Bab 30

Romance Completed 114969

Liana dari tadi asyik mundar-mandir di ruang tamu. Memang tak lah yang dia akan tidur atas toto tu, buat sakit belakang je.

Sesekali bulu romanya berdiri. Mana taknya, rumah yang besar tapi dia sorang je yang tidur kat ruang tamu. Liana menggigit bawah bibir.

“Ish, tak boleh jadi ni" digagah juga kakinya naik ke tingkat atas.

Liana memanjangkan sikit lehernya melihat sekeliling. Sunyi. Tiada sesiapun. “Bilik punyalah banyak. Ada ke patut Danish suruh aku tidur kat ruang tamu tu" Liana mula mengomel. Bersinar-sinar matanya memerhati satu persatu bilik yang ada disitu.

Tapi matanya tertancap pada satu bilik yang tertutup rapat. “Mhm, ni mesti bilik Danish dan Fiqa" tembak Liana. Baru sahaja kakinya ingin melangkah tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari dalam. Sepantas kilat dia menyorokkan badannya di sebalik dinding.

“Danish? Dia tak tidur lagi ke?" tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum jahat.

Danish melangkah ke bilik bacaan. Mukanya diraup kasar. Stress nak fikir pasal kerja. Tambah lagi dengan Liana, lagilah stress. Tak pasal-pasal boleh pecah kepala otaknya.

Laptop dibuka. Kertas kerja dikeluarkan. Begitu tekun dia membuat kerja. Sesekali mendengar keluhan berat dilepaskan. Stress.

Kakinya perlahan-lahan berjalan ke arah bilik dimana Danish masuk tadi. Tapi kakinya berhenti pada bilik Danish dan Rafiqa. Pintu bilik itu, dibukanya perlahan-lahan. Kelihatan Rafiqa sedang nyenyak tidur. Dia tersenyum sinis. Pintu ditutup kembali.

Dia terus berjalan ke arah bilik bacaan. Pintu dikuak perlahan supaya Danish tidak perasan akan kehadirannya. Baju kemeja yang dipakainya, dengan sengaja dia menanggalkan dua butang bajunya.

Danish masih tekun lagi dengan kerjanya. Tidak perasan langsung akan kehadiran Liana.

Liana berjalan perlahan-lahan lalu leher Danish dipautnya. Dia tersenyum gembira.

Danish mengerutkan kening. Tanpa bercakap banyak, dia menoleh ke belakang. Terkejut dia melihat Liana yang semakin hampir dengannya. Matanya terus terbuka luas.

“Hai sayang" dagu Danish diangkatnya. Danish terus bangun. Direntap kasar tangan Liana.

“You buat apa ni Liana" tegas suara Danish menyoal.

“You ni sikit-sikit nak marah. I nak tengok you lah" bibir dimuncungkan. Sengaja mahu merajuk dengan Danish

Rafiqa terbangun dari tidur. Dia menoleh ke tepi, tapi suaminya tiada. ‘mungkin kat bilik bacaan kot.' Dia mulai turun dari katil.
Kakinya berjalan ke arah bilik bacaan. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu di sana apabila dari jauh lagi mendengar suara Danish.

“Abang, kenapa ni?" Rafiqa yang baru sahaja datang itu, dia berjalan ke arah suaminya.

“Owh bagus lah kalau kau datang. Kau tahu tak tadi, Danish ajak aku bersama tau. Tapi aku dah banyak kali tolak, tapi dia paksa jugak aku. So, nak buat macam mana. Kau lambat sangat datang. Dah terlepas", Liana tersenyum sinis diakhir cerita.

Terbeliak mata Danish mendengar cerita rekaan Liana. Dipandang wajah isterinya di sebelah. Rafiqa mematungkan dirinya buat seketika.

Dia berjalan ke arah Liana. Butang baju yang terbuka itu, dikancingnya. “Saya percaya dekat suami saya, Liana. Saya tahu dia takkan buat macam tu. Kalau awak rasa, awak nak bermalam dekat sini, tolong hormat saya dan Danish. Kalau tak, sekarang juga saya halau awak keluar" ujar Rafiqa lembut tapi di dalamnya amat tegas kata-kata itu.

Liana terkesima. Kaki dihentak kuat seraya dia keluar dari bilik itu.

Danish memeluk isterinya. “Thank you sayang" Rafiqa menguntum senyum.

“Arghh! gagal lagi plan aku" rambutnya yang sedikit kusut itu diramasnya kasar.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur juga. Matanya pun perlu rehat. Tidak dihiraukan kalau dia tidur atas toto pun, janji dapat tidur.

Seperti biasa, Rafiqa bangun awal pagi menyiapkan sarapan sementara Danish bersiap-siap untuk pergi ke kerja.

Kakinya melangkah menuju ke dapur. Tanpa tidak sengaja, dia terpandangkan Liana yang masih dibuai mimpi. Wajah Liana dipandang sayu. Teringat pula dia zaman kanak-kanak dahulu. Dia mengukir senyum hambar.

Tanpa melengahkan masa, dia menuju ke dapur. Membuat sarapan untuk mereka bertiga.

“Morning" ujar Danish teruja. Dia duduk di meja makan bersebelahan dengan Rafiqa. Rafiqa hanya melemparkan senyuman pada suaminya. Liana? Liana masih lagi diam. Mungkin dah serik kot pasal semalam.

Liana mencapai roti bakar. Lalu perlahan-lahan mulut dibuka.

“Liana. Kejap lagi siapa yang datang ambil?" soal Rafiqa memecahkan sunyian antara mereka.

“Kawan" jawabnya sepatah.

Rafiqa hanya mengangguk.

“Sayang, abang pergi kerja dulu" Danish mulai bangun lalu berjalan ke pintu utama rumah mereka.

‘Eleh, nak bersayang-sayang lah konon' ejek Liana. Perasaan cemburunya makin membuak-buak keluar.

Tangan suaminya disalam dan dicium. Danish menguntum senyum.

Tanpa sebarang kata, Liana pun menghulurkan tangannya kepada Danish. “Salam" ujar Liana seraya tersenyum kecil.

Danish mengangkat kening sebelah. “You bukan wife I" Dia berlalu dari situ lalu membolos masuk ke dalam kereta.

Terus mati senyumannya. Liana menahan geram. Kaki dihentak kuat ke lantai. Rafiqa yang melihat itu, hanya mampu menggelengkan kepala.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-28 19:26:33 

waaaa.....

Almira Marisa
2020-11-28 19:20:43 

hahaha..tq..tq..masih setia menanti..love you too

YAZNI-ERNIE
2020-11-28 18:24:22 

hi dear. tqvm. double chapter,'s,u give, dear. loveu, so much....muahh muah muahh


NovelPlus Premium

The best ads free experience