"Knok..knok." Sambil mengetuk pintu bilik Mr Eric aku membuat bunyi pintu diketuk. Mr Eric yang tengah sibuk menaip di komputernya berhenti seketika sambil melihat aku yang berada di depan pintu bilik.
" Ya Miss. Masuk-masuk", kata Mr Eric mengalukan aku untuk masuk ke dalam officenya.
"Tak apa lah bos. Saya bercakap dari sini" Kata ku masih tercergat berdiri di depan pintu Mr Eric.
" Apa kejadah you nak cakap dari situ Miss. Semenjak dua menjak ini makin pelik I tengok perangai you nie. Ini mesti sebab jumpa Marilyn la nie", katanya lagi dengan muka dia yang serius. Dan mulut dia mula lah nak bagi berceramah.
" Bos, kalau bos asyik buat ceramah dan buat muka serius macam ini hari-hari makin tua la muka bos itu nanti. Karang tak dapat kahwin hujung tahun ini baru tahu", kata ku dengan tersengih sambil berjalan ke arah meja bos ku. Tanpa di suruh, aku telah pun duduk.
" Kalau I tak dapat kahwin dengan my fiancé this year, I married with you. You masih single kan?" kata Mr Eric dengan muka serius sambil menunjuk ke arah ku. Bulu keningnya di angkat nya tanda mengusikku. Naik bulu roma ku bila mendengar kata2 Mr Eric begitu.
" Mana boleh bos buat Miss Mary macam itu. 6 years kot bos dengan dia couple. Boleh pula cakap nak kahwin dengan saya. Kecil hati Miss Mary kalau dengar," kata ku pula sambil menatap muka bos ku yang ada di depan ku. Bos ku ini boleh tahan handsome dia. Alah2 mamat korea pun ada juga. Itu sebab ramai juga staff muda2 or client kita orang minat dekat dia. Tapi aku entah la, bukan taste aku kot.
"Ah..kalau you datang sini nak menatap muka I yang memang handsome nie plus menyesal tak couple dengan I, rasanya you boleh simpan la feeling you itu", katanya yang hentikan lamunan ku dan yang membuat pipi ku jadi panas.
"Eh. Ada ke patut begitu. Jangan nak gatal dengan perasan la bos", kataku sambil menyentuh pipi yang terasapanas. Aku melihat Mr Eric hanya tersengih saja melihat reaksi ku.
"Habis kalau bukan itu niat you. You nak bagitahu apa?" katanya lagi yang masih tersengih. Suka la itu buat aku gelabah.
" Saya nak bagitahu bos, besok saya cuti dan pergi Bali," kata ku dengan nada yang gembira.
"Itu je ke nak bagitahu?" katanya dengan muka yang berkedut. " Ke you nak buat I jealous sebenarnya?" ada nada nakal di hujung suara Mr Eric. " kan I dah bagitahu simpan je feeling you itu", katanya lagi dengan senyuman nakal. Suka la itu mengusik aku lepas itu buat aku tersipu-sipu.
" Tak habis2 la dengan perasan bos nie. Dari dulu saya dah bagitahu bos bukan taste saya. Tak ciri2 ideal type's saya pun", kata ku dengan berbau nada yang tak puas hati. Aku melihat Mr Eric masih tersengih. Agaknya dia tahu aku dah tak puas hati.
"Okay. Okay, Miss. Jangan la marah. I gurau je la," kata Mr Eric coba menenangkan keadaan sambil tersenyum.
"Enjoy your holiday dan kirim salam dekat Marilyn. Pesan dekat dia next project dia mesti buat collobration dengan syarikat kita. Plus lagi, you kalau ada best man or groomen's yang loaded macam fiancé Marilyn jangan lepas peluang. You itu just muda 4 years je dari I. Tahun ini nak dekat 30 dah..patut dah.."
"Dah bos. Stop. Jangan nak bagi ceramah" kataku menghentikan kata2 Mr Eric untuk seterusnya. Aku melihat muka tidak puas hati bosku tapi aku hanya tersenyum. Aku sempat memberitahunya kerja aku untuk besok dah pun siap cuma ada perjumpaan dengan client tapi aku serahkan dekat assistant ku. Dan aku memberitahu kalau dia perlukan failkan berkenaan boleh cari dekat assistant ku. Dia hanya mengangguk tanda faham. Setelah mendengar berapa ayat2 ceramah dia, aku meminta diri untuk membuat kerja ku.
Share this novel