Bab 40

Romance Completed 114969

“Kau nak pergi mana ni Danish" Mirza menyoal sebaik sahaja waktu kerja sudah habis.

“A..aku nak pergi rumah aku kejap. Ada fail penting yang aku tak ingat nak bawak"

Mirza mengecilkan biji mata. “Ye-yelah tu. Mengaku jelah yang kau nak pergi rumah kau tu nak jumpa bini kau kan. Tak salah pun kalau kau jumpa"

“Suka hati kau lah. Aku nak cepat ni" Danish sudah berjalan menuju ke kereta. Mirza juga turut mengikuti langkah Danish dari belakang tanpa dia sedari.

Baru sahaja dia ingin membolos masuk ke dalan kereta, tiba-tiba Mirza menahannya dari belakang. Danish berpaling. “Kau nak apa lagi ni?"

“Aku ikut" Mirza tersengih. “Lagipun aku boring lah. Boleh lah ye?" tanpa menunggu jawapan dari Danish, dia terus mengambil tempat di bahagian penumpang.

Danish mendengus. Suka hati kau lah.

*****

Hana dengan tergesa-gesa dia keluar dari kereta lalu mula berlari anak menuju ke pintu utama rumah Danish. Pintu itu diketuk berkali-kali tapi tetap tiada sahutan.

“Danish!! Danish!!"

Tiada sahutan. Dia berdecit geram. Memang tak reti nak bukak pintu ke apa ni?

Handphonnya dikeluarkan dari beg tangan. Nombor Danish didailnya. “Dia ni memang tak reti nak angkat call lah!" Marah Hana. Tiap kali aku call, mesti tak reti nak angkat.

Tiba-tiba sebuah kereta memasuki perkarangan rumah Danish. Dia menoleh ke belakang.

Macam kenal je kereta ni. Bukanke ni kereta, Danish?

Danish dan Mirza serentak turun dari kereta. Hana mendekati mereka.

“Aku nak bercakap kejap dengan kau, Danish." pinta Hana. Sesekali matanya melirik ke arah Mirza. Suka hati lah kalau kau nak dengar pun.

“Apa?"

“Pasal Fiqa. Aku silap. Dia tah salah. Aku yang tuduh dia melulu" ujar Hana. Kepalanya ditundukkan memandang rumput.

Danish angkat kening sebelah. Sumpah aku tak faham.

“Maksud kau?"

“Firash yang hampor rogol dia. Fiqa cuma nak pertahankan diri je. Aku silap" kepalanya masih ditundukkan. Tak berani nak pandang wajah Danish. Mesti sedang marah.

Mirza melopong. Kan aku dah cakap. Tak mungkinlah Fiqa akan curang belakang kau. Dia isteri yang baik kot.

Tanpa menunggu lama, Danish terus berlalu menuju ke pintu rumahnya. Pintu itu diketuk banyak kali. Tapi tetap tiada tanda-tanda untuk dibuka.

Dia terus mengeluarkan kunci pendua dari poket seluar, lalu membukanya. Mirza menggeleng. Apa salahnya, kalau kau keluarkan kunci tu dari awal lagi. Tak perlulah nak ketuk pintu tu bagai nak pecah.

Pintu rumahnya dibuka dengan kasar. Meliar matanya mencari seseorang. Tapi hampa. Di ruang tamu, tiada. Kakinya mula bergerak ke dapur. Tapi tetap juga tiada. Dia mula menggelabah. Kakinya dihayunkan ke tingkat dua. Seluruh bilik dibukanya, tapi tetap juga tiada.

Mirza dan Hana juga sudah berpandangan sesama sendiri. Manalah Fiqa pergi ni.

Danish sudah rasa tidak sedap hati. Akhir sekali, dia membuka pula pintu biliknya. Matanya tertancap pada frame gambar perkahwinan mereka.

Kaca-kaca yang berteraburan itu, dikutipnya. Dia mula merasa sebak di dada. Sampai hati, awak pecahkan frame ni Fiqa.

Mirza menggosok belakang tubuh kawannya. Danish mengangkat wajah. Air mata disekanya. Kau lelaki ke apa ni, Danish. Lembik betul.

Secara tidak sengaja, dia melihat sekeping kertas di atas bantal katilnya. Kertas itu dicapainya. Sepantas kilat dia membuka. Buat seketika, air matanya tumpah apabila membaca isi surat tersebut.

Kepada: Suamiku


Untuk pertama kalinya, saya minta maaf kalau selama ni saya dah banyak sakitkan hati awak. Mungkin itu silap saya walaupun saya tak pernah buat benda terkutuk tu. Tapi saya tahu, awak takkan percayakan saya. Bila awak baca surat ni, mungkin saya dah pergi jauh dari awak. Jauh dari sini. Jauh dari semua orang. Awaklah lelaki pertama dan terkahir yang bertakhta di hati saya Danish. Saya tahu awak benci saya. Tapi saya nak minta tolong awak, jagakan Liana untuk saya. Saya izinkan kalau awak kahwin dengan dia. Tapi sebelum tu, tolong ceraikan saya dulu. Saya dah tak sanggup lagi Danish untuk tinggal di sini. Orang yang saya sayang, semuanya bencikan saya. Saya langsung tak salahkan awak dalam hal ni. Mungkin semuanya salah saya. Akhir kata, sampaikan salam saya pada semua orang. Terima kasih berikan saya makan dan minum, pakaian yang cukup dan tempat tinggal. Assalamu'alaikum


~ Rafiqa

Air matanya tidak berhenti mengalir. Hana dan Mirza yang melihatnya juga, tumpang sedih.

Danish menggumpal kertas itu, lalu dibalingnya. Dia meraup mukanya kasar.

Hana mendekati Danish. “Semua ni salah aku, Danish. Aku yang salah. Kau patut marah aku"

“Benda dah jadi, Hana. Kalau aku marah kau pun apa yang aku dapat. Fiqa dah tinggalkan aku. Dia dah benci aku" tengkingnya kuat.

Hana turut sebak. Perlahan-lahan air matanya gugur. Maafkan aku, Fiqa. Aku minta maaf. Semua ni berpunca dari aku..

****

“Mel, bestkan kat sini. Tenang je." ujar Fiqa sambil menghirup udara malam di Australia. Memang malam di sini sangat-sangat sejuk.

“Ha'ah. Memang kat sini tenang je. Tapi kan, aku ada soalan nak tanya kau"

Fiqa berpaling. “Apa dia?".

“Kau datang sini sorang-sorang ke? Kenapa tak ajak suami kau sekali?"

Fiqa garu kepala. Teragak-agak dia ingin bagitahu. “Err, di..dia kerja"

“Yeke ni?"

Fiqa mengangguk laju. Kalau boleh, dia tak nak cakap pasal ni. Dia datang ke sini pun untuk tenangkan fikiran. Mungkin jauh dari semua orang, dirinya akan bahagia dan takkan tersakiti lagi. Biarlah kenangan yang lalu menjadikan satu kenangan yang dia akan usir jauh dari ingatannya.
Mungkin dia sudah penat.

Mungkin dia sudah perit.

Mungkin dia tidak perlu lagi untuk hadap semua ni.

Jadi biarlah dia pergi. Tinggalkan Malaysia. Tinggalkan semua orang. Tinggalkan orang yang tersayang. Termasuklah juga, tinggalkan Danish.

Emelda di sebelahnya, menyiku lengan Fiqa. Asyik termenung je kerjanya.

“Kau ada masalah ke Fiqa? "

“Tak. Aku okey je"

“Tapi kan Fiqa, hensem jugaklah husband kau tu" ujar Emelda lagi sambil tersenyum-senyum kepadanya.

Fiqa kerut kening. Takkanlah Mel dah jumpa dengan Danish. Macam mana dia tahu?

“Macam mana kau tahu dia hensem?"

“Alah kau ni. Mesti lupa lah tu. Sebelum kau kahwin dengan dia kan, dia ada datang sini dengan ayah mertua kau. Sempat juga lah, nenek berkenalan dengan suami kau tu."

Mulut Fiqa melopong. Jangan cakap yang Danish tahu rumah yang dia tinggal kat Australia ni kat mana. Tak pasal-pasal dia cari aku datang sini macam mana? Aaaa!! kenapa aku tak boleh lari dari dia !!

“By the way, nama husband kau tu apa ek?"

“Me..Megat Danish Fikri" jawabnya.

Emelda mengangguk “Mhmm, okey. Aku masuk tidur dulu. Nanti kau kunci pintu tu" arah Emelda lembut sebelum dia meninggalkan Fiqa keseorangan.

Fiqa mengangguk kecil. Dia menyedut udara sepuas-puasnya. Matanya tidak beralih memandang ibu kota di negara itu. Sungguh nyaman sekali.

Tanpa sedar bibir menguntum senyum. Hilang sudah beban yang dia hadapi sekarang ni. Yang ada, ialah ketenangan. Kalau boleh, dia harus tinggal di sini selamanya.

Dia mula memeluk tubuhnya sendiri apabila sejuk mendatang. Memang kalau malam di Negara Australia, selalunya sejuk begini. Kepalanya didongak memandang langit. Langit yang gelap, dicerahi dengan bulan dan bintang. Sungguh indah ciptaan-Mu.

Tiba-tiba dia teringatkan seseorang yang sudah jauh darinya. Megat Danish Fikri. Awak apa khabar Danish? Saya harap awak sihat-sihat saja disana? Awak bahagia ke? mungkin awak bahagia tanpa saya. Setiap doa dalam solat saya, saya pasti akan mendoakan yang awak akan bahagia kepada orang yang sepatutnya. Saya rindu awak. Tapi rindu ni dapatke dibalas oleh awak, Danish? Selamat malam. Saya tidur dulu.

Dia terus mengesat air mata yang hampir tumpah. ‘Lupakan dia. Lupakan dia. Dia sedang bahagia sekarang ni, Fiqa. Kau je yang masih tak boleh terima kenyataan. Mungkin Danish bukan jodoh kau' bisik hatinya.

Kau kuat Fiqa. Aku akan cuba lupakan dia. Dia terus menapak masuk ke dalam rumah, lalu pintu rumah itu dikuncinya. Dia mesti lupakan apa yang dah berlaku sekarang ni.

*****

Danish merenung syiling di dalam biliknya. Kosong. Sekosong hatinya tika ini. Dia telah pun tinggal di rumahnya semula. Mungkin sudah terlambat, tapi apakan daya.

Aku minta maaf. Aku betul-betul minta maaf. Semua ni salah aku, Fiqa. Kau tak perlu lari dari aku. Sepatutnya, aku yang kena lari dari kau. Kau terlalu baik. Aku yang suka tuduh kau melulu tanpa periksa dulu. Kau patut hukum aku. Kau baliklah. Sampai bila kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Aku dah lama tak peluk kau. Aku rindu nak makan masakan kau. Kau kat mana sekarang ni, Fiqa.
Aku harap kau selamat dekat sana. Goodnight sweetheart.

Bingai gambar isterinya itu dicapai. Gambar itu disusap penuh kasih. Cecair jernih mula turun membasahi pipinya. Sungguh aku rindukan dia.

Terus sahaja bingkai gambar itu dipeluknya erat. Air mata dikesat lembut. Dia menoleh ke arah sisi kanannya dimana tempat itulah yang Fiqa selalu tidur di sebelahnya.

Tempat itu diusapnya. Saya akan tunggu awak balik, Fiqa. Saya akan betulkan keadaan. Saya taknak awak tersakiti lagi. Awak akan bahagia. Hanya dengan saya. Kita selamanya akan bahagia.

*****

Fiqa menggeliat kecil sambil kakinya menuruni tangga. Pagi-pagi lagi sepupunya itu sudah bangun. Dia memanjangkan leher mencari kelibat Emelda di dapur.

Kelihatan dia sedang menyapu jem ke atas roti bakar yang di bakarnya tadi. Fiqa berjalan mendekati sepupunya itu

“Morning" sapa Fiqa lalu mengambil tempat duduk di hadapan Emelda.

“Morning too."

“Kau kerja ke hari ni?" soal Fiqa. Roti bakar yang sudah siap itu, dicapainya lalu dimasukkan ke dalam mulut.

“Ha'ah aku kerja."

“Jadi, aku sorang-sorang lah kat rumah ni" Fiqa buat muka monyok.

“Kau janganlah risau. Takde apa yang nak ditakutkannya. Kalau kau rasa boring sangat-sangat kau keluar lah jalan-jalan." ujar Emelda pula.

Muka yang monyok tadi, bertukar jadi gembira. “Oh really?! aku dah lama tak keluar jalan-lajan"

Emelda menguntum senyum. “okeylah, aku pergi dulu. Take care" dia mula menanggalkan apron lalu berjalan ke muka pintu. Sneakers dipakainya lalu membolos masuk ke dalam kereta.

Fiqa hanya melihat kelibat sepupunya yang sudah jauh dari pandangan. Cepat sahaja kakinya menaiki tangga untuk bersiap. Tak sabar nak keluar.

*****.

Pintu pagar dikuncinya. Hari ini, dia memakai kot labuh sehingga paras kakinya kerana cuaca di Australia sangat sejuk ketika pagi.

Dia tidak menaiki mana-mana kenderaan. Apa salahnya kalau kadang-kadang berjalan kaki. Bibirnya tidak lepas menguntum senyum. Kelihatan ramai juga orang lain yang berjalan kaki. Mungkin mereka semua ingin pergi ke kerja.

Kakinya terhenti pada sebuah taman permainan yang dilaluinya. Tiba-tiba teringat pula zaman kanak-kanak dahulu. Disinilah dia dan Emelda selalu bermain. Tempat ini sudah banyak berubah. Tidak seperti dulu lagi. Tapi nampaknya, makin cantik.

Dia berjalan ke arah bangku yang berdekatan di taman itu. Punggung dilabuhkan. Matanya tidak berhenti memandang sekeliling. Matanya tertancap pada sebuah keluarga yang ada di taman itu juga.

Seorang lelaki membelai rambut isterinya sambil anaknya masih lagi sedang lena tidur di pangkuan ibunya. Pasangan itu begitu nampak bahagia. Fiqa tersenyum hambar. Kalaulah dia dan Danish pun begitu. Pasti dia akan bahagia.

Tangan kanannya jatuh pada perutnya. Kepalanya juga turut dijatuhkan, memandang perutnya. “Kalaulah anak mama ada lagi, pasti semua ni takkan terjadi. Pasti mama akan bahagia dengan anak mama. Kenapa kalau orang yang mama sayang, akan tinggalkan mama?" cepat-cepat air matanya dikesat.

Ahhhh kenapa lah aku mudah nangis. Aku dah janji dengan diri aku sendiri, yang aku dah takkan menangis lagi. Be strong, Fiqa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience