Bab 23

Romance Completed 114969

Danish memecut keretanya laju. Tak sangka, hari dah lewat malam. Mengingatkan keadaan isterinya, di rumah membuatkan ia semakin risau.

Tiba-tiba handphonennya berbunyi. Tanpa melihat siapa gerangan yang menelefonnya pantas Danish menekan butang hijau.

“Assalamu'alaikum. Siapa ni?" airpods dipakainya melekatkan pada kedua-dua telinga

“Danish..Danish..tolong I..Kereta I rosak kat tepi jalan ni..Please datang cepat, I takut.." ujar Liana di corong telefon dengan cemas.

Danish memberhentikan keretanya di bahu jalan. “Liana?. You ke tu?"

“Ye Danish. Ni I...Tolong I please."

Danish meraup mukanya kasar. Dalam kepalanya, memikirkan tentang keadaan isterinya di rumah.

“Err, Liana. You tak boleh nak call sapa-sapa ke?. I kena balik rumah ni. Risau isteri I sorang-sorang kat rumah."

“Please lah Danish. I dah call semua orang, tapi semua orang tutup handphone. Mungkin diorang dah tidur. Yelah, kan dah tengah malam ni"

“Mhmm, okaylah. You kat mana?. Share location you kat I" arah Danish.

Liana disana, sudah tersenyum gembira. “Owh okay. Nanti I share location."

Habis sahaja panggilan telefon dengan Liana, handphonennya terus menutup dengan sendiri. Danish mendengus. “Masa ni lah, nak habis baterinya"

*****

Rafiqa di dalam biliknya, masih tidak dapat melelapkan matanya. Dari tadi dia menelefon suaminya, tapi tetap tak angkat-angkat. Perasaan risau, mula menyelubungi dirinya.

“Mana awak pergi ni, Danish"

Akhirnya dia merebahkan badannya di atas katil bila merasa penat.

*****

Dari tadi, dia memerhatikan Danish membaiki kerjanya. Senyuman bahagia, tidak lekang pada bibirnya. Rindunya terhadap lelaki itu, tidak dapat dia gambarkan.

“Dah, Liana."

“Dah siap. Thank you Danish."

“You're welcome. Okaylah, saya balik dulu" Danish mula berjalan ke arah keretanya. Tiba-tiba lengannya telah disambar oleh sesuatu. Danish menoleh ke belakang.

“Liana, kenapa ni?"

“Err, you kan dah tolong I. You tak nak pergi minum ke?"

Perlahan-lahan tangan Liana yang melingkar pada lengannya itu, dilepaskan. “Dah lewat malam dah ni Liana. Lagipun kedai semua dah tutup. Kalau takde apa-apa lagi, I balik dulu"

Liana hanya tersenyum hambar.

*****

Rafiqa tersedar apabila terdengar sesuatu dari bawah. Satu-persatu anak tangga duturuninya.

“Danish?. Awak ke tu?". Tiada sahutan. Dia mula berjalan menuju ke dapur. Kelihatan seseorang sedang mengambil sesuatu di dalam almari.

“Danish?"

Lelaki yang berhoodie itu berpaling. Rafiqa tergamam. Segera dia berlari ke tingkat atas. Tapi belum sempat ia membuka langkah, lelaki itu menarik tangan Rafiqa menyebabkan Rafiqa tidak dapat bergerak.

“Nak lari kemana?" soal lelaki itu. Rafiqa tidak menjawab. Mukanya sangat pucat. Dalam hati, semoga Danish cepat datang.

“Le....lepaskan saya"

Tanpa berkata apa-apa cepat sahaja Rafiqa menggigit lengan lelaki itu.

“Arghh!!" tempiknya.

Rafiqa berlari ke tingkat atas. Segera ia mencapai telefonnya. Nombor Danish didail.

“Angkatlah Danish. Cepat." Malangnya panggilan tetap tidak diangkat.

Lelaki itu masuk ke dalam bilik Rafiqa. Rafiqa tergamam. Segera ia melarikan diri. Sampai di tangga, entah apa silapnya ia terjatuh. Kepalanya terkena bucu tangga. Lelaki yang tadi, segera melarikan diri tanpa berkata apa-apa. Rafiqa tidak mampu berbuat apa-apa sebelum dunianya gelap.

Danish yang baru sampai itu melepaskan keluhan berat. Segera ia menapak keluar dari kereta.

Danish mengerutkan dahinya. “Aih, tak kunci ke pintu ni" tiba-tiba saja hatinya rasa tidak enak. Segera sahaja ia menghayunkan langkah memasuki rumahnya.

“Sayang!" panggilnya. Tapi tiada sahutan.

“Mana pulak ni". Kakinya melangkah pula ke arah dapur. Tetap tidak nampak kelibat isterinya.

“Mhmm, mungkin dalam bilik kut" tekanya. Baru sahaja ia ingin melangkah, kakinya terhenti bila melihat sesusuk tubuh yang sudah tidak sedarkan diri.

“Sayang, sayang. Kenapa ni? Allah" Danish segera mencempung tubuh Rafiqa bila melihat darah mula mengalir melalui kaki isterinya.

Danish mundar-mandir disitu. Nak call sapa-sapa pun dah tak boleh bila handphonenya habis bateri. Meraup mukanya kasar. Tiba sahaja rasa menyesal bila menolong Liana tadi.

Dalam setengah jam, Danish masih lagi berdiri. Sehinggakan ada seorang doktor wanita keluar dari bilik yang merawat isterinya. Stetoskop digantungkan pada lehernya. Danish terus mendapatkan doktor wanita itu

“Doktor, macam mana dengan isteri saya?" soal Danish risau.

“Encik jangan risau. Puan Rafiqa selamat."

Danish tersenyum mendengar khabar itu.

“Tapi, saya minta maaf. Kandungan Puan Rafiqa, tak dapat kami selamatkan." sambungnya lagi.

Terus mati senyuman Danish. “No, doktor. Doktor buat apa-apa cara sekalipun asalkan kandungan tu selamat"

“Saya minta maaf. Kami tak dapat lakukan apa-apa sebab kami pun manusia biasa. Kalau encik nak masuk jumpa isteri encik, silakan. Sebab nanti kami akan pindahkan dia ke wad biasa dahulu. Saya minta diri dulu" ujar Doktor itu sebelum berlalu pergi.

Danish jatuh melutut. Air mata perlahan-lahan menuruni pipinya. Dugaan apakah ini. Sehinggakan sanggup meragut nyawa si kecil yang tak berdosa.

******

“Mana, upah aku?" soal lelaki yang bernama Zain itu.

Liana ketawa jahat. “Sebelum tu. Aku nak kau pastikan kau tak bocorkan rahsia ni. Anyway, kau dah pastikan kan yang perempuan tu gugur."

Zain mengangguk. “Kau tak payah risau. Memang dia akan gugur. Mana upah aku?"

Sampul yang berwarna putih dihulurkan buat lelaki itu. Zain melihat isi di dalamnya.

“Bagus, cukup. Kalau kau nak apa-apa lagi bagitahu aku" ujarnya.

“Dah, pergi. Kau tak payah kacau aku lagi" sempat lagi Liana menjeling tajam ke arah Zain sebelum meninggalkan tempat itu.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-20 01:25:02 

dear.....

YAZNI-ERNIE
2020-11-20 00:43:15 

ok. never mind dear.

YAZNI-ERNIE
2020-11-19 22:58:14 

hi dear. u x update ker mlm ni...i'm waiting ok....


NovelPlus Premium

The best ads free experience