Bab 18

Romance Completed 114969

“Liana, kau nak pergi mana tu?" tanya Nina

“Aku nak pastikan perempuan tu mati. Tak pasal-pasal dia pergi bagitahu semua dekat Danish, mampus aku." Baru setapak Liana keluar Nina mula bersuara.

“Kau boleh tak, stop buat kerja yang tak berfaedah ni"

Liana memandang sinis ke arah sahabatnya. “Tak faedah?. Tu bagi kau. Bagi aku, ia sangat berfaedah" Liana menghabiskan ayat-ayatnya sebelum berlalu pergi.

*****

Danish menggosok tangan isterinya yang sedang lena dibuai mimpi. Tiba-tiba perutnya mula berbunyi. Mana taknya, dari tadi lagi tak makan.

Danish mulai bangun. “Sayang tidur dulu ya. Abang pergi beli makanan kejap" Danish mengucup dahi isterinya sebelum berlalu pergi.

Liana membuka pintu wad dengan berhati-hati. Dia menarik nafas lega. Nasib baiklah, Danish takde, senang dia nak buat kerja.

Botol kecil berwarna putih diambilnya. Penutup botol dibuka. Baru sahaja tadi , ia mengupah orang suruh memberinya ubat supaya cepat mati. Tak sangka, ada juga ubat macam tu.

Baru sahaja hendak membuka mulut Rafiqa, tiba-tiba pintu wad itu dikuak dari luar. Cepat-cepat Liana menyorokkan botol itu di dalam begnya kembali.

Danish mendekati Liana. “You buat apa dekat sini?"

“I....I cuma nak melawat isteri you je" bohong Liana.

“You nak tipu I ke?. You ingt I tak nampak yang you nak bagi isteri I makan ubat apa entah. Nasib baik I cepat sesaat. Kalau I lewat tadi, tak tahu lah apa yang you akan buat dekat Fiqa ni."

“Danish, itu semua :----------"

laju sahaja Danish cantas ayat Liana. “Mana perangai perikemanusiaan you ah. You boleh tak move on. I dah tak cintakan you. I cintakan Fiqa so much"

Berdesing telinga Liana mendengar kata-kata itu. “You tahu kan, yang I pernah bagitahu you yang I akan dapatkan you balik"

“You tak payah nak merepek lah Liana. Baik you keluar sebelum I heret you keluar kat sini"

“Fine" akhirnya dia mengalah. Tapi dia takkan putus asa.

Danish melabuhkan punggung di atas kerusi di tepi katil Rafiqa. “Sayang" panggil Danish.

Rafiqa menggeliat kecil. Danish tersenyum “Sayang okey?"

Rafiqa mengangguk.

“sayang, bagitahu abang. Sapa yang buat sayang macam ni?" Danish mula menyoal. Hatinya kuat mengatakan yang Liana dalang semua ni.

“Saya tak nak ingat semua tu". Kalau boleh dia tak nak sebut pun nama dia dan tak nak ingat langsung pun kejadian itu. Sungguh mengerikan.

Danish mengehembus nafas lemah. “Sayang, please. Bagitahu abang" walaupun sedikit terdesak, tapi mungkin cara ini sahaja yang dia ada.

Rafiqa menggeleng.

Danish meraup mukanya. Tak tahu macam mana lagi, nak suruh isterinya itu berterus terang.

“Petang nanti, kita dah boleh balik." Danish cuba mengubah topik.

Rafiqa hanya mengangguk bersama senyumannya.

****

“Ada apa you nak jumpa I ni" senyuman tak lekang dari bibir Liana. Berharap Danish sudah terimanya kembali.

“I datang jumpa you ni, sebab I nak warning dekat you so as not to approach my wife." tegas amaran Danish.

Terus mati senyuman Liana. Danish datang berjumpanya, semata-mata untuk memberi amaran kepadanya supaya jangan dekati perempuan tu. Senyuman sinis dilakarnya. “Kalau I jumpa isteri you, you akan buat apa?"

Danish mendengus. “You akan terima akibatnya". Baru sahaja Danish ingin berlalu, lengannya dipaut oleh Liana.

“Please Danish. Terima I balik" Rayu Liana memohon simpati.

“Sorry Liana. I takkan balik pada you. Regret I fall in love with a wrong person" Danish berlalu dari situ. Begitu menyakitkan hati Liana. Rasa tercabar apabila ditolak mentah-mentah oleh Danish.

You just wait and see, Danish.

****

“Sayang ok?"

Rafiqa mengangguk lantas berpaling ke arah suaminya yang tekun memandu.

“Abang kenapa bayar bill hospital Fiqa tu. Biar Fiqa je lah bayar."

Danish tergelak kecil. “Sebab abang suami sayang. Dah, kita dah nak sampai ni"

“Eh jap, ni bukan jalan rumah mama. Abang nak pergi mana?"

“Pergi mana?. Abang nak bawak sayang kat rumah kita"

Rafiqa membulatkan matanya. “Abang biar betul?"

Danish mengangguk.

“Besarnya!!!" Rafiqa kelihatan teruja. Mana taknya, rumah dia dan Danish tu bagaikan istana saja. Tapi yang tinggalnya hanya 2 orang saja.

“Abang beli rumah besar-besar ni nak buat apa?"

“Abang nak satu dozen anak. So, sebab tu abang buat rumah besar-besar." Danish tergelak kecil. Suka sangat mengusik isterinya.

Rafiqa menampar lebut bahu isterinya. “Jangan nak mengada-ngada."

“Ok, jom masuk" Tangan Rafiqa dipimpinnya.

“Wah!. Cantiknya abang."

“Dah jom. Abang tunjukkan bilik kita." Mereka bersama-sama menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

“Tadaaa!!!"

“Cantiknya.. Thank you abang" Tidak semena-mena tubuh Danish itu dipeluknya.

“Most welcome dear"

****

“Arghhhhhh!!!!" Habis kesemua barang dicampaknya.

“Woi, kau ni dah asal ah?" Nina yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu, terus mendapatkan sahabatnya.

“Danish dah benci aku. Dia dah tak cintakan aku. Dia benci aku sebab perempuan tu" Tersedu sedan dia menangis di pangkuan Nina.

“Dahlah Liana. Kau boleh je cari orang lain. Tak payah lah nak tunggu Danish tu. Lagipun dia dah ada isteri kan"

“Kenapa?. Kenapa kebahagiaan aku patut dia rampas. Kau tahukan, dari dulu lagi aku ni memang tak cukup kasih sayang. Daripada dulu lagi, mak ayah aku lebihkan kakak aku sampaikan aku lari rumah. And aku haraplah kakak aku tu dah mati. Sekarang, perempuan tu pulak ke nak rampas kebahagiaan aku. Memang diorang tak boleh tengok aku bahagia kan." akhirnga Liana meluahkan juga apa yang terbuku dalam dirinya.

“Semua ni ada hikmah Liana. Yang penting kau kena sabar"

Liana mengesat air matanya kasar. Dia mulai bangun dari sofa.

“Eh, kau nak pergi mana pulak tu?"

“Kelab" jawabnya. Belum sempat Nina menghalang, Liana sudahpun berlalu pergi.

****

“Abang, Fiqa nak tanya ni" Rafiqa melabuhkan punggungnya di sisi Danish yang ralit menonton televisyen.

“Apa dia?"

“Liana tu dia ada keluarga ke?" Danish berpaling. “Kenapa sayang cakap pasal dia?"

“Takdelah. Fiqa macan dengan pernah kenal tau dengan Liana tu. Tapi tak ingat dah kat mana."

“Dah sayang. Tak payah fikir ye pasal dia. Sayang, abang nak minta sesuatu ni"

Rafiqa merenung tepat ke arah mata suaminya. “Nak minta apa?"

“Sayang, abang teringin tau nak anak. Takkan sayang tak nak bagi" Danish sembunyi senyum.

Serta merta mukanya merona merah. “Abang jangan nak mengada-ngada eh"

“Eh tak lah sayang. Abang serius ni" Tubuh Rafiqa dicepungnya naik ke bilik.

Dihempas badan Rafiqa ke katil. Butang kemejanya ditanggalkan satu persatu. Rafiqa hanya membatu sahaja. Tak mampu untuk menolak keinginan suaminya.

Pada malam itu, mereka menjalinkan hubungan suami isteri yang sepatutnya mereka buat pada malam pertama perkahwinan mereka.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience