Bab 37

Romance Completed 115002

Dari tadi lagi, Hana tidak lepas menghubungi Danish. Sungguh hatinya betul-betul sakit tika ini. Si Danish ni pun satu hal. Tak reti nak jawab call ke. Sesekali kedengaran dia mendengus kasar. Firash di sebelah hanya tayang muka selamba saja. Janji rahsia aku tak terbongar, aku senang.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon Mirza, kawan Danish. Kalau sampai esoklah dia telefon Danish tu, alamatnya habis juga topup fon aku.

Nombor Mirza didailnya. Dia koyak senyum, bila panggilannya sudah disambungkan.

*****

“Assalamu'alaikum, Hana. Kau nak apa ni?" straight to the point je Mirza menyoal. Malas nak berkias-kias.

“Wa'alaikumussalam. Danish ada dengan kau tak? Dari tadi lagi aku call dia tak dapat-dapat?"

“Jap. Aku nak tengok dalam bilik dia dulu" Mirza mula berjalan menuju ke arah bilik Danish.

Pintu diketuk. Selepas mendapat arahan dari Danish, Mirza mendapatkan kawannya itu.

“Hana nak cakap dengan kau." Mirza menyuakan telefonnya kepada Danish. Danish mendongak. Tanpa sepatah kata, dia mengambil juga.

“Ye, Hana" ujar Danish.

“kau memang tak reti nak jawab call ke? Dah beratus kali aku call kau tapi tak dapat-dapat. Mana kau campak fon kau tu" Hana mula membebel. Geram betul aku.

Mendengarkan hal itu, Danish mula meraba-raba poket seluarnya. Mirza memandang kawannya hairan. Ni dah apa kes, pula ni. Dah tercari-cari.

Danish menepuk dahi sendiri. Macam manalah aku boleh tertinggal fon aku.

“A...aku tertinggal fon" beritahu Danish kepada Hana. Tapi mungkin Mirza pun dengar apa yang dia katakan.

“Ha, eloklah tu. Kau tahu tak, apa yang bini kau tu dah buat?"

Danish mengerut kening. “Apa yang Fiqa buat?"

“Dia nak goda Firash. Aku tahu kau takkan percaya semua ni, sebab aku pun betul-betul tak percaya. Tapi semua tu, berlaku depan mata aku sendiri. Aku memang nampak yang dia goda Firash" Kuat benar suara Hana ni. Menahan marah agaknya. Telefon Mirza dijarakkan sedikit dari telinga.

Tangan menggenggam penunbuk. Turun naik dadanya menahan marah. “Tak..takkan dia buat macam tu"

Kedengaran tawa di hujung talian. “Suka hati kau lah, nak percaya ke tak. Tapi Fiqa tu mungkin dah tipu kau. Dia curang belakang kau pun, kau masih tak percaya. Kesian kau, Danish" sengaja Hana menambahkan lagi kemarahan Danish.

Dengan segera, dia memutuskan talian telefon. Nasib baik ni telefon Mirza. Kalau tak memang dah lama aku hentak-hentak je telefon ni.

“Kau kenapa ni?"

“Hana...dia bagitahu yang Fiqa nak goda Firash. Kau tahu tak, sakit hati aku ni" Dadanya ditepuk berulang kali. Memang susah dia nak percaya.

“Habis, kau percaya?" duga Mirza.

Malas ingin berbahas lagi dengan Mirza, Danish terus berlari keluar. Panggilan Mirza juga tidak endahkannya. Yang penting, dia harus membuat perhitungan dengan isterinya.

*****

Dari dalam teksi lagi, dia tidak berhenti menangis sehinggalah dia sudah berdiri betul-betul di hadapan rumahnya.

Air mata yang masih turun itu, disekanya. Pasti Hana sudah memberitahu perkara ni kepada Danish.

Baru kakinya ingin melangkah memasuki rumah, tiba-tiba sebuah kereta masuk dalam perkarangan ruamhnya.

Memang sah! Itu pasti Danish. Mati la aku.

Pintu kereta dihempas kasar. Tengok air muka Danish pun, Fiqa sudah kecut perut. Macam mana ni!!

Danish berjalan mendekati isterinya. Tangan Fiqa direntap kasar.

Fiqa sudah menikus. Sungguh aku betul-betul takut saat ni.

“Betul ke apa yang Hana dah ceritakan dekat aku? Hah!!"

Rafiqa terkesima. Panggilan pun sudah ditukar ‘aku-kau'. Itulah Megat Danish Fikri. Bila marah je, pasti kasar benar panggilannya.

Rafiqa menggeleng. Air matanya pun makin galak menumpah.

Danish ketawa sinis. “Dah terang-terang kau dah buat, tapi kau tak nak mengaku lagi ke?" jerkahnya kuat. Hampir pekak telinga aku dibuatnya.

Melihat Fiqa hanya diam itu, api kemarahannya semakin mencanak naik.

“Kau ni dasar perempuan kampung, takde maruah. Mesti mak bapak kau tak pandai nak ajar kau kan" sinis Danish melontarkan kata-kata. Langsung tidak kisah kalau kata-katanya itu akan mengguris hati Fiqa.

“Kalau ye pun abang nak hina saya, jangan sesekali abang hina arwah ibu dan ayah saya. Mereka tiada mengena dalam hal kita" Fiqa mula hilang sabar bila mendengar hinaan dari arwah ibu dan ayahnya.

Apa yang nak jadi lepas ni, jadi lah. Sesungguhnya hidup dia semakin menderita sekarang ni. Kalau diberi pilihan untuk mati atau hidup, dia akan lebih pilih mati lagi.

Danish memandang Fiqa tajam. “And you remeber that, I can't forget what you did to me right now. You cheated. That to the name of a wife obedint to husband? hah!" jerkah Danish lagi. Rambutnya diramas kasar.

Tiba-tiba rasa sebak di dada. Sampai macm tu, suaminya tidak percayakannya. Bukankah, setiap perhubungan itu memerlukan kepercayaan. Dan sekarang, siapa yang salah? Sedangkan Liana mengandungkan anaknya pun, aku masih percayakan dia sebab aku tahu dia takkan buat macam tu. Tapi bila benda jadi dekat aku, kepercayaan dia akan hilang serta-merta ke?

Danish mula naik geram. Nak je dia ajar cukup-cukup isterinya itu. Tapi kau tak boleh jadi lelaki dayus, Danish.

Malas ingin berlama-lama di situ, dia berjalan ke arah pintu rumahnya untuk mengambil handphonnya yang tertinggal di bilik.

Tidak sampai 5 minit, Danish turun semula. Fiqa dihadapannya dijeling tajam. Terus dia membolos masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta mula mengaum, lantas pedal minyak ditekan lalu kereta itu meluncur laju sehingga hilang dari pandangan.

Rafiqa jatuh melutut. Ahhh.. Kusut...Tiba-tiba terasa seperti air jatuh ke atas kulitnya..Dia mendongak memandang langit. Hujan, Alamak!!

Sepantas kilat dia berlari menuju ke pintu rumahnya. Kasut dibuka. Dengan langkah kanan, dia menapak masuk ke dalam.

Rafiqa termenung di sebalik tingkap rumahnya. Hujan masih lagi belum berhenti. Malah semakin lebat. Hari pula sudah hampir malam, tapi kelibat sang suami masih belun kelihatan. Marah lagi kah dia kepada aku?. Aku ke yang bersalah dalam hal ni?

Dia menghembuskan nafas lelah. Bila difikirkan balik pasal hal ini, dia ketawa sinis. “Kenapa cepat sangat kau percaya pada orang yang tak percayakan kau, Fiqa. Kau sangat-sangat bodoh. Kau percaya dia, sedangkan dia lansung tak percayakan kau. Malah, dia tak beri pun aku peluang untuk explain semua ni. Tulah kau, cepat sangat percayakan orang. You are very weak.", dia bercakap seorang diri. Seolah-olah cuba bercakap dengan dirinya sendiri.

Itulah dia, Nur Rafiqa Ariana. Seorang perempuan yang lemah. Yang tiada kekuatan untuk melawan semua ni. Yang selalu bagi orang lain pijak kepalanya sendiri. Yang bagi orang lain merampas haknya. Yang mudah menangis apabila sakit hati. Yang mudah percayakan orang lain. Yang mudah mencintai seseorang walaupun kesetiaannya tiada.

*****

Tok!! Tok!! Tok!!

Kedengaran pintu rumah Mirza diketuk. Mirza yang tengah syok menonton Tv iaitu saluran sukan kegemarannya, dia mengalih wajahnya melihat ke arah pintu.

“Sapa pulak ni datang rumah aku malam-malam. Nak tengok aku senang pun tak boleh" sempat lagi dia merungut. Dengan malas, dia bangun juga dari duduk lalu menuju ke pintu.

Terjengul wajah Danish yang bajunya sudah basah dek terkena air hujan. “Kenapa kau lambat sangat nak buka pintu?!"

Mirza garu kepala. Sebenarnya dia masih lagi tak faham kenapa Danish ada disini. Terkejut pun ada. Tapi bila melihatkan keadaan Danish yang sudah basah kuyup itu, dia tangguhkan dulu pertanyaan.

“Kau masuk lah dulu. Salin baju" tanpa banyak soal, Danish menapak masuk ke dalam.

Apabila siap semuanya, mereka mula menuju ke ruang tamu. Ingin menyambung semula rancangan sukan yang terbantut itu.

Punggung serentak dilabuhkan pada sofa yang sama. “Kau dari mana ni." soal Mirza terus.

Danish tayang muka selamba. Dah agak dah, yang Mirza akan tanya dia. “Lari dari Fiqa" jawabnya bersahaja.

“Kenapa? kau gaduh dengan dia pasal tu ke?"

“Mhmm..adalah sikit. Dahlah, tak payah cakap pasal dia. Aku nak tidur rumah kau boleh, harini"

Mirza jeling. Nak berdalih lah tu. “Boleh tu boleh. Tapi isteri kau tu macam mana? kau tak risau ke?"

“Alah, kau ni. Pandai-pandailah dia jaga diri. Dia bukannya budak kecik lagi" Danish dah tarik muka. Tak suka kalau mereka membual pasal Rafiqa. Nanti dapat apa? sakit hati adalah.

Malas hendak melayan kawannya itu, dia menyambung semula menonton tv. Lebih baik tengok tv dari tengok muka Danish tu. Rasa nak lempang-lempang je. Suami apa yang sanggup biarkan isterinya tu sorang-sorang.

“Mirza. Aku, nak kau janji jangan cakap dekat sapa-sapa pasal ni. Terutama sekali papa aku. Matilah aku, kalau papa tahu yang aku biarkan Fiqa tu sorang-sorang" sambung Danish lagi.

Mirza memandang sekilas. “mhm, tengoklah macam mana" tak pasal-pasal aku pulak terjebak sekali dengan Danish. Nasib lah, dapat kawan macam ni.

“Oh, ni. Sebelum aku terlupa. Urusan kau dengan Liana tu macam mana? kau dah selesaikan ke?" soal Mirza pula.

Danish mendengus. “Abaikan la pasal dia tu. Selagi dia tak cari aku, selagi tu hidup aku senang. Sekarang ni aku taknak fikir pasal sapa-sapa pun. Aku nak fikirkan pasal aku je. And kau, jangan sesekali tukar mood aku ni"

“Mhm, baik boss" Wajah Danish dijeling sekilas. Selfish betul !!!

*****

“Kau kenapa tiba-tiba senyum pulak ni?" Nina yang baru sahaja turun dari bilik itu, terus menegur kawannya.

“Danish."

“Danish? kenapa dengan Danish?" Ha, ni mesti ada apa-apa ni. Kalau tak, takkanlah senyum sampai telinga.

“Tadi, aku lalu kat rumah dia. Pastuh aku nampak dia tengah marahkan Fiqa. So, aku terdengar lah sikit apa yang diorang cakap tu kan. Masa tu, aku nampak muka Danish marah sangat-sangat. Katanya, Fiqa curang belakang dia" ujarnya disebalik tawa sinis. Senang hati bila mendengar berita itu.

“Kau suka?" sinis Nina menyoal.

Liana mengangguk. “Yes, aku suka. Kan aku dah cakap, perempuan tu pun dua kali lima dengan aku. Dia memang kaki jantan"

Nina hanya diam. Takkanlah Fiqa tu pun kaki jantan.

“Mhmm, mungkin inilah masanya untuk aku berada disamping Danish. Mungkin Danish memerlukan seseorang untuk merawat hatinya. Dan orang tu, semestinya aku!!" dia ketawa lagi.

Nina ternganga. Sah kau dah gila, Liana. Nak aku hantar kau pergi hospital sakit jiwa ke ah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience