Chapter 16

Romance Series 49086

Aku terbangun daripada tidurku. Ini terjadi lagi. Kenapa telefonku asyik sahaja mengganggu tidurku. Bilikku gelap gelita. Cahaya daripada telefon di sebelah tepi ku masih berbunyi menerangi bilikku.. Aku mengosok mataku dan mengambil telefonku yang telah pun berhenti. Ah..Sakitnya kepala, desis hatiku. Ini lah effect bangun apabila belum sedia nak bangun.

Entah jam berapa sekarang. Aku sendiri pun tak tahu. Balik dari tempat kerja jam 6.30 petang, aku terus naik bilik dan tidur di atas katil. Pesan orang tua-tua, waktu senja tidak bagus tidur. Tidak bagus untuk otak. Dan paling menyeramkan takut roh kita di sembunyi oleh roh-roh jahat. Tapi kalau dah penat dan mata dah mengantuk, tidur je lah jadinya.

Balik dari lunch tengah hari tadi, aku dengan assistantku terus pergi ke site. Sebab client nak tengok process dan progress restaurant yang tengah di ubahsuai. Selesai site visit restaurant tersebut, kami berdua pergi pula satu site lagi. Project yang satu ini banglo mewah kediaman orang ahli perniagaan. Sebab separuh perabot dan peralatan rumah yang di tempah oleh ahli perniagaan tersebut telah sampai. Nak kena aturkan dekat mana nak letak perabot tersebut seperti yang telah di reka. Dan nak kena check juga perabot itu okay ke tak. Kalau tak, kena reject balik.

Aku ini kalau buat kerja nak tahu A sampai Z betul. Jadi aku tak perlu buat kerja dua tiga kali. Project pun cepat siap. Tak ada delay. Nasib baik lah Abigial Martha ini memahami perangai aku yang nak buat kerja kalau boleh nak sempurna. Di sebabkan itu lah aku sampai dekat rumah betul-betul penat dan terus tidur. Physically and mentally exhausted orang kata

Deringan telefonku membuat terkejut sampai terjatuh di atas tilam telefon tersebut. Dengan keadaan lampu bilik yang masih belum berbuka. Memang gelap gelita keadaan bilikku. Jadi siapa yang tak terkejut!? Itulah, berani sangatkan tidur senja-senja.

Di screen telefonku tertera nama “Pak Jowok”. Apa yang dia nak malam-malam nie, desis hatiku.

“Hello, anak kucing”, kata Noah Harvin dengan nada yang ceria seperti har-hari yang sebelumnya dia menelefonku. Dia ini memang ikut masa dia sahaja kalau nak call. Kadang-kadang, dia call pukul dua belah tengah malam. Kadang-kadang, aku terima call dia pukul satu pagi. Dan, kadang-kadang jam enam pagi. Orang nak tidur dan tengah tidur waktu itu juga dia telefon. Tapi aku tetap juga melayan dia. Otak kata lain. Hati kata lain. Memang dua-dua ini akan tidak berkerjasama dengan tuan badan dia.

Hari ini boleh pula dia awal telefon. Ada apa-apa ke?, desis hatiku.

“ Ermm, Pak Jowok”, balasku malas. Tanganku mencari butang lampu tidur yang ada di atas meja katilku. Bila lampu tersebut di buka terasa silau pula mataku. Yang menyebabkan aku mengosok mataku.

“Tidur ke? Awal juga you tidur?! Rindu I ye? Sebab itu tidur awal sebab nak I masuk mimpi you, kan??”. Kata-kata Noah Harvin menyegarkan mataku. Mula dah perangai dia, desis hati ku. Tak habis-habis dengan pick up line dia. Boleh juga di panggil perasan juga dia nie.

“Tak ada lagi mengantuk dah. Betul-betul terbangun dah saya dengar ayat awak itu. Sebab seram sangat” kataku dengan nada sinis sambil menyentuh rambutku yang lembut. Aku mendengar deraian ketawanya. Pasti terkena hidungnya.

“Apasal seram?”kata Noah Harvin yang masih berbaki ketawa.

“Sebab itu Pak Jowok. Pak Jowok kan dah tua-tua. Karang dah pasal datuk tua yang masuk mimpi saya. Dahlah saya tidur senja-senja begini. Sebab itu seram”, ujurku yang membuatnya masih belum berhenti ketawa. Dia betul ke? Daripada tadi ketawa, desis hati.

“Tadi pukul berapa sampai rumah?” soal Noah Harvin kepadaku selepas berhenti ketawa.

“Jam 6 lebih kot. Sampai je, terus tidur. Letih sangat,” balasku dengan nada seperti mengadu. Aku melihat jam yang berada di dinding hadapanku. Dekat nak pukul 9.30 malam. Patutulah tadi gelap sangat.

“Kalau macam itu, you mesti belum makan, kan?! Nak I hantar delivery tak??” tanya Noah Harvin lagi dengan nada gurauan. Mengarut ke apa mamat ini, nanti kecoh satu rumah ini walaupun di dalam rumah sewaku cuma ada 3 orang sahaja.

Walaupun aku tahu dia bergurau tapi tetap aku merasakan dia seperti serius. Entah-entah kalau aku kata OK or ON, lima mimit kemudian memang dah tercegat depan pintu rumah dah mamat berapa betul ini.

“Tak payah. Terima kasih sahaja,” pantas, ringkas dan laju aku menjawab. Belum masanya lagi untuk dia boleh berdiri tercegat depan rumahku. Walaupun berdiri tercegat sahaja dekat rumah, tapi mahal kos dia.

“Ini mesti takut I tahu rumah you. I tahu tau rumah you. Ingat I tak tahu ke?” ujur Noah Harvin lagi. Gurauan dia memang buat jiwa raga ini tak selesa ketika ini.

“ I buat delivery yer?! Boleh lah?”, semakin terus-menerus dia mengusikku.

“Eiiee… Jangan nak mengada. Dekat rumah saya ada dua lagi housemate.Jangan nak mengada datang rumah, walaupun awak tahu location rumah saya. Awak ingat tak, saya bukan types awak. Jadi rumah saya pun buka types awak juga” kataku dengan nada tegas yang menyebabkan dia ketawa.

“ Okay lah sayang. I tak datang”, ujur Noah Harvin dengan saki baki ketawanya. Aku salah dengar ke dia panggil aku sayang tadi. Aku menyentuh dadaku yang tiba-tiba berdebar mendengar panggila ‘sayang’ daripada Noah Harvin “You ini kan, memang tahu yang you bukan types I”, sambungnya lagi. Hilang dah debaran di jiwaku apabila mendengar kata-kata keramat tersebut.

“Mestilah saya tahu. Kalau hari-hari dengar ayat yang sama. Terpahat teguh tau ayat itu di hati ini”, balasku sinis. Boleh pula dia ketawa apabila mendengar kata-kataku itu.

Memangkan kerja dia menelefonku, sekadar nak mengusik dan nak aku dengar dia ketawa kali. Kalau aku bukan types dia kenapa nak menelefon aku pula? Cari yang memang types dia. Menyampah pula apabila ku fikirkan. Rasa macam nak tutup telefon sahaja aku ketika ini.

“ Janganlah marah, anak kucing. I main-main je. I sahaja nak dengar suara you yang nak marah itu. I rindu sangat wajah you apabila you nak lawan balik tapi you tahan, lepas itu tunjuk muka menyampah dan tak puas hati you. Lepas itu lagi, lima minit kemudian, you boleh tunjukkan muka lembut dan sweet you dengan senyuman dibibir you. I really miss your faces right now”, kata Noah Harvin dengan panjang lebar memujuk. Ke itu luahan hati dia yang sebenarnya.

Mula lah itu nak buat hatiku ini cair balik. Lepas itu nanti, dia tayang kata aku ini bukan type dia, desis hatiku.

Siapa pun boleh cair kalau dengar setiap patah perkataan daripada mulut dia itu. Sebab itu speciality dia, untuk mencairkan hati wanita dengan muka dia dan ayat-ayat manis dia.

“Ye la sangat itu. Hampir menjadi cecair ais batu hati saya tadi. Tapi nasib baik stage dekat hati saya ini keras sikit”, ujurku dengan nada memperli dan ketawa yang dibuat-buat.

“I serius lah,”kata Noah Harvin. Tegas. Macam lah aku tak tahu yang orang macam dia jarang nak serius.

“Sebab itu besok I nak ajak you keluar. Besok kan weekend. Tak keja. Lagipun you masih berhutang dengan I. Remember you nak belanja I makan”. Kali ini aku terkaku. Otak mula memproses ayat yang aku dengar.

Keluar dengan dia? Secepat ini? Aku mengosok mukaku. Besok aku ada janji dengan Marilyn nak tengok value majlis dia dan bagi pendapat tentang decoration value itu nanti. Cakap saja tak nak la. Aku tak nak jumpa dia sekarang, desis hatiku.

“Besok? Besok saya ada janji dengan Alin, nak tengok venue majlis dia nanti”, balas ku dengan nada yang teragak-agak.

“Bagus lah kalau macam itu. I ikut sekali. Lepas itu kita makan dan keluar berdua. Rasanya Alin tak kisah kot. Support lagi dia nanti,” kata Noah Harvin. Teruja nada suaranya.

Terdiam aku seketika nak menjawab. Kenapa tak alasan yang bagus ini, desis hatiku. Otakku mula berfikir mencari alasan yang logic. Kalau dia ikut kan susah aku nanti. Mesti Marilyn akan mengusik aku.

“Rasanya tak perlu awak ikut kot. Sebab kita orang akan lama dekat situ”, cobaanku untuk membuat Noah Harvin membatalkan niatnya untuk keluar denganku.

“Sampai jam berapa you all balik?”, tanyanya dengan bersungguh-sungguh. “I boleh tunggu you” tambahnya lagi.

“Pukul 4 or 5 petang”.

“ Wait… Wait… You sebenarnya tak mahu kotakan your promise hari itu kan? That’s why you give me a lot of excuses”, sergah Noah Harvin yang membuatku tersentak.

“Mana ada… Kita orang,.. memang lama dekat situ”, balas ku tergagap-gagap dan coba untuk menyakinkan dia.

“Tak?! No.. You memang tak nak keep yours promise. You nak larikan kan?” desak Noah Harvin lagi dengan nada yang serius. Sekali lagi aku terkasima mendengar. Macam mana ku nak jawab ini, desis hatiku “I can call Elden and ask’s him to cancel your appointment with Alin. You two pergi another day. Are you still don’t want to go out with me?”, berbau ugutan nada suara Noah Harvin kali ini

“Wait!? Okay!! We go out tomorrow. Saya kotakan janji belanja awak makan. Jangan call Marilyn or Elden untuk cancel appointment kita orang besok. Kita orang habis pukul 1”, kataku. Mengalah juga aku akhirnya.

Kalau dia menelefon Marilyn or Elden, habis semua benda tergendala. Kalau tengok cara Marilyn dan Elden layan dia hari itu, memang dia orang akan kata okay. Mungkin Noah Harvin pekerja yang bagus dan dia kesayangan dia orang.

“Okay. Bagitahu I dekat mana nak jumpa. Or tempat mana you all berjumpa. Better I tanya Alin or Elden. Takut you bagithu I tempat lain pula”, katanya.

“Okay saya bagitahu. Dekat The Daydream Garden. Saya tak tipu, jangan kacau dia orang Alin dan Elden malam-malam begini”, kataku dengan nada yang seperti yang merayu pun ada, takut pun ada.

“Haa., tahu takut?!”, kata Noah Harvin dengan nada ceria di hujung telefon. Gembira lah itu sebab dia dah menang. “I have to go now. You lepas ini nant jangan tak makan untuk isi perut. Karang gestrik I juga yang susah hati. Lepas itu, jangan lupa mandi. I tahu you belum mandi, bau tau sampai I boleh hidu dekat sini”, ujurnya lagi dengan nada bergurau tapi lembut. Tersenyum sendiri aku mendengar kata-katanya itu.

“Okay! Dan you have fun!? Saya tahu spesis macam you keluar Friday night. Friday night siapa yang tak keluar?!” bersahaja nada suaraku.

“You!! You yang tak keluar Friday night”, balas Noah Harvin dengan ketawa. Aku lagi yang kena, desis hatiku. Tapi betul juga. Aku mana pernah keluar malam. Jarang sangat-sangat. “I dah nak balik sebenarnya. I keluar makan je dengan kawan-kawan I, tak pergi mana-mana pun. Lepas habis dating dengan you dekat telefon ini, I balik”, tambahnya lagi. Seperti dia tahu apa yang di fikiranku. Ye lah kan, Friday Night mesti lah orang macam dia pergi clubbing. Dan ayat dating sengaja ditekankan.

“Safe drive nanti. Dan good nite”, kataku ingin mengakhiri perbualan kami.

“Good nite anak kucing. Dream of me tonight and see you tomorrow”, kata Noah Harvin dengan nada gembira.

Aku yang mendengar ayat “tomorrow”nya tadi itu terus gementar. Macam mana dengan hari besok. Entah ke mana dia membawaku besok. Dan yang pasti aku mengikut sahaja. Habis perbualan itu aku terus ke bilik mandi dan membersihan diri. Setelah segar dari membersihkan diri, aku turun ke bawah. Andrianne tengah menonton tv seorang-seorang. Melihat kehadiran ku, dia tersenyum dengan gembira dan menyuruh ku makan makanan yang dia telah masak petang tadi. Katanya waktu nak makan tadi dia ada ketuk pintu, tapi aku tak membuka pintu. Dan dia tahu aku tengah tidur ketika itu dan tak nak kacau aku. Aku agak Nonny mungkin dah keluar date dengan boyfriend dia sebab itu tak ada sekali dengan Andrianne tengok tv.

Aku menjamah apa yang ada depanku. Dan seketika itu otakku memikirkan apa yang bakal terjadi besok hari. Aku tahu besok hari yang indah walaupun aku coba menindakkanya. Dan aku sendiri tak sabar walaupun merasa gementar. Dan hati ini tidak sabar untuk berjumpa dengan si dia. Dan aku masih tercari-cari makna dan erti perasaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience