Bab 35

Romance Completed 114969

Rafiqa meletakkan plastik-plastik yang berisikan barangan dapur di atas kabinet dapur. Dia melepaskan nafas lelah. Penat. Bukannya semua barang-barang tu ringan tapi berat mengalahkan badak. Terutama sekali beras. Beras tu pun, Danish suruh beli dua supaya tidak keluar ke rumah banyak kali.Tambah lagi bila dia sorang je yang mengangkat semuanya.

Danish sudah pun pergi ke kerja semula kerana dia mendapat panggilan dari PA-nya supaya menghadiri mesyuarat.

Haish! nasib lah dapat suami yang kuat kerja ni. Jarang betul ada masa.

Satu persatu barang dikeluarkannya. Dia mula menyusun barang itu lalu diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Selepas siap semuanya, dia mula melangkah ke arah bilik untuk membersihkan badan.

Hampir 15 minit, akhirnya dia keluar juga dari bilik mandi bersama pakaian yang lengkap di badan.

Kain tualanya disangkut pada tempat asal. Dia mula merebahkan badan di atas katil. Ahh, segarnya lepas mandi.

Baru sahaja matanya ingin menutup, tiba-tiba terdengar pintu rumahnya diketuk. Malas membuang masa, akhirnya dia bangun juga. Ni mesti Liana ni. Dia nak apa lagi.

Tombol pintu dipulas. Dia melihat ke arah figura dihadapannya. Sangkaannya meleset sama sekali, bila melihat wajah Hana. Nasib baiklah bukan Liana.

Hana menguntum senyum. Rafiqa membalas senyuman itu. “Jomlah masuk, Hana"

Hana hanya mengangguk. Dia berjalan ke ruang tamu, lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

Baru sahaja kaki Rafiqa ingin melangkah ke arah dapur, tapi ditahan Hana. “Kau nak pergi mana?" hana menyoal.

“Aku nak pergi buatkan air la."

“Tak payah. Aku datang kejap je." larang Hana. Lagipun dia datang rumah Fiqa ni bukannya nak minum air.

Rafiqa hanya aku lalu duduk bersebelahan dengan sahabatnya.

“Kau free tak esok?"

Rafiaqa diam sejenak. Free? free tu memang free, tapi kalau nak keluar ke mana-mana belum tentu suaminya izinkan.

“Pergi mana?"

“Datang rumah aku. Boleh kan? sebab aku nak kau ada sekali bincang pasal majlis kahwin aku dengan Firash tu" Hana buat muka comel. Comel lah sangat.

Rafiqa hampir tergelak melihat itu. Nak buat muka comel, tapi nampak menakutkan je hahaha...

“Yelah-yelah aku datang."

Hana tersenyum lebar.

“Tapi..." sambung Rafiqa lagi. Sengaja bagi suspen.

“Alaa, ada tapi ke..Apa?"

”Aku kena tanya Danish dulu."

“Yang tu kau jangan risau. Danish pasti bagi punyalah" ujar Hana dengan bangga. Siap lah kalau si Danish tu tak bagi Fiqa pergi.

Rafiqa tersenyum kecil. Bahagia melihat kawannya gembira. Sedangkan dia? mengingatkan tentang Liana, dia mengeluh lagi.

Hana menilik muka kawannya. Jelas kelihatan muka Rafiqa itu kelihatan sedih sahaja “Kau kenapa ni Fiqa? Ada masalah ke?"

“Takde" cepat-cepat Rafiqa menggeleng bersama senyuman hambar.

“Tak payah menipu aku, Fiqa. Danish sakitkan kau ke? Bagitahu aku. Atau ada orang kacau rumahtangga kau?"

Rafiqa mengangkat mukanya. Dipandang wajah Hana. Teragak-agak dia ingin bercerita. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mencerita semuanya pasal Liana. Lagipun dia tak sanggup nak pendam semua ni.

Hana masih setia mendengar cerita Rafiqa. Tekun saja nampak air mukanya.

“Kalau aku jadi kau kan, dah lama lumat-lumat perempuan tu aku kerjakan. Kau kenapa berlembut sangat dengan dia?" Hana mula naik angin.

“Aku bukannya nak berlembut tapi aku malas nak gaduh lah. Lagipun kalau gaduh aku gaduh dengan dia dapat apa? Dapat sakit ada lah."

Hana menggeleng. Memang dari dulu lagi sifat Fiqa ni suka berlembut dengan orang. Nanti tak pasal-pasal orang pijak kepala kita baru tahu.

Saat mendengar deringan telefon hana, mereka berhenti berbual. Hana meminta untuk pergi ke halaman kolam buat beberapa minit untuk panggilannya.

Rafiqa hanya mengangguk tanda mengizinkan.

Tidak lama kemudian, Hana datang semula. “Fiqa, aku nak kena balik dulu eh. Ada banyak lagi barang nak kena beli" ujarnya kalut.

“Takpe lah kalau macam tu. Drive kereta elok-elok"

Sempat lagi Hana menghadiahkan senyuman manis buat Rafiqa sebelum dia membolos masuk ke dalam kereta.

Bila kereta Hana sudah hilang dari pandangan, cepat-cepat dia menutup pintu. Rafiqa berjalan ke arah sofa yang didudukinya tadi.

Dia mula berbaring di atas sofa. Memang matanya dah kena rehat dulu. Mengantuk sangat-sangat.

Danish membuka kasutnya lalu diletakkan di atas rak kasut. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu. Pelik. Selalunya bunyi je enjin keretanya, mesti Rafiqa akan terus buka pintu.

Malas berfikir panjang, dia mengeluarkan kunci pendua rumahnya. “Assalamu'alaikum"

Sepi. Tiada sahutan.

Matanya tertancap pada Rafiqa yang masih nyenyak tidur di atas sofa. Dia terus menghayunkan langkah mendapatkan isterinya .

Dia tersenyum sendiri. Letih sangat tu. Tangannya laju saja membelai rambut isterinya. Hilang segala stressnya di kerja melihat wajah isteri tercinta.

Merasa ada sesuatu yang membelai rambutnya, sepantas kilat Rafiqa bangun berdiri. Matanya digosok sedikit.

“Abang? abang dah balik? bila lagi?" bangun je dari tidur terus dia menyoal.

Danish menggosok bahu isterinya. “Baru je tadi"

“Abang lapar?" soalnya lagi.

“Mhmm lapar lah jugak" jawabnya sambil menggosok perut. Dia tertawa kecil.

“Okeylah, Fiqa pergi buatkan makanan dulu" dia terus berlalu dari situ menuju ke dapur sementara Danish menaiki tangga menuju ke bilik untuk membersihkan diri dahulu.

Hampir sejam dia berperang di dapur, akhirnya siap juga. Menu yang dia buat harini simple sahaja iaitu nasi asam pedas.

Makanan sudah siap dihidang, tunggu makan je lagi. Baru sahaja dia ingin melangkah menaiki tangga untuk memmanggil suaminya, Daniah sudah pun turun.

Dia batalkan saja niatnya. Lalu dia melabuhkan punggung apabila melihat Danish sudah pun duduk.

“Nah, abang" nasi yang sudah terletak elok di atas pinggan itu diberikan kepada suaminya. Danish hanya membalas dengan senyuman.

“Err, abang. Fiqa nak minta izin boleh?"

“Apa dia?" Soal Danish sesudah dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

“Err, esok Hana ajak pergi rumah dia. Katanya nak bincang pasal wedding. Boleh kan?" nak bagi izin keluar ni kena bagi lembut sikit suara tu. Jarang sekali kalau Danish nak bagi keluar.

“Tak boleh" cepat sahaja Danish menjawab.

Muka Rafiqa terus jadi monyok. “Ala, boleh la. Sekali ni je"

“No. Abang tak bagi"

“Boleh la"

“No"

“Boleh lah"

“No"

“Boleh lah"

“No"

“Boleh lah"

“Yelah-yelah. Tapi balik awal" akhirnya Danish mengalah juga. Rafiqa sudah menguntum senyum kegembiraan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience