Chapter 4

Romance Series 49576

Aku melihat jam di tangan ku, hanya tinggal 50 minit lagi flight ku nak berlepas. Dan aku masih di dalam kesesakkan lalu lintas. Dan perjalanan masih lagi jauh. Selalunya perjalanan dari rumah ku ke lapangan terbang mengambil masa 30 minit. Tapi aku sudah pun terkandas di kesesakkan lalu lintas selama 30 minit. Marilyn Lillith telah 3 kali menelefon menanya di mana keberadaan ku. Suaranya tetap juga tenang walaupun aku tahu dia risau aku tak sempat sampai di lapang terbang.

                " Anne, sempat ke kita nie sampai dekat airport. Dari tadi macam nie je kesesakkan nie," kataku kepada kawan serumahku yang bernama Andrianne. Dia sanggup masuk lewat kerana nak hantar ku pergi airport hari ini. Katanya semalam, bos dia dah bagi kebenaran 3 jam untuk dia keluar. Lagipun Anne memang baik. Pantang orang cakap minta tolong sikit. Katanya lagi semalam waktu aku sedang sibuk berkemas baju nak di bawa pergi, dia sanggup hantar aku sebab aku selalu tolong dia waktu dia susah sebab itu dia sanggup tolong.

              "Sempat lah Ella. Percaya lah. 20 minit lagi sampai lah kita", katanya dengan muka yang confident dan positif. Sebab itu juga kali aku selalu berfikiran positif sebab kawan aku yang sorang nie.

              " Nak berdoa kejap" kata ku yang membuat Andrianne hampir nak terlepas ketawa dari mulutnya.

             "Masa sekarang nak berdoa. Masa masuk kereta tadi tak nak doa. Coba doa awal tadi tak lah banyak halangan", katanya mula berceramah. Kereta nya mula bergerak perlahan-lahan.

            "Ye ye. Saya salah. Minta maaf Cik Puan" kata ku memandangnya. Ketika itu keretanya mula bergerak lebih cepat dari tadi. Aku bersyukur kalau begini dapat lah aku sampai di airport.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience