Bab 33

Romance Completed 115001

Rafiqa bersandar lemah di atas sofa. Selepas balik dari pejabat suaminya, dia betul-betul tiada mood untuk membuat apa-apa pun.

Baru sahaja mata ingin terlelap, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Sempat lagi dia mengeluh. Masa-masa macam ni la baru nak datang. Segera Rafiqa bangun lalu membuka pintu. Kelihatan wajah Liana dihadapannya. Rafiqa terpaksa berpura-pura senyum.

“Masuklah, Liana"

Liana hanya tersenyum sinis, sebelum dia membuka kasut tumit tingginya lalu melangkah masuk dengan gaya lenggoknya.

Dia segera duduk di hadapan sofa. Tanpa meminta izin, remote tv dicapainya. Rafiqa tidak menunjukkan apa-apa riak. Mungkin dah biasa dengan sifat Liana.

Bila teringatkan sesuatu, dia mula melangkah ke arah almari lalu mengeluarkan sehelai baju. Rafiqa kembali berjalan ke arah Liana.

“Nah, baju awak" Baju t-shirt yang berlengan pendek itu dihulurnya. Liana menyambut, tanpa sepatah kata.

“I nak bagithau something ni" Liana memulakan bicara. Mendengarkan itu, Rafiqa tidak terkejut pun. Buat apa nak terkejut, kalau dah tahu niat sebenar Liana datang ke sini.

Rafiqa turut sama melabuhkan pada sebuah lagi sofa yang tidak jauh dari Liana.

“I nak bagitahu you yang I mengandungkan anak Danish" bersahaja Liana menjawab. Sempat dia kerling ke arah Rafiqa, tapi langsung tiada riak yang terdampar pada wajah wanita itu.

Dia menahan air mata dari gugur. Kenapa dia harus diuji sebegini rupa? Aku tak kuat. Betul-betul tidak kuat. Rafiqa diam tak berputik. Masih membatukan dirinya. Melihat itu, Liana tersenyum senget. Baru puas hati aku.

“So kalau kau masih lagi ada sifat berperikemanusiaan, kau akan izinkan aku kahwin dengan Danish. Lagipun anak kau kan dah takde, mungkin Danish pun betul-betul teringin nak ada anak." Sengaja dia melemparkan kata-kata kepada Rafiqa. Kita tengok, sejauh mana kau akan mengamuk.

Rafiqa menggenggam penumbuk. Gigi dikancing kuat. “Awak takde hak nak bersuarakan pasal anak saya, Liana!" dikuatkan juga suaranya.

“Kenapa? aku cakap benda betul kot. Salah ke?"

Tanpa sepatah kata, Rafiqa mulai bangun menuju ke tingkat atas. Tidak betah ingin berlama-lama dengan Liana. Tak pasal-pasal nanti pecah muka Liana tu. Rasa sedih, marah, geram semuanya bercampur baur.

Liana ketawa jahat. “Nasib kau lah Fiqa. Sapa suruh jadi bodoh sangat" Dia turut serta bangun lalu kakinya menuju ke pintu rumah untuk keluar. Malas ingin menimbulkan lagi masalah, cukuplah yang hatinya sudah betul-betul puas.

Rafiqa memukul-mukul katil di dalam biliknya. Tidak pasal-pasal pula katil menjadi bahan melepaskan amarahnya. Air mata tidak henti berjujuran keluar.

“Kenapa? kenapa awak mest buat semua ni Danish" suaranya di sebalik tangisan. Teresak-esak dia menangis. Sampai bila semuanya akan berakhir? sampai bila Liana akan berhenti menganggu rumahtangganya?

Dari siapa lagi dia ingin meminta tolong, selain dari yang maha esa. Tanpa berlengah lagi, dia berjalan ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.

Tidak lama kemudian, dia keluar semula lalu memakai telekung. Sedia untuk menunaikan solat asar, menghadap Yang Maha Berkuasa.

Setelah siap memberi salam, dia menadah tangan. Meminta pertolongan kepaNya. “Ya Allah, Ya tuhanku. Kau kukuhkanlah rumah tanggaku yang hampir runtuh ini. Kau kuatkanlah aku menghadapi dugaan mu ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah. Kau permudahkanlah urusan ku. Kau berikanlah aku secebis kebahagiaan. Kau bantu lah aku. Aku memohon kepada mu" Tanpa sedar, air matanya menitis lagi. Muka diraup dengan kedua belah tangan.

Rafiqa mula menyiapkan makan malam di dapur. Danish masih lagi belum pulang. Mungkin terlalu sibuk. Sibuk? atau dia terlalu sibuk dengan Liana?

Dia cepat menyeka air matanya yang hampir jatuh. Kenapa kau selemah ni, Fiqa. Dia tetap suami kau. And kau tak boleh bersangka buruk.

Makanan sudah siap dihidang, tunggu makan sahaja. Dikerling jam dinding di rumahnya. Sudah hampir pukul 10 malam tapi kenapa suaminya belum lagi pulang?

Dengan itu, dia menutup makanan yang sudah siap dihidang dengan saji. Takkanlah nak buang semua makanan ni. Membazir nanti.

Secara spontan mulutnya mula menguap. Rafiqa menggeliat kecil. Penat. Tanpa membuang masa lagi, kakinya terus manapak naik ke atas.

Dia mula berjalan menuju ke arah beranda. Walaupun rasa sedikit mengantuk, apa salahnya sekali-sekali ambil angin.

Angin sepoi-sepoi mula menampar lembut pipi mulusnya. Rambut Rafiqa juga bergerak akibat angin yang datang menghampirinya. Rafiqa menguntum senyum. Jarang sekali, dia mengambil angin malam.

Kepalanya mendongak memandang ke arah langit. Dia memandang ke arah bulan yang menerangi satu alam semesta. Bintang yang berkelipan, sungguh nampak begitu cantik. Andai bulan dan bintang itu boleh dicapai sudah pasti ia mencapainya. Sungguh indah ciptaanMu.

Tiba-tiba ada satu tangan yang melilit badannya dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Rafiqa. Rafiqa hanya tersenyum. Biarlah semua ni hanya tinggal kenangan yang manis.

“Sayang, dah makan?" soalan yang pertama itu, dituju oleh isterinya.

“Tak lapar. Makanan ada kat bawah saji. Nanti abang turunlah makan" balasnya pula. Wajahnya masih lagi mendongak ke atas.

“Cantik kan, bulan dan bintang tu" suara Danish. Pelukan pada isterinya, semakin diketatkan.

“Cantik. Sangat-sangat cantik"

Danish menguntum senyum.

Kali ini dia mula berpaling ke arah belakang. Memandang wajah suaminya. Jarak mereka begitu dekat, sehingga dapat merasakan deruan nafas masing-masing.

“Fiqa izinkan, abang" ujarnya lembut. Dia tersenyum hambar. Walaupun itu memeritkan, apa lagi jalan yang harus dia buat?

Senyuman Danish serta-merta mati. Dipegang pipi mulus isterinya. “Sayang, kenapa ni? izinkan apa?"

“Fiqa izinkan kalau abang kahwin dengan Liana." jawabnya. Senyuman kepura-puraan masih tidak lekang dari bibirnya.

“Macam mana sayang tahu?"

“Itu tak penting abang. Yang penting sekarang ni, abang kena bertanggungjawab. Kan tu anak abang. Lagipun abangkan dah teringin nak ada anak"

“No, sayang. Abang takkan kahwin dengan dia. Abang takkan kahwin dengan sapa-sapa. Abang nak sayang sorang je" dia memandang tepat ke arah wajah isterinya.

Rafiqa menahan sebak di dada. Kenapa? kenapa dia harus lalui semua ni?. Tanpa sedar, air matanya perlahan-lahan turun. Kau nak tunjuk kuat sebenarnya tapi kau betul-betul lemah, Fiqa.

“Fiqa okey abang. Abang janganlah risau. Tapi, Fiqa nak abang lepaskan Fiqa. Fiqa tak sanggup nak bermadu dengan adik sendiri. Fiqa tak sanggup" ada getaran di sebalik kata-katanya. Sungguh memeritkan.

Danish tersentap. Tak..takkan dia melepaskan wanita itu. Terus dia membawa Rafiqa ke dalam pelukannya. Rafiqa menangis teresak-esak disitu. Dada bidang suaminya, sudah basah dek air matanya.

Pelukan dileraikan. Dengan pantas, dia menyeka air mata. “Abang jangan fikir sangat ye pasal ni. Fiqa nak masuk tidur dulu. Nanti abang turunlah, makan ye" tidak mahu berlama-lama disitu, terus dia berlalu meninggalkan suaminya.

Danish masih tidak berganjak. Dia melemparkan pemandangan ke arah luar. Mesti peritkan semua ni. Sampai bila semuanya akan berakhir?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience