Chapter 28

Romance Series 49584

PAGI tadi awal aku menerima massage daripada Marilyn yang nak aku datang untuk memberi pendapat tentang decoration majlisnya seminggu sahaja lagi tinggal. Bila aku memberitahu yang aku mungkin lewat sebab berjumpa dengan client, dia terus ingin membatal niatnya menyuruhku datang. Katanya, kasihan. Tetapi aku lagi kasihan tengok dia. Takkan lah aku sanggup tak datang sekejap. Sebab dah janji dah nak bagi komen hari itu. Jadi aku teruskan niatku untuk datang menengok dan membantu dia setakat yang mampu.

Entah macam mana tengah hari semalam aku tidak dapat menolak apabila Mr Eric meminta aku untuk hadir sama berbincang dengan client pasal progress project client tersebut . Aku tidak dapat menolak sebab itu client VVIP. Dan tambah pula, project itu, project berkerjasama aku dengan Mr Eric. Kedatangan aku memang di perlukan juga hari ini.

Malam pula aku dileter oleh Noah Harvin semasa dating dengan dia dekat telefon. Semuanya sebab dua hari lepas aku dah janji nak habiskan satu hari berdating dengan dia. Tapi sebabkan aku nak kena berjumpa dengan client pagi ini, rancang berdating dengan dia itu mestilah kena bantalkan. Apabila aku memberitahu membatalkan rancangan kita orang semalam kepada hari lain, Noah Harvin memulakan ceramah dia. Dari bab memanfaat hujung minggu untuk pekerja sampailah bab keluarga dan orang terdekat yang akan susah kalau sesuatu terjadi kepada pekerja. Aku hanya mampu mendengar setiap kata-kata Noah Harvin. Tetapi apa yang aku dengar membuat aku lebih berimaginasi bertapa seronoknya perasaan ada boyfriend yang macam Noah Harvin. Mengambil berat pasal kebajikan girlfriend dia. Dia menutup perbualan kami tanpa goodnight word mahupun ayat pickup line dia seperti hari-hari lalu. Merajuk betul dia dengan aku. Pagi tadi pun dia tidak bangunkan aku seperti yang selalu dia buat.

Jam di dashboard keretaku menunjukkan jam pukul 3 petang. Sebelum bergerak tadi aku telah menelefon Marilyn. Katanya dia masih di The Daydream Garden. Jelas sungguh suaranya begitu gembira apabila aku cakap yang aku dalam perjalanan ke The Daydream Garden.

Aku parkir kereta ku di sebelah sebuah sport car. Sebelum keluar daripada kereta ku, aku memeriksa balik message yang aku hantar dekat Noah Harvin tengah hari tadi. Message tersebut telah dia baca, blue tick. Namun tiada respon daripada dia. Mana dia pergi ini, desis hatiku. Teringin rasanya aku nak menelefon dia tetapi aku menahan diri. Biarkan dia sahaja yang mencari aku, mungkin dia tengah sibuk.

Keluar daripada kereta, aku meneliti setiap inci kereta putih di sebelahku yang hanya memiliki satu pintu dan bumbungnya berwarna gelap. Kalau tengok daripada logo kereta tersebut ada logo Audi. Cuma aku tidak pasti yang ada di depan ku ini model audi jenis apa. ‘Siapa agaknya tuan kereta ini, mungkin pemilik The Daydream Garden kali’, manalog ku di dalam hati.

Aku membuka pintu masuk dan melangkah masuk ke dalam dewan ballroom. Dari jauh aku melihat Marilyn sedang bercakap dengan dua orang wedding planner dia. Aku memandang sekeliling, berapa pekerja sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja dan rasanya macam ada perubahan sikit dekat dewan ballroom itu. Melihat kehadiran aku, Marilyn seperti meminta diri dan menghampiriku.

“Illa, Finally you here,” kata Marilyn dengan memelukku dan aku membalas pelukkannya erat. Mukanya kelihatan stress tapi senyuman tetap di wajahnya. “What do you thinks?” tanya kepadaku sambil memandang sekeliling dewan ballroom itu.

“Okay. Much better than hari itu. Illa rasa boleh siap dengan sepenuh before your big day,” kataku yang membuat Marilyn tersenyum hampar. Seperti ada sesuatu yang merundingkan dirinya walaupun dia tersenyum. Aku tahu perangai Marilyn, yang suka menyembunyikan perasaan dia.

“Tapi awak okay tak ini?” tanya ku lagi dengan memandang muka Marilyn. Cuba mengorek benda yang menganggu pemikirannya. Wajah Marilyn sedikit berubah mendengar pertanyaan ku. Wajahnya mula suram. “Muka pengantin tak boleh macam ini tau. Patut senyum dengan happy dan think positive”, tambahku dengan cuba untuk menceriakannya.

“Tak tahu lah Illa. Macam banyak benda yang belum siap. Door gift untuk tetamu pun belum siap di atur dengan sempurna. Dengan dress wedding untuk morning dan evening yang perlu dicoba untuk kali terakhir pun belum coba lagi. Lepas itu, wedding card pun belum habis diedar dan banyak lagi perlu follow up ,” kata Marilyn meluahkan dekat aku. Matanya mula berair. Mood dia berubah sepenunya tidak seperti dia melihat aku tadi, yang ceria. Mungkin perasaan itu telah lama dia menahan untuk diluah. Tapi dia belum berjumpa dengan orang yang sesuai untuk dia meluahkan. Sebab itu apabila aku bertanya dia okay ke tidak, dia terus jadi begitu.

“So, Elden dan anyone tak tolong awak ke? Sebelum jawab Illa, tarik nafas dulu dan senyum”, kataku dengan nada gurauan. Dia yang mendengar kataku coba tersenyum. Anyone itu termasuk aku juga yang tak tolong dia. Aku terlalu sibuk dengan project beberapa minggu ini. Nak keluar dating pun kena postpone. Nasib badanlah yang nak keluar dating dengan aku itu tapi terpaksa di postpone kan sebab aku ada appointment dengan client. Saat itu wajah kacak Noah Harvin berlinggar di mindaku.

“Elden..ermm.. Last week busy memanjang. This week, he’s start his leaves on Wednesday. Itu pun masa itu nak try balik wedding dress kita orang. Dan yang lain, I try untuk buat sendiri. Tak nak susahkan orang. Jadi ini lah jadinya. Alin betul-betul takut kalau majlis Alin tak berjalan dengan lancar,” ujar Marilyn dengan coba menahan dirinya. Dia menarik nafasnya. Wajah ditunjuk dan perlahan aku melihat pergerakkan tangannya mengusap air mata. Kasihan pula aku tengok. Rasa bersalah pun ada sebab tak tanya keadaan dia daripada awal melalui telefon. Dan pada masa yang sama tidak membantu dia berapa minggu ini.

“Macam ini, Illa akan cuba tolong Alin sedaya upaya yang Illa mampu. Tapi Illa tak mahu Alin sedih tau. Mahupun fikir yang bukan-bukan. Bakal pengantin mana boleh sedih-sedih dan berfikiran negative. Senyum sikit”, kataku pada masa yang cuba memujuk dia. Tangan ku menyentuh bibirnya supaya dia tersenyum. Marilyn menarik nafasnya dan dia cuba menahan air matanya daripada gugur lagi. Kemudian, dia mengipas wajahnya dengan kertas yang ada di tangannya. Aku pula yang tersenyum melihat gelagat dia begitu.

“Okay. I’m okay.” ujar Marilyn dengan menarik nafas dan coba tersenyum memandangku.

“Macam ini je. Nanti Illa ambik cuti start khamis sampai majlis Alin itu. Illa akan cuba bantu apa yang patut. So, sekarang kita kena think positive yang semuanya akan berjalan dengan lancar”, kataku memberi dia kata semangat yang membuat Marilyn memelukku. Aku terkaku. “Kan Illa dah cakap tadi tak nak sedih-sedih. Kahwin itu kan sesuatu yang buat orang gembira dan ceria. Sebab bakal pengantin itu nanti akan melangkah alam baru. So, Alin kena think positive okay”, tambahku lagi.

“Bukan sedih. Tapi terharu dapat kawan macam Illa,” ucap Marilyn sambil tersenyum. “Nanti kalau Illa kahwin, Alin akan tolong Illa sampai majlis resepsi Ilaa selesai”, ujarnya lagi yang membuat aku nak ketawa. Bila agaknya masa itu akan menjelma.

“Oh ya, Elden tak datang ke hari ini? Dia tak temankan Alin?” soal ku sambil melihat sekeliling tempat itu. Dari tadi aku tak melihat Elden.

“Rasanya dia dekat luar. Katanya tadi dia nak menengok orang mengangkut meja dan kerusi. Illa tak nampak ke tadi?” kata Marilyn dengan nada suaranya yang mula berubah. Sekarang dia telah mula tenang dan tersenyum balik. Mungkin sebab apa yang menganggu fikiran dia telah dia luahkan. Sebab itu mood dia telah okay kembali.

“Tak ada pun. Macam tak ada orang”, jawab ku.

“Mungkin sebab Illa masuk pakai pintu depan. Tadi Elden keluar guna pintu belakang mungkin sebab itu dia tak tersempak dengan dia,” kata Marilyn lagi sambil memandang ke arah pintu belakang. Aku hanya mengangguk.

Saat itu juga, pintu depan di buka luas. Menyembul keluar wajah Elden sambil menahan pintu. Berapa orang masuk sambil membawa meja. Aku dan Marilyn seiringan berjalan ke ruang hadapan dewan ballroom tersebut. Setiap meja yang di bawa masuk ke ruang ballroom itu terus di susun rapi mengikut jarak yang sesuai atas arahan Elden. Aku tersenyum melihat gelagat Elden yang mengarahkan orang. Tadi bagitahu dia ingin menengok, tapi nampaknya dia dah bekerja dah dekat situ. Elden melambaikan tangannya kearah aku dan Marilyn apabila mata kami bertemu. Aku memberitahu Marilyn yang aku ingin melihat keadaan di luar dan Marilyn pun menghampiri Elden.

Di luar dewan The Daydream Garden, aku melihat 4 buah lori sudah pun beratur. Semua di penuhi meja besar. Satu lori telah pun berlalu pergi. Mungkin nak mengambil muatan lagi, desis hatiku. Aku mencari ruang jauh sikit supaya tidak menghalang perjalanan perkerja yang mengangkut meja tersebut ke dalam dewan ballroom. Ketika aku memerhati pekerja tersebut melakukan kerja mereka, mataku di tutup dengan dua tapak tangan daripada belakang. Aku terkejut. Dan pantas juga tangan aku memegang tangan orang tersbut.

“Hai, anak kucing”, nada suara pemilik tangan itu menyapaku apabila aku coba untuk menarik tangan tersebut daripada mataku. Noah Harvin, desis hatiku. Bau perfume dia pun aku dah agak tadi.

“Pak Jowok.” tekaan ku yang masih memegang tapak tangan dia. Dia melepaskan tangannya dan aku memusingkan badanku. “Kenapa awak boleh berada dekat sini? Tak bagitahu pun. Tak message pun”, riakku lagi dengan nada gembira yang tidak dapat aku sembunyikan. Tetapi senyum terukir dibibirku. Senyuman seperti budak kecil mendapat hadiah yang telah lama dia tunggu.

“Apasal gembira semacam ini?” soal Noah Harvin kehairanan dengan reaksiku. Aku masih tersenyum kegembiraan dengan kehadiran Noah Harvin di situ. Tidak berkelip mataku memandang wajahnya. Begini rasa sesorang yang ingin melepaskan rindu dia. Rasanya kehadiran dia di situ seperti mimpi bagiku.

“You’re not my types okay. Jangan menggoda I dengan senyuman di wajah you yang cantik itu. Plus pula you dresses macam ini hari ini. Pakai dress cantik. You sengajakan nak mengoda I dengan your smiles itu lagi”, gurau Noah Harvin sambil memicit hidungku. Aku cuba menepis tindakkannya. Namun tidak dapat. Di wajah Noah Harvin jelas terpancar kegembiraan walaupun aku menunjukkan muka tidak puas hati.

“Awak tergoda ke? Tapi bukan masalah saya sebab awak pun bukan types saya juga”, kataku dengan nada yang menyampah sambil mengosok hidung yang menjadi mangsa jarinya tadi. Tengah gembira tengok wajah, dia boleh pula dia spoilkan mood orang, desis hatiku. Noah Harvin mula tersengih mendengar kata-kata ku itu. “Awak belum jawab soalan saya. Bagaimana awak boleh berada dekat sini?”.

“Nanti I jawab. I nak you berdiri dekat situ sekejap. And don’t move,” pinta Noah Harvin yang membuat ku kehairanaan. Tetapi aku menurut permintaannya. Aku tak berganjak dari tempat ku berdiri dan matanya menatap wajahku. Dan aku terasa malu dengan tindakannya itu tetapi aku cuba menyembunyikan perasaan itu.

“Kenapa?”, soalku penuh tanda tanya. Ada geteran di balik nadaku. Dia masih memandang wajahku dengan senyuman. Bila dia tersenyum bersahaja begitu, memang menampakkan dia semakin handsome di mataku. Adoi, apasal dia boleh tersenyum dengan mata-mata sekali tersenyum. Cair juga aku nanti ini, desis hatiku. Terasa debaran di hatiku.

“I nak lihat wajah yang I rindu, lama-lama. Dan nak simpan wajah ini dekat hati dan minda I”, jawab Noah Harvin, akhirnya. Aku tersenyum lebar mendengar kata-katanya. Dan aku tak sedar aku sudahpun di dalam pelukkannya.

“Humm. Rindunya dekat anak kucing I ini.”, luah Noah Harvin sambil memeluk tubuhku erat. Aku hanya membiarkan sahaja tindakkannya. Dan aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu. Mungkin kerana aku pun rindu dekat dia juga. “Orang ajak kahwin tak nak. Kalau tak, tak lah menanggung rindu sampai macam ini sekali”. Usikkan dia itu yang membuat pipiku panas.Ungkit lagi hal lama. Dan suka sangat menyeksa perasaan aku. Pada masa yang sama aku mendengar dengupan jantungnya berdetak pantas. Apakah makna ini?

“Ehem… Ehem.. Cari lah tempat yang tersembunyi sikit. Ini dekat sini juga you’ll nak bermesra-mesra”, tegur seseorang yang seperti mengejutkan aku daripada alam mimpi. Aku menolak Noah Harvin dan meleraikan pelukkan kami serta merta. Aku melihat wajah Elden yang telah pun tersengih. Dan aku melihat dua lagi lelaki yang tidak kenal aku berdiri sebelah Elden tersenyum nakal dengan mengangkat kening mereka. Aku tidak pasti sama ada isyarat itu diberi kepada aku atapun Noah Harvin. Dalam keadaan kelam kabut itu, aku merassa mukaku mula terasa panas. Tanpa menoleh aku berlari masuk ke dalam dewan ballroom mencari Marilyn. Otak ku mula memproses tindakan luar sedar aku tadi. “Ishh..malunya. Ini semua salah Noah”, ujar ku pada diri- sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience