“ILLA…!” Aku merasa bahuku ditepuk. Sapaan Marilyn membuatkan aku terkejut. Hampir sahaja aku menjerit terkecil. Aku mengusap dada sebelum memandang wajahnya yang tengah tersengih.
“Lain kali buat kerja jangan melamun..” entah dia mengusik, entah dia menyindir ku dengan terukir senyuman dibalik bibirnya itu sukar untuk aku tafsir. Mungkin juga dia ingin menyakatku. Aku tahu maksud senyuman itu. Mesti dia masih mengingatkan kejadian dekat kereta tadi.
“Mana ada…!? Illa tengah fokus dengan gift boxes ini. Alin yang tiba-tiba sergah waktu orang tengah fokus”, bantahku. Aku menunjukkan kepada dia hasil yang telah aku buat berdasarkan sample yang diberi oleh Staffenie. Aku melihat dia mengangguk. Tapi aku merasakan dia sedikit sangsi. Sebenarnya memang aku ada memikirkan tentang Noah Harvin tadi. Tapi aku cuba untuk memfokuskan diri dengan mengisi kotak gift tersebut. Lama kelamaan aku dapat fokus dengan tujuan aku datang ke situ. Dan mengabaikan resah dan gelisah di hati tentang Pak Jowok.
“Illa..jom ikut Alin sekejap..”, Aku terpinga-pinga apabila tangan ku digapai oleh Marilyn. “Staffy.. Min.., akak nak pinjam Kak Illa korang sekejap, nanti hantar dia balik ke sini”.
Wajah Staffenie dan Jasmine aku pandang silih berganti. Tersengih mereka berdua. Gelengan kepala ku adalah isyarat kepada mereka berdua supaya jangan melepaskan aku. Supaya mereka berdua menolak permintaan Marilyn. Malangnya dua orang gadis itu seperti pura-pura tidak mengerti isyaratku.
“Illa.. cepat lah”, pinta Marilyn apabila aku masih lagi duduk bersila. Seperti tidak mahu bangun. Reaksi ku itu seperti tidak mendengar rayuannya. “I’m really needs your help Grace Adele..”, terdesak nada suara Marilyn kali ini. Lagak seperti geram dengan perangai aku. Kali ini aku pula tersengih apabila dia memanggil nama ku begitu. Nama penuh. Kalau bukan geram tiada orang nak panggil nama penuh dekat seseorang yang rapat dengan dia.
Berkerut wajah Marilyn menanti aku untuk bangun. Gerakkan mulut dia menyuruhku supaya cepat.
“Ye la..ye la..” malas-malas aku membangunkan diri. Senyuman terukir diwajah Marilyn. Aku menuruti dia dari belakang menuju tempat dia ingin tuju. Ingatkan dia hendak membawaku kemana, tapi rupanya ke dapur sahaja. Dan aku sedikit terkejut melihat apa yang berada di depan mataku.
“Ta-da..”, tangan Marilyn diangkat cuba untuk mencipta suasana teruja. Aku melihat bahan-bahan masakkan basah dan kering. Sudah tersedia di atas meja. Wajah Marilyn aku pandang dan kemudian kening ku angkat meminta perjelasan.
“Ini bahan-bahan untuk kita masak..”ujar Marilyn tersengih. Perjelasan itu bukan yang ingin aku dengar. Masih loading perjelasan tersebut, untuk sampai lagi di otakku. Jadi aku masih merenung wajahnya. Berkerut dahiku.
“Semua orang belum lagi makan lunch. Sebenarnya sudah makan lunch tapi awal sangat tadi. Ini untuk lunch dinner. So, mama suruh masak. Sekarang ini, Illa jadi assistant Alin sebab Alin perlu bantuan. And Alin bukan pandai sangat ku masak..” Terang Marilyn dengan panjang lebar. Anak mata Marilyn menatap wajahku. Riak diwajahnya seratus peratus cuba untuk memancing simpati. Dan dia menanti jawapan daripada ku penuh berharap.
Bila aku melihat bahan-bahan yang didepan mataku. Memang banyak. Patut lah tadi dia menghilangkan diri tiba-tiba. Mungkin dia menyediakan bahan-bahan itu. Aku pula hilang rasa lapar apabila makan cookie yang diberi oleh Jasmine. Setelah aku meminta daripadanya dengan riak yang bersahaja. Siap dia hidangkan untuk aku air minuman coklat kotak.
“Menu yang Alin nak masak?”, soalku juga akhirnya. Apa pilihan yang aku ada untuk menyatakan tidak ingin membantu dia. Mahu tidak mahu aku kena juga membantu dia memasak dekat dapur. Kalau tak kelaparan semua orang.
Wajah Marilyn jelas kelihatan gembira apabila mendengar kata-kata ku itu. Sehingga membuat dia bertepuk tangan. Kak Tuti pembantu rumah Marilyn tersenyum kecil melihat perangai tuannya itu. Aku cuma takut Kak Tuti beranggapan tuannya itu masih macam kebudakkan walaupun berapa hari lagi hendak menamatkan zaman bujang dia. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.
Marilyn memberitahu menu yang dia ingin masak. Terkejut juga aku mendengar dia ingin masak 6 jenis menu itu. Tapi aku menyakinkan diri boleh memasak menu-menu tersebut.
Hampir 1 jam setengah semua menu itu siap. Dengan bantuan Kak Tuti mengemas meja makan dan menyediakan minuman, menyenangkan kerja aku dan Marilyn. Datang pula Staffenie dan Jasmine menjengguk untuk menolong. Tapi waktu dia orang masuk ke dapur, aku dan Marilyn sudahpun siap memasak. Jadi diorang hanya menolong menghidangkan.
“Kak Illa…ada lagi ke nak dihidangkan ke depan?” sapa Jasmine di sebelah ku. Ketika aku menyeduk fish-staw sup daripada periuk.
“Tinggal yang ini sahaja, Min.. nanti Min tolong akak hantar ke meja makan..”ujar ku. Walaupun dia berada disebelah ku. Aku merasakan dia menenung wajahku. “Kenapa Min? Ada apa-apa ke dekat muka akak. Kotor eh?”, soalku yang membuat Jasmine terkejut.
“haaa..tak..tak ada apa-apa kak..” tergagap Jasmine membalas pertanyaanku. Tapi jelas benar di tengah memikirkan sesuatu. Yang aku tidak pasti. “Tapi kan kak kita pernah jumpa tak sebelum ini. Min rasa macam pernah nampak wajah akak”.
Aku tertawa kecil mendengar soalan yang keluar daripad mulut Jasmine. Mungkin itu yang dia tengah fikirkan tadi. Memeras otak betul soal yang di tanya oleh Jasmine kepadaku.
Perlahan aku mengeleng kepala. “Mungkin Min jumpa dengan pelanduk dua rupa akak kot..!?”, ujar ku dengan senyuman di bibir. Jasmin juga turut tersenyum. Riak wajah dia menyatakan lain. Dia seperti janggal. Mungkin dia menganggap aku akan tidak selesa apabila mendengar soalannya tadi.
“Sorry akak.., kalau soalan Min tadi macam pelik”.
“Ishh.. tak ada lah Min..jangan risau. Tak ada yang peliknya. Tapi memang ada 7 orang memiliki wajah yang sama dekat dunia ini”, balas ku cuba untuk menyenangkan perasaan dia. Sememang aku tidak kisah. Bukan sekali dua orang pernah berbicara begitu dengan aku. Kebanyakannya client aku lah. Lelaki kebanyakannya. Tujuan dia hendak menjual minyak. Mengingatkan itu membuat aku tersenyum.
“Min.. bawa ini dulu ke depan. Akak bawa mangguk yang satu ini”. Jasmine mengangguk dan tersenyum. Mangguk yang penuh dengan fish-straw sup itu bertukar tangan. Dia berlalu daripada situ dengan penuh berhati-hati.
“Haah!!Now I know where…at abang four wallpaper laptop and handphone...”
Jasmine cuba mengawal nada suaranya. Tapi cukup jelas kedengaran di telingaku. Yang aku memusingkan badan ku memandang Jasmine. Tapi dia telah pun berlalu pergi.
SELESAI MAKAN, aku menolong mencuci pinggan mangkuk yang kotar dalam sinki. Mungkin Kak Tuti yang meletakkan pinggan mangkuk itu dekat situ dan akan dicucinya kemudian nanti, Sebab aku melihat tadi dia masih lagi mengemas meja makan.
“Anak ke yang masak pasta tadi?” sapa sesorang dibelakangku. Aku memusingkan badan, dan melihat seorang auntie dalam lingkung hampir sebaya mamaku. Tapi cara dia berpakaian sedikit elegant. Tidak menunjukkan dia sudah berusia. Aku tidak pasti sama auntie terbabit adalah kawan mama Marilyn ataupun Elden.
Aku mengangguk perlahan dengan memberikan dia sebuah senyuman. “Pandai anak masak. Sedap..”, pujinya pula yang membuat aku tersipu malu.
“Biasa saja puan..” balas ku dengan penuh berbahasa dan hormat.
Aku terasa pelik apabila melihat dia tertawa kecil. “Tak perlu berpuan-puan anak. Panggil auntie saja. Or auntie Salma. Lagi mesra didengar”, ujar Auntie Salma seperti menjelaskan kenapa dia tertawa. Ramah sekali nada suaranya. Aku mengaru kepala yang tak gatal. Terasa malu dengan kesasulan sendiri. Bukan niat aku ingin memanggil dia begitu, tapi aku takut dia tidak suka kalau aku tiba-tiba memanggil dia auntie. Lagipun aku tidak mengenali dia. Adat dan hormat mesti aku tunjukkan untuk seseorang yang baru aku kenal.
“Eh..mummy ada dekat sini rupanya”, terpancul wajah Jasmine. Dia menghampiri aku dan Auntie Salma dengan senyuman. Kini aku tahu rupanya Jasmine anak Auntie Salma. Aku melihat Jasmine memeluk bahu Auntie Salma menunjukkan kearaban hubungan mereka dua beranak itu. Teringat aku dekat mama di kampung. Tiba-tiba hati ini merindui mama. Sudah lama aku juga tidak balik kampung. Setiap kali balik kampung mama akan masak makanan sedap untuk ku. Betapa aku merindui masakkan mama. Mungkin aku patut balik hujung bulan ini.
“Mi…Kak Illa sangat suka cookie yang mummy buat..” suara manja Jasmine menghilangkan lamunan ku.
“Ye ke?..”
Aku mengangguk perlahan. Teringat dekat diri yang meminta cookie yang tersebut dekat Jasmine tanpa segan silu. “Nanti nak minta resepi dekat Auntie, boleh tak? Ada masa Illa nak buat sendiri..”.
“Boleh… Nanti auntie bagi. Nanti auntie bungkuskan sedikit cookie untuk Illa bawa balik…” penuh lembut dan keibuan nada suara Auntie Salma kedengaran ditelinga ku.
“Betul ke auntie?..” bahuku ditepuk oleh Auntie Salma penuh mesra. Dia mengangguk mengiakan. Terserlah sifat keramahan dia. Aku melihat Jasmine turut mengangguk dan jelas terukir senyuman dibibirnya. Bangga dengan tindakkan ibunya.
Auntie Salma sempat menanya pasal diriku sebelum Kak Tuti mengambil alih mencuci pinggan mangkuk yang kotor tersebut. Dia menanya tentang pekerjaan dan dimana aku berkerja dan aku menetap dengan siapa. Tanpa penuh semangat aku menceritakan tentang hal pekerjaan ku. Auntie Salma dan Jasmine mendengar dengan penuh tekun sekali. Terutama Jasmine. Jelas di kaca mata dia seperti dia berminat. Akhir bicaraku, sempat juga aku promosi diri, andai kata dia perlukan interior design aku meminta dia mencari aku. Auntie Salma memberi jaminan yang dia akan mencari ku.
JAM DI DINDING bilik tidur ku sudah pun menunjukkan 12 tengah malam. Tapi mata ini masih lagi segar. Dan aku pula belum lagi ingin menidurkan diri. Kesempatan ini aku ambik untuk melihat pembetulan lakaran yang diingini oleh client. Di email oleh Abigail Martha kepadaku.
Sambil itu mulutku mengunyah cookie yang dibungkus oleh Auntie Salma untuk dibawa aku pulang. Sungguh aku sedikit terkejut apabila dia memberikan biskut itu sendiri kepada ku sebelum dia balik. Diselikannya juga kertas yang mengandungi resepi cookie tersebut. Terharu juga aku dengan tindakkan spontan Auntie Salma.
Disebabkan itu, balik sahaja daripada rumah Marilyn aku terus menelefon mama dan bapa ku di kampung. Untuk melepaskan rindu. Seperti biasa, mama dengan gossip dan celoteh dia. Dan itu buat aku terhibur. Bapa pula dengan nada strictnya. Menasihatkan aku supaya menjaga diri, jaga kesihatan. Ayat wajib yang keluar daripada mulut bapaku, ‘jangan tinggal waktu untuk makan’. Walaupun strict nada suaranya, tapi aku tahu itu cara dia menunjukkan rasa sayangnya dekat aku.
Sorang lagi yang masih aku tertunggu-tunggu untuk menelefonku. Entah ke mana dia menghilang diri. Membuat aku penuh tertanya-tanya. Sungguh dia tidak mencari aku hari ini. Membuatkan aku resah. Aku tidak suka dengan perasaan ini. Ternanti-nanti akan dia. Perasaan rindu yang tidak dijemput ini membuat aku bukan diri ku.
Telefon aku di atas katil aku gapai. Dan aku membuka message antara kami berdua. Message sehari yang lepas. Itu lah kali terakhir aku bermessage dengan dia.
Setiap kali aku menatap foto profile dia di dalam message tersebut, aku menahan diri. Menahan diri untuk menelefon mahupun menghantar message kepadanya. Entah kenapa aku takut kalau dia tidak akan mengangkat telefon ku. Dan juga message ku tidak dibalasnya. Aku takut kecewa. Mungkin juga dia akan membalas message ku. Bukan kah dia pernah menyatakan yang dia menunggu ku mencarinya. Mungkin aku patut membuang perasaan ego ku saat ini.
Perlahan aku menekan screen telefon ku. Aku menaip sesuatu.
I miss you Pak Jowok!..-Aku
Seminit. Dua minit. Lima minit. Sepuluh minit kemudian. Tiada tanda-tanda Noah Harvin akan membalas message ku. Malahan message ku itu masih lagi satu tick. Aku patut menjangka ini akan terjadi. Entah kenapa aku mengharap dia akan membalas message aku secepat mungkin. Mana dia pergi, desis hatiku.
Akhirnya aku memaksa diri untuk tidur. Sebab tidak mahu menyesakkan fikiran memikirkan yang bukan-bukan. Aku juga tidak mahu otak ku dipenuhi oleh dia. Dan aku pasti kalau dia merasa perasaan rindu yang sama seperti aku, aku yakin dia akan mencari aku juga. Aku telah pun membuka ruang untuknya masuk ke dalam hati ku. Tanpa sedar dan dalam sedar.
DERINGAN telefonku membangunkan diri aku daripada mimpi. Dalam keadaan mata terpejam, tanganku tercari-cari telefon di atas meja lampu. Tapi tiada disitu. Bunyi telefon itu berhenti. Membuatkan aku berhenti mencari.
Entah pukul berapa sekarang. Diriku betul-betul malas ingin membangun. Jadi, aku memilih menyambung tidur ku. Baru sahaja aku memasuki alam mimpi, nada deringan telefon berbunyi lagi. Bangun dan mengosak mata. Sedaya upaya mencari arah bunyi telefon tersebut. Dekat bawa kaki ku. Rupanya disitu aku membaling telefon itu semalam sebelum aku menidurkan diri. Sakit di dalam hati menunggu message untuk dibalas, rupanya di situ membaling telefon ku yang tidak bersalah. Agaknya kalau telefon itu memiliki suara, mesti telefon itu sudah memarahi diriku. Ye la, mahu diguna pakai baru mencari dia. Tidak diguna pakai, dibaling di bawah kaki.
Malas ingin tahu siapa si panggil yang menelefon ku, screen telefon lantas ku tekan.
“I miss you too..”, suara lelaki dihujung telefon penuh dengan nada romantik.
Aku mendiamkan diri. Suara yang sememangnya aku nanti-nantikan semalam. Tapi sampai aku tertidur, dia masih menyenyapkan diri. Menghilang entah kemana. Tapi pagi ini tiba-tiba menyapa aku daripada mimpi.
“Kenapa senyap je..dia belum bangun lagi ke..connected..ke dia pick up tapi tidur balik..dia belum lagi tutup..”, omelan Noah Harvin. Rasanya, dia lebih berbicara kepada dirinya. Bebelan itu membuat aku tersenyum sendiri sambil mengosok mata. Sengaja aku mendiamkan diri. Biar dia merasa tertanya dan ternanti bicara daripada ku.
“Illa..anak kucing..!!?”, panggil Noah Harvin dengan nada lembut. Menyapa segenap hati ku di pagi hari begini. Perasaan rindu di dalam hatiku terubat. Namun entah kenapa hati menyuruh diri ini untuk tidak terlalu menunjukkan apa yang di dalam hatiku. Cukup lah semalam aku menghantarnya message mengatakan rindu ku dekat dia. Tapi sekarang tidak terlalu mendedahkan perasaan hati ini lagi.
“Ermm…”, malas-malasan aku menjawab.
“You masih tidur..!? Kalau masih tidur nanti I call you balik. Mungkin I call you terlalu awal.” Suara Noah Harvin jelas kedengar di telingaku penuh serba salah.
Aku membuat mata ku luas. Memastikan diri ku betul-betul telah bangun.
“Kalau saya tidur balik pun, mungkin tak dapat. Sebab mata saya dah terbangun dah sekarang”, nada suara ku agak berlainan. Tiada mesra seperti biasa.
Dia mendiam diri. Sunyi dibalik telefon.
“Kenapa ini?..” soal Noah Harvin penuh lembut. Dia seperti boleh menangkap ada sesuatu yang tidak kena dari nada suaraku.
“Tak ada apa-apa..”
“Tak mungkin…mesti ada apa-apa..”desak Noah Harvin lagi apabila mendengar suara ku seperti acuk tak acuk sahaja menjawab pertanyaan dia.
“I pun rindu juga dekat you semalam. Tapi I ada hal semalam, sebab itu tak dapat nak contact you..”, ucapnya pula yang membuatkan aku terkedu. Aku masih mendiamkan diri. Menyoal diri bagaimana dia boleh mengetahui apa yang aku rasa sekarang. Yang membuatkan aku dingin dengan dia pagi ini. Mungkin kah dia sekadar meneka.
“Mesti you menanti message i.. I’m sorry anak kucing.. line connection dekat sini tak berapa okay..” Noah Harvin cuba untuk menerangkan kepada ku. Cuba untuk memberi gambaran sebab semalam dia menghilangkan diri. Aku cuba menenangkan diri, mencari logik perjelasan Noah Harvin.
Apabila teringat kejadian pemilik sportcar Audi yang seiras dengan wajahnya membuat aku sedikit resah. Mungkin juga ditambah oleh sedikit cemburu. Menyebab aku jadi begini. Resah tak tentu pasal. Kalau diikutan hatiku ini, ingin sahaja aku menanya dia pergi kemana semalam. Untuk menenangkan resah di dalam hatiku.
Andainya semalam itu dia, dia menipu aku. Dan dia bersama dengan perempuan lain semalam. Tapi kenapa dia mesti menipu. Mungkin kah semua ini permainan baginya. Yang aku hanya sekadar permainan baginya. Aku cuba mencari dimana kebenaran kata-kata Noah Harvin tadi. Mencari keikhlasan dibalik kata-katanya seperti biasa yang aku dengar ketika aku keluar dengan nya.
“Awak di mana?” soalku cuba mengawal perasaan diri. Tidak mahu menuduh dia membuta tuli tanpa mendengar perjelesan yang sewajarnya daripada dia.
“Sekarang..?”soal Noah Harvin balik.
“Hurmm.. Ya..”
“I..I dekat kampung..”, teragak-agak dan sedikit gugup dia tutur kata Noah Harvin. Entah kenapa aku merasakan ada benda yang disembunyikan daripada ku.
Di balik telefon itu aku mendengar Noah Harvin menarik nafas.
“Ada hal dekat kampung I. So, I kena balik..kebetulan line connection tak berapa okay dekat sini. Tak terlintas pun dihati I tidak ingat or lupa untuk contact you semalam…, dekat sini ada connection problem.” Bersungguh dia menjelaskan kepada ku. Seperti dia mahu aku percaya dan yakin kepada dirinya.
Kini aku mendiamkan diri lagi. Begitu juga dengan dia. Suasana jadi hening. Melayan perasaan masing-masing. Aku sebenarnya kalau boleh tidak mahu perbualan aku dengan dia terputus begini sahaja. Walaupun aku sedikit terasa dengan apa yang berlaku semalam, tapi masih ingin berbual dengan dia. Aku tidak boleh membiarkan dek kerna terlalu mengikut perasaan sendiri, hubungan aku dengan dia jadi tidak kemana. Aku masih ingin keluar date dengan dia. Aku masih ingin bertukar message dengan dia seperti biasa. Dan aku juga masih ingin berbual dengan dia di telefon seperti selalu.
“Bila awak akan balik…?” soal ku tiba-tiba. Cuba untuk mengubah suasana. Nada ku kini sedikit lembut dan mesra. Kembali kepada nada suara aku yang biasa. Supaya tidak janggal perbualan kami setelah aku tiba bernada dingin dengan dirinya tadi.
“Lusa anak kucing.. Sebab kita perlu rehearsal untuk wedding Elden and Marilyn dekat church and The DayDream Garden…” balas Noah Harvin dengan nada sedikit ceria. Mungkin dia dapat merasakan mood aku telah kembali kepada sedia kala.
Tahu juga dia pasal rehearsal tersebut. Tapi tidak mungkin dia mengetahui. Elden mesti sudah memaklumkan hal ini kepadanya daripada awal. Selepas itu perbualan kami berdua lebih kepada diriku. Terdetik rasa pelik di hati ku apabila dia tahu apa yang aku lakukan semalam. Dia tahu aku pergi ke rumah Marilyn. Buat door gift untuk wedding Marilyn dan Elden. Dan dia juga tahu aku memasak untuk petang itu. Katanya, dia ingin merasa pasta yang aku masak. Walaupun aku tidak memaklumkan dia apa-apa.
Mungkin juga tiada benda yang pelik seperti yang aku sangka. Mungkin juga Marilyn yang memberitahu hal terbabit. Kalau tak pun Elden. Bukan kah mereka berdua informant dia seperti yang dia kabarkan kepada ku. Dan dia mengaku yang mereka berdua informant dia. Ah.. tak perlu banyak fikir Illa, pujuk ku kepada diri di dalam hati
“I love you.., anak kucing. Gonna miss you a lot today. Tak sabar jumpa you lusa”. Kata Noah Harvin sebelum mengakhir perbualan kami. Kata-kata itu membuat hati ini berbunga lagi. Nampaknya hati ini tewas lagi dengan kata-kata manis dia. Adakah aku telah masuk di dalam perangkap permainan cinta dia kini? Aku sendiri tidak tahu kebenarannya. Tapi aku sedar aku telah dapat jawapan untuk dia nanti. Jawapan yang dia nantikan.
Share this novel