Tengah hari ini, sebab aku daripada awal pagi berada di site, aku tidak balik ke ofis sebaliknya terus ke Black Amora Cafe, tempat aku berjanji dengan Abigail Martha dan Jessica. Entah kenapa mereka berdua murah hati mahu belanja aku makan hari ini. Mungkin berapa hari ini aku asyik berkurung dekat bilik ofisku. Entahlah, aku jadi malas hendak keluar makan tiba-tiba. Pada masa yang sama, aku rasakan kerja aku bertambah dan banyak yang perlu aku kejar dateline. Longgokan file juga semakin banyak di dalam bilik ofisku. Macam tidak productive sahaja rasanya.
Aku memilih tempat duduk di luar cafe tersebut. Aku melihat seorang lelaki dan perempuan seperti pasangan kekasih telah menduduki luar cafe. Aku melabuhkan punggungku tidak jauh daripada mereka.
Walaupun aku melihat mereka menikmati makanan. Tapi aku dapat merasa suasana tegang. Aura dia terasa lain. Daripada renungan wanita yang berada di hadapanku itu, aku dapat rasa kehadiran aku di situ seperti menganggu perbualan mereka berdua. Seperti kehadiran aku tidak diundang. Patutkah aku masuk ke dalam cafe? Tapi kejap luar ini kena reserve ke? Mataku melilau mencari papan reserve. Ah..lantak lah. Aku tidak pula aku lihat tanda tempat ini kena reserve.
Pelayan cafe tersebut menghampiriku dan memberi buku menu. Disebabkan aku masih menunggu kehadiran Abigail Martha dan Jessica, aku memberitahu yang aku akan memanggil dia kembali apabila aku mahu memesan makanan. Dia hanya mengangguk dan menghadiahkan aku senyuman manis.
“So, betul you nak putus dengan I?!’, soal wanita di depanku itu dengan nada yang agak tinggi. Wow.. aku salah dengar ke apa? Apa yang terjadi ini? Patutkah aku melarikan diri ini? Ataupun aku buat tidak mendengar sahaja. Hanya itu sahaja yang aku boleh buat sekarang.
“I nak dengar sendiri daripada mulut you bukan daripada massage or nak tengok anggukan you sekarang. I nak kepastian daripada you. And stop smiling, I hate it. I hate your smiles.”
“You ajak I datang sini untuk makan. Bukan nak dengar suruh I explain apa-apa dekat you. Dan semuanya dah pun I explain dalam message yang I hantar last weeks. So, I don’t needs to give you my explanation again”.
“But still I can’t believe you break dengan I sebab you nak dengan lelaki itu. He is guy, you know!? Gosh..! Apa kurang I sampai you pilih guy. Mana I nak letak muka I?”
Aku ketika ini betul-betul tak dapat fokus dengan menu yang berada di depanku. Telinga ku seperti tertarik untuk mendengar cerita kisah benar drama tengah hari yang ada didepanku. Mulutku hampir terlopong mendengar apa yang baru aku dengar tadi.
OMG! Perempuan itu diputuskan oleh kekasihnya sebab kekasih dia suka dengan lelaki. Apa salah aku sampai Tuhan suruh aku berada di situasi drama tengah hari ini. Tadi bukan main sibuk nak mendengar tapi sekarang rasa bersalah pula.
Ini bukan prank kan? Mata ku melilau mencari kot-kot ada kamera tersembunyi di sekelilingku. Tapi tak juga terjumpa. Ini kisah benar, Illa. Reality! Bukan lakonan, ujar hatiku pada diriku. Kemudian, aku mengalih pandangan mataku pada buku menu tersebut. Daripada tadi hanya helaian pertama yang aku tengok. Telinga aku pula gatal ingin mendengar perbualan pasangan kekasih yang berada di depanku itu.
“ At least, dia loyal and will never cheating on me. Bagus I dengan lelaki yang setia dengan I daripada perempuan yang pura-pura baik tetapi perangai mengalahkan lelaki apabila bertukar pasangan.”
“So, you nak balas dendam pasal dulu I pernah curang? What you doing is too much. I’m can’t accepted it”.
“You tak perlu accepted apa-apa, because I don’t your accepted. I nak you tahu yang I love that…”
Aku dah nak bangun daripada kerusi. Berdosa pula aku dengar pergaduhan orang tengah-tengah hari ini. Lagipun, plot drama pula sudah bertukar. Perempuan itu curang dulu. Tapi aku dah tak sanggup dengar lagi. Berdosa teramat sangat.
“Stop it..!? Geli I dengar apa yang you luahkan...” saat itu aku merasa percikan air minuman di simbah ke wajah lelaki yang membelakangi aku itu.
Dalam keadaan yang kebinggungan aku yang tadi ingin bangun menjadi terkaku. Seperti punggung aku telah melekat di kerusi yang aku duduk. Aku betul-betul berada dalam keadaan terhempit sekarang. Rasa bersalah sebab menyaksikan peristiwa yang tiada kaitan dengan diriku. Rasa berdosa menjadi saksi break up pasangan kekasih secara real. Dengan banyak plot twist berlaku.
Daripada lirikkan mataku, aku melihat girlfriend lelaki itu telahpun bangun dan berlalu pergi. Aku hanya menundukkan kepala. Tidak tahu lagi di mana mahu menyorokkan muka. Dapatku dengar lelaki tadi mendengus nafas. Kegeraman.
Patutkah aku melarikan diri sekarang? Inilah masa yang sesuai. Aku tak patut berlengah lagi. Kalau tidak keadaan menjadi semakin parah kalau lelaki itu melihat kehadiran aku disitu. Lelaki tersebut bangun daripada tempat duduknya, pada saat yang sama aku coba untuk bangun daripada tempatku.
Namun, punggungku hanya mampu terangkat separuh sahaja apabila lelaki itu sudahpun berpaling ke arahku. Jelas sekali dia terkejut. Aku dengan lelaki itu saling berpandangan. Tajam renungan lelaki tersebut. Okay! Situasi ini sangat pelik. Patut kah aku duduk kembali? Dan pura-pura tiada apa terjadi. Ataupun kekal duduk atas angin macam ini.
Aku melihat lelaki tersebut mengatur langkahnya. Dan aku masih dalam separuh berdiri, terkaku dan tidak bergerak. Aku merasa lelaki tersebut memandangku sekilas sebelum berlalu pergi.
Aku duduk kembali. Nafas yang aku tahan tadi, aku lepaskan. Aku pasti dia menenungku tadi. Tapi salah kah aku berada di situ? Aku cuma berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Siapa suruh dia bergaduh dengan ex-girlfriend di tempat awam macam ini. Segala rahsia yang tidak sepatutnya diungkit dibahaskan begitu sahaja. Dan siapa suruh dia sebelum bergaduh tidak pandang keadaan sekeliling. Bukan kah ada perpatah menyatakan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Pastikan ada orang ke tak, rungutku sendirian.
“Miss Grace..”, sergah Abigail Martha. Lembut dia menepuk bahuku tapi tindakannya itu membuat ku terkejut. Aku menyentuh dadaku. Sungguh aku terkejut.
“ Takkan terkejut sampai macam itu sekali, Miss?!”, tegur Jessica. Aku melihat mereka berdua kehairanan melihat keadaanku.
Mana taknya, otak aku melayang jauh. Dan aku ingattkan yang menyentuh bahuku itu adalah lelaki tadi. Aku ingat dia kembali untuk memberiku amaran; supaya jangan menyebarkan apa yang aku dengar dan lihat. Jauh betul aku berimaginsi sampai ke situ sekali.
“Haishh.. Korang kan, boleh tak jangan sergah macam itu!? Kalau saya ada lemah jantung, memang ‘goal’ dah saya tadi. Dah lah belum lagi kahwin, lepas itu ‘goal’ macam itu sahaja”, tegasku walaupun dalam nada bergurau. Aku masih mengusap dadaku. Mereka berdua lempar sengih.
“Ms. Grace belum order lagi ke?” tanya Jessica.
“ Belum, sebab nak tunggu korang datang. Apasal lambat?”
“Jess ini boleh pula dia terlepas tempat parking kosong. Lepas itu kita orang cari lah tempat parking. Tapi tak jumpa tempat parking kosong yang berdekatan.”
Aku menyuruh mereka berdua duduk. Dan kerusi dihadapanku ditarik dan mereka pun duduk. Selepas itu, aku memberi mereka buku menu. Dua orang yang didepanku itu aku pandang tetapi otakku masih memikir apa yang aku alami tadi.
“Hurmmm…Korang berdua pernah tak dengar cerita girlfriend ditinggalkan oleh boyfriend dia yang gay. Maksud aku girlfriend itu ditinggalkan boyfriend dia sebab boyfriend dia ada kekasih lain, lelaki”, ujarku dengan tiba-tiba sambil memerhati mereka berdua yang meneliti buku menu.
“Apa dia Miss? Kurang jelas penerangan. Coba Miss terangkan ayat yang boleh kitaorang faham” ujar Abigail Martha dengan dahinya berkerut tanda tidak paham. Mereka berdua memandang ku dengan mata terkebil-kebil. Tidak mengerti apa yang cuba aku sampai dan ingin aku ceritakan. Patutkah aku meluahkan dekat dia orang ini? Tetapi dia orang tidak faham apa yang aku coba sampaikan. Aku tak nak dosa ini sorang-sorang.
“Ahahahaha..tak ada apa-apa. Tengok balik menu itu..” balas ku dengan ketawa yang ku buat-buat. Semakin pelik wajah diaorang memandangku selepas itu. Kalau aku cakap lebih nanti bukan dia orang faham apa yang aku sampaikan. Buat bazir air liur aku sahaja bercerita lebih dengan dia orang. Aku hanya mampu menghela nafas.
**************
Seperti hari-hari biasa, sampai sahaja ofis aku akan memastikan aku dalam keadaan mood yang penuh confident dan berfikiran positif. Aku tidak mahu mood aku terganggu sepanjang hari kalau aku tiada mood di waktu pagi. Tetapi kalau aku tiada mood biasanya aku mencari alasan ke site. Daripada aku terperap dekat office dengan kepala berserabut bagus aku keluar. Bergerak juga kerja aku.
Masuk sahaja bilik ofisku, aku dihidangkan dengan longgokkan fail-fail di atas coffee table kecil. Semua itu fail-fail tentang project yang nak kena buat inspection ke site. Ada juga yang perlu di tengok progress project tersebut. Lama aku termenung sebelum aku menghela nafas. Aku mengatur langkah ke meja PC aku. Handbag diletakku di bawah meja. PC dibuka dan aku melabuhkan punggungku di kerusi. Screen PC ku tenung sementara menunggu PC tersebut loading.
Entah kenapa aku asyik teringat dekat Noah Harvin. Pagi ini, apabila bangun daripada tidurku, aku mula teringat dekat dia. Mungkin disebabkan aku termimpi tentang dia malam tadi. Lucu sungguh mimpiku, dia mengajak aku kahwin. Aku tersenyum sendiri mengingatkan mimpi tersenyum. Dalam mimpi pun dia tetap handsome, desis hatiku.
Tetapi, hari ini dah nak masuk seminggu dia tidak message ataupun telefon aku macam biasa. Dia betul-betul menetapi kata-katanya. Adakah dia betul-betul serius dengan kata-katanya tempoh hari? Ataupun dia ambil serius dengan kata-kataku? Ataupun dia tengah sibuk? Ataupun dia sudah jumpa orang lain. Berapa banyak ataupun yang aku guna untuk pujuk diri sendiri ketika ini
Barangkali dia sengaja ingin menguji aku. Taktik dia nak aku messsage dia dulu lah itu. Namun jauh di sudut hatiku, aku merindui Noah Harvin. Mungkin sebab itu aku sampai termimpi tentang dia malam tadi.
Lamunan ku terhenti apabila aku mendengar gentaran handphone ku. Handphone ku gapai. Entah kenapa aku berharap itu message daripada Noah Harvin. Apabila screen handphoneku, aku sentuh, tertera nama Mr. Mark, Big Bossku.
‘Grace, come to meeting room after you reach office. I want to introduce you with someone’- Mr Mark
Aku mengeluh kehampaan. Sungguh tadi aku mengharap mesage tersebut daripada Noah Harvin. Sudah lah, Illa. Awak patut fokus dengan kerja macam biasa. Lupakan dia seketika. Lagipun awak perlu sedar yang awak bukan types dia, pujuk ku pada diri sendiri.
Aku bangun daripada kerusiku dengan perasaan malas. Malas ke tak, kena juga paksa diri melangkah. Takut pula aku kalau-kalau Mr Mark telah menunggu ku di meeting room seperti dia message. Habislah kena sound masa meeting kalau terlambat.
Share this novel