Chapter 13

Romance Series 49087

Masa berlalu berjalan begitu cepat. Sampai sahaja di Ayana resort, aku terus mandi dan bersiap nak berjalan Sukawati Art Market dan Ubud Traditional Art Market. Begitu juga dengan Marilyn telah pun bersiap. Miss Annie telah pun balik malam semalam dengan bos dan krew dia. Staffanie datang ke bilik setiba kami berdua sampai di hotel. Dia menghantar beg dan barang kami berdua yang lain; di bawa balik semalam. Kemudian dia sempat menceritakan yang mereka yang lain-lain berjalan dekat pasar malam berdekatan. Penuh semangat dan gembira dia bercerita. Kemudian Marilyn menunjukkan juga barang yang dia telah borong di Lembongan Island. Yang membuatkan Staffanie terkejut dengan apa yang dia lihat terutama baju yang aku tadi. Cantik katanya. Siap nak minta beli juga nanti.

Perjalanan Sukawati Art Market mengambil masa 1 jam 13 minit. Kami mengguna 2 buah van persiaran yang telah di booking oleh pihak Ayana Resort. Boleh tahan juga barang yang aku borong. Mana taknya, semua orang beria-ia pesan sebelum aku berangkat. Nasib baik ada budget lebih bulan ini. Ada itu, siap kirum wang untuk beli batik Bali. Dua jam lebih lepas itu kami bergerak pula pergi ke Ubud Traditional Art Market yang mengambil masa 27 minit.

Sampai di Ubud Art baru lah aku perasan yang kelibat Noah Harvin tak ada. Entah kemana dia pergi aku sendiri pun tak tahu. Mungkin dia letih dan tinggal dekat resort sahaja kali. Mungin aku terlalu sibuk membeli barang sampaikan tak tahu dia tak ikut sekali. Lagipun van dia orang lelaki berlain dengan perempuan. Nak tanya dekat Marilyn tapi takut kena usik. Jadi aku biarkan sahaja. Di Ubud Art mengambil masa 2 jam untuk kami berjalan sebelum balik ke resort.

Sampai di bilik resort, aku terus duduk di sofa sambil mengurut kakiku yang lenguh, kepenatan. Marilyn pula telah melabuhkan badannya di katil. Dengan pula barang yang dia beli bertaburan di tepi katil tersebut. Aku rasa dia puas hati membeli barang hari ini. Sebab gift untuk tetamu di majlis dia nanti telah pun siap di belinya. Yang tinggal untuk decoration sahaja nanti katanya. Siap dah tempah aku untuk menolongnya.

"Illa.." kata Marilyn yang menghentikan lamunanku. Aku melihatnya bangun. Dan mencari sesuatu dekat beg dan telefon di keluarnya. "Illa tak tercari Noah ke?", tambahnya lagi sambil memerhatikan aku.

"Illa perasan lah dia tak ikut kita berjalan", kataku.

"Dia bukan tak ikut. Dia dah balik dah", kata Marilyn sambil bangun dari katil dan menghampiriku. Aku memandang Marilyn dengan muka yang penuh tanda tanya dan agak terkejut.

"Oh. Ye ke?" kataku sambil mengangguk sahaja, pura-pura tidak terkejut. Aku melihat Marilyn tersenyum.

" Tak payah nak buat muka cool macam tak ada benda berlaku." Katanya yang kini telah pun duduk di depanku. Aku hanya tersenyum sinis.

Sengaja nak kenakan aku, desis ku. "Dia pesan supaya jangan suruh Illa tidur takut tertinggal lagi. Lepas itu kirum salam sayang", kata Marilyn lagi dan kini dia ketawa.

"Taka da makna nak sayang2 la. Dia dah balik. Tak bagitahu lagi" kataku dengan nada yang acuk tak acuk. Marilyn menghampiriku dengan tersengihnya.

"Jadi sakit hati lah. Merajuk lah. Alah kasihan. Nanti akak Alin tolong bagitahu 'tuan badan' yang membuat Illa sakit hati dan merajuk itu ye", kata Marilyn sambil mengusap rambutku dengan ketawa.

"eiiee.. ke situ pula. Dah lah. Cepat kemas barang Alin itu. Kejap nanti nak gerak ini", kataku dengan menolaknya lembut. Dia hanya ketawa kesukaan melihat aku yang seperti gelabah.

"Ye la. Yela.. awak itu pun sama juga", kata Marilyn dengn saki baki ketawanya mengusikku dan kemudian dia berjalan kearah barang2nya, untuk mengemas.

Melihat aku yang dah habis mengemas, dia meminta pertolongan aku pula. Bila aku tolong dia boleh pula siap dengan cepat. Dan ketika itu Elden datang ke bilik menanya kami berdua dah siap ke tak. Selepas memastikan barang sudah di simpan di dalam van, kami mula bergerak ke airport. Rasanya macam sekejap sahaja perjalanan kami ke airport dah sampai. Selepas check in barang dan kami mulanya mencari pintu masuk ke kapal terbang. Rasanya perjalanan kami memang berjalan dengan lancar. Tanpa banyak masalah. Sampai airport pun pada tetap masa juga.

Kira-kira dekat nak tengah malam kami sampai di Dormount Capital. Sepanjang di dalam flight aku tiba-tiba teringat dekat Noah Harvin. Mungkin ada sebab dia balik tanpa bagitahu aku.  Tapi apa sebab dia. Walaupun aku bukan types dia, tapi setidaknya perlu juga dia bagi tahu aku. Sebab dia orang yang lain dah tahu dia balik awal. Hanya aku yang tidak diberitahu oleh Noah Harvin. Mungkun memang aku bukan types dia, desis aku.

Andrianne melambai kearah ku dengan penuh kegembiraan. Dia datang dengan satu lagi housemate. Selepas berpelukkan dan bersalam dengan yang lain aku meminta diri. Marilyn memelukku erat dan dia mungkin akan minta tolong aku pasal decoration value dan gift untuk tetamu majlis dia nanti. Aku mengangguk tanda mengiakan. Selepas itu kami orang pun berpisah mengikut haluan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience