Chapter 38

Romance Series 49576

ERR..ERR…
Terasa malas badan ini ingin bangun daripada katil. Macam dah melekat pula tubuh ku ini dekat tilam. Sedangkan baru semalam tidur. Mungkin betul kata orang, tempat jatuh lagi di kenang, ini kan pula tempat tidur.

Aku memerhati setiap sudut bilikku. Bilik kecil ku di kampung ini tidak pernah berubah. Masih sama seperti beberapa bulan lalu ketika aku balik menjengguk orang tua ku. Rasanya tidak pernah berubah dari zaman aku masih belajar lagi. Mama menjaga bilik ku dengan teratur sekali. Walaupun aku jarang balik ke kampung, tapi setiap kali aku balik, bilikku ini jarang berdebu dan sentiasa kemas.

Petang semalam balik dari ofis aku memecut balik ke kampung. Terlalu lama aku tidak menjengguk mama dan bapa. Rindu pula denga mereka berdua. Mereka berdua tidak pula memaksa aku sentiasa balik kampung. Mungkin mereka tahu kekangan kerja anak mereka. Dan seperti biasa, aku balik secara mengejut. Tidak memberitahu mama dan bapa. Tup.. tup.. dah berada depan pintu rumah. Setiap kali balik mengejut begitu, setiap kali itu juga mama akan meleteri perangai anak perempuan dia yang satu ini. Aku hanya menunjukkan gigi. Tersengih bila kena leter oleh mama.

Tiupan angin dari luar mengiup langsir bilik ku. Angin sepoi bahasa mulai memasuki ruang bilik ku. Terasa sejuk tapi segar. Udara di sini lebih segar berbanding dengan di bandar. Kalau diberi pilihan aku suka tinggal dekat kampung. Dekat dengan mama dan bapa. Kasihan mereka berdua yang semakin tua, tiada anak-anak yang berdekatan mereka berdua. Kalau apa-apa terjadi dengan mereka berdua, dengan siapa mereka berdua hendak meminta pertolongan. Kalau tiada anak-anak berdekatan dengan mereka berdua. Saudara mara memang tinggal berdekatan mereka, tapi aku pasti mama dan bapa tetap ingin berdekatan dengan anak anak mereka. Cuma mereka berdua tidak meluahkan keinginan mereka tersebut.

Kekangan kerjaya yang aku minati, apa lah pilihan yang aku ada. Dekat bandar kecil seperti Elftown tiada compani yang ada interior design untuk ku. Nasib aku dilahirkan sebagai anak mama dan bapa, yang sentiasa menyokong apa yang ingin aku lakukan. Terutama kerjaya aku. Itu faktor pendorong aku berkerja walaupun aku tempat kerja jauh daripada mereka.

Aku bukan lah anak tunggal. Mama dan bapa ada abang ku juga. Abang Gabriel sahaja adik beradik yang aku miliki. Abang ku bekerja sebagai inspektor polis. Nasib baik juga tahun lepas dia dapat transfer ke balai polis di Elftown. Aku hanya berharap dengan dia yang menjengguk mama dan bapa sepanjang ketiadaan ku. Kehadiran abang berdekatan mama dan bapa membuatkan aku tidak terlalu risau. Mungkin disebabkan itu aku jarang balik. Sekarang, kalau ada apa-apa terjadai dekat mereka berdua, sekurang-kurang abang ku ada untuk mengurus dan membantu.

Aku merenggangkan badan ku sebelum tangan ku tercari telefon di tepi. Melihat kalau ada message yang masuk. Apa lagi kalau bukan message daripada kekasih hati. Semalam entah sampai pukul berapa aku berbual dengan Noah Harvin ditelefon. Ada sahaja cerita dia. Dan ada sahaja plan date yang dia rancang. Kata-kata manis dan dengan romantik dia tidak akan tertinggal bila berbual denganku. Kadang-kadang aku merasakan, boleh kena ‘kencing manis’ kalau hari-hari mendengar ayat-ayat manis daripada mulut Noah Harvin. Walaupun aku jenis yang kurangkan gula dalam minuman.

Tapi ayat-ayat itu juga yang membuat hati ini tidak tentu arah berdenyup. Ayat-ayat itu juga yang membuat taman di dalam hati aku kian berbunga. Sungguh aku telah jatuh cinta dengan Noah Harvin.
Dulu, aku tidak percaya cinta itu boleh mempengaruhi mood seseorang. Sekarang aku merasai saat itu. Mendengar saja suara dan mendapat message dari dia membuat ku terbuai, sampaikan tersenyum sehingga ke telinga tanpa aku sedar. Aku jadi tidak tentu arah kalau dia tiba-tiba menghilang. Dan aku akan ternanti-nanti dia. Sampai begitu sekali panahan cinta yang dibawa oleh Noah Harvin.

Pukul 9.30 pagi!

Terkejut aku melihat jam di screen telefon. Nampak aku kena pekakkan telinga kalau keluar bilik nanti. Mama mesti akan berleter dengan ku. Entah kenapa mama tidak bangun aku seperti setiap kali aku balik? Terasa pelik di situ. Selalunya kalau aku lambat bangun, mama akan mengetuk pintu bilik ku sampai aku terbangun. Tapi hari ini tidak pula.

Aku bangun daripada katil dan aku terus menghadap cermin. Ketara sangat muka ku baru bangun. Sikat di atas meja solek ku ambil. Aku menyikat rambutku agar kelihatan lebih kemas. Tidak lah ketara baru bangun tidur.

Aku berjalan ke pintu. Tombol pintu bilik ku dipulas perlahan, lalu membukanya. Aku menjengah kepala keluar sedikit dari pintu bilik. Untuk memeriksa keadaan di luar bilik. Line clear. Tiada siapa-siapa di luar. Tapi riuh rendah di bahagian hadapan dengan suara budak-budak jelas kedengaran. Aku sangat pasti itu suara anak-anak buah ku. Mungkin keluarga abang sampai pagi ini. Aku melangkah ke luar. Hati terdetik ingin menuju ke ruang tamu. Ingin meriuhkan lagi keadaan di sana. Ingin memberi kejutan dekat anak-anak buah aku. Aku pasti mereka menjerit kegembiraan melihat kehadiran auntie dia orang.

“Baru bangun kamu, Illa…”, sergah seorang dari belakang ku yang membuatkan aku terjerit kecil. Tadi bukan main ingin membuat kejutan. Tapi sekarang aku yang terlebih dahulu terkejut dengan sapaan orang yang berada di belakangku. Aku mengusap dada.

“Apa anak dara terjerit-jerit begitu…tak sopan”, bebel Auntie Sally. Suara dia sedikit tinggi. Muka dia memerah. Mungkin dia tidak menjangka tidak balas ku sampai begitu sekali. Mungkin juga dia sama-sama terkejut dengan aku. Mana tak nya, boleh tahan kuat suara dolpin ku tadi. Salah dia juga, siapa suruh di sergah aku begitu.

Dia yang menghampiri ku, sedang memegang dulang berisi teko minuman. Aku mengundur badan ku ke belakang. Jangan dia hentak dulung itu dekat kepala aku sudah. Membengis semacam sahaja aku lihat wajah Auntie Sally ketika ini.

Wajah mama tiba-tiba muncul daripada dapur. Jelas di wajah dia risau.

“Kenapa Illa?” soal mama lembut, dia menghampiri ku dan Auntie Sally.

“Itu lah bangun waktu matahari sudah terpacak. Sebab itu terjerit macam nampak hantu..anak dara mana ada terjerit seperti itu..” Belum sempat aku membalas pertanyaan mama, Auntie Sally sudah bersuara. Pedas sungguh kata-katanya masuk ke telinga ku. Pagi-pagi begini sudah mendengar kata-kata lencer begitu. Sakit itu menusuk ke hati.

“Tak ada apa-apa ma…”ujar ku menghampiri mama. Aku cuba menyembunyi perasaan tidak puas hati ku. Tapi aku tahu mama dapat membaca riak wajah anaknya, bila belakangku diusap-usap nya. Tanpa banyak kata lagi Auntie Sally membawa dulang yang dipegang nya ke ruang tamu. Sempat dia menjeling ku tajam sebelum berlalu pergi. Kalau diikutkan kata hati, ingin sekali aku memarahi tindakkan Auntie Sally itu. Sudah lah berada dekat rumah orang, berani pula dia berbuat muka begitu. Nasib aku hormat dia yang sudah tua. Dan dia adalah mak cik aku sebelah mama, satu-satu adik mama.

“Auntie Sally, kenapa dia boleh berada dekat sini… dia buat apa?” bisik ku apabila mama mengajak aku ke dapur. Mama hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan ku.

Di dapur aku melihat kakak ipar ku, yang sedang menggoreng sesuatu. Aku sedikit terkejut melihat kehadiran sepupu perempuan ku, anak Auntie Sally yang turut berada di situ. Pelik! Persoalan tersebut bermain-main di fikiranku. Kenapa sepupu ku itu boleh berada di rumah keluargaku? Ada keramaian yang aku tak tahu ke berlaku dekat rumah? Aku menghampiri Kak Jacqueline, kakak ipar. Dekat sahaja Kak Jac dengan ku, tubuh ku dia peluk. Terpacar wajah gembira dia melihat adik ipar dia, iaitu aku. Mungkin sebab dia lama tak bertemu dengan ku.

Tapi sebaliknya wajah sepupu ku. Meghan, sepupu ku yang muda 5 tahun daripada ku itu langsung tidak menunjukkan reaksi. Tiada sapaan. Tangan dia sibuk memotong berapa ulas bawang, tanpa memandang wajah ku. Dia ini memang tidak mesra alam dengan aku daripada dulu. Walaupun umur aku lebih tua dari dia, tapi rasa hormat dia dekat aku memang tidak ada.

Kadang-kadang aku merasai dia tidak menyukai kehadiran aku. Itu aku perhatikan sangat. Dulu, bila ahli keluarga besar kami ada keramaian, dia akan tunjuk muka menyampah dan menjengkelkan bila melihat kehadiran aku. Sampaikan aku pernah merungut dengan mama hal ini dulu. Tapi mama menyuruh ku bersabar. Meghan itu masih muda dan dia tiada bapa dan adik beradik lain. Kiranya aku ini seperti kakak dia. Jadi aku lah yang kena mengalah. Ingat dah 20’an dia akan berubah, tapi nampak perangai dia itu takkan berubah. Aku sendiri tidak pasti apa masalah dia yang tidak menyukai aku daripada dulu. Sepupu-mupu aku yang lain tidak pula bermasalah dengan aku. Pandai pula bertanya khabar dan berbual mesra dengan ku.

Aku mengeleng kepala dengan perangai Meghan, yang buat-buat tidak perasan kehadiran aku dekat situ.

Teruk betul perangai. Dah lah berada dekat rumah kita. Dia boleh buat begitu macam rumah dia sendiri, omel hatiku.

Tangan ku angkat seperti ingin membuat serangan hendap dengan mengetuk kepala Meghan daripada belakang. Isyarat muka mama menyedarkan diri ku. Kalau mama sudah buat muka alah-alah The Rock macam itu, dengan bulu kening di angkat tinggi. Itu warning pertama supaya aku jangan buat macam-macam. Hati ku sedikit kecewa apabila mama memenangkan anak saudara dia daripada aku, anaknya sendiri.
Muka ku mula memasam. Lantas hati ini ingin membawa diri masuk ke bilik. Lebih baik aku berkurung dan bertapa sahaja di dalam bilik dari aku duduk. Memujuk dan menenangkan perasaan diri. Dari aku berada di dapur. Bukan ada orang suka pun.
“Eh.. Illa nak kemana..?”

“Aaaa.. nak masuk bilik. Ada kerja ofis nak kena email hari ini..” balas ku mesra, menjawab pertanyaa Ka Jac. Tapi menipu. “Illa takut.., Illa jadi ‘krik-krik’ kalau berada lama dekat sini” sindir ku lagi dengan mata menjeling ke arah Meghan yang masih dengan perangai tidak ‘mesra alam’ dia itu.

Aku melihat Kak Jac tersenyum. Seperti dia dapat menangkap sindiran ku. Mama menggeleng kepala.

“Sarapan dulu sebelum kamu buat kerja…karang sakit perut pula kamu nanti.. Kamu kalau dah buat kerja bukan ingat dunia..” bebel mama.

Dia kemudian mengarah ku untuk mengambil gelas di rak gelas. Aku melihat dia meletakkan mee goreng dengan kuih-kuih di atas pinggan. Aku duduk bila mama memberi isyarat menyuruh ku duduk. Pinggan mee goreng bertukar tangan. Kopi yang di dalam teko dituang oleh mama apabila aku memberikan gelas yang ku ambil. Sedikit creamer mama campur dalam kopi tersebut. Dan gelas itu dia letak kembali di depan ku.

“Petang nanti kita ke rumah Mak long kamu..” ujar mama memulakan bicara. Dia sudahpun duduk di kerusi sebelah kiri ku.

Meghan menghilang entah ke mana. Bila aku melabuhkan punggung di kerusi, dia sudah tak ada. Kan dah cakap tadi, dia memang anti betul dengan ku.

“Kenapa mama..?”

“Kak long Gloria… dia bertunang hari ini..” balas Kak Jac, sebelum mama sempat menjawab. Wajah Kak Jac jelas gembira memperkabarkan berita tentang pertunangan kakak sepupu ku. Kak Long Gloria, kakak sepupu yang paling tua. Sungguh aku terkejut dengan pertunangan Kak Long. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba dia hendak bertunang.

“Kenapa mama tak bagitahu Illa?”

“Malam semalam mama nak bagitahu, tapi mama lupa. Kamu pula dah terperap dalam bilik bila mama hendak bagitahu...” jelas mama.

“Bukan..maksud Illa sebelum ini. Kalau mama bagitahu awal boleh juga Illa beli hadiah pertunangan dia. Lepas itu, mama tak pula suruh Illa balik siap-siap..”

“Bukan mama tak nak suruh kamu balik, mama tahu kamu sibuk. Tak nak susahkan kamu. Mama dan bapa ingatkan nak suruh kamu balik kalau majlis perkahwinan dia nanti”.

Aku terdiam sejenak. Gelas kopi ku bawa ke mulut ku. Dan ku teguk sedikit.Hah..sedap! Itu yang ku rasa bila aroma itu memasuki hidungku. Nikmat segelas kopi yang sedang panas hanya pencinta kopi sahaja yang tahu nikmatnya.

“Sebab itu kah Auntie Sally berada dekat sini..” Kecil suara ku menanya sambil bermain dengan gelas kopi. Mama sekadar mengangguk.

Pelik juga aku dengan perangai Auntie Sally ini. Hairan pun ada. Ingin sahaja aku bertanya, kenapa mereka dua beranak tidak terus sahaja ke rumah Mak Long sekeluarga. Bukannya majlis tersebut akan diadakan dekat rumah bapa. Yang dia hendak bertapa dekat sini dah kenapa?!. Tapi pertanyaan aku sekadar pertanyaan dalam hati ku sahaja. Tidak terluah keluar dari mulut. Tidak sampai hati mengeluarkan kata-kata yang tak hormat begitu. Yang aku pasti bakal membuat mama tersinggung dan menegur ku.

“Orang mana tadi ma bakal tunang Kak Long? Jac tak pasang telinga sangat waktu Auntie Sally ceritakan dalam kereta tadi..” soal Kak Jac yang menghilangkan lamunan ku.

Cuping telinga ku membuka seluas-luasnya. Sungguh aku teringin tahu siapa gerangan lelaki yang dapat menundukkan kakak sepupu ku itu.

Semua ahli keluarga besar ku sedia maklum yang Kak Long Gloria telah berkahwin dengan kerjaya dia dan langsung tidak memikirkan untuk perkahwinan yang sebenar. Berita yang aku terima hari ini betul-betul membuat ku terkejut. Entah apa yang merasuk pikiran Kak Long Gloria sampaikan dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupun umur dia sudah mencapai 40’an. Kenapa dia tidak memikirkan perkara tersebut sejak dulu lagi? Hendak dikatakan muka Kak Long Gloria tidak cantik, tidak juga. Nak kata dia tiada yang minat, pun tak juga. Banyak juga yang meminat dan ingin mendamping dia sejak dulu sekali. Jadi daripada dahulu aku buat kesimpulan yang Kak Long Gloria ini jenis yang memilih pasangan dia.

“Kalau tak silap, mak long kamu bagitahu tunang dia itu bekas kekasih dia. Sama belajar dekat universiti. Tapi, dia orang berpisah sebab ibu tunang dia tidak suka dengan Kak Long kamu. Lagi satu, ibu tunang dia itu dah ada calon untuk anak dia.

Seperti kerbau dicucuk hidung, tunang dia itu memilih berkahwin dengan pilihan ibu dia. Sebab tak berdaya nak melawan cakap orang tua. Merananya, Kak Long kamu orang itu, membujang sampai ke tua. Sebab kecewa ditinggalkan lelaki itu…” kata mama memulakan cerita.

Mee goreng yang ingin ku masukkan mulut, jadi tergantung. Aku letak kembali sudu ke pinggang. Cerita yang aku dengar daripada mulut mama membuat aku terdiam seketika. Sungguh aku tidak sangka itu faktor utama Kak Long Gloria memilih untuk hidup sendiri dari menamatkan zaman bujang dia selama ini. Nampaknya aku memikirkan yang tidak sepatutnya tentang Kak Long Gloria.

“Sampai macam itu sekali Kak Long cinta dekat tunang dia itu kan.. Laki itu berpisah dengan bini dia ke mama…?” soal Kak Jac penuh minat ingin tahu kisah Kak Long lagi

“Habis itu macam mana lah mereka berjumpa balik, ma.. Kiranya kalau laki itu tinggalkan bini dia, Kak Long ini perampas lah kan, ma?!” soal ku dengan bermain-main sudu dan mee goreng di pinggang.

Mulut ku yang tak berinsurance ini memang nak kena pukul. Ada lah nanti mama berleter.

“Kamu nie Illa… kecik hati Kak Long kamu, kalau dengar kamu cakap begitu…” tegas suara mama menegur ku, seperti yang aku sangka.

Kak Jac sudah tersengih. Mungkin dia tadi ingin menyatakan benda yang sama. Cuma cara penyampaian dia berlainan dengan aku. Aku ini lebih suka direct sahaja bercakap. Tidak suka pusing-pusing.

“Mama sendiri kurang pasti macam mana mereka berjumpa balik…urusan kerja agaknya. Mak Long kamu bagitahu mama, bini tunang dia itu dah lama meninggal. Tapi dia orang dikurniakan dua anak orang sepanjang mereka bersama…dengar-dengar, selama ini dia mencari Kak Long kamu selepas isteri dia meninggal… kamu tahu lah Kak Long kamu berkerja dekat luar negara selama ini. Mana lah dia dapat cari Kak Long kamu..” sambung mama lagi, menceritakan kisah cinta anak saudara dia, kakak sepupu ku. Tidak mencari nafas dia bercerita.

Bila difikirkan balik, macam kisah novel pula kisah cinta kakak sepupu ini. Tapi aku pasti semua yang terjadi dekat dunia ini, aturan Tuhan. Dia juga Pengarang semua kisah hidup setiap makluk yang bernafas di muka bumi ini. Dan tidak satupun kisah itu kurang oleh kasih Dia. Rancangan Dia pasti yang terbaik dan terindah. Kisah cinta Kak Long dan tunang dia, rancangan dan aturan Dia yang paling indah dalam hidup Kak Long. Aku yakin Kak Long sedar tentang itu.

“Jodoh dia orang masih ada kali kan, ma?! Sebab itu berjumpa kembali..end of the story tetap juga mereka bersama..” ujar aku.

“Mama pernah tengok ke muka laki itu. Okay ke, handsome ke.., Ma?” soal Kak Jac lagi. Masih ingin mengorek cerita.

“Orang kalau hendak kahwin bukan sekadar tengok muka, Jac. Ini…! Poket ini kena tengok juga. Jangan kosong…” sampuk Auntie Sally tiba-tiba. Yang kehadiran kami tidak sedari. Meghan turut ada bersama dengan Auntie Sally berdiri bersebelahan.

“Kamu kena ingat itu Meg..pesan mummy. Mummy tak nak bermenantukan ini kosong.” Poket seluar ditepuk-tepuk sambil memandang Meghan. Aku buat tidak mendengar bila Auntie Sally menasihat Meghan. Tak nak ambil tahu langsung.
Mee goreng aku masuk ke dalam mulut. Bagus aku nikmati mee goreng di pinggan daripada aku ‘makan’ nasihat yang tidak masuk akal pada pandanganku.

Aku tahu duit itu sangat penting dalam kehidupan masa sekarang. Duit juga boleh menjadi pengukur sebuah kebahagian. Tapi jangan lah sampai hati dibutakan oleh duit sehingga mencari pasangan berdasar tebalnya dompet. Dan mengabaikan kriteria kebaikkan dan kasih sayang yang dimiliki oleh sesorang. Kesetiaan dan mencintai juga perlu dalam memilihi pasangan.

Cinta itu tidak membawa kebahagian, andai tiada duit. Takkan nak makan pasir. Tapi andai dia rajin berkerja mencari rezeki. Cukup untuk makan pagi, tengah hari dan malam itu, bukan kah itu sudah cukup bahagia juga. Andai dia sanggup berkorban susah dan senang untuk bersama bukan itu sebuah kebahagian.

Bagi aku hubungan yang suci itu boleh terbina daripada susah senang bersama. Untuk dijadikan contoh, mama dan bapa. Mama bersama bapa, daripada bapa tidak memiliki apa-apa. Waktu bapa sambung belajar untuk kenaikkan pangkat dia, mama sanggup berkerja berjual makanan dan ambil upah menjahit. Waktu itu aku masih kecil lagi. Tapi tengok lah, apa yang terjadi sampai sekarang mereka masih menunjuk perasaan cinta dan kasih sayang di depan anak cucu mereka. Setia bersama sampai nyawa berpisah daripada badan.

Apa guna duit berkepuk di poket dan banyak di bank andai dia tidak setia. Bawa perempuan ke hulu ke hiri kerana dengan duit yang ada dia boleh mendapat apa sahaja yang dia nak. Hari-hari makan hati berulam jantung kalau dapat pasangan sebegitu.

“Baik, Mummy.. !” jawab Meghan dengan bersungguh. Lamunan ku terhenti. Ku pandang sekilas wajah Meghan. Kepala ku geleng tanpa aku sedar.

“Jangan ikut perangai Kak Illa kamu. Tuah depan mata dia tolak. Illa, kamu kalau anak Auntie memang Auntie anggap kamu anak derhaka sebab tidak mendengar kata..” kata Auntie Sally lagi. Yang ini betul-betul buat aku terkejut. Hampir terhambur keluar dari air minuman ku mendengar ‘statement’ tersebut. Terbatuk-batuk aku sebab tersendak air. Wajah mama ku pandang untuk meminta perjelasan.

“Benda lepas jangan dikenangan Sally…kami sentiasa sokong keputusan dan pilihan Illa..” ujar mama. Pandangan ku di abaikan oleh mama. Jelas di wajah mama tidak berapa menyukai apa yang keluar daripada mulut Auntie Sally.

“Illa tak faham laa…boleh tak sesiapa bagitahu ‘kes’ yang telah terjadi ini… Kenapa pula Illa tolak tuah..?” soalku dengan nada tak puas hati. Sememangnya aku tidak faham apa-apa. Tuah apa yang aku tolak. Silih berganti wajah mama dan Kak Jac ku pandang.

“ Anak Uncle Michael yang kamu tolak itu, berkerja dekat luar negara. Duit dia banyak. Tiap bulan hantar duit dekat emak bapa dia. Pergi melancong sana sini. Ada rumah sendiri dekat luar negara itu..kereta mewah.. Nak kata kamu ini bodoh, kamu sekolah tinggi..pandai.. Auntie tak tahu lah, kamu mengikut perangai siapa...”

“Kenapa tak suruh saja Meghan kahwin dengan dia, kalau Auntie teringin ataupun terdesak sangat nak bermenantukan macam itu. Agaknya, orang terdesak sahaja yang ada keinginan sebegitu… Sebab saya ini tak terdesak sangat nak berkahwin buat masa sekarang. ” sindir ku, tenang. Nada suaraku di kawal penuh bersahaja. Merah wajah Auntie Sally. Begitu juga dengan Meghan. Bahu ibunya di pegang. Sakit hati kali dengan sindiran ku.

Walaupun aku tidak senang dengan apa yang di ucap oleh Auntie Sally, aku sedaya upaya mengawal perasaan. Tak ingin menunjukkan emosi, yang sememangnya sedang sumpah serapah dengan perangai Auntie.

Aku cuba tunjukkan reaksi yang tenang sebaik mungkin di wajah.

Kalau ikutkan hati dan perasaan aku yang masih ada sisa-sisa ‘darah muda’, ingin sahaja aku herdik dia. Tapi kalau berbuat begitu, aku dah sama level dengan perangai dia bercakap tidak berfikir. Tidak memikirkan baik buruknya. Dan tidak memikir perasaan orang tersinggung ke tidak.

Kak Jac menghampiri ku yang telah berdiri. Bahu ku dipeluk dan di tepuk-tepuk. Seperti menenangkan diriku. Aku memandang wajah Kak Jac sekilas. Dia mengangguk kepala. Dan itu seperti tanda dia menyokong ku, apa yang aku katakan.

“ Illa…” suara mama lembut memanggil nama ku. Memujuk ku kali. Dia mengeleng kepala supaya aku jangan bersuara lagi. Kalau mama sudah menggeleng kepala, itu tandanya aku tidak boleh bersuara lagi. Itu tanda aku perlu pergi daripada situasi itu.

Daripada kecil aku sudah di praktis sebegitu oleh mama. Kata mama, cukup kita meluahkan apa yang kita rasa tidak puas hati sekali lafas. Lepas itu pergi. Itu cara untuk mengelak konflik. Untuk mengelakkan pergaduhan lebih besar.

“Apa yang bising-bising ini?!” Suara bapa mengejutkan lamunan ku. Aku perhatikan bapa memandang mama sebelum ke arah ku. Serius sekali wajah bapa. Berkerut dahi bapa seperti meminta perjelasan. Aku menundukkan wajah. Otak aku telah fikir ingin mengatur langkah tidak ingin memanjangkan apa yang terjadi. Tapi lain pula jadinya.

“Bagus la Abang Kee ke sini.. tengok anak abang ini, memang daripada dulu tak pandai nak beramah dengan mak saudara dan sepupu dia. Mentang-mentang dia berpelajaran dan ada kerja bagus dekat bandar besar. Kami ini tidak layak untuk dia hormat..”, ujar Auntie Sally. Terkejut sungguh aku mendengar tuduhan dia. Pandai dia mengarang cerita. Sedangkan jalan ceritanya lain. Meghan di sebelah tersenyum sinis.

Kata-kata Auntie Sally menunjukkan aku yang bersalah dekat sini. Mama aku pandang untuk meminta bantuan. Malangnya...

“Illa.., kamu masuk bilik nak..” kecil suara mama meminta ku pergi daripada situ. Isyarat telah di beri. Maknanya aku tidak dibenarkan untuk membela diri. Aku lah pesalah. Aku lah yang kurang ajar. Lantas kaki ku mengatur langkah meninggalkan dapur.

Saat itu suara riuh kanak-kanak berlari berkejaran begitu dekat menghampiri dapur. Kemunculan anak buah ku Rose dan Orkid, membuat suasana yang dingin seperti salju ketika ini bertukar angin sepoi biasa. Lebih tenang. Semua mata memandang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa itu.

Abang Gabriel kebetulan bersama mereka berdua. Wajahnya penuh tanda tanya. Muka ku di pandang sebelum beralih kepada orang belakang. Dia memegang pergelangan tangan dua orang anak nya. Seperti mengetahui ada sesuatu telah terjadi. Dia cuba menghalang anak-anaknya melangkah.

“Eh.. Rose... Orkid.. Tengok siapa dekat sini. It’s Auntie Illa…! Give Auntie Illa hug…a giant hug.. ”, kata Kak Jac daripada belakang ku.

Abang Gabriel melepaskan tangan anak-anak nya. Kedua-dua mereka datang mendekati ku bila mendengar permintaan mummy mereka. Terus meminta dipeluk. Hilang pula rasa ‘panas membara’ dalam hati ku melihat aksi anak buah ku yang begitu comel. Pipi kedua-dua mereka ku cium.

“Siapa nak bermain dekat luar dengan Auntie dan mummy?” soal Kak Jac penuh nada teruja.

“Me.. me…” jerit Rose dan Orkid penuh girang silih berganti.

“Ok..Let’s go..”

Rose dan Orkid berlari menuju ruang hadapan. Aku mengikut daripada belakang. Tidak tersedar lengan ku di peluk. Rupanya Kak Jac, dia tersenyum. Dapat ku dengar suara mama menyebut tiada apa yang berlaku, ketika bapa bertanya.

Buat tak terkira aku terasa hati dengan apa yang telah terjadi. Sikap mama yang selalu memenangka adiknya dan anak buah, membuatkan aku terluka. Mungkin mama tak sedar tentang hakikat itu. Aku mengeluh berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience