Bab 21

Romance Completed 115002

Rafiqa memasuki rumahnya. Kelihatan Danish sudah bercekak pinggang di depan pintu.

“Sayang pergi mana tadi?"

“Err. Kaluar dengan Hana. Awal abang balik"

“Kenapa tak bagitahu abang"

“Mhmm, sorry tau"

“Hishh, nasib baik tak jadi apa-apa. Baby macam mana?" Danish menyoal.

Rafiqa diam. Rasanya dia tak bagitahu lagi dekat Danish yang dia tu mengandung.

Melihat isterinya diam, Danish bersuara lagi.

“Hana bagitahu" ujar Danish.

Rafiqa mendengus. “Ish dia tu. Baru je nak buat surprise"

“Takpelah. Abang gembira tau, dapat tau perkara ni. Dah, jom masuk"

Rafiqa menguntum senyum.

*****

“Sayang, kenapa bangun awal-awal ni" Danish menggosok matanya. Dikerling sekilas jam dinding di biliknya. Baru pukul 5:30 pagi.

“La..Fiqa nak pergi kerja la"

Danish terus bangun. “Sayang tak payah lah pergi kerja. Lagipun sayangkan pregnant"

“Takpe. Fiqa ok. Lagipun kandungan ni baru je 3 minggu kan. Abang pergi lah mandi dulu, Fiqa buat breakfast"

Danish mengeluh. Kalau nasihatkan Rafiqa tu, belum tentu isterinya nak dengar. Kalau terlebih rajin, macam ni lah pulak.

Mereka berdua bersama-sama memasuki pejabat. Semua staf menundukkan tanda hormat.

“Tahniah, Puan Rafiqa. Semoga kandungan selamat ye" ujar salah seorang pekerja di situ.

Rafiqa hanya tersenyum sahaja. Cepat betul berita tersebar, yang dia mengandung. Ni mesti Danish yang bagitahu semua ni. Kenapa tak bagitahu seluruh dunia je.

“Sayang, sayang tak payah lah buat kerja" Danish melarang.

“Ishh, abang ni. Kalau tak payah buat kerja, baik Fiqa duduk rumah je. Takpelah. Fiqa ok"

“Betul ni?"

Rafiqa mengangguk.

“Abang, bukan ke abang ada meeting eh pukul 9 pagi nanti"

Danish menepuk dahinya. Nasib baik isterinya itu mengingatkan.

“Thank you sayang ingatkan" Danish berlalu dari situ.

“You're welcome"

Rafiqa menggeliat kecil. Terasa tekaknya kering, dia mulai bangun menuju ke pantri.

Kelihatan ada beberapa orang staf sedang berbual di sana. Rafiqa menuju ke arah mereka sambil memegang mug yang berisikan air kosong.

“Berbual apa tu?" Rafiqa menyampuk.

Tiga orang staf itu berpaling. Serta merta mereka bertiga berdiri tegak. Bukan apa, takut Rafiqa bagitahu Danish yang diorang ni makan gaji buta lah. Tak pasal-pasal kena pecat pulak.

“It's okay. Sambung lah berbual. Lagipun saya takkan lah bagitahu boss tu" Tutur Rafiqa.

Mereka bertiga menghembus nafas lega.

“Tadi berbual apa?" soal Rafiqa lagi.

“Err, kita orang tengah bercakap pasal ex-grilfriend Boss. Nama dia Liana. Puan tahu kan?"

Rafiqa mengangguk. “Kenapa?. Dia ada masalah ke?"

Mereka bertiga serentak mengangguk.

“Kelmarin, masa Puan tak masuk kerja, Liana ada datang sini tau." ujar salah seorang staf yang tertera nama ‘AIN' di name tagnya.

“Dia datang sini?. Dia datang nak apa?"

“Entah lah Puan. Dia pergi terjah bilik Boss, lepastuh Boss dah halau dia keluar tapi dia tak nak. Last-last Boss sendiri yang keluar dari bilik tu" sambung Ain lagi.

Rafiqa tersenyum hambar. Salah dia kah kerana merampas kebahagiaan adik sendiri. Mungkin inilah dugaan buatnya kerana merampas hak orang. Tapi apa perlu buat, lagipun dia dah sah jadi isteri Danish.

“Puan tak marah ke?" soal Ain.

Bagaikan tersedar dari lamunan, Rafiqa menggeleng. Marah?. Buat apa dia nak marah sedangkan dia sekarang ni perampas. Kusut. Sungguh dia kusut kala ini. Adakah semua ini berpunca darinya?

“Saya tahu, semua ni ada hikmah Ain. Lagipun mungkin Liana buat semua tu bersebab. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Oklah, saya sambung kerja dulu" Rafiqa berlalu dari situ.

Hilang kelibat Rafiqa, salah seorang staf berkata.

“Kalau aku jadi Puan Rafiqa tu, aku rasa dah lama lumat perempuan tu aku kerjakan. Takkanlah Puan Rafiqa tu takde perasaan cemburu kan?"

Mereka berdua serentak menangguk.

Rafiqa mengerling jam tangan. “Lama betul Danish ni meeting" ujarnya sendiri.

Rafiqa menjenguk ke arah luar biliknya. “Kenapa pulak, bising kat luar tu" Dia bangun dari duduk, lalu menuju ke arah tempat yang bising itu.

“Eh,eh kenapa ni?"

Semua mata memandang ke arah Rafiqa. Rafiqa memandang tepat ke arah Liana yang baru sahaja datang tadi.

“Awak buat apa kat sini Liana?"

Liana ketawa sinis. “Aku dengar kau dah pregnant"

Orang lain hanya mendiamkan diri sahaja. Tak mahu masuk campur antara mereka berdua.

“Apa masalahnya kalau saya pregnant" Rafiqa cuba melawan.

“Masalahnya, aku tahulah yang anak dalam perut kau tu bukan anak Danish" lantang sura Liana menafikannya.

“Awak jangan nak fitnah saya Liana"

Liana mendekati Rafiqa. “Listen Fiqa. Aku kan dah kata yang aku takkan biarkan kau bahagia dengan Danish. Biar kau rasa apa yang aku rasa sekarang ni"

“Tolonglah Liana. Jangan keruhkan lagi keadaan"

Liana menjeling tajam ke arah Rafiqa. Sebelum dia berlalu dari situ. Nasib baik dia di pejabat Danish, kalau tak dah lama lebam satu badan, dia cederakan si Rafiqa tu. Tak pasal-pasal esok muka dia masuk akhbar pulak.

Tidak berapa minit kemudian, Danish masuk ke dalam bilik isterinya. ‘Tok!. Tok!' pintu diketuk. Rafiqa mengangkat wajahnya seraya memberhentikan kerja yang dibuatnya tadi.

“Masuk!" laungnya.

Danish masuk bersama senyuman kecil. Tanpa dipinta, dia terus duduk di kerusi yang berhampiran isterinya.

“Sorry ye, abang lambat tadi. Tak sangka lama betul, meeting tadi. Ada apa-apa berlaku ke, kat office tadi?"

Rafiqa diam sejenak. Memikirkan, haruskan dia menipu atau bercakap benar kepada Danish. Tapi tak pasal-pasal dia pergi kerjakan Liana tu pulak. Haish!

“Sayang?"

Rafiqa cepat-cepat menggeleng kepalanya. “Tak..tak ada apa yang berlaku?"

Danish hanya mengangguk kecil, walaupun ada sikit di hati rasa curiga.

Tangan isterinya dicapai. “Sayang. Balik kerja ni, kita pergi rumah papa dan mama nak?. Dah lama abang tak jenguk diorang."

“Eloklah tu. Dah lama jugak Fiqa tak borak panjang dengan mama"

Danish sekadar tersenyum lalu mencuit hidung isterinya manja.

Kira-kira dalam pukul 6:30 petang, mereka sampai di rumah ibubapa Danish.

Kedatangan mereka, disambut oleh Dato Megat Ibrahim dan Datin Rosmah yang tercegat di hadapan pintu.

Rafiqa terus memeluk ibu mertuanya dan Danish menyalami dahulu tangan bapanya.

“Jom lah masuk" ramah Datin Rosmah.

Mereka berdua serentak mengangguk.

Rafiqa duduk di sebuah wakaf kecil sambil tangannya menongkat dagu. Fikirannya jauh melayang, sehingga tidak perasaan akan Datin Rosmah yang sudah melabuhkan punggung di hadapannya.

“Jauh berfikir tu" ujar Datin Rosmah, terus membuatkan Rafiqa tersedar ke alam nyata. Di pandang wajah mertuanya itu, tanpa sebarang kata.

“Fiqa kenapa ni?. Nampak sedih je. Tak elok tau untuk kandungan"

Kepala Rafiqa dijatuhkan ke arah perutnya. Di mengusap perlahan-lahan.

“Entah lah ma. Fiqa fikirkan tentang masa depan" jawabnya.

Berkerut-kerut dahi Datin Rosmah mendengarnya. Tidak dapat memahami kata-kata yang disampaikan oleh menantunya.

“Maksud Fiqa?"

Rafiqa melepaskan keluhan berat. “Macam mana kalau, Fiqa tinggalkan keluarga ni" jawabnya lagi. Jauh dia memikirkan, adalah betul ke jalan yang terbaik iaitu, meminta Danish melepaskannya demi kebahagiaan adiknya. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, dia memikirkan pasal itu. Tapi tetap tidak dapat ditemui jawapannya.

“Rafiqa ada niat nak tinggalkan mama ke?"

Wajah tua Datin Rosmah dipandang sayu. Kalau itu, yang harus dia lakukan, dia sanggup. Cuma dia tak kuat, tak kuat nak hadapi semua ni.

Rafiqa menggeleng lemah bersama senyuman kecil.

“Fiqa jangan tinggalkan mama ya. Mama sayang sangat-sangat dekat Fiqa. Fiqa macam anak mama sendiri dah" ujarnya lagi.

Rafiqa mengambil tangan ibu mertuanya. “Ye, Fiqa janji"

Danish berdehem apabila melihat isterinya sedang berbual dengan mamanya. Sekaligus membuatkan percakapan mereka terhenti setakat itu.

Datin Rosmah dan Rafiqa melihat ke arah Danish.

“Jom balik" ajak Danish.

Rafiqa hanya mengangguk.

“Fiqa balik dulu ye mama. Nanti kalau free Fiqa datang lagi."

“Yelah. Drive elok-elok" sempat lagi Datin Rosmah berpesan.

Share this novel

Almira Marisa
2020-11-18 14:12:57 

opps, tersilap tekan banyak pulak...hihihihi

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 14:12:09 

ok. tqvm my dear. good luck

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 14:09:41 

hi dear. best citer ni. i baru baca. u update hari hari kee


NovelPlus Premium

The best ads free experience