Tangan ku berhenti melakar apabila telefon di sebelahku berbunyi. Tertera nama ‘Pak Jowok’ di skrin yang membuatku tersenyum. Ada benda lah dia telefon aku malam-malam begini ini. Mesti nak kacau dan usik aku. Memang tak sah kalau dia tak menelefon satu hari. Selepas kejadian minggu lepas dia tiba-tiba menghilang diri, dan pada hari dia menghantar kawan dia sebab alasan untuk dapat tiket ‘date’ dengan aku, dia telah kembali kepada perangai dia yang biasa. Alarm aku waktu pagi dan juga pengacau waktu tidur aku. Tengah malam dalam keadaan mamai, aku tetap juga mengangkat panggilan telefon daripada dia. Kalau tak di angkat, dia akan telefon sampai aku mengangkat panggilan dia. Yang peliknya, tetap juga aku melayan karenah dia itu. Sikap suka mengusik Noah Harvin semakin menjadi-jadi. Upgrade dah pick line dia. Semakin daring ayat-ayat dia.
Kadang-kadang aku rasa aku betul-betul istimewa dalam hati dia apabila dia selalu mengambil berat tentang mood aku, makan minum aku dan kesihatan aku. Semua benda yang remah dia message tapi itu buat hati ini berbunga setiap hari. Namun apabila dia dah sebut “you’re not my types” terus perasaan berbunga itu hilang. Mungkin juga dia anggap aku sebagai kawan dia juga. Layanan yang dia berikan kepadaku membuat aku keliru. Dan pada masa yang sama aku keliru dengan perasaan aku sendiri.
“Hello anak kucing,” kata Noah Harvin dengan nada yang ceria di hujung corong telefon.
“Hello, siapa nie…? Kenapa number ini tidak ada dalam list contact…?You salah number la..” kata ku dengan nada penuh berpura-pura tidak mengenali Noah Harvin. Suaraku, aku tukar juga. Seketika dia terdiam dan terasa hening sekali. Mesti dia tengah check number telefon, desis hatiku. Aku cuba menahan ketawa.
“Eh…Betul... I dail number yang betul”, katanya dengan teragak-agak. “Anak kucing jangan main-main..”, desaknya untuk kepastian.
“You cari anak kucing. I tak jual anak kucing and you salah number. Ini number anak saya Grace Adele,” kataku lagi dengan nada serius namun sebenarnya mengolok-olok dia. Entah kenapa aku terasa nak main-main dengan dia hari ini. Selalu dia yang mengusik aku. Biar dia rasa hari ini. Ketawa ku hampir pecah.
“Grace Adele?! Ya.. I cari Grace Adele. Errr.. I bercakap dengan siapa ini?”, tanya Noah Harvin dengan nada lembut dan tergagap-gagap pula. Macam takut pun ada.
“Saya..?! Saya mama Grace Adele. Apasal awak call anak saya malam begini,” balasku lagi dengan pura-pura menjadi mama. Siap tiru nada suara mama gitu.
Noah Harvin mendiam diri di telefon. Dan kemudian dia menarik nafas. Mesti tengah nervous sekarang. Padam muka, desis hatiku.
“I..saya.. I..saya..”kata Noah Harvin dengan tergagap-gagap lagi.
“I..saya.. awak nak apa dengan dia?”sergah ku dengan tiba-tiba. Aku pasti Noah Harvin terkejut. Entah macam mana muka dia ketika itu. Aku mula membayangkan muka putih dia merona merah.
“I love her.. Eh..Tak, saya nak cakap dengan dia”, kata Noah Harvih. Ketika itu aku dah tak dapat tahan tertawa. Berdekah-dekah aku ketawa.
Dalam keadaan tertawa terasa panas muka ku mendengar kata-kata dia tadi. Ishh.. dia ini, dalam keadaan macam ini boleh pula dia aku berdebar.
“You aahh. Anak kucing. How dare you! Kalau you depan I sekarang, memang I takkan lepaskan you”, kata Noah Harvin setelah memahami situasi yang aku mengenakan dia. Nada suaranya seperti menahan geram.
“Awak betu-betul buat perut saya sakit sebab ketawa”, kataku dengan saki baki ketawaku. Rasanya mulutku dah mula kejang pula sebab terlalu tertawa.Tak pernah aku tertawa sebegini.
“You love me? Akhirnya, you admit that’s you love me. Sungguh saya tak sangka dengar itu daripada mulut Pak Jowok”, ujarku dengan nada berseloroh. Dengan mendengar sendiri dia mengaku sayang dekat aku membuat hatiku terusik. Berdetak pantas jantungku apabila mendengar kata-kata Noah Harvin begitu tadi.
“Ketawa lah puas-puas” bentak Noah Harvin masih tak puas hati.
“And I memang admit yang I love you. Tapi still you’re not my types”, tambah Noah Harvin lagi dengan nada geram. Memang tak puas hati sangat lah itu sebab aku dah kenakan dia.
“No matter what, you cute. And I like you. Saya boleh bayang kalau awak betul-betul bercakap dengan mama saya macam itu, entah apa yang terjadi”, kataku dengan tertawa lagi.
“What were you saying again?” soal Noah Harvin. Nada suaranya berubah. Dia sungguh tidak percaya dengan apa yang di tengah dengar.
“Awak bercakap dengan mama saya”, balasku.
“No. no. There are something you says before that”, kata Noah Harvin lagi. Suaranya seperti teruja. Semakin aku keliru. Aku cuba mengingat kembali apa yang aku katakan pada dia tadi. Otak diperas sedaya upaya yang mungkin untuk berkerja.
“Don’t beat around the bush. You says that you like me”, ujar Noah Harvin dengan deraian ketawanya.
Aku terdiam seketika. Aku menutup bibirku apabila aku mengingat kembali kata-kata ku tadi. Seperti tidak percaya. Sungguh aku tidak sedar dengan apa yang aku luahkan. Alamak. Habis lah, desis hatiku.
“Tak ada lah,”bentak ku. Ada nada getaran di suaraku tetapi aku kawal. Mukaku mula panas.
“Ada lah. I dengar dengan jelas tadi”, bidas Noah Harvin mempertahankan apa yang dia dengar. Tapi nada gembiranya tak dapat dia sembunyikan.
“Kalau macam itu, I tutup telefon.”, kataku dengan mengugut. Rasa malu mengelubungi diri ku. Apasal aku boleh terlepas cakap macam itu, desisku.
“Heii.! Tunggu dulu..”, tahan Noah Harvin coba menghalangku daripada meletak telefon . “Okay..okay. I tak dengar apa yang you cakap tadi walaupun I dengar”, ujarnya lagi dengan nada nakalnya. Aku menutup mataku. Perasaan malu itu masih ada lagi.
“Eeii..mana boleh macam itu”, kataku dengan nada manja tapi dalam hatiku, aku masih tidak menerima hakikat apa yang aku keluar daripada mulutku.
“Habis I nak buat macam mana sayang? You yang katakan yang you like me”, kata Noah Harvin dengan lembut. Bergegar jiwa ku apabila mendengar suara romantic dia yang memanggilku sayang. Tapi tak lama lagi mesti cakap aku bukan types dia, desis hatiku.
“Just remember that you’re not my types walaupun saya tersasul cakap ‘tuut’ tadi”, pintaku yang membuat Noah Harvin tertawa. Aku mengaru kepala ku yang tak gatal dan mengatur rambut ke belakang. Kemudian aku menyandar kepala sofa.
“Anything for you, babe”, balas Noah Harvin. Aku mula terdiam. Siling di atas bilik tidur ku, aku tenung. Entah kenapa aku boleh terlepas cakap dan tak sedar. Itu lah ada perpatah menyatakan terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata. Terimalah hakikat itu memang telah terkeluar daripada mulutku.
Tetapi aku akui suara dia teragak-agak dan nervous memang cute. Dan aku suka dia macam itu. Aku boleh bayangkan macam wajah dan reaksi dia ketika nervous ataupun tak ada confident. So, sweet desis hatiku.
“Hello! Grace.. anak kucing... Are you there?” Suara Noah Harvin tersebut mengejutkan lamunan ku. Aku masih mendiamkan diri. Nafas dihela.
“Okay.. We stop cakap pasal benda tadi. Tapi next time kita bincangkan lagi. Kalau kita keluar date.”
Tersentak aku dengar kata-kata Noah Harvin itu. Melayang jauh mindaku. Mengugut kah itu? Air liur ku telan. Bersedia sahaja lah aku ketika berjumpa dengan dia nanti.
“So, macam besok? Jadi tak pergi site. Tengok tempat Irene”,soal Noah Harvin mengubah topic perbualan kami.
“Jadi… Plan besok nak pergi jenguk building dia orang. Nak ambik gambar. Sebab saya nak buat design plan dan nak bincang pasal material sekali. Lepas itu mungkin saya present design plan itu.”, terangku sambil menatap komputer yang berada depanku. Dengan adanya gambar-gambar yang dihantar oleh Nollan Spence dan Marsha Irene, aku membuat sedikit dahulu lakaran plan. Kalau ada kesempatan besok aku nak tunjuk juga dekat dia orang.
“Nak I temankan besok?”, tanya Noah Harvin. Terkedu aku. Dia dah mula dah dengan perangai nakal dia, mengusik aku.
Nak hantar aku? Dia hendak hantar aku? Dah lah Abigail Marie dan Jessica ikut juga besok. Habis kena gossip satu ofis kalau dia menghantarku, desis hatiku.
“Err..Tak payah lah, Pak Jowok. Ada dua orang kawan ofis saya akan mengikut nanti,” pintas ku. Aku sememangnya cepat menggelabah apabila Noah Harvin bertanya pasal benda macam ini.
“Okay.. okey..kalau tak nak. Habis kita bercakap nanti offer dia tamat tau” usik Noah Harvin. Dia tidak akan berhenti untuk mengusikku. Aku tahu itu.
“Noktah. Tutup je offer itu. Saya tak nak”, ujarku bersahaja.
“Sombong nyer...” Noah Harvin ketawa kecil. Mendengar Noah Harvin ketawa daripada tadi membuat aku tiba-tiba rindu dekat dia. Walaupun dia tengah berbual dengan aku sekarang. Aku membayangkan wajah dia yang selalu tersenyum dan mengusik aku, membuat jiwaku kacau. Patutkah aku mengajak dia keluar besok? Ah.. tak boleh..Fokus Illa. Fokus, desis hatiku.
“Tak nak tidur lagi”, tanya Noah Harvin yang mengejut lamunan ku. Aku memandang lakaran yang di atas meja dan menenung computer ku. Banyak benda yang perlu selesaikan.
“Belum lagi kot. Nak siapkan sikit lagi kerja ini. Kalau awak nak dah tidur, awak tidur lah dulu. Kita tamatkan perbualan kita dekat sini”, ujarku dengan nada lembut. Aku memandang jam dinding. Dah nak dekat jam 1 pagi. Lewat dah ini.
“I tak lah mengantuk sangat. I boleh sahaja temankan you habiskan kerja you itu”, kata Noah Harvin. Alahai, sweetnya, desisku.
“Tak apa lah. Awak tidur je dulu. Kalau awak temankan saya habiskan kerja saya ini, rasanya tak habis kerja saya nanti. Sebab layan awak bercakap saja. Lepas itu besok siapa nak bangunkan saya”, kataku dengan nada manja dan nakal yang membuatnya ketawa.
“Oh… Macam itu ke?! I kena tidur awal sebab kena bangunkan you. Kalau macam itu, kita kahwin nak? Senang lagi I bangunkan you hari-hari”, kata Noah Harvin. Dia bergurau ke? Aku salah dengar. Aku merasa debaran didada. Jantungku bagaikan ingin tercabut.
“Ye lah. Bukan ke itu dah memang ‘tanggungjawab’ awak selama ini. Awal-awal pagi call orang,” jawabku dengan tertawa yang dibuat-buat. Sungguh aku tidak tahu bagaimana mahu bagi reaksi dengan ayat dia tadi.
“Jadi kena tutup lah ini”, tanyanya dengan teragak-agak.
“Ya…” balasku mendatar. Suasana hening. Aku mendengar helaan nafas berat daripada Noah Harvin.
“Okay lah... Jangan rajin sangat buat design plan dia orang Allan dan Irene itu. Kalau you sakit bukan diaorang yang akan susah, tapi I yang bakal susah. Boyfriend you ini yang susah,” tambah Noah Harvin dengan nada bergurau.
“Okay.. Sweet dream dan good nite. Besok jangan lupa bangunkan saya tau boyfriend”, kataku lembut dan saat itu juga aku menutup telefon. Aku tidak pasti Noah Harvin mendengar kata-kata aku itu sebab aku sengaja kecilkan suara juga tadi.
Telefon ku bergentar tanda message masuk. Nama Noah Harvin tertera.
‘Sweet dream and good nite, girlfriend. Love you’ -Noah Harvin
Aku menyentuh pipiku yang mula memanas. Andai tadi jantungku seperti ingin tercabut tapi sekarang nyawaku seolah-olah melayang jauh daripada tubuh. Sungguh aku ingat dia tidak mendengar kata-kataku tadi. Mahu saja aku menjerit ketika itu sebab malu dengan diri sendiri.
Beberapa minit aku mencari ketenangan sebelum aku meneruskan kerja ku yang terhenti tadi. Kerja ini tidak dapat siap hari ini. Tetapi aku sedaya upaya menfokuskan mata dan otakku terhadap kerja yang ada di depanku. Mataku sudah pun berair dan berapa berkali menguap. Apa-apa pun kerja ini perlu di siapkan, desis hatiku.
Share this novel