nak ambik tahu sangat la pasal aku."

Nina turut sama melabuhkan punggung di tepi Liana. “Kau baru lepas jumpa Danish ke?"

Liana senyum sinis. “Kalau aku jumpa dia, kau nak buat apa? lagipun aku nak Danish bertanggungjawab je. Salah ke?"

“Yes. Memang salah. Kau suruh Danish tanggungjawab padahal anak yang kau kandung tu bukan anak dia!"

“Kau ingat aku kesah ke, Nina. Aku tak kesah. Lansung tak kesah" Liana menjeling tajam. Bila balik rumah je, mesti kena dengar si Nina ni membebel. Tanpa sepatah kata, dia berdiri semula lalu mula berjalan ke arah biliknya.

“Liana. aku tak habis cakap lagi" Nina mendengus geram. Makin lama, makin menjadi-jadi sifat keras kepala Liana ni.

*****

Rafiqa berjalan keluar dari keretanya. Senyuman manis dari bibirnya masih tidak lekang. Entah kenapa, rasanya ingin berjumpa dengan suaminya. Harap-haraplah Danish ada di pejabat.

Masuk sahaja, dalam pejabat itu semua orang memberikan tunduk hormat. Rafiqa hanya membalas dengan senyuman.

“Danish, kau okay ke ni?" soal Mirza yang duduk berhadapan dengannya.

Danish hanya mengangguk lemah.

“Dalam bilik meeting tadi pun, kau nampak macam ada masalah je. Kau nak share kat aku ke?"

Baru sahaja Danish ingin membukaha mulut, tiba-tiba pintu biliknya dihempas kasar. Melihat wajah Liana itu, dia melepaskan keluhan berat. Memang perempuan ni tak kenal erti putus asa langsung.

Rafiqa berjalan ke arah bilik Danish. Dalam beberapa langkah sahaja lagi dia ingin sampai, tapi kakinya berhenti melangkah apabila melihat Liana yang baru sahaja masuk ke dalam bilik suaminya. Kerutan di dahi mula terukir. Kenapa Liana ada sekali dalam ofis suaminya?

Tiba-tiba rasa tidak enak sahaja. Dia mula mencuri dengar antara perbualan mereka.

“Awak boleh keluar, Yana" arah Danish apabila melihat Yana yang tidak berganjak dari tempatnya.

Yana hanya mengangguk lalu berlalu dari situ.

“Kau buat apa lagi dekat sini, Liana?" Mirza terlebih dahulu menyoal.

“None of you business." Sempat lagi Liana menjeling tajam ke arah Mirza sebelum dia kembali melihat ke arah Danish.

“I nak kita kahwin. I tak nak tangguh-tangguh. Lagi cepat, lagi bagus" ujarnya lantang. Mirza ternganga. Biar betul!. Wajah Danish dan Liana dipandang silih berganti.

“Kalau I tak nak kahwin dengan you" bersahaja Danish menjawab. Tiada riak terkejut mahupun takut pada riak wajahnya.

“I akan bagitahu semua orang, yang anak ni anak you!" jerit Liana lantang.

Rafiqa terkesima. Pucat sahaja mukanya. Kalau ditoreh sekalipun, belum tentu darah akan keluar.

'Anak? Liana mengandungkan anak Danish? Tapi bila? mereka dah bersama? tapi kenapa aku tak tahu langsung pasal ni? Danish rahsiakan perkara ni dari aku?' soalan demi soalan yang difikirnya.

“I takde kena mengena pasal ni Liana!" Danish pun mula naik geram. Mirza hanya menjadi pemerhati sahaja antara mereka. Sungguh dia masih lagi tidak faham.

“Tak payah nak buat tak tahu lah Danish. Walau macam mana cara sekalipun, anak ni tetap anak you. I akan pastikan you bertanggungjawab!" Malas hendak bertengkar lama, dia terus menapak keluar.

Mendengar pintu dibuka, sepantas kilat Rafiqa menyorokkan dirinya. Dia menahan air mata dari gugur. Niat ingin berjumpa suaminya, tapi ini yang dia dapat. Dibatalkan sahaja niatnya ingin berjumpa dengan Danish. Mungkin ini bukan masa yang tepat.

“Betul ke apa yang aku dengar tadi, Danish. Kau dah mengandungkan anak Liana?" Mirza mula menyoal siasat.

“Aku, aku tak tahu."

“Haish, kau ni. Isteri kau dah tahu ke belum?"

Danish hanya menggeleng. Sungguh kepalanya serabut saat ini.

Mirza menggeleng kepala. Apa nak jadi lah, dengan rumahtangga sahabatnya yang sorang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience