Chapter 36

Romance Series 49576

“ILLA… dah okey ke?!” panggilan Marilyn membuatkan aku memandangnya sekilas. Nada suaranya lembut. Aku melihat dia memusingkan tubuhnya memandang ku yang berada di bawah lantai. Tanganku sibuk mengatur ekor gaun pengantin dia. Supaya terbentang cantik di lantai. Pada fikiran ku, dengan berbuat begitu akan menyenangkan Marilyn bergerak nanti.

“Okay.. now everything is perfect. Cantik..” ujar ku dengan senyuman dibibir. Noah Harvin sudah pun berdiri tercegah dengan mengambil gambar. Bila pula dia boleh berada di situ. Ketika aku ke belakang untuk mengatur gaun pengantin Marilyn, dia tengah berbual dengan Danniella dan Dexter, pasangan bridesmaid dan groomsmen yang berada di depan kami berdua. Entah apa yang mereka bualkan. Aku tidak mengambil kisah sangat perbualan mereka. Tapi kemesraan Velvet menghampiri mereka, dengan memegang bahu Noah Harvin membuat aku tidak selesa. Entah kenapa aku telinga aku tidak suka mendengar deraian ketawa Danniella dan Velvet. Terlalu gedik nada ketawa mereka di telingaku. Suara mereka berbicara dengan Noah Harvin penuh mengada-ngada. Menyampah pula aku melihat aksi mereka begitu.

Cemburu kah aku melihat keakraban mereka begitu? Cemburukan aku melihat kemesraan Noah Harvin melayan mereka. Walaupun aku sedar yang mereka hanya sekadar kawan bagi dirinya. Tapi perasaan ini sedikit menyampah melihat perangai gedik Danniella dan Velvet. Aku menarik nafas untuk menenangkan perasaan diri. Tiada gunanya aku cemburu buta. Aku patut tahu yang Noah Harvin sememangnya friendly dengan semua orang. Dia seorang yang jenis mudah mesra dengan semua orang. Dan aku patut menerima hakikat itu andai aku bersama dengan dia. Tapi hati ini jelas ingin dia memberi perhatian kepada diri ku seorang. Aku patut mengawal perasaan itu.

Ketika aku memusing badanku ke belakang, ku melihat Marilyn sedang memandang ku. Kami bertukar pandangan. Dan aku cuba tersenyum. Tapi riak lain yang Marilyn berikan kepada ku. Mungkin dia telah memerhatikan tindakkan aku daripada tadi. Tangannya melambai ku untuk menghampiri dia. Dengan senyuman dibibir, dia meminta bantuan aku mengatur ekor gaun pengantinnya.

“You look cute macam itu? Jom..!? Semua orang dah berada diposisi masing-masing. Pintu ballroom dah dibuka dah..”, kata Noah Harvin yang menghilangkan lamunan ku. Dia menghulurkan tangannya. Lagaknya itu seperti dia ingin membantu aku untuk bangun. Walaupun teragak-agak untuk ku menyambut tangan itu, tapi tetap juga tangan ini menyambut tangan tersebut. Mungkin tangan ku ini selalu ingin berada dalam genggaman tangannya. Seperti hati ini, ingin dia selalu memandangku sorang. Bunyi klik daripada kamera, menandakan dia mengambil gambar ku yang memegang tangannya.

Bila aku bangun, Noah Harvin memperkemaskan genggaman tanganku. Erat cengkaman tangannya. Seperti tidak ingin melepaskan aku.

“I tak nak you tinggalkan I sendiri dan hilang daripada pandangan mata I lagi..”, ucap Noah Harvin walaupun aku sekadar memandang wajahnya. Tapi, aku riak wajahku sebaliknya. Ingin sekali aku nyatakan dia yang selalu hilang dan tinggalkan aku sendirian. Membuatkan aku terasing. Dan membuatkan aku juga mengalih perhatian kepada benda lain. Namun tidak dapat aku suarakan.

Kami berdua kembali kepada posisi kami tadi. Berdiri di depan Elden dan Marilyn. Pintu ballroom dibuka. Aku memusing ke belakang memandang Marilyn. Kami berdua bertukar senyuman. Itu lah isyarat yang aku berikan supaya dia tidak terlalu gementar. Dan aku ingin dia tahu segalanya berjalan dengan lancar.

Aku dan Noah Harvin mengikuti langkah Danniella dan Dexter serta bridesmaid dan groomsman lain yang berada di depan bergerak memasuki ballroom yang pintunya telah terbuka luas.

Aku meletak tangan ku di lengan Noah Harvin. Walaupun dia seperti enggan membenarkan aku berbuat demikian, tapi bila aku membuat muka dan mengelengkan kepala. Aku membulatkan mata. Mulut bergerak menyebut perkataan protokal. Dan dia terpaksa akur. Terkadang aku pelik juga dengan perangai Noah Harvin ini. Terutama sangat ini, takkan dia tidak melihat bridesmaid lain meletakkan tangan mereka di lengan groomsman bukannya berpimpin tangan, seperti dia dan aku. Perlu diketuk sekali kepala dia, baru dia waras sikit. Dia ingat ini majlis dia kali. Suka hati saja buat ikut kemahuan dia sahaja.

Selepas pasangan terakhir; iaitu aku dan Noah Harvin tiba di atas stage, MC majlis mengumumkan kemasukkan Elden dan Marilyn. Live band memainkan music romantik. Semua orang yang dekat ballroom bangun dan bertepuk tangan. Ada juga yang bersorak. Sebagai tanda meraihkan pasangan pengantin malam ini. Apa yang boleh aku katakan, Elden dan Marilyn adalah pasangan yang serasi dan sepadan, cantik dan kacak. Marilyn sangat cantik malam ini bagi aku. Menyerlah kecantikkan dia. Terutama apabila dia memakai baju pengantin yang ala-ala princess tersebut. Tambah pula denga makeup dia yang tidak keterlaluan. Natural tapi menyerlah sangat kecantikkan dia. Dan aku rasakan Elden mungkin jatuh cinta pandang pertama untuk kedua kali nya melihat Marilyn sebegitu. Tiada terkerlip mata dia apabila melihat Marilyn ketika dia masuk ke bilik retreat tadi.

Daripada kejauhan aku melihat Elden memimpin tangan Marilyn. Senyuman tidak lekang dibibir mereka berdua untuk tetamu yang datang. Seperti semalam aku berkenalan dengan Marilyn. Berkerja di tempat yang sama. Dan seperti semalam aku mendengar Marilyn merungut pasal Elden yang selalu mencari pasal dan ada sahaja tidak kena dalam kerja dia. Seperti semalam juga terngiang-ngiang di telinga aku, dia memberitahu yang hati dia telah di tawan oleh sesorang. Sekarang, saat ini aku menjadi salah seorang saksi cinta mereka berdua. Daripada pandangan mata mereka berdua, semua orang tahu mereka saling mencintai antara satu sama lain. Teringat aku dekat ucapan Bishop dekat church pagi tadi kepada mereka berdua, you gave yourselves to each other. The Lord has found you together and what God has joined together, he will keep together. Aku percaya hubungan mereka berdua akan sentiasa dijaga dan diberkati oleh Tuhan selalu.

“Melihat Alin begini, saya pasti Elden akan menjaga Alin. Saya tumpang gembira Alin telah berjumpa dengan cinta hati dan cinta sejati dia dia”, ucap ku tiba-tiba sambil mengusap kelopak mata ku. Rasa sebak menguasai emosi ku bila dapat melihat kebahagian sahabat baik sendiri di depan mata. Saat itu aku merasa mengenggaman tangan Noah Harvin. Aku membiarkan sahaja tindakkan dia. Entah kenapa itu dapat menenangkan diriku.

“Cantik kan Alin..?!” Mataku masih tertumpu pada Marilyn yang sedang mengatur langkah menghampiri stage.

“Alin sangat cantik hari ini”, ujar ku lagi.

“Hurm.. tapi sekarang ini di mata I, you yang paling cantik.”

Aku mendongak kepala ku. Noah Harvin sedang tersenyum memandang ku. Benar kah aku begitu di mata ketika ini? Tidak terkelip mata ku memandang wajah Noah Harvin ketika ini. Wajah dia yang hanya tersenyum macam itu sahaja boleh membuatkan wanita berdebar. Kini aku tahu kenapa Danniella dan Velvet begitu gedik ketika berada di sebelah dia. Aku kena akui dia memang menawan. Dan aku telah tertawan.

“Dah jatuh cinta?” Lamunan ku hilang. Kening Noah Harvin terangkat. Tanda mengusik. Terasa malu pula dengan kelakuan diri yang menenung wajahnya tadi.

“What?!..” riak muka ku menunjukkan seperti tidak mengerti dengan apa yang Noah Harvin soal. Dia tersengih. Aku menjatuhkan wajah ku ke tepi. Perlahan nafas ku tarik dan ku hembus.

“Don’t forget to give me your answer tonight”.

Begitu dekat sekali bisikkan Noah Harvin. Terasa dia seperti berbisik di telinga ku. Sedangkan dia hanya berdiri di bersebelahan. Tapi aku sedar jarak tubuh kami berdua begitu dekat. Semakin kemas genggaman tangan dia. Yang membuatkan degupan jantung ku berdetak tidak sekata. Boleh kena penyakit jantung aku kalau selalu terkejut dengan kelakuan Noah Harvin ini. Aku terlupa yang hari ini lah hari dia akan mendengar jawaban daripada mulutku. Otak berligar-ligar memikirkan bagaimana aku mengatur bicara nanti.

“Sekarang, semua bridesmaid dan groomsman boleh duduk. Pasangan pengantin kena tinggal sini dulu. Kita play games dulu, baru boleh lepas. Betul tak..” ujar MC majlis yang di sambut dengan sorakkan. Aku dengan bridesmaid dan groomsman yang lain mengatur langkah turun daripada stages.

“Arvin..where are you going? You kena tolong I dekat sini. Mentang-mentang ada partner yang cantik. Memanjang je nak berdekatan dengan partner dia. Memanjang je nak berpimpin tangan..”, sergah MC tersebut membuatkan muka ku merona panas. Pantas aku menarik tangan ku daripada Noah Harvin. Berlalu ke meja yang dikhas untuk aku dan lain-lain tanpa menolah ke belakang.

“You memang suka kacau daun, Nigel…you kenakan I lagi..” kata Noah Harvin yang kedengaran tidak puas hati dan sangat kuat. Mana tak kuat kedengaran, dia bercakap depan mic.

“hi.. babe..maafkan bakal abang ipar you. Dia nakal sikit. Habis kerja ini nanti I duduk sebelah you..” Terlopong mulut ku. Terasa sangat pergerakkan darah naik ke muka ku ketika ini. Suasana bersorak mengusik itu membuat aku semakin malu. Aku kira mungkin kenalan Noah Harvin bersorak begitu. Aku melihat Marilyn memandang ku dengan senyuman dia penuh makna. Danniella dan Velvet menjeling ku tajam.

‘Ishh..!Pak Jowok ini.. Boleh pula dia buat scene di atas stage,’ rungut hati ku.

Noah Harvin dan MC bernama Nigel itu memulakan tugas mereka dengan permainan yang lebih kepada pertanyaan mengusik pasangan pengantin. Panas-panas soalan yang mereka berdua tanya kepada pasangan pengantin. Sampaikan Marilyn mengipas-ngipas muka dia walaupun di dalam ballroom ini suhu aircorn dia rendah. Dan sekali aku melihat dia menepuk lembut lengan Elden. Di meriahkan lagi suasana dengan live band yang berbunyi setiap kali Noah Harvin dan Nigel mengutarakan soalan, buat lawak dan mengusik Elden dan Marilyn. Jemputan yang hadir turut supporting membuat suasana majlis semakin riuh dan meriah .

Saat ini, aku dapat melihat sesi Noah Harvin yang satu lagi. Aku memerhati Noah Harvin ku daripada tempat aku duduk. Pandai dia menjadi MC. Dia sungguh bijak mengatur ayat walaupun tanpa skrip. Sungguh pandai dia berbicara. Mungkin aku lupa yang itu kepakaran dia. Bermulut manis. Semua terhibur dengan kerenah dan gelagat dia. Pasangan MC dia Nigel tidak kurang hebat dia. Dua-dua tidak berapa betul. Suka menyakat orang. Semua orang tercuit dengan kenakalan mereka berdua. Yang membuat ballroom tersebut tidak kering gusi.

“ Before, kita orang benarkan korang berdua duduk. Last question I nak tanya. Nak dekat siapa eh? Alin ke Elden?”

“I prefer Elden jawab. Kasihan Alin.. asyik dia yang kena.. ”

“Okay. Elden..soalan dia, did Alin is the most hot women that you ever mets?..”

“Killer question ini. Boleh tidur dekat luar kalau salah jawab ini..” Gurau Nigel membuat suasana riuh dengan deraian ketawa jemputan. Elden mengangkat mic.

“Yes…” Elden mengangguk dan ingin menambah lagi. Tapi dihalang oleh Noah Harvin.

“Wait, Bro. Sorry bukan itu soalan dia…but thank you for the answer. Dapat you tidur dalam bilik malam ini sebab jawab Yes.” Noah Harvin tersengih. Begitu juga dengan Nigel. Dia mengelengkan kepala. Kelihatan Elden menumbuk kecil bahu Noah Harvin tanda tidak puas hati. “Okay…the question is how you know Alin is the one?”

“Soalan betul-betul kah ini?”

“Apa soalan punya soalan ini Nigel. Betul lah..”.

Nigel tersengih. “Elden sila jawab, bro… But I needs romantic music to be play supaya lebih romantic.. Live band please. Mainkan peranan anda…”

Semua mata tertumpu pada stage. Termasuk juga aku. Music juga telah dimainkan. Semua orang tertunggu-tunggu jawab daripada mulut Elden. Kelihatan dia mengampai tangan Marilyn. Dan digenggam dia erat.

“Marilyn…She’s the best things that happened to my life right now. Bila dia hadir, dia telah mengisi rasa kosong dalam hati I dengan perasaan cinta yang I sendiri tidak terbayangkan wujud suatu ketika dulu. My world rolled and changes totally 360 degree. I am completely myself but at the same time, I’m not myself when I with her. And I found the best of me when I with her. That how I know she is the one. I love you, baby..” satu kucupan hinggap di pipi Marilyn. Ruang ballroom gamat dengan teriakkan dan sorakkan. Termasuk aku menyumbangkan suara dalam meriuhkan lagi suasana.

“Itu trick you kan bro. You sengaja tanya soalan begitu tadi. Sebab you nak practice dengan partner you nanti..” ujar Nigel dengan nada bergurau.

Yes…! Itu tujuan I..”

Aku yang ketika itu membantu Marilyn yang nak turun daripada stage menjadi gelabah tiba-tiba. Usikkan tersebut walaupun bukan ditujukan untuk ku tapi membuatkan aku yang merasa malu.

“So..kalau you, how you know she is the one?”

Aku semakin mengelabah dan berdebar mendengar soalan tersebut.

“Kalau I, I know she is the one bila I rasa I can’t live without her.. walaupun simple things make me remember everything about her. I boleh rasa something missing without her...and most important is I choose her.”

“Wow..ini nak confess love dekat si dia kah ini”
“Aha…! Anak kucing baby.. you dengar tak sayang..”

Semakin kelam-kabut aku mendengar panggilan Noah Harvin begitu. Laju juga kaki aku mengikut Marilyn daripada belakang yang keluar daripada ballroom. Orang yang di sekeliling langsung aku tidak aku hiraukan ketika ini. Hanya perasaan malu dan cepat nak keluar daripada ballroom yang aku rasa saat ini.

Berada di luar ballroom, aku menghembus nafas lega. Dada ku, aku sentuh. Pantas sungguh denyutan jantungku. Seperti seorang yang telah berlari beberapa kilometer.

Marilyn memusingkan badannya, dia tersengih. Tapi aku membuat muka supaya dia jangan bersuara. Aku tersipu-sipu malu bila melihat sengihan Elden. Keluhan aku lepaskan.

Aku mengingat kembali atur cara majlis sambil mengikut mereka berdua daripada belakang. Kalau ikutkan atur cara majlis, Marilyn akan menukar gaun pengantin. Dia akan mengunakan gaun yang kedua untuk memotong kek. Selepas itu, mereka akan beramah mesra dengan tetamu jemputan. Tanpa kata-kata, aku mengangkat ekor gaun pengantin Marilyn untuk menyenangkan dia melangkah.

BEGITU cepat atur cara majlis berlalu, atur cara potong kek sudahpun selesai. Dan sekarang semua mata sekali lagi tertumpu kepada Marilyn dan Elden yang sedang menari di tengah-tengah ruang kosong ballroom. Yang sememangnya dikhaskan untuk aktiviti menari. First dance mereka berdua diiringi lagu Perfect, Ed Shereen telah dinyanyikan oleh penyanyi jemputan. Lunak sungguh suara penyanyi perempuan tersebut. Membuatkan aku terbuai-buai. Dah itu salah satu lagu favorite, mana tak mendayu-dayu suara penyanyi itu kedengaran ditelinga ku.

Tiba-tiba wajah Noah Harvin aku cari. Wajah dia tidak kelihatan daripada tadi. Setibanya aku daripada mengikut Marilyn menukar gaun pengantin dia yang kedua, aku langsung tidak melihat kelibat Noah Harvin. Bayangan dia pun tidak kelihatan juga. Entah kemana dia menghilangkan diri. Ketika aku ingin ajak dia keluar sekejap untuk bagitahu jawaban aku kepadanya, dia tiada disini pula. Sepatutnya dia ada di sini. Boleh juga aku luahkan apa yang aku rasa. Tadi bukan main dia menagih dan tunggu jawaban daripada mulut ku ini. Sekarang menghilang.

Sesekali mata ku mengilau-ilau ballroom, dalam suasana yang samar-samar itu. Memang tidak dapat kot aku cari dia dalam keadaan macam ini.

Bunyi tepukkan jemputan yang hadir menghilangkan lamunan ku. Marilyn dan Elden telah selesai menari. Dan mengatur untuk duduk di kerusi mereka. Dari kejauhan, saat itu susuk tubuh yang aku tadi tercari-cari mengatur langkah ke stage. Wajah dia terukir senyuman apabila orang menyapa dia.

Aku memerhati setiap gerak geri dia. Tiba-tiba aku berdebar. Di atas stage, dia tidak terus mengambil mic sebaliknya terus bercakap sesuatu dengan kumpulan live band. Kehadiran Fellipe dan Gerrald dekat atas itu membuat aku menjadi semakin tidak senang. Fellipe mengambil gitar dan Gerrald duduk di tempat drummer. Entah apa yang mereka rancang sekarang ini.

“Hi..me again. Sorry guy, I hijack sekejap stage ini…” ujar Noah Harvin selepas duduk di bangku piano. Makin aku tidak senang duduk apabila mendengar suara dia itu.

“Sebelum I menyanyi, I want to congrats Elden and Marilyn on their wedding…untuk kedua-dua family selamat menyambut ahli keluarga baru..” Aku melihat keluarga Marilyn dan Elden mengangkat gelas. Suara riuh mula kedengaran.

“And I mengalukan siapa yang nak menari, sila ke depan..di alu-alukan…So, this song I dedicated untuk wanita yang paling cantik dekat sini. Anak kucing, my partner for tonight… Can't Take My Eyes off You.. ” Suara dia sedikit bergetar. Namun jelas kedengaran. Tumpuan mata dia tertumpu ke arah ku. Apa lagi memang merona merah muka aku sekarang ini. Terasa bahang panas di pipiku. Steffanie yang duduk bersebelahan dengan aku ketika itu menepuk bahu ku.

Key piano mula ditekan oleh Noah Harvin. Kemudian Fellipe dan Gerrald mula mengikut rentak alunan piano. Lontaran suara Noah Harvin kedengaran. Suara serak basah alah rock tapi melodi acoustic bergema di segenap ballroom tersebut. Ruang tengah tempat menari dipenuhi oleh beberapa pasangan. Sesekali Noah Harvin memandangku sambil dia menyanyi, terutama di bahagian lirik :

I love you, baby
And if it's quite alright
I need you, baby
To warm the lonely night
I love you, baby
Trust in me when I say
Oh, pretty baby
Don't bring me down, I pray
Oh, pretty baby
Now that I've found you, stay
And let me love you, baby
Let me love you

Apa yang boleh aku lakukan sekarang, hanya lah tersenyum. Aku menghayati lirik lagu yang Noah Harvin nyanyikan untukku. Ingin aku rakam detik ini di dalam memori indah tika aku bersama dia. Aku pasti, saat ini aku wanita terbahagia itu yang orang selalu perkataankan. Dapat mendengar sesorang yang dia suka mencurahkan perasaannya melalui lagu dihadapan semua orang. Dengan orang itu sendiri yang bermain piano. Siapa sangka, Noah Harvin boleh bertindak seromantik itu. Aku sangka dia hanya romantik di mulut, tapi tidak menyangka dia romantik dengan kelakuan. Sekarang aku akui setiap ayat yang keluar daripada mulut Noah Harvin yang membuat aku jatuh cinta. Setiap tindakkan dan kelakuan nakal Noah Harvin yang menyakat dan mengusik aku itu membuatkan aku merindui dia bila dia tiada di sisi aku. Dia penghibur diriku tanpa aku sedar.

Hampir sahaja selesai Noah Harvin menyanyi, aku melangkah keluar daripada ruang Ballroom. Niatku hendak ke tandas. Tapi tergendala apabila aku berselisih dengan pekerja The Daydream Garden, bercakap sesama sendiri yang fireworks telah diatur dan akan dinyalakan. Otakku mula memikir tempat yang strategik melihat fireworks tersebut. Entah kenapa otakku boleh terfikir tingkat atas bangun The Daydream Garden. Kaki ku bertukar arah dan menaiki tangga bersebelahan tandas. Kalau tidak silap aku tingkat atas banguan ini ada ruang tanpa bumbung. Yang sesuai untuk aku melihat cahaya fireworks. Pasti Pak Jowok mencari aku nanti. Ah..biar lah. Aku pasti dia akan jumpa aku juga, desis hati ku.

“HABIS semua tempat dan setiap sudut I cari you…you memang pandai cari tempat persembunyian. Nasib baik I jumpa you dekat sini”, sergah Noah Harvin di sebelah ku. Aku yang sedikit terkejut mengusap dada. Mungkin aku terlalu asyik melihat kerlipan bintang di atas langit, sampaikan keberadaan dia disebelahku tidak aku sedari.

“Macam mana you tahu I ada dekat sini?” soalku. Wajahnya aku pandang. Ada titisan peluh di dahi dia. Dia pergi berjoging ke sampai berpeluh begitu sekali. Mungkin betul kata-kata tadi, dia mencari aku setiap tempat dan sudut di The Daydream Garden. Tanpa sedar aku tersenyum. Sayang juga dia dekat aku.

“Instinct.…” jawab Noah Harvin. Aku mengeluarkan tisu di tas tangan ku. Dan aku mengelap titisan peluh di dahi Noah Harvin.

“Kenapa tak telefon?”

“You tengok balik berapa banyak miscall I dekat phone you itu. I confirm you silent your phone..” Aku mengeluarkan telefon di tas tangan. Betul katanya. Memang banyak miscall daripada Noah Harvin. Rasa bersalah menyelubungi diriku. Aku meminta maaf kerana tidak mendengar panggilan daripadanya. Saat itu aku melihat Noah Harvin tersenyum hambar. Pantas, tisu ditanganku, dia gapai. Dan dia mengelap sendiri dahinya. Marah ke dia, merajuk kah dia, soal hatiku pada diri.

“You buat apa dekat atas ini sorang-sorang…?” soal Noah Harvin lembut. Matanya tertumpu ke tingkat bawah. Melihat staff The Daydream Garden sedang menyusun aturan batang fireworks lebih kemas. Aku sedikit lega. Okay, nasib dia tidak merajuk. Kalau tak macam mana aku nak pujuk dia.

“Oh..tadi saya dengar staff The Daydream Garden berbual sama mereka yang fireworks akan mereka nyalakan. So, saya terpikir tempat atas ini yang paling strategik. Tapi daripada tadi saya tunggu mereka, tapi fireworks belum lagi dinyalakan. Tengok lah mereka masih mengatur lagi,” terang aku.

“Kenapa tak tunggu I.. ajak I sekali datang sini..”

“Tak nak lah.. awak tengah happening nyanyi dekat dalam itu. Saya pasti awak nak catch up dengan kawan-kawan awak lagi selepas selesai menyanyi.…” ujar ku acuk tak acuk. Sebenarnya aku memang ada niat hendak mengajak dia sekali. Tapi itu lah, aku merasa malu pula berhadapan dengan dia saat itu. Mungkin sebab dia menyanyi untuk diriku. Lagipun, aku memang tak nak ganggu dia yang tengah enjoy.

Keluhan daripada mulut Noah Harvin menghilangkan lamunan ku. Keluhan itu membuat aku tertanya-tanya. Entah apa yang berada difikiran dia ketika itu. Aku boleh rasakan yang dia tidak suka dengan tindakkan aku yang meninggalkan dia sebegitu dan membuat dia tercari-cari aku.

“Jadi..” soal Noah Harvin tiba-tiba. Mata ku terkebil-kebil memandangnya. Kebinggungan aku ketika itu. Tiada ada pangkal ayat, tiba-tiba perkataan ‘jadi’ keluar daripada mulut dia. Entah apa yang ‘jadi’. Jadi kucing ke..

“Jadi..?” soal aku balik kepada Noah Harvin. Ku lihat dia sudah menarik nafas.

“Your answer..” Noah Harvin sudah bercekak pinggang di hadapanku. Dan aku sudah ada gambaran untuk soalan ‘jadi’ tadi. Aku jadi gugup.

“What?” kini aku menyoal dengan nada pura-pura tidak tahu. Muka mula membahang panas.

“Jangan pura-pura lupa dan tak tahu, anak kucing. Jangan juga cuba nak tukar topik. Selagi you tak bagi I answer jangan harap you boleh melarikan diri daripada I..” Amboi mengugut pula dia. Aku masih mendiamkan diri. Otak ku giat berfikri untuk mengusun ayat yang sesuai untuk jawapan yang dia tunggu.

“Ataupun you nak I heret you ke stage, baru you nak bagi I jawapan.. I bukan sekadar dapat jawapan, I propose you sekali kalau I heret you ke stage. Dan semua orang boleh jadi saksi cinta kita.. ”
Noah Harvin tersenyum penuh makna. Air mukanya berubah lain. Macam nakal pun ada. Tapi yang pasti nada suaranya kedengaran mengugut di telinga ku. Seram pula aku mendengar kata-kata dia itu. Ini dah tahap memaksa dah ini. Aku memandang dia kegeraman.

“Okay…! Tapi sebelum itu, I want you promise me something in this relationship. I mean if I be your girlfriend for real..”

“What’s it, sayang…?” nada suara Noah Harvin penuh romantik.

“I want happy ending.. I don’t want sad story. Can you promise me that?”

“Noo..” Aku sedikit terkejut mendengar jawapan dia. No pula. Tadi bukan main mengugut bagai nak dengar jawapan daripadaku. Bila disuruh berjanji tidak mahu. Ini lah lelaki, cakap tak serupa bikin. Tapi adakah ini bermakna dia reject aku. Aku menundukkan wajah. Tidak sanggup memandang wajahnya lagi.

Noah Harvin mendekati tubuhku. Perlahan lahan dagu aku diangkat oleh Noah Harvin agar memandang ke arahnya. Di usap-usapnya lembut pipi ku. Yang membuatkan aku terbuai dengan kelakuan dia. Renungan mata dia penuh lembut. Seperti ingin menyatakan sesuatu.

“But.. I will promises to you forever happy ending in this relationship. Percaya lah, I pun tak suka hubungan setengah jalan. I nak yang happy ending sama macam you. Although, you my girlfriend, but I want you to know that you’re my priority and my person. So, no matter what ever happen in future, I will always choose you, millions of time. Over millions of reason. And I love you so much , Illa.”

“Pak Jowok, Noah Harvin…would you like to be my boyfriend?”.

Sesaat tubuhku sudah berada dalam dakapan Noah Harvin. Dia memelukku erat. Melekat sisi kepala aku di dada bidang miliknya. Dapat aku dengar degupan jantung dia. Begitu kuat dan kencang. Adakah dia gementar? Apakah makna degupan yang kencang ini? Adakah ini perasaan dia yang sebenar. Aku memejamkan mataku menghayati detakan jantung Noah Harvin. Seperti alunan lagu cinta yang sangat indah. Sungguh aku sangat menyukai nada detakan ini. Nada ini bukti dia juga merasa apa yang aku rasa selama ini. Aku membalas kembali pelukkan Noah Harvin. Dan aku tersenyum bahagia.

“I love you, baby”, ucap Noah Harvin penuh nada mesra dan mengoda yang membuat aku tersipu malu. Semakin hati ini berbunga-bunga.

“I love you too…”

Aku meleraikan pelukan Noah Harvin, apabila melihat percikan fireworks. Percikan warna warni yang di atas kami berdua membuatkan aku merasa teruja. Tapi kini tangan Noah Harvin beralih memeluk bahuku. Tanpa aku sedar, satu kucupan hinggap di dahi ku. Aku memandang wajah Noah Harvin. Tapi dia telah pun mengalih pandangan matanya ke arah pertunjukkan fireworks. Adakah dia sedang menutup perasaan malu dia. Dia yang gatal, dia pula yang malu. Aku tersenyum melihat kecomelan Noah Harvin yang berada disebelah ku. Tanganku melingkar di pinggangnya. Kepala aku kini rebah di bahu milik lelaki yang bernama Noah Harvin.

Aku dan Noah Harvin menghayati sinaran cahaya fireworks di hadapan mata kami berdua. Di bawah, gamat dengan riuh-rendah tetamu yang keterujaan melihat pertunjukkan fireworks tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience