Bab 24

Romance Completed 115002

Rafiqa mula menggerakkan sikit tangannya. Terasa kebas sahaja seluruh badannya kerana begitu lama ia berbaring.

Tangannya tidak semena-mena menyentuh perutnya. Kejadian tempoh hari, masih segar di ingatan. Matanya tertancap pada Danish yang sedang lena tidur dalam keadaan duduk dan kepalanya dijatuhkan di birai katil.

Tidak semena-mena air matanya tumpah. Begitu besar dugaan yang harus dia tempuhi. Sungguh dia tidak kuat saat ini.

Mendengar esak tangisan seseorang, Danish lantas mengangkat wajahnya. Melihat wajah Rafiqa yang sudah basah lencun dengan air mata, perasaan bersalah mula menyubungi dirinya.

Gagal menjadi seorang suami.

Gagal melindung anaknya.

Gagal memjadi ketua keluarga yang sempurna.

Tangan isterinya diraih tapi ditempis kasar oleh Rafiqa. Danish tergamam. Tapi dikuat juga hati, memandang wajah isterinya. Biarlah Rafiqa hendak menghukumnya, sebab dia memang layak menerima hukuman pada isterinya.

“Abang minta maaf" itu lah kata-kata yang terluah dari mulut Danish.

“Untuk apa?. Semuanya dah lambat Danish." Rafiqa memalingkan wajahnya ke arah lain. Tidak sanggup bertentang mata dengan Danish. Hati tidak cukup kuat untuk terima semua ni.

“Abang tahu semua ni berpunca dari abang. Abang gagal sayang, abang gagal." Air matanya mula bertakung. Walau sekuat mana, hati lelakinya tapi tetap akan kalah mendengar esak tangisan dari isterinya.

Rafiqa memalingkan mukanya betul-betul di hadapan Danish. “Mana abang masa Fiqa perlukan abang. Mana abang masa tu. Berkali-kali Fiqa call abang, tapi abang tetap tak jawab call tu. Puas Fiqa tunggu abang balik tapi abang tetap tak balik. Mana abang pergi sebenarnya." Rafiqa meluahkan semuanya apa yang terpendam dalam dirinya.

Danish diam tak berputik. Tidak mampu melawan kata-kata dengan isterinya.

Tidak lama kemudian, datang seorang jururawat perempuan datang membawa makanan dengan troli besi. “Puan, ni makanan puan" ujarnya ramah.

Rafiqa tidak memberi apa-apa respon, sebaliknya Danish yang menjawab. “Takpe, awak letak je kat meja tu" arahnya.

Jururawat wanita itu sekadar mengangguk lalu meletakkan makanan itu ke meja. Setelah siap, ia keluar bersama troli besinya dan menyambung kerjanya semula.

Danish mencapai makanan di meja itu. Bekas dibuka perlahan-lahan. Sudu dicapainya.

“Nah, makan dulu" sudu disuakan pada Rafiqa, tunggu Rafiqa membuka mulut sahaja. Rafiqa menggeleng. “Saya takda selera nak makan"

Danish tersenyum hambar. “Sayang makanlah sikit. Mesti sayang laparkan." pujuknya.

“Kalau saya lapas saya boleh makan sendiri" tegas Rafiqa bersuara. Danish tergamam. Nampaknya, memang Rafiqa dah tawar hati dengannya.

Perlahan-lahan ia meletakkan sudu semula ke tempat asal. “Saya pergi toilet jap" bekas makanan itu dia meletakkan kembali ke atas meja.

Dia mengusap perlahan kepala Rafiqa sebelum dia berlalu dari situ.

Hilang kelibat suaminya, tangisan Rafiqa terhembur jua. “Fiqa minta maaf abang. Fiqa takda niat nak salahkan abang dalam hal ni. Fiqa tahu abang tak bersalah. Tapi Fiqa tak kuat abang. Tak kuat nak hadapi dugaan ni. Amat berat untuk Fiqa terima semua ni. Dia anak kita, dan dia telah pergi meninggalkan kita" begitu sebak dia berbicara.

Sesungguhnya dugaan yang menimpanya sangat-sangat berat. Baru sekejap dia merasa bahagia, tapi Allah dah ambil kebahagiaannya. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Yang penting, kita perlu menanam sikap ‘sabar' pada diri kita.

*****

Danish mengambil handphonenya setelah sekian lama ia mengecas menggunakan powerbank. Tidak terlintas dek fikirannya yang powerbank ada di dalam briefcasenya.

Danish berjalan ke arah lift hospital sambil matanya melirik ke arah handphonennya. Dia melihat 27 panggilan tidak menjawab oleh isterinya. Itu tak kira mesej lagi. Mukanya diraup kasar. Rasa kesal menghimpit dada.

Tangannya mula mendail nombor seseorang.

“Asslamu'alaikum Danish. Kenapa ni?" ujar Datin Rosmah di corong telefon.

Danish diam. Tidak tahu dia nak menceritakan bagaimana kepada mamanya tentang Rafiqa.

“Danish?" panggil Datin Rosmah apabila tiada suara yang menyahut.

“Ye, ye Danish ada. Wa....wa'alaikumussalam ma. Mama boleh tak, datang hospital"

“Hospital?. Kenapa?. Ada apa-apa terjadi ke?" suara Datin Rosmah berubah cemas.

Danish menggosok di pangkal lehernya. “Err, Mama datang dulu tengok Fiqa. Nanti Danish cerita semuanya"

“Owh, okay. Mama datang sekarang. Assalamu'alaikum"

“Wa'alaikumussalam"

Talian diputuskan. Sedar tak sedar, ia sudah berdiri di hadapan wad isterinya. Kaki digagah juga melangkah, walau berat melihat keadaan isterinya itu.

Danish tersenyum bila melihat bekas makanan tadi telah kosong. Mesti isterinya itu telah makan. Danish melabuhkan punggung di tepi isterinya. Kepala Rafiqa diusap perlahan. Wajah isterinya dipandang sayu.

“Abang minta maaf sayang" itulah kata-kata yang selalu dia ungkapkan. Melihat isterinya tidur, dia menghembuskan nafas berat.

“Mesti sayang penatkan, sayang tidur lah dulu" ujarnya perlahan. Tidak mahu mengganggu isterinta yang sedang lena itu.

Tiba-tiba pintu dikuak perlahan dari luar. Melihat wajah Datin Rosmah, dia menguntum senyum.

“Assalamu'alaikum Danish"

“Wa'alaikummussalam" Danish bangun dari duduk supaya memberikan tempatnya itu kepada mamanya. Tangan Datin Rosmah disalam.

Datin Rosmah melabuhkan punggung. Dipandang wajah anaknya. “Kenapa dengan Fiqa?"

Danish teragak-agak mahu menjawab. “Err, Fiqa gugur"

“Apa?!. Fiqa gugur!" Begitu kuat suara Hana yang baru sahaja masuk tadi.

Danish menoleh. “Kau dari mana ni?"

Hana tersengih sehingga menampakkan barisan giginya. “Aku parking kereta tadi"

“Mama datang dengan Hana. Sebab papa pergi Sabah, ada kerja" ujar Datin Rosmah.

Danish hanya mengangguk lemah.

Hana berjalan mendekati sahabatnya. Lengan Rafiaqa digosok lembut. “Try kau cerita kat aku, apa yang dah jadi sebenarnya ni"

Danish melepaskan keluhan berat. Dia mula bercerita sampai A hingga Z. Hana dan Datin Rosmah setia mendengar.

Hana mengepal penumbuk. “Bodohlah kau ni Danish. Yang kau pergi tolong Liana tu dah kenapa?. Kalau aku jadi kau kan, dah lama aku biarkan dia tu sorang-sorang."

Danish hanya diam sahaja. Kalau Hana dah start dengan hujahnya, esoklah baru dia berhenti.

“Liana?. Dia kacau Danish lagi ke?" tanya Datin Rosmah.

Belum sempat Danish menjawab, Rafiqa menggeliat kecil menyebabkan tiga orang itu, memandang tepat ke arahnya.

“Mama ?" Rafiqa mengerutkan dahi. Mengalihkan pandangannya kepada Danish. Danish hanya membalas dengan senyuman.

Datin Rosmah hanya tersenyum. “Fiqa kena kuat tau. Allah tak akan bagi dugaan pada umatnya, kalau umat dia tak mampu. Mama tahu Fiqa kuat" Datin Rosmah memberi kata semangat.

Rafiqa hanya menguntum senyum. Tidak perasan yang air matanya perlahan-lahan jatuh ke pipi.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-20 18:36:18 

ki ki ki

YAZNI-ERNIE
2020-11-20 15:43:54 

hi. dear. tqvm. love u, as usual


NovelPlus Premium

The best ads free experience