Bab 27

Romance Completed 114969

“Assalamu'alaikum" Dato Megat Ibrahim memberi salam terlebih dahulu.

“Assalamu'alaikum" salam yang kedua dilaung. Tapi masih tiada yang menyahut.

“Abang, mereka takde ke dekat rumah ni?" sesekali Datin Rosmah memanjangkan lehernya menjenguk ke dalam.

“Entah. Jangan-jangan tidur kot?"

“Takkanlah tidur, tengah hari ni"

“Kita tunggu diorang bukak lah dulu"

Datin Rosmah hanya mengangguk.

“Abang, abang dengar tak ada orang bagi salam dekat luar"

Danish yang baru sahaja ingin terlelap itu, terus terbantut. “Siapa?"

Rafiqa menjongket bahu. “Mungkin mama dan papa kot?"

Danish melihat jam dinding biliknya. “Betul lah tu mama dan papa dekat luar. Abang tak ingat nak pesan dekat sayang yang mama dan papa datang tengah hari"

“Ishh abang ni. Kesian tau dekat mama dan papa kat luar tu. Biar Fiqa pergi bukakan pintu" ujar Rafiqa geram. Ada ke patut biarkan papa dan mama tu kat luar, dengan hujan lagi.

“Sayang pergi lah dulu. Nanti abang turun. Abang nak tidur kejap je" Danish buat muka comel.

Pecah ketawa Rafiqa. “Tak payah buat muka macam tu. Hilang handsome abang nanti"

“Tidur tu jangan lama tau. Kejap je" sambungnya lagi.

Danish membuat tanda ‘ok' menggunakan tangan. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya kepada Rafiqa.

Rafiqa menggeleng. Makin lama, makin menjadi-jadi perangai manja Danish ni.

Pintu bilik mereka dibuka perlahan lalu kakinya satu-persatu menuruni tangga.

Rafiqa menguntum senyum melihat mereka berdua. “Sorry papa mama Fiqa lambat buka. Tak dengar kat atas"

Rafiqa terlebih dahulu menyalami tangan Dato Ibrahim dan Datin Rosmah.

“Duduk lah dulu, biar Fiqa buatkan air"

“Eh, tak payah Fiqa. Kami baru je makan tadi. Lagipun tak lama pun kami kat sini. Kejap lagi papa ada kerja" larang Datin Rosmah.

Rafiqa mengangguk lalu melabuhkan punggung di atas sofa yang berhadapan dengan Datin Rosmah.

“Danish mana, Fiqa?" suara garau Dato Ibrahim bertanya.

“Err, Danish cakap dia nak turun kejap lagi" jawabnya.

“Sorry pa lambat turun. Danish mandi tadi" Danish mengambil tempat duduk di sebelah isterinya.

Rafiqa mengerut kening sambil memandang suaminya. ‘Mandi? Tadi cakap nak tidur. Kalau nak tipu pun, agak-agaklah.' Rafiqa menggeleng sendiri.

“Fiqa macam mana. Okey?" soal Dato Ibrahim penuh prihatin.

Rafiqa mengangguk. “Okey je pa"

“Danish, papa nak kamu jaga Fiqa ni elok-elok. Papa datang kejap je ni. Papa datang sini pun nak tengok Fiqa. Kerja kat ofis tu pun banyak lagi" ujarnya lagi.

“Ye, pa. Danish dengar" acuh tak acuh sahaja Danish bertutur.

“Kalau Danish masuk ofis, Fiqa macam mana?" sampuk Datin Rosmah.

“Err, Fiqa boleh jaga diri ma. Mama jangan lah risau"

“Mhmm. Takpe lah kalau macam tu"

“Mama, papa jomlah makan. Fiqa ada buatkan ayam masak pedas tu." pelawa Rafiqa.

“Takpe Fiqa. Kami dah makan dah tadi. Kalau macam tu, kami balik dulu ye" Dato Ibrahim dan Datin Rosmah serentak bangun dari duduk.

Rafiqa turut bangun. Hanya suaminya sahaja yang tak reti nak bangun. Entah apa la yang tengah dia fikirkan tu.

“Danish masuk bilik dulu" Danish bangun lalu menyalami tangan ibubapanya terlebih dahulu sebelum kakinya mula mengahayun langkah ke atas.

Rafiqa malas ambil kisah pasal suaminya tu. Terus dia bersalaman dengan Dato Ibrahim dan Datin Rosmah.

“Fiqa je diri elok-elok tau." sempat lagi Datin Rosmah berpesan.

Rafiqa mengangguk bersama senyuman. “Ye, ma. Mama dan papa pun jaga diri"

“Ha, yelah"

Mereka berdua membolos masuk ke dalam kereta. Pacuan empat roda, mula bergerak sehingga hilang dari pandangan.

Rafiqa menutup pintu rumah. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum kakinya menaiki tangga.

Pintu dikuak perlahan. Kelihatan suaminya itu sedang ligat bermain handphone.

Rafiqa duduk di sebelah suaminya. “Abang, kenapa ni?"

Diam. Tiada suara yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Abang, kenapa ni? Cakaplah"

Danish mengeluh. Handphone ditutupnya. Danish mengalihkan pandangan, menatap wajah isterinya. Tangan Rafiqa diraih.

“Entahla, sayang. Abang rasa susah sangat nak berjauhan dengan sayang" tuturnya polos.

Rafiqa ketawa kecil. “Sebab tu ke, abang jadi macam ni?"

Danish mengangguk.

“Abang jangan lah risau. Fiqa pandai jaga diri nanti. Kesian tau dekat papa, buat kerja kat ofis tu sorang-sorang"

Danish mengeluh. “Habistu, sayang nak abang pergi ke ni?"

“Abang pergi je lah. Lagipun abang nak pergi kerja je kan."

Danish tersenyum hambar. Berat hati pula, bila berjauhan dengan isterinya.

***********

“Eh, abang. Tu bukan ke Liana eh?" Datin Rosmah menunjuk ke arah Liana denan seorang lelaki melalui luar tingkap.

Dato Ibrahim yang sedang tekun memandu itu, di toleh sebentar ke arah tempat yang ditunjukkan isterinya.

“Siapa lelaki tu?" tanya Dato Ibrahim sebelum dia melihat ke hadapan semula.

“Awak tak tahu ke yang si Liana tu memang layan lelaki. Sebab tu lah saya tak berkenan langsung dengan Liana. Tak ubah-ubah perangai dia tu. Nasib baik lah dia bukan menantu saya" Datin Rosmah mula membuka hujahnya.

“Awak tak baik cakap macam tu. Mana tahu, nanti esok lusa dia akan berubah."

“Abang, kalau dah orang macam tu memang dah takkan berubah. Berbeza langsung dengan menantu kita tu"

Dato Ibrahim menggeleng. Mulut isterinya tu, boleh tahan jugak macam mulut makcik bawang.

*****

“Dah habis dah, kerja kau tu" Nina menyindir.

Liana menjeling tajam ke arah sahabatnya. ‘Ada kawan mcam takde kawan je. Bukannya dia nak support aku ke, apa ke' gumam Liana.

“Aku nak naik mandi. Penat" Liana menapak ke arah tangga tanpa memandang sedikit pun ke arah Nina.

Tiba-tiba dia berhenti dipertengahan anak tangga bila teringatkan sesuatu.

“Owh, by the way. Ni duit bil eletrik bulan ni." Satu keping not 100 dihulurkan.

Nina memegang duit itu. “Banyak duit kau"

Liana ketawa sinis. “Of course lah. Semalam aku layan dengan Datuk. Mesti dia bagi lebih sikit"

Nina menggenggam penumbuk. Entah kenapa, rasa jijik pula dia memegang duit dari tangan Liana “Kau ni memang---"

“Kalau ada lagi baki tu, ambil dekat kau lah" cepat sahaja ayat Nina dipangkasnya.

Liana bergerak semula ke arah tangga lalu menuju ke biliknya.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-25 19:15:52 

hi dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience