Bab 17

Romance Completed 115002

“Liana!!!" Nina separuh melaung apabila dia melihat tindakan sahabatnya itu. Dia menghampiri Liana. “Apa yang kau dah buat ni"

“Aku....aku tak tahu" suaranya juga berubah cemas. Nina menggeleng. Memang sah si Liana ni gila.

“Habistu kita nak buat macam mana?" soal Nina.

“Er...kita...kita buang dia kat tepi jalan je lah"

Nina membulatkan mata. “Kau dah gila ke apa?"

“Habistu kita nak buat apa?. Nak hantar dia pergi hospital, memang tak lah. Itu je cara yang kita ada" Liana mula naik protes.

“Ok, fine." akhirnya Nina mengalah.

“Nina, stop. Kita buang je dia dekat sini." Liana mengarahkan Nina berhenti di bahu jalan.

“Okey ke kat sini" Nina dah mula naik risau. Perasaan takut pun ada.

“Kau tak payah risaulah". Liana turun dari kereta lalu membuka pintu belakang. Badan Rafiqa dipapahnya lalu direbahkan di bahu jalan. Sebelum berlalu pergi, sempat dia melemparkan senyum sinis ke arah Rafiqa.

******

Tiga orang suruhan Dato Megat Ibrahim mula mencari Rafiqa di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Hampir satu jam pencarian itu, tapi masih lagi tidak dijumpai mereka. Sehinggakan salah seorang yang bernama Faiz itu ternampak sekujur tubuh yang terbaring lesu di bahu jalan.

“Iman, Haiqal. Kau cuba tengok tu. Siapa yang tidur dekat situ." Faiz mengarah. Mereka berdua mengecilkan biji mata lalu menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Faiz

Mereka berhentikan kereta tapat-tepat disitu. Mereka turun serentak, dan terkejut melihat wajah Rafiqa

“Ni....ni bukan ke, menantu Dato Megat ke?" tanya Haiqal.

Faiz mengeluarkan handhponnye lalu mencari gambar seseorang yang Dato Megat Ibrahim memberi ke arahnya. Ditenung gambar itu lama-lama.

“Yes, ni lah dia."

“Nak buat macam mana ni?" suara Haiqal mula naik cemas.

“Korang berdua, angkat Rafiqa dulu. Lepastuh, kita pergi hospital. Nanti aku akan call Dato" arah Faiz

Mereka berdua mengangguk lalu tubuh Rafiqa dicepung lalu memasukkan ke dalam kereta.

****

Pada malam itu, Danish mundar mandir di ruang tamu. Entah kenapa, hatinya rasa tidak enak sahaja. Seolah-olah ada sesuatu yang berlaku pada isterinya. Datin Rosmah cuba menenangkan anaknya

Danish terpandang papanya yang baru turun dari tingkat atas. “Papa nak pergi mana ni?" tanya Danish apabila melihat papanya kelam kabut saja.

Dato Megat Ibrahim menarik nafas dahulu sebelum memulakan bicaranya. “Papa nak pergi hospital. Tengok Fiqa"

Datin Rosmah dan Danish tersentak. “Fiqa dah jumpa ke pa?"

Dato Megat Ibrahim mengangguk seraya menuju ke pintu keluar.

“Nanti. Danish nak ikut"

Dato Megat Ibrahim mengangguk. “Awak pun cepat siap" Matanya memandang ke arah Datin Rosmah.

Datin Rosmah menuju ke biliknya dan hanya melilit tudung hitam ala kadar sahaja. Tak sempat nak bersiap lama-lama.

Mereka bertiga bergegas memasuki pintu utama hospital. Lalu menuju ke tingkat 4 iaitu di bilik bedah.

Danish masih lagi tak reti nak duduk. Mundar mandir dia di depan bilik bedah tu. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

“Danish, boleh tak kamu duduk. Bawakkan istighfar dulu" pujuk Datin Rosmah

“Macam mana Danish nak duduk ma. Isteri Danish sekarang ni, dekat dalam bilik bedah lagi. Danish tak tahu lah, apa jadi dekat dalam tu" Matanya mula berkaca tapi disekanya kasar. Kau kena kuat Danish.

“Nah, upah kamu bertiga" Dato Megat Ibrahim mengeluarkan cek yang berharga RM 9000.00 lalu diberikan kepada Faiz.

“Tiga ribu sorang ye" Ujar Dato Megat Ibrahim bersama senyuman kecil.

Mereka bertiga serentak mengangguk. “Kami minta diri dulu ya."

Dato Megat Ibrahim hanya melemparkan senyuman sahaja.

Seorang doktor wanita dalam lingkungan 40-an yang bernama Aini itu keluar dari bilik bedah. Danish cepat-cepat mendapatkannya.

“Doktor, macam mana dengan isteri saya?"

“Buat masa ni, dia masih lagi tak sedarkan diri akibat ubat tidur sehingga ke pagi esok sebab pihak kami telah menjahit perut Puan Rafiqa kerana mungkin seseorang telah menghunuskan pisau ke arahnya. Jadi sekejap lagi, dia akan dipindahkan ke wad biasa" Terang Doktor Aini itu.

Danish sekadar mengangguk. Jauh di sudut hati, tertanya-tanya. Siapakah yang sanggup berlaku jahil ke arah isterinya?.

*****

Danish perlahan-lahan membuka pintu wad itu. Sementara papa dan mamanya pulang ke rumah.

Melihat wajah Rafiqa yang terbaring lemah, hati mula tidak keruan. Ingin saja dia membunuh siapa yang sanggup memperlakukan begitu.

Danish melabuhkan punggung, di sebelah isterinya. Tangan Rafiqa dicapai lalu dikucupnya. “Abang minta maaf. Abang minta maaf sebab gagal jaga sayang" Buat kali pertama, air mata lelakinya jatuh jua. Dia tak kuat. Tak kuat, untuk kehilangan wanita tercintanya.

****

“Puas hati?." Nina memandang sahabatnya sambil berpeluk tubuh.

Liana mengangguk. “Yes. Aku puas hati sangat-sangat. Harap-haraplah nyawa perempuan tu tak panjang" jelas kedengaran tawa jahat yang mula menyakitkan telinga Nina.

“Kau tak takut ke, kalau diorang tahu"

Liana memandang tajam ke arah Nina. “Kalau kau tak buka mulut, diorang takkan tahu"

Nina gerun memandang wajah ketat Liana itu. Bukannya dia tak tahu, Liana akan bertindak luar kawalan kalau sesiapa yang mencabarnya.

*****

”Assalamu'alaikum Danish. Sorry, aku lambat. Jalan jem tadi" ujar Hana.

Danish mengangkat wajahnya. Matanya tajam memerhati lelaki di sebelah Hana.

“Oh, lupa aku nak kenalkan kau. Kenalkan, Firash Adnan tunang aku. Firash ni sepupu saya, Danish." mereka berdua berjabat tangan. Danish buat-buat tak kenal, bukannya dia tak ingat yang dia pernah berjumpa dengan Firash selama ni.

“Fiqa macam mana?"

“Macam tu lah." jawab Danish acuh tak acuh lalu memegang kemas tangan isterinya.

Tidak lama kemudian, Danish merasakan yang tangan Rafiqa mula bergerak. “Sayang, sayang dah sedar."

Rafiqa membuka matanya perlahan-lahan. “Nak....nak air" suaranya kedengaran serak. Danish cepat-cepat menuangkan air kepada isterinya. Rafiqa mula meneguk air itu, lalu diberikan semula kepada Danish. Hana dan Firash hanya jadi pemerhati saja.

“Sayang ok tak ni?" soal Danish.

“Takut" itu sahaja yang dia mampu katakan. Kejadian Liana menderanya masih lagi mampu dia ingat sampaikan jadi Trauma. Perlahan-perlahan cecair jernih singgah di pipi mulusnya

“Shhh, shhh. Dah. Jangan takut. Abang ada" Danish cuba menenangkan isterinya.

“Danish, kau jaga Fiqa elok-elok eh. Esok aku datang pula. Sebab aku dah nak kena pergi ni." Hana dan Firash meminta diri. Danish hanya mengangguk sahaja.

“Sayang, bagitahu abang. Siapa yang buat sayang macam ni."

Rafiqa menggeleng. Air mata laju merembes keluar. “Abang jangan tinggalkan Fiqa. Fiqa takut." Lain yang ditanya Danish, lain yang Fiqa jawab.

Danish memeluk erat isterinya. Biarlah Rafiqa berehat dulu.

Share this novel

NH_HANS
2020-11-07 19:04:27 

whn do u wnt to updt the nxt chp? cnt wt

NH_HANS
2020-11-07 19:00:41 

bst sgt! nxt authr


NovelPlus Premium

The best ads free experience