Bab 39

Romance Completed 114969

Sampai sahaja di lapangan terbang, Rafiqa terus mengambil tempat duduk. Lagi setengah jam sahaja lagi, dia akan bertolak.

Bagasinya hanya diletakkan di sebelah manakala beg tangannya disangkut ke atas bahu.

Matanya memerhati orang-orang di sekeliling, yang juga menunggu masa untuk berlepas.

Matanya tertancap pada sebuah keluarga yang kelihatan angat bahagia. Tanpa sedar, bibir menguntum senyum.

Mesti keluarga itu, ingin pergi bercuti. Bestnya! Kalaulah dia pun bahagia seperti itu, kan bagus.

Sekarang? Dia hanya pergi seorang diri, tanpa suami disisi. Tanpa sesiapa pun disisinya. Dahlah, Fiqa. Kau kena berdikari. Tak payah nak harapkan orang lain lagi.

* * * *

“Woi, Danish" jerkah Mirza dari belakang.

Danish tersedak. Cepat-cepat dia mencapai air. Ni lagi sorang. Geram betul lah aku. Tak pasal-pasal, arwah aku nanti.

“Kau nak apa?"

Mirza tersengih. Terus dia mengambil tempat di sebelah kawannya. “Sampai hati kau kan. Makan tak ajak aku"

“Aku dah ajak kau. Kau cakap nak sambung tidur. Aku pun makanlah"

Mirza garu kepala. Ye ke aku cakap macam tu?

“Ni Danish. Kau dah tiga hari kat rumah aku. Takde rasa nak pergi tengok bini kau ke?" Mirza mula menyoal.

Danish jeling. Kalau tak soal aku dalam sehari, tak sah. “Kau halau aku ke ni?" soalan Mirza itu tidak dijawab, sebaliknya dia pula menyoal

“Aku takde niat pun nak halau kau. Tapi takkanlah kau tak rindu kan. Lagipun aku dah lama tak nampak Fiqa. Aku pun rindu jugak nak tengok dia" ujar Mirza selamba.

Danish mengetuk kepala Mirza. Mirza merungut kesakitan.

“Sakitlah bodoh"

“Fiqa tu bini aku. Jangan nak rindu-tindu sangat lah"

Mirza ketawa. “Kenapa? Kau jeles? Nampak sangat kau masih lagi cintakan Fiqa kan. Tapi disebabkan ‘ego', kau biarkan cinta kau tak kesampaian. Cubalah kau buang sikit ego tu. Tak salah pun" Mirza mula berhujah.

“Dah habis? Dah aku nak keluar kejap." Danish terus berlalu meninggalkan Mirza yang masih terpinga-pinga.

*****

FIQA melemparkan pemandangan ke luar tingkap kapal terbang. Sesekali dia mengerling gadis di sebelahnya. Gadis itu sangat fokus dengan bukunya..

Mhmm, mungkin nak sambung belajar agaknya. Lagipun gadis itu, sangat muda.

Dia mengeluh lagi. Boring betul kat dalam kapal terbang ni. Lagi-lagi dia keseorangan. Haishh!!

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur juga. Tidur lebih baik.

***

Dia turun dari kapal terbang. Bagasinya ditolak. Udara di ambil..Ahh, udara di Australia memang segar. Rasa tidak sabar pula ingin meninjau di setiap kawasan di sini.

Dia menguntum senyum bila melihat sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya.

Rafiqa berlari anak ke arah wanita itu. Wanita itu tersenyum. Serta-merta tubuh wanita itu didakapnya.

Emelda Sandra. Sepupu yang paling dia rapat sejak kecil lagi. Memang asal kelahiran Emelda di Malaysia kerana ayahnya berasal dari sana. Sewaktu umur mereka dua tahun, Fiqa dan Emelda terpaksa berhijrah ke Australia atas permintaan neneknya untuk menjaga mereka.

Hubungan mereka sama seperti adik-beradik. Kemana Fiqa pergi, Emelda pasti ada sekali. Selama 14 tahun, Fiqa berada di Australia. Tapi disebabkan berita ayahnya berkahwin lain, dia dipaksa juga pulang ke Malaysia.

Memang waktu itu sedih sangat apabila mereka terpakasa berpisah. Tapi apa yang boleh dia buat? Fiqa hanya akur sahaja untuk pulang ke Malaysia.

Dan sekarang, tak sangka yang dia boleh bertemu kembali.

“Aku rindu kau" ujar Emelda sedih. Walaupun sudah lama menetap di Australia, tapi Bahasa Malaysia masih lagi dia fasih.

“Aku rindu kau juga" air mata yang hampir tumpah itu disekanya. Rindunya pada gadis itu, tidak dapat digambarkan.

Pelukan dileraikan. Emelda melihat sepupunya itu dari atas sampai bawah. Fiqa kerut kening.

“Kenapa?"

“Kau makin cantik bila pakai hijab."

Fiqa menguntum senyum. “Kau pun cantik juga, mel.", jujurnya. Lagipun memang sepupunya itu cantik. Sapa yang pandang, pasti tak berkelip, hahaha.

“Cantik-cantik aku pun takde sapa yang berkenan lagi." Kedengaran tawa dihujung ayatnya.

“Eleh kau. Tulah, memilih sangat"

Emelda hanya tersenyum. Bukannya dia memilih, tapi dia belum bersedia lagi.

”Okeylah, jom balik rumah. Aku ada banyak benda nak borak dengan kau ni."

Fiqa hanya mengangguk lalu menarik bagasinya berjalan beriringan dengan Emelda.

****

Emelda membuka pintu rumahnya. “Kau tinggal dengan nenek ke, Mel?" soal Fiqa. Ni bukan ke rumah nenek ke?

Emelda berpaling ke arah Fiqa. Dia mengambil tangan sepupunya itu lalu digenggamnya. Dia mula menangis.

Fiqa kerut kening. Aku ada salah cakap ke?

“Mel, kau kenapa ni? Aku ada salah cakap ke?"

Tubuh Fiqa di bawa kedalam pelukan. “Ne...nenek..dah tiada..Di...dia dah..me...meninggal..se..se..seminggu yang lalu" ujarnya tersekat-sekat.

Fiqa tergamam. Dia melihat wajah sepupunya itu yang sudah basah lencun. “Kau...kau biar betul?"

Lambat-lambat dia mengangguk.

Fiqa tersenyum hambar. Kalau boleh, memang dia nak menangis sepuas-puasnya. Tapi sayang, air matanya dah takde. Lagipun dia datang sini bukan untuk sedih tapi untuk gembira.

Dia menggosok belakang tubuh seupupunya. “Sokey, aku ada"

Emelda tersenyum. Air mata dikesatnya. Dia menarik tangan Fiqa untuk masuk ke dalam.

“Sekarang ni, aku tinggal sini. Aku sayang nak jual rumah ni dekat orang lain"

“Ooo, habistu papa dan mama kau? Dia tinggal sekali dengan kau ke?"

Emelda menggeleng. “Tak. Aku nak berdikari. Lagipun papa dan mama aku takde kat sini. Tak silap aku, diorang kat Brunei. Ada kerja"

Fiqa tidak berkata apa-apa. Dia mula berjalan, melihat setiap bilik yang ada di rumah itu.

“Kau boleh tidur kat mana-mana bilik kau nak. Kau rehatlah dulu. Aku nak buatkan makanan untuk kau. Mesti kau laparkan"

Fiqa berpaling. Dia menggosok perutnya. Memang aku lapar pun sekarang ni. Lambat-lambat dia mengangguk.

“Masak sedap-sedap ye!" sempat lagi Fiqa menyakat sepupunya itu. Emelda ketawa sebelum dia menuju ke dapur.

Fiqa memasukkan bagasinya ke dalam bilik. Badan dihempas ke atas katil. Ahh selesanya!!

Baik aku pergi mandi dulu. Dia bangun semula. Tangannya ligat mengeluarkan baju-baju dari begnya lalu berjalan ke bilik air.

*****

“Mhnm, sedapnya bau" Fiqa yang baru siap mandi itu, terus mendapatkan sepupunya.

Emelda tersengih. “Aku ada buat makanan kegemaran kau."

“Yeay! Mana-mana" Fiqa sudah bersorak gembira.

“Kau buka saji tu." arah Emelda lembut sambil memotong sayur.

Fiqa terus menuju ke meja makan, saji itu dibukanya. Bersinar-sinar matanya melihat makanan itu. Makanan kegemarannya ialah ‘Pavlova kek'. Pavlova memang terkenal di Australia. Rasanya juga sedap.

Dia terus memotong kue itu. Memang dari dulu lagi dia teringin makan, tapi sayangnya memang dia tak pandai nak buat makanan ni.

“Kau ke buat ni?" soal Fiqa sambil mulutnya sudah penuh dengan makanan itu.

Emelda ketawa kecil. “Ha'ah. Nenek yang ajar."

“Mel, nanti kau ajar aku buat Pavlova ni. Sedap lah kau buat"

“Of course lah" Emelda ketawa lagi.

“Kau sekarang ni kerja apa?"

“Oh, aku. Aku kerja tukang masak" jawabnya.

“Patutlah kau pandai masak. Kau tukang masak rupanya."

Emelda mengangguk. Rasa gembira pula bila Fiqa ada disampingnya. Tiada sunyi sangat.

*****

“Cik Hana, boleh saya bercakap dengan Cik Hana sekejap?" pinta Mak Som iaitu pembantu rumahnya.

“Papa dan mama tak balik lagi ke, Mak Som?" soal Hana kembali.

“Tuan dan Puan, mereka kata mereka nak balik petang ni"

Hana hanya mengangguk. “Mak Som nak cakap apa dengan Hana?"

Mak Sok menarik nafas dahulu sebelum bercerita. “Sebenarnya kawan Cik Hana tak salah. Tunang Cik Hana yang salah".

Hana kerut kening. “Maksud Mak som? Hana tak faham."

“Mak Som nampak dengan mata Mak Som sendiri. Mak Som nampak yang tunang Cik Hana hampir nak rogol kawan Cik Hana. Tapi bila dia nampak Cik Hana nak datang, dia terus berhenti. Masa tu, kawan Cik Hana tak salah. Yang Cik Hana nampak dia nak goda tunang Cik Hana tu bukan. Sebenarnya masa tu dia nak pukul je tunang Cik Hana sebab hampir merogolnya" jelas Mak Som panjang lebar.

Hana meraup mukanya. “Betul ke Mak Som?"

Mak Som mengangguk.

Hana jatuh terduduk. Ahh, apa aku dah buat ni!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience