Chapter 18

Romance Series 49576

Aku dan Marilyn berdiri di sebelah kerete milik parents Elden. Sementara menunggu kedatangan Noah Harvin dan juga Elden. Apabila mereka mendekati, senyuman manis terukir dibibir mereka berdua. Noah Harvin menghulur tangannya apabila melihat aku ingin melangkah parit.

“Terima kasih, Pak Jowok”, kataku dengan nada bergurau. Tangannya aku sambut. Kemudian dia memberi laluan dekat Elden supaya menolong Marilyn. Dengan muka selambanya. Tindakkanya itu membuatkan aku hampir terketawa. Siap bagi isyarat lagi. Mengarah. Pada mulanya, aku ingat dia akan menolong Marilyn tapi Elden pula yang di suruhnya. Ada je perangai yang nak mai-mainkan dengan orang.

“Oh… Illa sahaja yang you sanggup tolong ya? Alin you tak sanggup tolong lah? Begitu lah? Bagus sangat lah perangai begitu” ujar Elden sinis. Riak wajahnya memang menunjukkan tidak puas hati. Tergamam dengan tinndakkan Noah Harvin tadi kali. Marilyn yang sudahpun di sebelah Elden masih dengan saki baki ketawanya. Dia mengusap-usap bahu Elden lembut apabila Elden buat muka seperti merungut.

“Dia kan Mem you. You kena ambil sendiri. Yang ini special. So, I jaga. Because she’s mine”, kata Noah Harvin dengan meletakkan tangannya di atas rambutku. Selamba dia berbuat begitu. Aku yang terkejut dengan tindakkannya itu memandang Noah Harvin dengan riak wajah menyampah. Tangan Noah Harvin coba ku tarik di atas kepalaku tapi tak dapat. Aku memandangnya lagi. Tajam jelinganku.

“Okay. I lepaskan”, katanya dengan senyuman nakal. Tangannya tidak lagi di atas kepala ku. “Nak hugs?! Sebab nak lepas rindu”. Membulat mataku mendengar kata-kata Noah Harvin tersebut. Tangannya diangkat seperti ingin memelukku.


Apa mamat ini cuba buat? Dah buang tabiat ke apa? Depan diaorang Elden and Alin dia buat perangai, desis hatiku


“Eh..eh..” kata Elden yang sudah pun berdiri dihadapannya. Badanku pula ditarik oleh Marilyn ke tepi.

“eeek.. pergi sana I tak nak hugs daripada you” Pantas tangan Noah Harvin menolak badan Elden. Hampir kehilangan imbangan badan lelaki itu. Tapi sempat pula Noah Harvin menahan Elden daripada terjatuh.


“Huh! Kalau I jatuh tadi, tujuh keturunan I sumpah you membujang sampai ke tua. Alone for ever!!” dengus Elden geram. Dan sakit hati pada masa yang sama.


“Siapa suruh kacau daun”, balas Noah Harvin. Elden memandang Noah Harvin yang kecil besar kecil besar pada matanya ketika itu.


“Jom kita pergi anak kucing. Tinggalkan orang yang dah nak kahwin ini. Kita yang belum kahwin ini kena banyak plan. Dia orang dah halatuju dah, kita yang belum ini kena buat halatuju kita agar plan itu menjadi”, ujar Noah Harvin lagi lagi sambil menarik tanganku. Elden mahupun Marilyn tidak dihiraukanya.


Aku terkasima dengan aksi spontan dan juga kata-kata yang dilontarkan oleh Noah Harvin. Entah apa yang difikir oleh Elden dan Marilyn ketika itu. Yang pasti, itu setiap patah kata dan tindakkan Noah Harvin menguatkan lagi gossip tentang aku dan dia.


Pak Jowok ini, memang cari masalah betul, desis hatiku. Tangan ku digenggamnya erat. Walaupun hanya memandang dia daripada tepi, tapi itu membuatkan perasaan ku tidak keruan. Terasa darah dah mula naik ke mukaku. Cepat betul ‘mereka’ ini berkerja.

“I tahu I handsome. Tapi, janganlah jeling I macam itu. Takut your types berubah” ujur Noah Harvin separuh berbisik. Aku memandang ke arah lain apabila kelakuanku ditangkapnya. Nafas dihela. Aku memusing badan ku ke belakang. Melihat Elden dan Marilyn yang mengikut kami berdua.

Noah Harvin berhenti di depan scooter antic dan menghulurkan helmet kepadaku. Dan aku mengambil helmet tersebut tanpa sepatah kata. Aku menenung scooter yang ada di depanku. Kemudian, aku memandang kearah Noah Harvin yang tersenyum. Dan dia angguk seperti mengaikan yang kami bakal menaiki scooter tersebut.


Dia ini kadang-kadang full of surprise. Nasib baik aku pakai jean dan T-shirt sahaja hari ini, desis hatiku. Yang penting pakai sneaker pula. Macam tahu kena naik scooter. Aku tersenyum sendiri.

“You ajak dia dating dengan scooter ini ke, Arvin? You kan banyak..”, tanya Elden yang sudah mendekati kami berdua.

“Banyak apa? I just ada scooter ini sahaja sejak daripada dulu”, bidas Noah Harvin pantas. Sebelum sempat Elden nak teruskan kata-katanya. Dia memandang muka Elden dengan riak wajah yang serius. Dahinya dikerutkan seperti memberi isyarat.

“ Kalau hari hujan, macam you’ll nak balik?” soal Marilyn pula. Reaksinya seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Riak wajahnya seperti risau. Tangan Elden dipegang supaya lelaki itu menyokongnya.

“Pakai teksi lah, Alin. Takpun redah je hujan. Romantik dia sampai bila-bila akan diingat.” ujarku memandang muka risau Marilyn dengan senyuman. Noah Harvin memandangku dengan penuh kagum. Matanya bersinar seperti ingin menyatakan sesuatu.


“Illa okay la naik scooter ini. Dah lama nak naik. Akhirnya dapat naik”, tambahku lagi dengan nada yang ceria. Tempat duduk scooter itu di tepuk-tepukku.

“Kalau tak you pakai kereta I. Besok you hantar dekat rumah. Kita orang boleh tumpang parents kita orang balik nanti” Elden memberi cadangan. Masih tidak putus asa dengan pendiriannya supaya kita orang tidak menaiki scooter tersebut.


Aku memandang kearah Noah Harvin menanti reaksi daripadanya. Dan dia membalas pandangan ku penuh makna.

“You tak nak naik scooter buruk ini dengan I ke anak kucing? You malu ke kalau I bawa you keluar pakai scooter buruk ini?” soal Noah Harvin. Mataku ditatapnya begitu dalam. Seperti dia mencari kepastian dan keikhlasan yang ada padaku. Dan helmet di tanganku di ambilnya.

“Siapa kata?! Illa okay je. Kalau Pak Jowok ajak Illa menaiki basikal sekalipun Illa tetap juga ikut Pak Jowok”,kataku dengan memberinya senyuman kepastian. Dan mengambil kembali helmetku.

“Sayang tak tahu ke dia pakai scooter hari ini?”, tanya Marilyn kepada Elden dan Elden hanya mengeleng kepalanya. Aku memasukkan helmet tersebut ke kepalaku. Mungkin mendengar kata-kata daripada Elden & Marilyn, Noah Harvin kini seperti teragak-agak pula.Scooter ditenungnya.

“Apa lagi Pak Jowok. Saya excited ini, nak naik scooter. Hari-hari kena drive kereta. Nak juga rasa benda yang baru.” kataku sambil menepuk bahunya. Yang menyedarkan dia daripada lamunan.

“Okay anak kucing!”, Balasnya. Kali ini kelihatan senyuman di wajahnya. Riak wajahnya yang ragu-ragu tadi berubah. Dia kembali ceria dan semangat seperti awal-awal tadi. Helmet di masukkannya. Dan scooter pun di startnya. Dan dia mula duduk di tempat duduk dan aku mengikutinya selepas itu. Kedua tanganku di ambilnya dan di letakkannya berdekatan perutnya.

“Don’t worry we will be fine. It does gonna be fun today. Even hujan sekali pun, you kan tahu I suka tengok hujan. So, I okay, don’t worry”, kataku sambil memandang Marilyn yang masih kerisauan.

“Ya. Don’t worry. I will protect her. Trust me I will protect her with all my life even hujan sekali pun tak dapat sentuh dia”, kata Noah Harven dengan bersungguh-sunguh. Dengan tanganku yang berada kemas diperutnya, diusap-usapnya. Aku tersenyum dalam debaran dihati. Scooter tersebut mula bergerak dan aku melambai tangan ke arah Marilyn dan Elden.

Destinasi yang bakal kami tuju tak sempat aku hendak menanya tadi. Tambah pula, dengan keadaan kecoh yang dibuat Elden dan Marilyn yang tak membenarkan Noah Harvin menggunakan scooternya, membuatkan aku tak sempat nak bertanya.


“Kita nak pergi mana?” aku mendekatkan wajah ku ke telinga sebelah kirinya.


“Buat memori”, balasnya. Lirikkan tepi matanya memandangku. Kemudian tersenyum. “Nanti bila kita berdua dah tua, dah ada anak cucu, I nak tunjukkan dekat anak-anak dan cucu-cucu kita berdua apa yang buat hari ini. Yang mummy and granny dia sangat special. Dia mata daddy and datuk diaorang”.


Aku terkedu. Perasaan malu mula menjelma. Dan aku tersenyum malu. Adakah ini yang orang cakap malu-malu kucing. Ataupun malu tapi bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience