Aku terbangun daripada tidur. Terbangun sebab dikejutkan oleh deringan telefon. Tanganku mencari telefon yang sedang berbunyi di atas mejaku. Sampai terbawa dalam mimpi bunyi telefon tersebut. Hilang semua mimpi indah aku. Dah lah semalam agak lewat tidur selepas balik dari Bali. Andrianne dan Nonny nak juga dengar cerita aku yang balik dari Bali. Kata mereka, message yang mereka hantar macam hendak tak hendak sahaja aku membalasnya.
Lepas itu aku mulalah bercerita dari A sampai Z tempat dan benda yang aku lakukan di sana. Bukan main budak berdua itu syok mendengar. Tetapi aku tidak pula menceritakan pasal Noah Harvin. Kalau aku cerita mesti kena usik dan tak dapat lah aku tidur awal.
"Hello. Tidur lagi ke?" nada suara lelaki di hujung telefon ku. Siapa pula mamat yang telefon aku awal-awal pagi ini desis hatiku. Aku melihat number di skrin telefon aku. Number yang takada dalam contact number ku.
"Siapa nie? Busy sangat tanya orang masih tidur ke tak!?" kata ku yang masih mamai. Nada suaraku seperti mahu marah.
"Wow..garang", ujur orang tersebut lagi dengan nada gurau. "I orang yang bakal you rindu", tambahnya lagi.
Aku sedaya upaya untuk bangun dan mengosak mata ku yang masih nak pejam. Siapa pula yang nak bergurau dengan aku ini? Takkan daddy?! Tak mungkin sebab daddy tahu aku awal begini jam 6.00am pagi belum lagi bangun kot. Bos aku? Apa kes pula dia nak telefon aku pakai number yang aku tak kenal. Adik-adik lelaki aku?! Tak mungkin juga. Walaupun selalu tukar number tapi dia orang mesti bagithu aku dan ini terlalu awal kot untuk dia orang nak bangun. Perangai dia orang teruk dari aku kot kalau bangun awal pagi.
"Jangan main-main lah. Siapa nie? Saya tak kenal awak. Baik bagitahu siapa sebelum saya tutup", kataku dengn nada yang tegas. Rasanya memang nak menekan screen telefonku dah tangan aku sekarang.
"Awal pagi jangan lah garang sangat. Senyum lah bila bangun tu", kata orang tersebut. Siap nak bagi ceramah dah dia. Dan ibu jari ku menyentuh screen di bahagian tempat nak menutup panggilan tersebut
"It's me lah anak kucing", ujur orang tersebut di ketika aku sudah pun disconnect panggilan tersebut.
Terkala itu aku teringat dekat Noah Harvin. Dengan nama panggilan anak kucing yang aku dengar tadi, aku pasti orang tersebut dia. Lagipun aku tak ada save number dia kecuali dia yang ada number aku.
Tiba-tiba aku berdebar dan terasa degupan jantungku berdenyut pantas. 2 minit kemudian telefon berbunyi lagi. Number yang sama. Aku biar sekejap. Gelabah pula rasa hatiku.
"Apasal tiba-tiba tutup telefon?! You really not my types, you know", kata Noah Harvin dengan nada yang geram. Rasanya, macam kali pertama dia menghadapi situasi orang menolak panggilannya.
"Siapa suruh main-main dan tak perkenalkan diri. Neither you not my types, you know!", kataku tidak puas hati mendengar kata-katanya. Awal-awal pagi dah ajak orang bergaduh. Tadi bukan main suruh orang senyum-senyum awal pagi. Lepas itu boleh pula dia goreng-goreng mood kita dengan ayat sadis itu.
Aku mendengar pecahan ketawa Noah Harvin dihujung telefon apabila mendengar kataku itu.
"Sorrylah. Jangan marah, ok?! And sorry juga semalam tak bagithu you yang I balik awal. Kalau I bagithu, takut you sedih nak berpisah dengan I pula", kata Noah Harvin dengan nada gurauan.
"Tak ada makna nak sedih. I'm not your types and neither you not my types. Remember that?!", kata ku dengan nada menyampah. Sekali lagi ketawa Noah Harvin pecah.
"But I dengar you merajuk and then sedih. Sebab I balik tak bagithu you. Agak-agak kenapa lah?", kata Noah Harvin dengan penuh ceria suaranya.
Aku terdiam seketika. Ini mesti Marilyn bagitahu dia. Tiba-tiba aku gelabah mendengar soalanya itu. Adalah modal dia nak mengusik aku.
"Ini mesti Alin yang reka cerita!? Saya bukan siapa-siapa nak sedih or merajuk dengan awak sebab awak balik tak bagithu saya. Saya okay je" kata ku. Ada nada gementar yang coba aku disembunyikan.
"Oh. Merajuk lah nie? Tapi tak mahu mengaku sebab malu", kata Noah Harvin seperti mengolok aku dan ketawa lagi. Semakin menjadi dia dengan perangai nakalnya.
"Saya tak merajuk lah!! ", balas ku dengan nada yang geram.
"Okay..okay anak kucing. I faham perasaan you. Kalau cakap lebih nanti karang ada yang menanggis", ujur Noah Harvin yang tak habis nak mengusikku. Macam nak tutupku je telefon ini dengan perangainya itu.
"Kalau tak ada benda lain nak cakap dengan saya, saya tutup telefon", kataku. Ada nada tegas dihujung suaraku seperti ingin mengugut Noah Harvin. Orang macam dia itu patut buat macam itu. Biar discipline sedikit.
"Ehe… kejap lah,"pantas suara Noah Harvin menghalang tindakkanku.
‘Tahu takut’, desis hatiku.
"Sebenarnya I call sebab nak bagithu yang ini number I. Save tau lepas nie", katanya lagi seperti teraga-agak. "Lepas ini kalau I massage jangan tak balas dan kalau I call jangan tak jawab or angkat pula Lepas itu save my name letak love belakang dia." tambah Noah Harvin lagi.
‘Wow demand punya dia’, desis hatiku.
"Hurmm, tengok lah nanti. Kalau saya ingat nak save number awak ini. Yer la kan, bukan apa, sebab sekarang saya baru tidur. Belum bangun sepenuhnya. Kalau ingat nanti saya save," balasku acuk tak acuk. Aku mendengar dia mengeluh dan diam seketika. Sengaja bagi dia ayat yang jual mahal sikit. Supaya dia tak keruan.
"Oh!!.. Baru ingat, you hari itu nak belanja I. I nak tagih. Nanti I bagitahu date. Jangan nak laripula. I boleh cari you dekat mana-mana tau", kata Noah Harvin nada ceria kembali.
Kali ini aku pula terdiam. Nak cakap tak nak, aku dah pula terjanji dengan dia.
"Okay. Bagi tahu saja bila. Nanti saya balanja awak", kataku yang membuatnya menyebut yes di hujung telefon. Kemudian dia ketawa kegembiraan. Aku yang mendengarnya terus tersenyum sendiri.
"Okay lah anak kucing. I have to go. Take care tau", kata Noah Harvin di hujung telefon.
"Okay. You too take care."balasku dengan nada yang lembut. Yang membuatnya gembira mendengar kata-kata ku. Entah apa sebut je take care pun boleh buat dia. Dia ini entah betul ke tak.
“You make my day special and I will miss you today, anak kucing", katanya sebelum mengakhirkan perbualan kami.
Entah kenapa kata-kata Noah Harvin itu membuat aku berdebar dan berbunga seketika.
Aku melihat jam dinding dah dekat nak jam 7 pagi. Lama juga aku berbual dengan Noah Harvin. Aku mengosok mataku dan kemudian mengemas rambut. Wajah Noah Harvin menyapa mindaku. Tak sangka pula dia boleh menelefonku awal-awal pagi begitu.
Rajin juga dia bangun awal. Dan aku rindu dia juga hari ini. Gurauan dia. desis hatiku. Aku mengaru kepalaku yang tak gatal. Kalau dilayan perasaan ini makin menjadi. Aku pun bangun dari katil dan terus ke bilik mandi. Lepas mandi boleh lah sediakan sarapan, desis hatiku. Dan hari ini aku lah orang paling awal datang masuk kerja. Itu lah janji ku hari ini sebab hati ini penuh dengan berbunga-bunga.
Share this novel