Chapter 37

Romance Series 49576

“MORNING SAYANG…”

Aku yang masih dalam keadaan mamai dengan mata tertutup rapat cuba untuk memeras otakku. Sel-sel otak yang baru terjaga ini cuba untuk mengenal pasti pemilik suara tersebut. Aku membangunkan diri dan duduk di atas katil. Screen telefon ku lihat. Mata dibuka luas untuk mengamati nama pemanggil telefon yang masih belum terputus tersebut.

“Pak Jowok…” ujar ku.

“Masih hangover lagi ke dia ini, awal pagi ini tiba-tiba panggil orang sayang..” Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

“Baby.. I boleh dengar. Jangan terlalu kuat sangat berbisik…”ujar Noah Harvin ketika aku membawa telefon ku ke telinga. Pecah ketawa ku ketika itu. Sempat lagi dia buat lawak. Aku mengusap muka. Tidak aku sedar apa yang aku ingatkan berbisik itu dapat di dengarinya.

“Dah awak itu awal-awal pagi panggil orang sayang. Mesti lah saya ingat awak masih drunk sebab semalam.”ujar aku dengan nada bersahaja.

“Memang pun you sayang I, baby, babe and my girlfriend. Soon akan jadi my wife..”

Ambik aku. Semua Noah Harvin ingin sapu untuk panggilan nama manja aku. Awal pagi Noah Harvin sudah buat aku tersipu malu sendiri dengan pengakuan dia. Over dia memang melebih. Siap dah ada perancangan dia. Tapi pengakuan itu boleh aku membuatkan aku tersenyum sepanjang hari ini.

“Awak kan… memang…”

“I love you sayang..” potong Noah Harvin sebelum aku menghabiskan percakapan ku. Niat ingin pura-pura memarahi. Tapi.. Ah..dia main I love you pula. Mana hati ini tak cair dengan dia.

“Breakfast sama-sama nak?”

Aku mendiamkan diri sejenak. Mataku memandang ke arah jam di dinding. 6.30 pagi. Sempat ke nak breakfast bersama dengan dia.

“Hari ini ke?! Sempat ke?! Saya takut tak sempat lah..” otak berfikir kalau aku sarapan dengan dia. Aku mungkin menghapam traffic jammed. Akibatnya aku mungkin lewat masuk ofis.

“Kita breakfast dekat kereta saja.”

Terkejut aku mendengar cadangan dia itu. “Awak dekat mana sekarang?”

Aku salah dengar ke apa. Jangan dia bagitahu yang dia hendak hantar aku pergi kerja hari sudah.

“I tengah tunggu makanan siap. Dalam masa 30 minit I sampai rumah you”.

Lagi lah aku tergamam. Terkejut dengan apa yang aku dengar. Takkan dia tidak tidur selepas balik daripada majlis Elden dan Marilyn. Tidak mengantuk kah dia pergi kerja nanti. Aku pula yang risau dengan keadaan dia. Perasaan ku berbaur untuk menolak perlawaan dia. Memikirkan dia begitu awal sekali bangun hanya ingin bersarapan dengan aku membuat aku rasa bersalah.

“Please don’t say no…takkan you sampai hati halau I balik. I just nak breakfast dengan you.. sekejap pun tak apa..” pujuk Noah Harvin bila aku diam menyepi. Nada suara Noah Harvin penuh manja memujuk ku. Macam tahu-tahu pula dia aku ingin menolak.

Aku jeda.

Akhirnya aku akur juga dengan keranah Noah Harvin. Bila aku selesai bersiap lengkap dengan pakaian kerja, aku keluar daripada rumah. Kereta Noah Harvin sudah menunggu di depan rumah sewa ku. Berlari anak aku menghampiri kereta dia.

Masuk ke dalam kereta, bukan sekadar makanan yang menantiku. Malahan juga, tiga kuntum bunga ros merah.

“Tahu tak maksud three roses ini?” ujar Noah Harvin. Aku menghidu bau daripada bunga ros tersebut. Kepala diangguk tanda aku mengerti. Aku sendiri pernah terbaca erti maksud tiga kuntum bunga ros suatu ketika dulu. Disebabkan itu aku merasa bahagia.

Saat aku memandang wajah Noah Harvin, ungkapan I love you terluah dari bibir seksi miliknya. Aku cuba menyembunyi perasaan di dalam hati. Tapi senyuman terukir dibibir ku. Kerana itu lah maksud tiga kuntum bunga ros tersebut. I love you.

TENGAH HARI itu Felicia, penyambut tetamu compani di tingkat bawah memberitahu aku ada seseorang menunggu ku di lobi. Dengan perasaan yang tertanya aku turut ke bawah. Di dalam lif aku memikir siapa agaknya gerangan orang tersebut. Yang sedang menunggu aku. Tidak pula aku menanya Felicia ketika berbual di telefon tadi. Kalau difikirkan aku tiada appointment dengan client hari ini. Dan tiada juga Jessica mahupun Abigail Martha memberitahu aku ada client yang akan datang ke ofis untuk berbincang pasal projek.

Saat itu, wajah kacak Noah Harvin menjelma di mindaku. Takkan dia betul-betul datang. Pagi tadi ketika bersarapan dengan aku, dia menyatakan niat dia untuk lunch bersama. Aku berkeras menanya tidak perlu menyusah dirinya. Tapi kalau itu dia, nampaknya dia juga berkeras dengan pendirian dia. Ujarnya ketika bersarapan tadi, dia ingin meraihkan first day kami berdua sebagai couple dengan memori indah. Yang boleh dikenang sampai bila-bila.

Pintu lif terbuka. Aku menghampiri Felicia. Melihat kehadiran ku, dia bangun daripada tempat duduk dia.

“Siapa” Aku sekadar bertanya, sedangkan hatiku tetap berbisik orang tersebut adalah Noah Harvin.

“Entah..tak kenal, tapi muka dia handsome cuma pernampilan dia agak selekeh. Macam orang baru bangun tidur pun ada juga”.

Suara Felicia yang separuh berbisik itu kedengaran lucu. Dan membuat aku hampir ketawa. Aku sudah dapat mengagak siapa. Teringat aku pagi tadi, Noah Harvin menanyakan andai dia ke ofis, dia hendak pakai pakaian apa. Aku yang sedikit geram, disebabkan tidak mahu dia ke ofisku menyuruh dia mengunakan pakaian yang dia rasa selesa. Kalau dia pakai pakaian selekeh, koyak sana sini sekali pun aku tidak kisah. Dengan berseloroh, aku menyatakan aku cuma kisah kalau dia berbogel datang ke ofis.

“Mana dia?” soalku dengan senyuman dibibir.

“Dia masuk ke bilik pameran” Felica menunjuk ke bilik pameran 3D House Plan and floor plan yang bersebelahan. Aku mengucapka terima kasih dekat Felicia sebelum menuju ke bilik berkenan.

Aku menghampiri bilik pameran. Bilik yang hanya berdindingkan cermin itu menampakkan jelas susuk tubuh yang aku kenal. Dia membelakangkan wajahnya. Tapi aku tahu itu adalah dia. Dia memerhati setiap model pameran. Dari satu model ke satu model. Begitu khusyuk dia menghayati setiap model pameran tersebut. Lagaknya seperti dia sedang menilai setiap model tersebut.

“Pak Jowok…”

Noah Harvin sedikit terkejut dengan kehadiran ku disebelah dia. Aku sudah mengukir senyuman manis. Tercuit hati dengan riak wajah comel dia yang terkejut itu.

“Hye baby..” jawab Noah Harvin. Tubuh ku dipeluknya untuk seketika. Sebelum dilepaskan.

Kalau aku amati puja hatiku yang didepan mata ku kini, benarlah apa yang bagitahu Felicia. Dengan rambut yang sedikit kusut, menampakkan dia seperti baru bangun tidur. Dan seperti di gambarkan oleh Felicia juga, dia sedikit selekeh. Dengan jean yang koyak di tengah-tengah kaki, mungkin itu seperti trendy tapi baju t-shirt dia sedikit kumal. Mungkin itu yang membuat dia selekeh. Tapi tidak aku sangka dia betul-betul berpakaian begitu. Adakah dia sedang menguji aku. Ingin melihat reaksi ku. Tapi apa keuntungan yang dia dapat berbuat begitu. Tidak yakin kah dia dengan perasaan aku terhadapnya.

Tapi aku akui, bak kata Felicia tadi, wajah dia handsome. Wajah itu tetap kacak walaupun berpakaian selekeh begitu.

“Awak buat apa dekat sini”, soalku lembut. Tangan dia, aku gapai dan digenggam.

“Nak lunch dengan you. Kan pagi tadi I dah bagitahu…” Riak suara Noah Harvin sedikit teruja. Kadang-kadang aku merasa perangai dia sedikit keanak-anakkan.

“Awak tak kerja ke hari ini?” Aku amati dia dari hujung rambut sampai ke kaki. Pakaian itu sudah cukup menunjukkan dia tidak pergi kerja. Jangan dia bagitahu dia cuti sebab hari first day kita orang couple sudah. Tak pernah dibuat orang ambik cuti sebab first day couple. Memang over dia ini.

“Oh..malam nanti I pergi travelling. So, hari ini I kiranya I cuti. Sebab itu tengah hari ini, I boleh temankan you..” ujar Noah Harvin.

Aku mengeluh tanpa aku sedar. Terlintas juga aku, kalau pergi travelling malam nanti kenapa lah tidak berehat sahaja dekat rumah. Suka sangat memenatkan diri. Cuba lah rehat dekat rumah.

“You tak suka ke I datang ofis you?” soal Noah Harvin membuat aku terkesima.

“Tak ada lah”.

“You mengeluh..bukannya itu tidak suka”.

Wajah Noah Harvin berubah. Suram. Dia sudah salah faham dengan keluhan aku. Bukan itu erti keluhan aku itu.

Aku mengelabah. Macam mana nak pujuk ini.

“Sayang.. tadi nak lunch dengan saya kan. Jom.. saya dah lapar..” Aku membuat muka yang secomel mungkin. Mata Noah Harvin ku tatap dengan pandangan yang mengoda. Tangannya ku goyong-goyang. Cuba sedaya memujuk muka kekasih hati yang sedang merajuk di depan ku ini.

“I love you..” ujarku. Wajah dia tetap aku tatap dengan pandangan lembut. Hanya itu cara terakhir yang tinggal. Senyuman manis masih terukir di bibirku.

Aku melihat riak wajah Noah Harvin berubah. Aku tahu dia mengalah juga. Senyuman mula terukir di bibirnya. Dan genggaman tangan dipereratkan.

Seiringan aku dan Noah Harvin keluar daripada bilik pameran tersebut.

Felicia tiada lagi di tempat duduknya ketika itu. Mungkin dia sudah keluar lunch. Hatiku sedikit lega. Kalau tak, mesti akan gempar satu ofis aku berpimpin tangan dengan seorang lelaki keluar daripada bilik pameran. Dan aku pasti satu ofis ku akan menyoal siasat ku. Aku belum lagi bersedia dengan situasi itu.

Di luar bangunan ALPHA Holding, aku melihat motosikal milik Noah Harvin. Yang dia guna ketika pertama kali aku keluar dengannya.

“Awak guna motosikal ini ke tadi datang sini?” soalku. Mataku tertumpu ke arah motosikal tersebut. Imbasan memori ketika menaiki motosikal itu bermain di mindaku. Dan sekarang aku tahu kenapa rambut Noah Harvin sedikit kusut dan tak terurus seperti biasa. Mungkin disebabkan helmet. Aku tersenyum memikirkan itu.

“Ahaa..” Diam mendiam. Aku pasti Noah Harvin sedang memerhati gerak geriku ketika itu. “You malu ke I pakai motosikal ini ke ofis you?”

“Tak ada pun. Nak malu buat apa. Saya lagi suka… berbanding dengan kereta mewah yang awak selalu pakai itu. Saya lagi suka awak ambik saya guna yang ini”.

“Kenapa?”

“Saya tak nak orang tengok… Kereta yang awak pakai itu terlalu mewah. Nanti orang ingat awak sugar daddy saya.. dah lah tinted. Bukan orang di luar dapat tengok pun siapa dia dalam.”

Aku melihat Noah Harvin tersengih. Mungkin dia merasa lucu dengan alasan yang aku beri.

“You ini pelik lah.. Kebanyakan kawan perempuan I dulu suka kalau I pakai kereta branded keluar dengan dia orang. Dia orang boleh menunjuk-nunjuk dekat kawan-kawan dia orang.”

“Jangan bandingkan saya dengan dia orang. Saya bukan orang begitu. Menunjuk-nunjuk bukan saya..dan saya tidak mengejar kebendaan dalam sebuah hubungan” Tegas nada suara ku. Aku sedikit terasa dengan apa yang dia katakan. Riak wajah Noah Harvin berubah.

Sungguhnya kalau boleh, aku tidak ingin dia membandingkan aku dengan semua girlfriend-girlfriend dia yang dahulu. Aku tidak sama sekali seperti mereka. Dan aku ingin Noah Harvin tahu tentang hakikat itu.

Noah Harvin menatap wajahku. Wajahnya tenang. Kemudian senyuman terukir diwajah.

“I tahu my baby macam mana..” pipi ku di sentuh dan di usap oleh Noah Harvin. Aku membiarkan sahaja. Lama aku menenung wajahnya. Berharap dia betul-betul mengetahui diriku, tiada lagi melabelkan aku sama seperti bekas girlfriend-girlfriend dia.

“Kita nak makan dekat mana?” soal Noah Harvin. Helmet telah dia letakkan di kepala ku. Aku masih loading. Pipi ku di cubitnya dan membuat aku mengadu kesakitan. Tadi bagus-bagus dia mengusap pipi ku. Sekarang boleh pula dia mencubit pipiku.

“Kenapa cubit pipi orang…Sakit tau..” Tanganku pantas hinggap di lengannya. Kemudian aku mengosok pipiku tadi. Aku membuat muka monyok. Tidak puas hati. Dia tergelak kecil.

“Ok..ok.. sorry..” Tangan Noah Harvin mengusap pipi ku yang dia cubit tadi. “Sekarang baby nak makan dekat mana?” Suaranya penuh lembut. Memujuk aku.

Aku mencebik bibir. Masih dalam keadaan tidak puas hati. Sebenarnya aku masih ingin bermain dengan perasaan dia. Biar dia memujuk aku.

“You buat bibir macam itu, jangan salahkan I kalau I kiss you dekat sini.” Senyuman nakal sudah terukir dibibir Noah Harvin.

Mata ku membulat. Pantas tangan ku menutup bibir. Takut dia akan membuat seperti yang dia nyatakan. Seram pula aku memikir kalau dia betul-betul berbuat begitu di sini.

“Kita makan dekat cafe tidak jauh daripada sini. Dua block dari sini. Kita berjalan kaki sahaja..”

Helmet aku letak di atas motosikal dia. Tergopoh gapah kaki mengatur langkah meninggalkan Noah Harvin. Menuju kearah cafe yang tidak jauh daripada bangunan ALPHA Holding. Cafe tersebut sememangnya selalu aku pergi dengan kawan-kawan sepejabat andai malas keluar jauh.

Dapat aku dengar suara Noah Harvin memanggil namaku. Supaya aku menunggunya. Tapi aku tidak mengendahkan panggilan Noah Harvin. Lagi lah aku memanjangkan langkah kakiku. Sengaja aku berbuat begitu. Supaya dia mengejar ku.

“Kenapa laju sangat jalan..” kata Noah Harvin setelah berada disebelah ku. Nafasnya tercunggap-cunggap. Mungkin dia berlari untuk mendekatiku. Tanganku digapainya. Dan digenggam. Kalau sudah digenggam macam ini, makna aku sudah dapat melarikan diri lagi

“Siapa suruh lambat..”, ujarku. Langkah kaki ku diperlahan supaya Noah Harvin lebih selesa berjalan. Rasa kasihan menyapa diri, kerana telah meninggalkan dia jauh tadi. Mata ku tertumpu kearah perjalanan kami dan keadaan sekeliling. Memastikan laluan kami berdua betul.

Aku mengerling sekilas Noah Harvin sedang merenung ku tanpa aku sedari daripada tadi. Entah apa yang di dalam dipikiran Noah Harvin ketika itu. Aku risau dia tidak biasa berjalan kaki. Takut dia kepenatan. Tapi tempat yang kami tuju itu tidak lah jauh.

“Kenapa tenung saya macam itu…?”

“I jatuh cinta lagi dengan you..”

Mendengar itu, aku hanya tersenyum simpul sambil menampar lembut lengan Noah Harvin. Lega pula rasa hati. Dia tidak seperti apa yang aku fikirkan.

“Kalau saya tanya sesuatu boleh?” Aku cuba menukar topik perbualan. Wajah Noah Harvin aku pandang. Dia mengangguk kepala.

“Kereta mewah yang awak selalu guna itu kereta awak ke?”

Dia mendiam. Dan seperti mencari jawapan.

“Itu..itu…kereta compani.. Elden suruh I guna” jawab Noah Harvin tergagap-gagap. Lucu pula aku melihat. Buat apa nak tergagap-gagap. Aku tersenyum.

“Sekarang you dah tahu boyfriend you tak memiliki apa-apa…semua kereta itu hanya pinjam” Nada suara dia sedikit jatuh. Adakah kerana itu dia tergagap-gagap. Adakah dia merasa aku akan merendahkan dirinya kalau dia berkata benar. Tidak sama sekali. Aku lebih suka dia jujur dengan aku,

“Tak apa sayang.. Kita berdua sama-sama berusaha ke arah memiliki benda itu juga nanti..” ujar ku memujuk si dia yang sedikit down. Noah Harvin sedikit terkebil-kebil memandangku. Tapi senyuman terukir dibibirnya.

“That’s why you special, Illa. This time I choose the right one..”

“I know, I’m special. My sayang selalu cakap begitu dengan saya..” Aku mengenyitkan mataku. Aku melihat dia tersengih. “Informant awak tak bagi tahu ke yang saya tidak berapa suka dengan lelaki kaya dan anak orang berada..”

Kata-kata aku itu membuatkan Noah Harvin yang berada disebelah ku terbatuk-batuk. Aku sedikit pelik melihat keadaan dia. Entah kenapa dia sentap sampai begitu sekali.

Share this novel

Cila Olap
2020-10-11 20:06:17 

update please....


NovelPlus Premium

The best ads free experience