Bab 25

Romance Completed 115002

“Sorry Liana, aku lambat. Aku ada kerja tadi" Nina melabuhkan punggung yang berhadapan dengan Liana.

“Jap, aku nak ambil order. Kau nak air apa?"

“Apa-apa jelah" jawabnya bersahaja.

Nina hanya mengangguk. Dia menuju ke kaunter untuk mengambil order.

Tidak lama kemudian, Nina kembali semula bersama dua gelas air ditangannya. “Nah" satu gelas air dihulurkan kepada sahabatnya.

Liana tidak berkata apa-apa. Asyik tersenyum je dari tadi macam orang kurang siuman je.

Nina memandang hairan. Tak pernah tengok sahabatnya itu senyum sampai ke telinga. Mesti ada apa-apa.

“Kau ni dah kenapa, Liana. Senyum sorang-sorang pulak tu"

“Aku ada good news nak bagitahu kau" ujarnya dengan nada gembira.

“Apa dia?"

“Fiqa gugur" jawabnya gembira bersama senyuman. Senyumannya makin melebar.

Hampir tersedak Nina yang sedang minum air itu. “Apa kau cakap?. Fiqa gugur?."

Liana mengangguk.

Nina menggeleng kepala. Sah memang kawannya itu gila. Ada ke patut dia happy sedangkan kakaknya itu sedang sedih.

*****

“Dahlah, Danish. Kau tak payah lah sedih macam ni" Mirza cuba memujuk kawannya. Dari tadi asyik monyok aje muka tu.

Danish meraup mukanya kasar. “Dia dah benci kat aku Mir. Dia dah taknak cakap kat aku" luah Danish apabila mengingat kembali layanan dingin isterinya.

Mirza melepaskan nafas berat. “Biasala tu. Kalau perempuan yang gugur ni, emosinya akan terganggu. Lama-lama nanti, baiklah"

“Mhmm. Aku pun harap macam tu Mir"

“Sekarang, sapa jaga bini kau" tanya Mirza.

“Mama aku" jawabnya lemah.

Mirza mengangguk. “Eh, Danish. Kau tak rasa ke, semua ni ada kena mengena dengan Liana"

Danish diam sejenak. Dipandang kawannya itu. “Kenapa kau cakap macam tu?"

“Yelah masa dia minta tolong kau tu, kebetulan isteri kau gugurkan. Macam dengan, dia ada upah orang suruh gugurkan isteri kau tu" suara Mirza bertukar serius.

“Ish, takkanlah Liana sanggup buat macam tu" diusir jauh-jauh perasaan yang tidak elok kepada Liana. Lagipun dia tak rasa, yang Liana sanggup buat macam tu. Takkanlah sanggup jadi pembunuh demi cinta.

“Aku bukannya apa, aku risaulah keselamatan isteri kau tu. Lagipun Liana tu kan, sanggup buat apa saja demi kau"

“Mhmm aku pun tak tahu nak buat apa. Malas lah aku nak cakap pasal dia. Takpelah kalau macam tu. Aku nak balik hospital dulu." Danish sempat berjebat tangan dahulu dengan Mirza sebelum ia membolos masuk ke dalam perut kereta.

Mirza memerhati sahaja kereta Danish sebelum makin pudar dari pandangan.

*****

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di tepi Rafiqa setelah mamanya telah pulang tadi.

Danish hanya menguntum senyum memandang isterinya. Rafiqa hanya tayang muka selamba saja.

Lengan isterinya digosok. “Doktor cakap, esok sayang dah boleh keluar." ujarnya lembut.

Rafiqa tidak menjawab. Hanya anggukan kecil dibalasnya.

Danish masih lagi tersenyum. Tapi disebalik senyuman itu, dia begitu kecewa. Kecewa dengan dirinya sendiri. Sangat-sangat kecewa. Siapa sangka, baru sahaja dia ingin merasa bahagia bila dapat menimang cahaya mata, tapi terus anaknya pergi menghadap Ilahi. Sesungguhnya dugaan yang menimpa mereka berdua sangat-sangat berat.

“Sayang nak apa-apa tak?. Abang boleh beli." lembut sahaja Danish menuturkan kata-kata. Masih ingin memujuk isterinya.

Rafiqa menggeleng.

“Kalau macam tu, abang simpan barang sayang dulu ye." Danish bangun dari duduk, lantas melipat kain isterinya apa yang patut.

Rafiqa masih lagi kaku. Walaupun dia rasa terharu kerana Danish melayannya dengan sangat baik. Tapi apakan daya, semua tu takkan ubah apa-apa. Orang yang pergi, takkan kembali lagi.

Air matanya gugur lagi. Buat masa ini, dia betul-betul tidak kuat. Melihat Danish yang memasukkan semua barangnya ke dalam bagasinya itu, dipandang bersama senyuman.

‘Terima kasih abang. Terima kasih sebab tak jemu layan perangai saya ni. Saya bertuah sangat-sangat sebab awak sentiasa ada disisi saya. Saya tahu saya salah. Tapi saya belum sedia semua ni, Danish. I love you' gumamnya. Malangnya kata-kata tadi tidak mampu membuatkan Danish mendengar semuanya.

Cukuplah dia pendam sahaja.

Cukuplah hanya dia sahaja menanggung derita.

Takkan sesekali dia melihat suaminya sedih disebabnya.

*****

“Hana, kenapa ni?" soal Firash seraya duduk berhadapan dengan Hana.

Hana mengeluh berat. “Awak tahu tak, kesian dengan Fiqa. Dia gugur. Haritu saya tengok dia pun, tumpang sedih."

Firash senyum senget. “Takpelah. Mungkin itu dugaan buatnya."

Hana hanya mengangguk kecil.

“Jadi sebab ni lah, awak tak nak pergi beli baju wedding kita." Firash menduga Hana.

Hana tersengih. “Takpelah, next time kita pergi beli ya. Sebab saya takde mood"

“Mhmm okeylah"

******

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-23 01:34:43 

ki ki ki

YAZNI-ERNIE
2020-11-23 01:32:37 

ok. dear. i like'it...

YAZNI-ERNIE
2020-11-23 01:01:31 

mornung dear. tqvm. lama i'm waiting tau


NovelPlus Premium

The best ads free experience