AKU memunggah barang-barang di bonnet kereta. Semua barang yang packing oleh mama pagi tadi, untuk dibawa ku balik. Kebanyakkan barang tersebut, homemade cookie serta keropok dan juga buah-buahan. Kata mama homemade cookie serta keropok dan buah-buahan itu boleh aku kongsi serta makan bersama dengan housemate ku.
Untung lah Andrianne dan Nonny hari ini, sebab mama bekalkan banyak stok makanan untuk mereka berdua. Mungkin sebab dulu, awal-awal pindah aku selalu ceritakan tentang mereka berdua kepada mama. Lagi satu aku selalu bagitahu mama, tentang Andrianne mahupun Nonny yang selalu bawa tapau makanan kalau dia orang balik dari kampung. Disebabkan itu, setiap kali aku balik dari kampung mama sentiasa memperuntukkan stok makanan untuk Andrianne dan Nonny sekali.
Aku memusing badanku. Dada ku usap. Terkejut dengan kehadiran mama yang tiba-tiba boleh berada di sebelah ku. Entah berapa lama mama berada di situ. Memerhati gerak-geri ku yang sedang menyusun barang.
Tangan ku bergerak melakukan kerja. Teringat pula aku dengan Rose dan Orkid. Kalau mereka ada, mungkin mereka berdua sibuk nak membantu ku. Rumah semestinya akan jadi riuh rendah. Tapi sekarang dengan ketiadaan mereka berdua membuat rumah menjadi sunyi. Awal pagi lagi Abang Gabriel sekeluarga berangkat balik ke rumah mereka di pekan. Terasa rindu pula hati ini dengan budak dua ‘ketul’ itu.
“ Illa ikut mama sekejap. Mama nak cakap sesuatu. Kita duduk dekat sana…” Pinta mama yang mengejutkan ku fikiran ku yang melayang jauh.
Aku hentikan apa yang sedang lakukan tadi. Langkah di atur mengikut mama yang telah pun duduk di kerusi santai tidak jauh dari situ.
“Apa dia mama?” soal ku bila telah duduk di sebelah mama. Otak telah di peras, berfikir apa yang ingin di sampaikan oleh mama. Takkan nak bercakap pasal anak Uncle Michael lagi kot. Tak habis lagi ke kes anak Uncle Michael ini daripada semalam.
“ Mama nak cakap sesuatu…” kata mama.
Mama ini daripada tadi cakap ‘nak cakap sesuatu’. Tapi isi kandungan dia tak bagitahu daripada tadi. Sengaja nak susahkan orang memeras otak.
Ku pandang wajah mama dengan riak yang penuh menanti. Tapi dibalik wajah mama saat ini seperti dia termenung dan memikirkan sesuatu. Besar sangat ke benda yang dia nak kabar kepada ku ini.
“ Apa dia ma…mama ini suka tau buat ‘suspen’…” ujar ku dengan tertawa kecil.
Mama seperti tersedar daripada lamunan dia. Wajah ku ditenung pula sebelum senyum terukir dibibirnya.
“ Pagi tadi, Auntie kamu luahkan dekat mama pasal kamu bersikap kurang ajar dengan dia…dengan kehadiran Uncle Mike kamu sekali,”ujar mama memulakan bicara.
Aku terpaku. Hati ku membuak ingin tahu apa yang Auntie Sally sampai dekat mama.
“ Mama percaya ke apa yang Auntie ceritakan dekat mama?”
Mama masih mendiamkan diri. Arah anak matanya memandang ke arah pintu pagar rumah.
Perasaan di dalam hati ketika ini jadi tidak senang dan tidak tentu arah bila memikirkan perangai Auntie Sally. Rupanya Auntie Sally terlebih dahulu menceritakan kepada mama apa yang telah berlaku dekat rumah Mak Long semalam.
Wajah mama ku pandang. Lama. Dia seperti mengelamun lagi. Sungguh tak dapat mengagak apa yang di dalam fikiran mama sekarang ini. Mungkin dia marah.
“ Setakat mana cerita dia tambah dalam cerita dia sampaikan boleh buat mama termenung dan tak terkata…”, ujar ku lagi. Sinis.
Keluhan keluar dari mulut mama. Nampaknya ada respon daripada mama. Daripad tadi dia biarkan aku bermain teka-teki. Penuh tanda tanya ingin tahu cerita yang diceritakan oleh Auntie Sally kepada walaupun pada hakikatnya aku tahu bagaimana jalan cerita dia. Dia mengalih pandangan dia dekat ku kini.
“Illa walaupun bahasa dia menyakitkan Illa…Illa kena ingat, dia auntie Illa dan dia orang tua. Illa kena hormat dia. Mama tak pernah ajar anak mama tak pandai menghormati orang yang lebih tua…” kata mama. Walaupun berlembut nada suara mama sedikit kurang senang mendengar percakapan ku.
“ Jadi mama percaya lah dengan apa yang Auntie ceritakan…walaupun mama belum lagi dengar perjelasan dari mulut Illa…” soal ku bila pertanyaan ku tadi tidak dijawab oleh mama. Mama masih berselindungi macam selalu, direct terus memberi nasihat kepada ku. Memperbetulkan kesalahan ku yang salah dimatanya. Walaupun pada hakikat yang aku rasa aku mangsa keadaan. Keadaan Auntie Sally yang sengaja ingin mencari kesalahan ku dan sentiasa tidak puas hati dengan ku.
“ Semalam Illa bukan sahaja tak hormat dengan Auntie…malah, Illa juga berintonasi kasar dengan Uncle Michael…kalau bapa tahu, mesti bapa tak suka dan malu dengan tindakkan Illa”, ujar mama, tegas. Wajah ku berubah.
Wajah mama ku pandang. Suram. Kemudian dia mengeluh. Itu yang membuat aku serba salah. Dan cuba mengawal perasaan diri.
“ Jadi mama nak Illa buat apa?” lembut suara ku bertanya.
“ Minta maaf dengan Auntie... dengan Uncle Michael juga..” balas mama.
Sungguh aku tahu ‘minta maaf’ itu akan keluar daripada mulut mama. Bukan pertama kali aku di suruh berbuat begitu kalau masalah itu berkaitan dengan Auntie Sally mahupun Meghan. Tanpa sebab dan tanpa mendengar perjelasan sekalipun, aku yang kena mengalah. Daripada dulu mama selalu memenangkan satu-satu adiknya dan juga anak buahnya. Dan aku sebagai anaknya patut mengalah.
Entah kenapa seperti ada sesuatu nusuk hatiku.
“ Mama buat begini sebab mama tak mahu orang bersangka buruk dengan anak mama…lagipun Auntie kan orang tua…patut dihormati. Uncle Michael pula, dia kawan baik bapa…Illa tak patut cakap begitu dengan dia, walaupun Illa tak suka di jodohkan dengan anak dia”, tambah mama lagi. Tangan ku diusap lembut, selembut nada suara dia memujuk ku.
Aku tahu niat mama baik. Tapi hati ini tetap juga terluka walaupun dipujuk sebegitu orang mama.
“ Illa dah minta maaf dengan Uncle Mike semalam sebelum balik daripada rumah Mak Long…uncle dah maafkan Illa dan dia tak ambik hati.. ” ujar ku mendatar. Jauh ke halaman rumah pandangan ku.
“ Bagus lah kalau Illa dah minta maaf dengan Uncle Michael…begitu lah anak mama... Nanti Illa minta maaf dengan Auntie pula, okay?”
Tangan ku di tepuk-tepuk seperti mama berpuas hati dengan tindakkan ku.
“ Mama betul tak nak dengar Illa punya side of the story ke? Kenapa Illa boleh bernada tak hormat dengan Auntie semalam?” ujar ku yang masih mengharap mama ingin mendengar perjelasan ku.
Tapi malangnya, aku melihat mama mengeleng kepala lemah.
“ Cerita siapa yang betul…itu tak penting Illa… Yang penting, siapa yang patut dihormat, memang patut dihormat…yang muda kena hormati orang tua..”
Itu lah ayat penamat dia. Mata mama menjeling ku. Kalau pasal mendisplinkan anak, mama mahupun papa sangat bertegas. Tak boleh melawan dan melebihi batas ayat ‘hormat’.
“ Sekurang-kurangnya dengar lah dulu perjelasan Illa, ma…Illa bukan nak katakan Illa betul…ataupun Auntie salah…” ujar ku berkeras ingin mama mendengar cerita pihak ku pula.
“ Illaa…” kata mama. Tegas nada suaranya. Tangan ku ditepuk-tepuk lagi. Dan mama cuma untuk bangun tapi dihalangku.
“ Illa bukan anak mama ke, ma? Kenapa mama masih seperti dulu tidak mahu mendengar perjelasan Illa…? Kenapa setiap kali apa yang Auntie Sally complaints or cerita…mama percaya begitu sahaja. Illa pasti masa Auntie mengadu dengan mama, mama terima bulat-bulat tanpa pertahankan Illa. Kenapa mama tak pernah pertahankan Illa depan Auntie… kenapa mesti Illa mengalah walaupun Illa tak salah.. Kenapa, ma?”. Jauh nada suara ku, walaupun terkawal dan tidak bernada tinggi.
Tangan mama ku tolak. Wajah mama berubah. Seperti tak percaya dengan apa yang dia dengar daripada mulut.
Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Perlukah aku berkelakuan sejauh ini? Melukai hati mama. Aku tahu aku sudah melebihi batas dan pada yang sama tidak menghormati mama dengan apa yang aku katakan. Tapi hati yang terluka ini, ingin didengari rintihannya.
“ Sesekali Illa ingin mama mahupun bapa fight untuk Illa seperti mana Auntie Sally yang selalu menangkan Meghan…” luah ku. Otak ku kosong tapi ayat itu yang sekian lama di dalam hatiku telah terkeluar daripada mulutku. Segalanya terluah kini.
Aku mengumpul kekuatan, untuk menahan perasaan terguris dengan kata-kata mama tadi. Perjelasan daripada mulutku tak penting bagi mama. Entah kenapa seperti ada air di kelompak mataku.
Bapa muncul dari dalam rumah. Dia seperti dapat merasa keadaan tegang antara aku dan mama. Wajah aku dan mama di pandang silih berganti tanpa suara.
Aku bangun dan menutup bonnet kereta ku.
“Nanti Illa call kalau dah sampai rumah..”, ujar ku.
Tubuh bapa ku peluk, Kemudian mama. Tiada reaksi balas yang ditunjukkan mama seperti selalu bila aku memeluknya. Aku biarkan sahaja. Aku sedar tindakkan aku meluahkan ketidakpuas hati ku, bermaksud tidak menghormati dia. Melukakan hati dia juga.
Bapa memesan ku supaya berhati-hati di dalam perjalanan. Aku sekadar mengangguk.
Enjin kereta aku hidupkan dan selepas gear dimasuk, kereta ku keluar daripada pekarangan rumah.
DARI kejauhan aku melihat sebuah kereta BMW putih sedang parkir di tepi rumah sewa ku. Walaupun aku belum lagi melihat wajah pemilik kereta tersebut, tapi aku dapat mengagak siapa pemiliknya.
Sejam tadi dia dah call aku bertanya di mana keberadaan ku. Bertanya juga jam berapa aku akan sampai. Aku sekadar memberitahu yang aku akan sampai 6 petang.
Tapi sekarang jam di dashboard kereta ku menunjukkan 5.15 petang. Sengaja aku memberitahu aku lewat sampai di rumah sebab aku ingat nak rest kepala dulu. Minda ku yang penuh rasa bersalah akibat krisis dengan mama tadi perlu mendapat rehat yang cukup sebelum berjumpa dengan sesiapa. Kalau tak aku akan jadi bukan diriku. Melayang jauh. Ataupun terdiam seperti tunggul.
Awal juga dia menunggu ketibaan ku. Pak Jowok ini memang tak sabar nak berjumpa dengan orang. Desis hati ku.
Kereta aku berhentikan tidak jauh dari kereta BMW putih tersebut.
Pom! Pom!
Wajah Noah Harvin terjengul di muka pintu setelah keluar dari perut keretanya. Dia bercermin mata hitam, tangan di angkat melambai ku, sebelum membuka cermin matanya.
“ Kenapa datang awal sangat?” soalku, yang juga telah berada di luar kereta. Cuba untuk menghampiri Noah Harvin. Tertanya juga aku kenapa dia sanggup menunggu ku sebegitu awal.
Sunggul. Itu yang aku dapat gambarkan pada wajah Noah Harvin yang melangkah menghampiri ku. Dia hanya menggunakan T-shirt putih dan jean hitam. Rambut yang sedikit tak terurus dan sedikit menutup mata, diselak ke belakang.
Tidur ke dia tadi? Entah berapa lama dia telah menunggu ku ini. Desis hati ku.
“ Rindu…I miss you anak kucing”.
Itu lah yang terpancul keluar daripada Noah Harvin bila dia betul di hadapan ku. Sesaat juga tubuh ku telah berada dalam pelukkan dia. Erat.
Mengada sangat ‘rindu’ Pak Jowok ini. Sedangkan semalam ada juga aku berbual dengan dia. Tapi aku biarkan sahaja dia begitu. Terus memelukku.
Entah kenapa aku merasakan pelukkan itu menenangkan aku. Mungkin itu yang aku perlukan masa ini. Hadirnya dia di situ, seperti mengetahui apa yang telah aku alami.Ada satu perasaan yang mengalir dalam diri saat ku ini. Perasaan yang telah lama ku cari dan tunggu pada seseorang.
Selamat. Itu lah yang aku rasa bila aku dalam pelukkan Noah Harvin saat ini.
“ KENAPA diam je ini? ”
Pertanyaan Noah Harvin mengejut lamunan ku. Aku mengalih pandanganku ke arah Noah Harvin yang sedang memandu. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, aku tahu dia tersenyum. Dan aku tahu dia mungkin melirik memandang ku. Memeriksa keadaan ku.
Aku sedar saat masuk kereta Noah Harvin tadi, aku lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin aku masih terbawa-bawa oleh perasaan bersalah ku dengan tindakkan aku terhadap mama sebelum balik petang tadi. Perasaan itu menyelubungi diriku.
Aku cuba untuk tersenyum. Takut dia syak apa-apa dengan apa yang aku rasa sekarang ini. Kalau boleh aku tak mahu Noah Harvin tahu apa yang terjadi di kampung. Tambahan pula daripada riak wajah dia yang sunggul tadi, aku tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia. Dia juga seperti ku, lebih banyak melayan perasaan diri saat kereta yang dipandunya bergerak daripada rumah sewaku.
“ Kenapa ini..? Daripada tadi macam tunggul.. Ada sesuatu ke terjadi dekat kampung..” soal Noah Harvin untuk kali kedua.
Apa? Tunggul dia kata? Ee..Pak Jowok ini..
Tangan Noah Harvin mengampai tangan ku. Di genggaman olehnya tangan ku itu. Aku biarkan apa yang dia lakukan.
“ Tak ada apa-apa terjadi dekat kampung… mungkin saya letih tadi…” balas ku. Aku menepuk tangan Noah Harvin yang masih mengenggam tanganku.
“ Betul?…” Nada suaranya was-was dengan jawapan ku.
Berbunga pula hati ini dengan sikap prihatin yang di tunjuk oleh Noah Harvin. Rasa beruntung pula hati ini dapat memiliki dia.
Eeeh..eh..hati ini memang pantang kalau Noah Harvin mula ‘beraksi’. Mula lah nak berlagu tak seirama. Gedik mengalahkan tuan dia ini. Desis hati ku memarahi hati yang tiba-tiba nervous tak tentu pasal.
“ Yer…betul! So, kita nak makan dekat mana ini?” soal ku cuba mengubah topik. Tanganku, aku tarik perlahan. Tapi tangan ku tadi merayap pula ke pipi Noah Harvin. Mengusap lembut pipi sang kekasih hati. Kekasih hati ku yang sangat handsome di mataku saat ini walaupun hanya bercahayakan lampu jalan, tapi tetap terserlah kekacakan dia di mataku.
Sekilas wajah ku dipandang oleh Noah Harvin. Selepas itu, terus sahaja dia menumpu perhatian matanya pada jalan raya. Noah Harvin tak tahu hendak memberi reaksi apa dengan kenakalan tangan ku yang masih di pipinya. Mata dia lurus sahaja memandang depan. Terkaku. Tapi tangan dia seperti bermain dengan streng kereta.
“ Tengok…dia pula yang mendiamkan diri…”
“ Haah…?”
Aku menarik nafas. Geram juga bila dia tak mendengar pertanyaan ku. Ingin sahaja ku cubit pipi dia sekarang ini. Tapi sebaliknya. Kini aku bermain dengan tangan sendiri.
“ Kita nak dekat makan ini, sayang… ” ulang ku lagi. Mata ku merenung wajah Noah Harvin. Masih menganti dia menjawab.
“Haah?!…” Noah Harvin berdehem pula kali ini, sebelum terbatuk sekali.
Sekali lagi dia mem’haah’kan aku. Permainan apa yang sedang Pak Jowok ini buat.
“ Apa ini…?! Orang tanya bagus-bagus…sengaja nak main-mainkan orang…” ujar ku. Noah Harvin tertawa kecil. Tajam yang dibuat-buat, mata ku merenung si dia yang berada di sebelahku.
“ Tak..I tak main-main. Ulang balik apa yang you tanya tadi?” kata Noah Harvin, lebih memujuk nada suaranya.
“ Kita nak makan dekat mana…?” Mengalah juga aku. Macam kerbau di cucuk hidung aku mengikut juga kata Noah Harvin.
“ Alah...Bukan itu yang you cakap tadi…”
“ Itu lah yang saya cakap tadi…'kita nak makan dekat mana'?” ujar ku. Hairan pula diriku. Dekat mana soalan ku tadi salah. Itu lah ayat yang keluar daripada mulut ku. Yang ditanya ku dekat dia tadi.
“ You lupa ayat ‘sayang’ belakang dia…”ujar Noah Harvin mengingatkan ku pula. Cepat juga tangan Noah Harvin mengusap pipi ku sebelum meletak kembali tangannya ke streng kereta.
Muka ku terasa panas. Tengok dia, nampak sangat nak mengusik orang.
“ Boleh tak you ulang balik. I nak dengar lagi…jarang tau I dengar you panggil I begitu…”pinta Noah Harvin tiba-tiba.
“ Jangan nak tipu…saya pernah panggil awak ‘begitu’ sebelum ini….”
“ Ye ke?…cuba panggil lagi. ‘sayang’…begitu. Kali ini I nak record…buat dengan nada romantik tau” ujar Noah Harvin, memujuk ku dengan nada manja dia.
Walaupun dia selalu dengan perangai romantik dan ayat manis dia. Tapi hari ini entah kenapa dengan telinga ini, nada manja-manja nakal dia itu mengelikan di telinga ku untuk aku dengar.
“ Mengada….” kata ku dengan geram. Laju tangan ku bergerak, mencubit pinggang Noah Harvin.
Noah Harvin menjerit kecil, mengadu kesakitan.
“ Padan muka…mengada lagi…”
Aku melihat dia mengosok pinggang. Yang mungkin akan kesan gigitan tangan ku tadi. Aku menjarakkan sedikit diri ku dengan Noah Harvin.
“ Wah…! Pandai sudah sekarang main serangan hendap…dalam gelap tangan itu menjalar mencubit..” ujar Noah Harvin. Belum sempat ku mengelak, tangan dia sudah di kepala ku. Aku memegang tangannya, cuba menarik tangan tersebut. Tapi tidak dapat. Dia lebih kuat.
“ Ini juga serangan hendap…tapi penuh kasih sayang. Tak macam anak kucing I ini, mengigit je kerja tangan itu…cuba ‘meow meow’, baru manja…” omel Noah Harvin lagi. Mengusap lembut rambutku.
Hendak tertawa aku dibuatnya. Tapi aku tahan. Ada ke patut dia menyuruh ‘moew meow’. Ada sahaja idea dia.
Noah Harvin mengalihkan tangannya di rambutku, menyentuh kembali pinggangnya yang aku cubit tadi.
Sakit sangat ke aku cubit dia tadi. Desis hati ku.
“ Sakit ke?” soal ku, lembut nada suara ku. Rasa bersalah pula berbuat begitu dekat dia.
Apa lah malang nasib Pak Jowok dapat girlfriend seperti ku yang suka mencubit. Kalau geram mesti tangan ini ringan sahaja nak mencubit dia. Tapi siapa suruh dia suka sangat nak mengusik ku. Betul juga kata dia. Aku patut ‘meow meow’ manja seperti girlfriend orang lain. Ah…susahnya nak ‘meow meow’ ini. Sebab bukan kepakaran aku kalau nak terlebih manja.
“ Sakit…tapi kalau you panggil I ‘sayang’ mungkin akan berkurang sakit…”ujar Noah Harvin, masih mahu mengusik ku. Kenapa lah itu juga permintaan dia.
Rasanya mahu sahaja aku hantuk-hantuk kepala diri sendiri dekat cermin kereta Noah Harvin. Tapi takut benjol pula kepala ku nanti. Jadi, pilihan yang aku ada mengalihkan pandangan ke luar cermin kereta.
“ Okay…Okay…I gurau je. I tak buat lagi…please pandang sebelah sini. Dekat luar itu tak yang menarik seperti Pak Jowok you ini” ujar Noah Harvin. Tangan ku digapai. Digenggam erat olehnya.
“ Besok I pergi travelling selama 4 hari…jangan rindu I tau…”
Aku mengalih pandangan ku ke arah Noah Harvin.
“ Lama nyer… selalu 2 hari je paling lama…” ujar ku tanpa sedar. Aku sedikit hairan dan pelik. Dari aku mengenali dia, Noah Harvin selalu sahaja travilling. Kenapa mesti dia sahaja yang selalu outstation? Tak ada staff lain ke yang ganti dia? Macam tak adil pula asyik dia yang pergi travelling tiap-tiap minggu. Jangan-jangan boss Noah Harvin membuli dia. Sebab banyak kes yang macam itu berlalu dekat dalam compani tanpa disedar. Rasanya nak kena tanya Marilyn lah ini nanti. Aku perlu tahu kenapa mesti Noah Harvin sahaja yang disuruh pergi travilling.
“ See! You dah merindui I walaupun I belum lagi pergi travelling…walaupun I sebelah you je..tapi tak nak panggil orang ‘sayang’…” usik Noah Harvin mengejutkan lamunan ku.
Tak habis nak mengusik ku. Ada sahaja modal dia. Alang dia dah main-main, biar lah hari ini aku memainkan peranan ku sahaja. Sebagai girlfriend yang manja. Sesekali teringin pula aku nak tengok reaksi dia macam mana. Suka sangat mengusik orang dan menyeksa hati orang.
“ Yer..! saya rindu awak walaupun awak sebelah saya sahaja…so, kita nak makan dekat mana ini sayang…?” Penuh mengoda nada suara ku sambil mendekat diri sedikit.
Aku mendengar Noah Harvin terbatuk kecil. Yang membuat aku tersenyum. Aku membalas genggam tangan Noah Harvin. Dapat ku lihat dia mengalih pandang ke sebelah cermin kanan. Kemudian mengusap mukanya sekejap.
Berdoa ke itu. Padam muka siapa suruh nakal sangat. Desis hati aku.
“ Fokus dekat depan…dan jangan tergoda sangat…” ujar ku yang membuat dia sedikit terkejut. Dan dia terbatuk untuk kali kedua. Aku melonggorkan genggaman tangan ku dan membetulkan duduk. Tanpa sedar aku tersenyum lagi. Pipi mulai membahang panas.
AKU keluar daripada tandas restaurant The Paradise Lighthouse, tangan ku yang basah ku gilap dengan tisu. Mata ku tak henti melilau seluruh kawasan restaurant tersebut. Tasik yang diterangi lampu-lampu dari setiap pondok yang ada di tengah tasik itu, sungguh indah di mata ku. Walaupun ini kali ke dua, aku di bawa oleh Noah Harvin makan di sini. Namun, suasana taman hijau dan cahaya bergemerlapan masih menarik hati ku. Sungguh segar udara dan sungguh bersinar cahaya keadaan sekeliling.
“ So, Miss Grace thank you for coming again dengan Pak Jowok. It’s serious you know bila dia ajak you datang sini untuk ke dua kali…”, ujar Calvin tadi bila aku mengikut Noah Harvin ke kaunter, sebelum ke tandas.
Terbatuk Noah Harvin mendengar kata-kata Calvin. Seperti tersedak air liur pula. Aku pula beriak tenang. Hanya tersenyum. Mungkin dia tak sangka Calvin memanggil dia panggil Pak Jowok. Calvin tersengih bila Noah Harvin memberi dia jelingan maut.
Namun, bibir Noah Harvin terukir senyuman tidak lama selepas itu bila memandang wajahku. Entah apa yang di dalam fikiran dia. Ini mesti tengah plan mengusik aku.
“ So…Pak Jowok saya pernah bawa orang lain makan dekat sini selain saya ke?” tanya ku dengan memerhati Calvin yang tengah menekan mesin wang cashier. Kerja yang dia lakukan terhenti. Dia memandang ku sebelum beralih ke arah Noah Harvin.
Aku sedaya mungkin buat muka serius. Buat-buat muka cemburu pada masa yang sama. Kali ini, aku cuba memainkan peranan sebagai girlfriend yang memiliki perangai cemburu.
“ Baik you berfikir dulu sebelum jawab… Sebab ini soal future I. Kalau tak I report dekat boss you suruh deduct your salary” ugut Noah Harvin. Kali ini Calvin pula yang terbatuk. Aku yang melihat situasi saat ini hampir nak terlepas tertawa. Mana taknya, dua-dua jadi gelisah dan tak tentu arah. Real sangat ke lakonan ku di mata mereka berdua sampai begitu sekali reaksi yang mereka tunjukkan.
Lamunan ku terhenti bila bahu ku terlanggar oleh seseorang. Tertolak ke tepi badan ku dibuatnya. Sedar dengan kesalahan dirinya, seorang gadis meminta maaf kepada aku. Aku sekadar tersenyum dan mengangguk sebagai tanda aku memaafkan dia. Dia dan kawan dia seperti terburu-buru ingin masuk ke dalam restaurant. Lagak seperti ada benda yang menarik sedang berlaku di dalam restaurant tersebut.
Semakin ku menghampir pintu masuk restaurant, kedengaran alunan piano dimainkan. Ada aktiviti live band hari ini kali.
Aku juga melihat seperti banyak orang berdiri di luar portion pintu kaca. Siapa yang main piano agaknya? Tapi alunan petikan piano ‘river flows in you’ begitu mengasyikkan sesiapa yang mendengarnya. Mesti Noah Harvin tengah menghayati alunan musik tersebut.
Teringat balik ku yang Noah Harvin pernah bermain piano dengan menyanyi sekali dekat majlis perkahwinan Marilyn dan Elden dahulu. Boleh di katakan masa itu, aku terpegun sangat. Dia dengan muka dia yang kacak itu boleh pula bermain dengan baik instrument musik. Suara pun merdu. Terjatuh cinta dengan sengaja juga hati ini dekat dia saat itu.
Aku cuba untuk masuk ke dalam restaurant. Walaupun bahagian pintu masuk sudah di kelillingi ramai orang, tapi aku berjaya juga memboloskan diri. Dapat juga masuk ke dalam restaurant tersebut. Tapi malangnya ketika itu, alunan piano terhenti. Penonton di situ bertepuk tangan. Sambil mencari-cari kelibat Noah Harvin, aku ikut sama dengan orang yang ada di restaurant itu bertepuk tangan. Aku rasa kebanyakkan yang penonton yang ada merupakan pelanggan yang datang ke restaurant. Ruang di tengah-tengah pentas untuk menonton dah lah kecil, mungkin itu penyebab utama keadaan sekarang seperti ramai penonton.
Aku sedikit terkejut bila terdengar jeritan. Suara gadis, meminta echo kepada pemain piano yang membuat pertunjukkan tadi.. Di bantu pula dengan sorakkan orang sekeliling, seperti menyokong. Maka, suasana menjadi sedikit riuh.
Kiri kanan aku memaling wajahku mencari Noah Harvin. Aku berdiri di ruang tepi yang aku kira lebih luas, tidak berapa jauh daripada kaunter cashier. Malangnya, tiada pula kelibat Noah Harvin ku lihat berdekatan.
Dekat mana lah Pak Jowok ini bertapuk. Aku yang daripada tadi mencari tak terjumpa. Jangan bagitahu aku yang dia di‘sembunyi’ di tengah orang ramai, sudah. Ada kes macam itu? Mesti tak ada lah kan? Mana ada ‘benda’ nak sembunyikan orang kalau ramai orang.
Saat aku memikirkan benda horror yang tak ‘horror’ begini. Boleh pula lampu tiba-tiba terpadam di stage. Dan orang mula berteriak. Siapa pula buat gimik ini.
Stage spotlight difokus dekat piano. Hanya bangku dan piano. Orang tiada.
Tiba-tiba bahu ku ditepuk. Lagi lah aku terkejut. Itu lah suka sangat menyeramkan otak diri. Aku melihat wajah Calvin yang sedang tersengih. Belum sempat aku ingin bertanya keberadaan Noah Harvin, dia terlebih memberi isyarat menunjukkan ke arah stages. Sekeliling mula riuh.
“This one for you, love… ” Suara yang aku kenal. Key piano ditekan. Alunan musik lagu ‘Photograph’ mula bergema mengikut sentuhan jemari Noah Harvin.
Aku terpana. Terkejut pada masa yang sama. Noah Harvin sudah tersenyum dengan tangan dia menekan setiap key piano di atas stage. Aku mengeleng kepala. Puas aku mencari kelibat dia, rupanya dia bersembunyi di atas stage. Walaupun aku tahu Noah Harvin mahir bermain piano, tapi aku tak menyangka dia yang sedang bermain tadi.
Mungkin disebabkan aku tidak berapa mengambil peduli dengan gerangan pemain yang menjadi sorakkan semua orang. Sampaikan tidak sedar dia berada di depan stage. Ye lah…aku mencari kekasih hati bukan pemain piano.
Noah Harvin mulai bernyanyi mengikut key piano yang dia tekan. Suara merdu yang serak basah Noah Harvin membuat penonton; pelanggan restaurant teruja dan bertepuk tangan. Sesekali dia memandang ku sambil menyanyi. Dan wajah dia menjelas menunjukkan dia sungguh menghayati setiap lirikkan lagu tersebut.
Suasana menjadi riuh dengan sorakkan penonton lagi bila dia menarik suaranya di hampir penghujung lagu.
Aku tersenyum tanpa sedar. Hati ku saat ini bergonceng hebat dengan si dia yang berada di atas stage. Now, you fallin without you realizing. Desis hati ku pada diri.
Habis Noah Harvin menyanyi dengan bermain piano, penonton bertepuk tangan.
Dengan sengaja, tanpa perdulikan orang di keliling aku, satu flying kiss aku terbangkan dekat dia. Dia yang berada di pentas tersenyum malu. Mungkin untuk menutup perasaan diri, dia mengangkat tangan. Dan kemudian melambai tangan ke arah ku. Selepas itu dia membuat isyarat hati dengan tangan. Hampir tergelak aku dengan kelakuan dia begitu.
Dia mengatur langkah turun daripada stage. Stage telah diambik alih oleh orang lain. Mungkin MC dan sememangnya ada live band agaknya hari ini. Noah Harvin menghampiri ku. Senyuman tak lekang daripada bibirnya. Tapi setiap langkah dia mendebarkan aku. Oh, hati! Control lah..
“ Are you enjoying it?” soal Noah Harvin bila berdiri di hadapan ku.
Aku mengangguk. Lagu kegemaran yang kekasih hati nyanyi, siapa lah tak enjoy.
“ Ermm… saya simpan melodi yang awak nyanyi itu dekat sini..” balas ku dengan menyentuh dada. Aku melihat Noah Harvin tersenyum yang menyimpan seribu makna bila melihat reaksi ku begitu.
“ So, berapa peratus you fall in love dengan I hari ini?” Tangan Noah Harvin menyentuh rambut. Dia tersenyum lagi. Riak nakal nak mengusik jelas di wajah dia kini.
Rasa macam nak ku ketuk sahaja dahi Noah Harvin. Mengusik sahaja kerja.Tapi bila teringat dia seperti dapat mengagak reaksi dibalik reaksi ku itu, muka ku mulai dibahang rasa panas.
Noah Harvin menanti jawaban ku dengan senyuman penuh mengoda. Ah! Jangan tergoda hati..
“0.1% sahaja…” ujar ku bersahaja. Penuh tidak jujur tapi tenang menjawab. Sedangkan hati ini sudah 100% jatuh hati. Masih lagi nak bermain dan tak nak mengaku.
Tanpa aku sedar yang sebenarnya Noah Harvin tahu isi hati ku. Di balik renungan mata dia yang penuh lembut dan dibalik senyuman dia, dia mengerti perasaan hati ku.
“ Ah…banyak itu je. Tak apa lah…siki-sikit sampai juga itu 100%.. ataupun dah 100%…ye tak anak kucing?” usik Noah Harvin yang membuatkan aku menelan air liur.
“ Haa…” Hanya itu yang keluar daripada mulut ku. Walaupun ku mendengar apa yang dia katakan.
“ Nothing.. Jom kahwin…eh! Maksud I jom balik…” Noah Harvin tersengih membiar aku seperti tergapai dengan perasaan diri.
Aku salah dengar ke. Kahwin?! Terkejut hati ini dibuatnya. Suka sangat buat hati ku ini tak sihat.
Hati ini pun satu kenapa berdebar tanpa pandai nak kontrol daripada tadi. Orang itu main-main, jangan nak serius sangat. Perut ini tiba-tiba seperti ada zoo pula di dalam dia. Rama-rama jangan nak cakap lagi.
Noah Harvin menggapai tangan ku. Dan digenggam olehnya erat. Seiringan kami berdua mengatur langkah keluar daripada restaurant The Paradise Lighthouse.
Share this novel