“Miss, makan lah dulu. Nanti lah tengok telefon itu”, kata Mr Eric yang mengejutkan lamunanku. Abigail Martha yang menyentuh tanganku membuatkan aku terkejut pada masa yang sama. Handphone yang aku pegang diletakkan ke tepi.
Aku tersenyum tersenyum malu sambil memandang Mr Eric dan berapa lagi kawan sekerjaku yang ada di depanku. Mereka merenungku sambil menyunyah makanan.
Menakutkan pula mereka ini. Seram sejuk aku dibuatnya.Besar sangat ke kesalahan aku sampai dapat renungan maut begitu sekali, desis hatiku.
Aku memasukkan nasi lemak kukus ayam berempah ke dalam mulut. Perlahan aku menikmati rasa makanan tersebut. Nasi lemak kukus ayam berempah dekat gerai Aroma Container Cafe memang terkenal dengan ayam berempah dia yang ranggup. Dan setiap kali aku ke situ, pujaan hatiku memangnasi lemak kukus ayam berempah .
Jarang tak ada customer di Cafe tersebut. Dan meja memanglah selalu full. Kalau hendak makan di situ kita orang book , sebab takut tak ada tempat.
Setiap hari jumaat company aku akan makan bersama. Memang dah tradisi dan telah menjadi satu aturcara setiap minggu dan juga ada peruntukkan dalam elaun.
Company tempat ku berkerja ada tradisi untuk makan bersama setiap Jumaat. Dan itu telah menjadi satu aturcara setiap minggu dan juga ada peruntukkan dalam elaun. Tujuannya cuma satu untuk teamwork dan sesi untuk relax and meluangkan masa untuk satu sama lain. Selain ada juga sesi tukar ideas dan curahan perasaan.
Di dalam office, ada 30 lebih satff. Tapi selalunya, yang dapat pergi pun cuma 12 or 15 orang macam itu. Yang selebihnya kadang-kadang ada plan sendiri, ada juga jumpa client. Jadi tradisi ini taklah sangat compulsary untuk semua orang. Bak kata Mr Eric “ Kalau orang dah bagi free buat apa tak mahu datang. Free kot. Datang makan je”. Bestnya kadang-kadang, apabila big boss ikut sama memang makan besar lah kitaorang yang staff ini.
Munyi seperti message masuk. Aku mengambil handphone yang ada di sebelahku. Skrin handphone ditekan dan tertera nama “Pak Jowok” .Banyaknya message dia, ayat yang sama dengan dia bagi.
“Awak kat mana. awak awak awak kat mana”- Pak Jowok
Lebih sepuluh kali ayat yang sama berulang. Apa kes dengan mamat ini?! Dah boleh jadi lirik lagu dah ayat dia ini, desis hatiku.
‘Saya tengah makan dengan dia orang office. Nak apa?’- Aku
Messageku dibalas kembali oleh Noah Harvin dengan icon smiley. Kemudian message masuk lagi.
‘Nak you. I rindu anak kucing I’- Noah Harvin
Dah mula dia dengan perangai dia. Aku pun satu, bagi dia soalan cepu emas. Buka ruang untuk dia mengenakan aku.
‘Mengada.’-Aku
‘Apa mengada!? I cakap betullah. Kalau I datang ke meja you dekat sana, boleh tak?’- Noah Harvin.
Sebelum aku membalas message Noah Harvin, sempat lagi aku memadang sekeliling. Takut-takut Noah Harvin betul ada dekat situ.
‘Mesti you tercari-cari I kan?’- Noah Harvin.
‘Ahaa..macam mana tahu?’- Aku
Kepala yang tak gatal aku garu. Sebab diotakku sekarang ini penuh tanda tanya. Dia ada pasang CCTV dekat kedai ini ke?, desis hatiku
‘Mesti lah I tahu. Anak kucing kalau kena kacau or usik sikit mesti mata dia terliar-liar mencari apa benda yang ganggu dia’,- Noah Harvin.
‘Jadi awak betul-betul samakan saya dengan anak kucing lah?’- Aku
‘Of course!!.. You memang anak kucing. Beza you dengan kucing sebenar dia orang is cute. Tapi you’re beautiful. Beautiful and beautiful’- Noah Harvin.
‘Amboi banyaknya beautiful dia!? Ini memang makanan dia, lah ini. Mulut manis dia.’-Aku.
Walaupun hanya message yang ku baca tetapi aku terasa panas dimuka.Ya, memang itu speciality orang macam Noah Harvin. Banyak sangat gula didalam mulut. Tetap orang macam aku terasa panas.
‘Saya nak sambung makan, nanti saya message awak balik, ok?!’- Aku
Aku dapat merasakan jelingan maut lagi daripada sekelilingku. Daripada aku menjadi sesuatu yang tak sepatutnya bagus aku berhenti message Noah Harvin dan message.
‘Oh.. I jealous dia orang dapat makan dengan you’-Noah Harvin
Kemudian icon sedih dihantarnya. Tersenyum dan nak ketawa aku melihat icon sedih dan menanggis yang banyak di hantarnya. Mengada sangat, macam lah dia tak keluar dengan orang lain, desis hatiku.
‘Enjoy your lunch. Nanti, jangan lupa massage I balik. I tunggu message daripad you’- Noah Harvin
Kali ini icon bermata love pula dia hantar. Aku tersenyum lagi. Dia memang sengaja nak buat hati ini tak tenang sekejap. Aku biarkan saja message tak berbalas.
“I felt weird with you nowadays miss. After you balik dari Bali hari itu, you senyum-senyum sambil tengok telefon. You meet someone dekat Bali, kan?”, sergah Mr Eric tiba-tiba yang membuat aku terkejut. Semua mata memandang kearah ku lagi. Riak muka Mr Eric jelas penuh dengan tanda tanya. Kemudian dia tersenyum.
Terasa panas dimukaku. Ishh..masa in juga hormon adrenalin mengalir ke pipi. Kenapa lah mereka-mereka ini tidak pandai mengikut kata tuan dia eh?!, desis hatiku.
“Eii. Apa pula Boss. Saya baca massage daripada client penting kita lah”, bidasku. Makanan aku ambil dan di masuk ke dalam mulut. Aku membuat muka seperti menikmati makanan yang tengah ku kunyah. Hanya itu cara yang aku ada untuk mengelak daripada disoal siasat. Dia orang kalau dah nak tahu sesuatu pandai saja berdalih, confirm nanti dia orang akan paksa aku mengaku.
“Client?! Client yang mana? I tahu semua client kita yang you handle. Semua dalam poket I tau”, balas Mr Eric. Wajahku ditenung. Tajam. Tindakkannya itu buat aku tak selesa. Tambah pula ada perkerja lain yang ada dikeliling kami ketika itu.
Kadang-kadang sikap Mr Eric yang terlebih caring denganku menyebabkan orang sekeliling kami salah faham. Kalau orang lain tak tahu dia dah ada girlfriend, mungkin diaorang akan beranggapan yang kami berdua ada ‘something’. Ataupun orang akan beranggapan yang dia suka dekat aku. Sebab ke mana dia pergi, aku yang dia bagithu dulu. Lepas itu baru lah dia ‘inform’ PA dia.
“Bos rasanya Sis Grace dia dah dapat seseorang dekat Bali. Hari itu bukan main dia bercakap dengan seseorang dekat telefon dalam office dia. Manja dan ceria semacam saya tengok.”, tambah Abigail Martha yang duduk disebelahku. Abigail Martha adalah penolongku jadi dia selalu masuk berbincang dengan aku tentang setengah project yang aku suruh dia handle.
Abill ini memang suka sangat tambah perasa sampingan kalau bab bergosip. Ada saja yang dia nak tambah, desis hatiku
“Apa nie Abill?! Pecahlah, rahsia Sis yang selalu gayut waktu kerja. Kontoi dah!?,” kataku dengan nada gurauan. Aku melihat Abigail Martha sudah pun menutup mulutnya. Aku tersengih. Tetapi jelas di muka Abigail Martha perasaan bersalah dia.
“Ahaaa..! Siapa suruh terlebih bergayut waktu kerja Miss? Kan assistant dah kontoikan?!”, kata Mr Eric dengan nada serius. Aku yang mendengar hanya tersengih. Aku tahu dia main-main. Bukannya aku tak kenal dia.
“You better mengaku dengan I. You dah meet seseorang kan dekat Bali? Kalau you mengaku baru I maafkan you”, kata Mr Eric lagi kali dengan menunjukkan grapu di tangan ke arahku. Dengan muka serius. Lagaknya seperti benar-benar memaksa ku untuk pengakuan.
“Sebenarnya kan Boss, yang saya "apps" dan bergayut dekat telefon itu, dia adalah…” aku pura-pura menarik nafas. Berkedut dahi Mr Eric menanti ayatku seterusnya.
“ Our client. Our important client”, tambahku lagi. High pitch tapi lembut. Aku pertahankan pendirian tetap tak nak mengaku. Kemudian aku menyunyah makanan. Malas betul nak melayan karenah Mr Eric. Kalau dilayan memang akan menjadi.
“Ahaa, Boss. Sis Grace memang bercakap dengan client kita. Tak pernah dia bergayut dengan sesuka hati kalau orang itu tak penting,” kata Abigail Martha menyokongku pula. Memang sah dia rasa bersalah dengan apa yang dia bagithu awal-awal tadi.
Itulah yang membuatku tersenyum bangga sebab aku dapat sokongan daripada assistant aku.
“I baru nak suruh dia mengaku. Hampir sahaja dia mengaku.. sikit je lagi.You dah spoiler dengan sokong dia” kata Mr Eric dengan tak puas hati. Abigail di sebelah ku dalam keadaan yang keliru. Aku hanya ketawa.
“Tak apa bos, ini I nak cerita. Hari itu client kita Mr Jack tanya pasal dia. Mungkin itu dengan Mr Jack kot dengan dia bergayut”, kata Josiah yang berada dua jarak dari tempat duduk Mr Eric. Muka nya semangat seperti nak membantu Mr Eric.
“Orang tua itu tak sedar diri. Dah ada bini. Girlfriend berapa orang.”balas Mr Eric dengan memandang Josiah. Serius muka Mr Eric ketika itu.
“Jangan harap I nak bagi dia Grace. I dah suruh Grace block number dia. Sebab itu I tak bagi Grace and the geng urus project dengan dia”, kata Mr Eric lagi dengan muka yang menyampah. Aku yang mendengar dengan spontan bertepuk tangan. Ini baru bos aku, desis hatiku. Aku tersenyum lebar.
Tetapi dia dalam hati ‘puu..nasib baik, rahsia masih terselamat’. Sesekali aku memandang screen telefon. Mungkin ada massage masuk. Mesti Noah Harvin tengah tunggu massage aku sekarang. Tanpa sedar aku tersenyum bahagia.
Share this novel