Bab 4

Romance Completed 114969

Baru sahaja Megat Danish Fikri ingin menghidupkan enjin kereta ferrarinya.Tiba-tiba deringan telefonnya membuatkan Danish bersandar di kerusi kereta miliknya sambil melepaskan keluhan berat.

“Apa lagi papa nak ni?" ujarnya bersama keluhan berat.

“Assalamu'alaikum Danish. Kamu kat mana tu" tanya Dato Megat Ibrahim.

Tanpa menjawab salam, Danish bersuara. “Danish dah nak balik kondo pa. Ada apa ni?" tanya Danish pula.

“Tak..tak payah balik kondo. Danish terus je datang rumah papa. Papa nak kenalkan dengan bakal tunang kamu ni. Kan sehari je lagi majlis pertunangan kamu". seloroh Dato Megat Ibrahim.

Badan yang bersandar di kerusi itu, terus ditegakkannya. “So, danish kena pergi sekarang lah ni." tanya Danish acuh tak acuh.

“Yelah. Mama kamu dah siap makan malam dah ni. Cepat datang ye." jawab Dato Megat Ibrahim lalu memutuskan taliannya.

Tanpa berfikir panjang, Megat Danish Fikri terus menekan pedal minyak lalu dipandunya dengan laju. Tidak dihiraunya, kalau ramai kereta yang menekan hon kepadanya. Kerana tika ini, memang otaknya sedang ligat berfikir. Siapakah, bakal tunangnya itu?.

****

Pintu pagar automatik terus dibuka bila kereta Ferrari Spider milik Megat Danish Fikri memasuki perkarangan rumah agam itu.

Danish turun dari keretanya dan membuka pintu rumah agam itu. Dia disapa oleh ayahnya.

“Ha, danish. Datang pun kamu. Meh duduk sini." ujar Dato Megat Ibrahim sambil menuju ke meja makan. Megat Danish Fikri hanya menegkori sahaja langkah papapanya itu.

Mereka berdua duduk bersebelahan di meja makan itu.Tidak lama kemudian datang seorang perempuan yang menghidangkan semua makanan di atas meja. Sempat dia melemparkan senyuman kepada Megat Danish Fikri.

Danish terpegun dengan kecantikan wanita di hapannya itu. Sungguh cantik. Lebih cantik dari Liana.

Hilang sahaja kelibat wanita itu. Megat Danish Fikri bersuara kepada papanya. “Papa, tu orang gaji kita yang baru ke." tanya Danish.

Dato Megat Ibrahim mengangkat kening sebelah. “Danish, itu ialah bakal isteri kamu. Bukannya orang gaji kita." jawab Dato Megat Ibrahim dengan suara tegas sedikit.

“What!!. Itu ke yang nak dijadikan isteri Danish. Papa tak nampak ke, pakaian dia pun selekeh. Mana papa kutip dia ah. Tak pasal-pasal asal pun dari kampung." Danish mula bersuara lantang lalu bangun dari meja makan itu.

Tanpa dia sedari, bahawa Rafiqa Ariana telah mendengar semua pergaduhan kecil antara dua beranak itu.

“Sabar ye fiqa. Danish memang macam tu, tapi hati dia baik." Ujar Datin Rosmah kepada bakal menantunya itu.

“Takpe, Fiqa tak ambil hati pun." Kelopak matanya mula berat untuk menitiskan air mata.

“Mama, Fiqa...Fiqa nak keluar dulu eh. Ambil angin. Nanti makanan tu semua kejap lagi Fiqa kemas ye." tutur Rafiqa perlahan.

“Takpelah Fiqa. Biar bibik je yang kemas semua ni". ujar datin Rosmah.

Rafiqa Ariana hanya melemparkan senyuman sahaja kepada bakal mentuanya itu.

****

Rafiqa Ariana duduk di wakaf kecil sambil bernyanyi kecil untuk menghilangkan segala stress.

Baru sahaja Megat Danish Fikri ingin memasuki kereta ferrarinya untuk pulang, dia mendengar satu suara yang sangat merdu. Danish menjeling sekilas ke arah wakaf kecil itu, dan melihat sebatang figura yang sedang duduk sambil bernyanyi riang.

Megat Danish Fikri mendapatkan Rafiqa Ariana. Dia duduk berhadapan dengan wanita itu.

“Sapa nama kau." tanya Megat Danish Fikri. Walaupun dia tidak mahu bertanya soalan itu, tetapi rasa ingin tahunya membuak-buak.

“Saya...Saya Rafiqa Ariana." jawan Rafiqa.

Tiba-tiba jantung Megat Danish Fikri mula berdegup kencang. “Kenapa dengan aku ni?" soalnya dalam hati.

“Kau cakap apa dekat papa dan mama sampai sanggup diorang pilih kau jdi isteri aku. Nampak macam selekeh je mungkin....." Kata-kata Danish terhenti bila tangan Rafiqa Ariana membuat tanda supaya berhenti berbicara.

“Kalau awk datang sini nak hina saya baik tak payah. Untuk pengetahuan awk, saya tak pernah pum nak bodek mama dan papa awk sampai diorang sanggup pilih saya. Ye, memang saya tak cintakan awk. Tapi apa salahnya kau saya mencuba. Sebab tak lama lagipun saya akan jdi isteri kepada lelaki yang saya tak cintai." tutur Rafiqa. Dia mulai bangun dan berlalu dari situ meningglkan Danish yang masih terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience