TELATAH Rose dan Orkid yang duduk sebelah menyebelah dengan ku membuatkan aku tersenyum. Tangan kecil mereka mencungkil isi jelly blueberry dalam cup kecil yang diberikan oleh Kak Jac. Tersangat lah comel aksi mereka berdua di mataku. Geram pula aku.
Sampai sahaja tadi, aku dan ‘dua ketul’ berdua ini duduk di kerusi khemah yang telah tersergam dirikan di halaman rumah Mak Long. Kata Kak Jac, dia tidak akan lama di dapur bersama mama. Dia akan kembali mendapatkan aku untuk tukar shift menjaga Rose dan Orkid. Dengan itu dapat lah ku bertugur sapa dengan saudara-mara di dalam rumah. Bapa dan Abang Gabriel pula rasanya berkumpul dengan kaum lelaki. Terpadam sahaja enjin kereta, panjang sungguh kaki mereka berdua meninggalkan kami semua.
“Sedap..?” soal ku sambil mengelap bibir Orkid. Orkid mengangguk, tersenyum kesenangan. Begitu juga dengan Rose. Muka si kecil Orkid dah comot dengan jelly yang dia makan. Si kakak masih okay. Tapi dia mengangkat muka, mulut dimuncungkan, meminta ku mengelap bibirnya dia. Kenapa comel sangat anak buah aku ini, desis hati ku.
“Auntie mahu?” tangan kecil Rose mencungkil jelly. Sudu kecil ditangan diangkat, perlahan bergerak mendekati mulutku. Aku tersenyum dan tangan kecil itu masih menunggu aku untuk menyuap jelly daripada tangannya. Lantas aku pegang tangan kecil itu. Jelly di sudu kecil itu masuk ke dalam mulut ku.
“Sedap tak Auntie”, soal si petah Orkid. Seperti memulang paku serpih pula budak seketul Orkid ini. Mana taknya aku berfikir begitu, soalan yang aku tanya dekat mereka berdua, disoal kembali dia dekat aku. Aku tersenyum.
“Ermm..sangat sedap…” kata ku dengan aksi mengangkat ibu jari ku. Sebagai tanda jelly yang di berikan oleh Rose tersebut, sedap. Reaksi ku itu membuat Rose dan Orkid tertawa. Lucu kali di mata mereka berdua. Pipi mereka aku cium. Geram dengan gelak mereka berdua. Echo gelak tersebut menyenangkan ku telinga ku.
“ Ingat Uncle lagi tak?” soal seorang uncle, yang telah berdiri di depan ku. Entah daripada mana arah uncle itu datang. Seperti angin. Tidak pula aku sedar kehadirannya.
Walaupun keliru, aku cuba tersenyum. Takut nanti pakcik tersebut menganggap aku sombong. Mana tahu uncle itu saudara. Tapi aku tak kenal dan ingat. Lagi satu aku dah lama tak hadir keramaian yang melibatkan ahli keluarga besar berhimpunan macam sekarang ini. Jadi aku berhati-hati.
“Uncle, saya minta maaf dulu. Bukan saya sombong atau ape.. saya tak berapa nak ingat siapa uncle…” lembut suara ku membalas pertanyaan unlce tersebut.
“Oh.. tak apa…uncle main serbu tanya tanya kamu.. Dulu kamu kecil lagi ke rumah Uncle. Memang patut kamu tak ingat..” kata Uncle tersebut, tersengih. Dia mengaru kepala.
“Uncle…Uncle Michael…Uncle Mike…” ujarnya lagi memperkenalkan diri, dada disentuhnya.
Dek kerana terkejut mendengar nama Uncle yang berada didepanku itu, terbatuk-batuk aku. Tekak terasa kering. Sungguh aku tak sangka berjumpa dengan Uncle Michael dekat sini. Kalau difikirkan balik kawasan kecil seperti kampung ku memang senang nak terjumpa. Lagipun Uncle Michael memang diam di kawasan berdekatan. Jadi tidak mustahil aku akan terjumpa dia sekarang ini.
“ Ohh…Uncle Michael… Uncle apa khabar?” soal ku, cuba meramahkan diri. Tapi ada nada kekok.
Wajah Rose dan Orkid silih berganti ku pandang, sebelum memandang wajah Uncle Michael. Bibir diukir senyuman semanis yang mungkin untuk menyembunyi perasaan.
“ Macam ini lah Illa…Uncle sihat. Tapi semakin tua. Rambut pun semakin berwarna putih. Mungkin sebab itu Illa dah tak kenal Uncle lagi...” Uncle Michael tersengih, bergurau. Saat itu kelihatan kedutan di wajah dia, seperti yang di miliki bapa. Menunjukkan umur dia yang sudah setengah abad.
Lega sikit rasa hati. Nasib baik Uncle Michael faham situasi ku. Sememangnya mustahil untuk aku mengingat wajah yang di miliki oleh Uncle Michael jika masa aku menemui dia ketika umur ku 5 tahun. Ada pun hanya gambaran yang diberitahu oleh mama dan bapa dahulu, kami sekeluarga menziarahi Uncle Michael sekeluarga. Dan aku tergedik nak minta kahwin dengan anak Uncle Michael.
Apa lah reaksi Noah Harvin kalau aku bagitahu dia yang aku gedik minta nak berkahwin dengan anak Uncle Michael ketika waktu kecil. Teringin pula aku melihat reaksi dia. Teringin nak dengar nada suara cemburu dia lagi. Tapi itu lah, cemburu dia bersama dengan nak merendah diri sendiri.
“ Uncle sorang ke? Auntie tak ikut sekali” tanya ku lagi, minda ku kembali kepada uncle di depanku. Minda ku pandai sangat merayap mengingat Noah Harvin saat ini.
Mata ku mula melilau mencari kelibat isteri Uncle Michael. Macam lah aku ingat wajah isteri Uncle Michael. Tapi itu lah adat, berbahasa dalam perbualan.
“ Ada Auntie kamu ikut… Tapi dia dengan group wanita dekat dapur rasanya… Uncle ini balik dari group lelaki tadi…uncle ada jumpa bapa kamu. Dia yang bagitahu kamu dekat sini… saja Uncle nak berjumpa dengan kamu, sebab lama tak berjumpa…” kata Uncle Michael.
“ Oh..bagus lah Uncle dah jumpa bapa. Bapa dan abang keluar sahaja dari kereta terus tak nampak wajah lagi…Illa ditinggalkan dengan budak berdua ini sementara mama dan Kak Jac menyapa senak saudara dekat dapur…Sepatutnya tadi abang lah yang ditugaskan menjaga mereka berdua. Tapi uncle tengok lah, wajah pun tak kelihatan lagi..pandai betul dia melarikan diri…”ujar ku seperti meluah. Ada lah sedikit tak puas hati bila teringatkan Abang Gabriel yang beria setuju untuk menjaga anak-anak dia dalam perjalanan tadi. Akhirnya, batang hidung dia pun aku tak nampak.
“ Biar lah Illa…sesekali sahaja abang kamu begitu”.
“ Bukan apa Uncle…Illa dah lah jarang balik…lama pula itu tak berjumpa dia orang sepupu-mupu, Pak dan Mak saudara, saudara mara…Illa cuma takut nanti ada pula yang ingat Illa ini sombong, tak pandai menyapa dan bergaul dengan orang…” ujar ku lagi, kini lebih kepada merungut. Emo tiba-tiba rasa diri ini bila memikirkan itu akan terjadi nanti. Manusia di dunia ini bukan ingin tahu kebenaran ataupun cuba untuk memahami. Sebaliknya, mereka lebih suka membuat tafsiran dan andaian sendiri, bersamaan menilai dan menghukum.
Aku melihat senyuman nipis terukir di wajah Uncle Michael.
“ Ishh…Siapa berani cakap begitu…?! Tak apa… Kalau ada yang cakap begitu dengan Illa…Nanti Uncle tolong support Illa, cucu Rose dan Orkid juga ada untuk support Auntie mereka… Berani mereka cakap begitu tentang Illa… ” ujar Uncle Michael, memujuk ku. Tersengih aku mendengar. Yang lebih membuat ku ingin tertawa bila melihat reaksi Rose dan Orkid, mereka berdua mengiakan dengan sorokkan bila Uncle Michael menanya mereka samaada akan sokong aku. Tak tahan geram kecomelan mereka, tangan ku menggeletek pinggang Rose dan Orkid. Tertawa kegelian mereka berdua.
Uncle Michael tersenyum senang hati melihat reaksi ku.
“ Jadi, Illa kerja dekat mana sekarang? Dulu-dulu, bapa kamu ada juga bagitahu Uncle pekerjaan kamu, interior designer kan..?” soal Uncle Michael. Menukar topik. Terus sahaja wajah Uncle Michael yang tidak lekang dengan senyum itu aku pandang. Dan berhenti mengusik Rose dan Orkid.
Senyuman di bibir milik Uncle Michael menunjukkan dia seorang yang murah dengan senyuman dan penuh ramah. Agak-agak anak lelaki dia pun peramah juga, kan? Eh.. tiba-tiba pula gatal nak tahu pasal anak lelaki Uncle Michael, awak dah kenapa Grace Adele, tegur hati ku.
“ Ya.. begitu la Uncle…itu lah pekerjaan saya. Kerja biasa-biasa je, berkerja dekat compani kecil…” ujar ku, penuh dengan nada merendah diri dan sopan. Takkan aku nak bagitahu aku bekerja dekat compani besar. Buat malu diri sendiri meninggikan diri tak bertempat. Sedangkan mama dan bapa selalu memuji anak Uncle Michael itu kerja arkitek dan pada masa yang sama seorang pensyarah. Dekat situ aku pasti anak Uncle Michael itu, lebih besar compani tempat dia berkerja jika di banding aku.
“ Itu pun kerja juga Illa…Kamu terlalu merendahkan diri..pandai bapa kamu didik kamu. Sedangkan perkerjaan kamu sangat bagus dan di pandang tinggi…tapi tetap kamu merendahkan diri…”ujar Uncle Michael. Aku sekadar tersenyum malu dengan telinga terasa panas bila mendengar pujian Uncle Michael.
“ Betul Uncle…kerja Illa biasa-biasa sahaja. Bukan doktor ataupun penjaga keamanan dan keselamatan negara yang patut dibanggakan sangat…mesti bapa ceritakan dekat Uncle banyak ‘kuah daripada isi ini’…” kata ku bersungguh tapi dalam nada mengusik. Aku sememangnya sangat mengagumi pekerjaan mereka yang menjaga keamanan dan keselamatan negara. Sebab bapa adalah bekas pegawai polis.
“ Anak yang baik dan membanggakan nama keluarga, memang patut dipuji Illa… Bapa kamu bertindak dengan betul bila dia memuji kamu…”
“ Bapa terlebih memuji saya depan Uncle…” ujar ku. Rambut kedua-dua anak buah ku aku usap. Menutup perasaan malu. Tapi perasaan bahagia itu ada. Sebab bapa memuji ku depan kawan-kawan dia. Di depan ku bapa bukan pernah puji pun pencapaian ku. Masa masih berkerja, bapa selalu sibuk dengan kerja dia. Kadang-kadang dia tak pernah menghadiri majlis anugerah pencapaian akedemik anak-anak dia. Bila balik kerja bapa sentiasa letih. Kebanyakkan mama yang mewakili bapa andai ada aktiviti sekolah. Masa untuk bersama dengan aku dan abang yang bapa korban, semuanya untuk menjaga keamana dan keselamatan negara dan komuniti secara keseluruhannya.
“ Uncle nak tanya ini…” soal Uncle Michael tiba-tiba. Wajah Uncle Michael ku pandang. Terus lamunan ku tentang bapa hilang.
“Apa dia Uncle tanya la…saya cuba jawab.. kalau soalan itu tak susah hendak saya jawab..” ujar ku dengan senyuman.
Aku melihat Uncle Michael mengenggam tangan dia erat. Dan aku melihat dia seperti mencari kata-kata yang sesuai. Agaknya seperti serba salah pun ada. Entah apa yang Uncle Michael nak tanya. Risau pula aku. Takut Uncle Michael akan tanya soal yang menakutkan untuk aku jawab. Apa lagi kalau bukan pasal jodoh anak dia dengan aku.
Dapat ku lihat muka Uncle teragak untuk menanya.
“ Dekat sini rupanya Abang Mike…” belum sempat Uncle Michael nak tanya apa-apa, Auntie Sally dan Meghan menghampiri kami. Tangan Rose dan Orkid, dua-dua ku genggam erat. Ingin sahaja aku membawa budak berdua itu larikan diri daripada situ. Entah apa lagi drama yang Auntie Sally bakal nak buat dekat sini.
“ Eya…berbual dengan Illa dan cucu comel dua orang ini…”, balas Uncle Michael penuh ramah.
Pipi Rose dan Orkid di cubit lembut silih berganti oleh Uncle Michale. Rose dan Orkid cuba mengelak tapi tidak sempat. Senyuman tetap juga terukir dibibir mereka berdua walaupun pipi mereka dicubit tanpa rela mereka berdua. Wajah mereka berdua sedikit pun tidak menunjukkan protes, tidak puas hati bila diganggu ketika mereka sedang makan. Tidak seperti kanak-kanak lain sebaya mereka berdua, akan merengek tidak puas hati di sentuh ketika tengah fokus makan. Sebaliknya, mereka berdua tetap tenang meneruskan aktiviti makan jelly puding di tangan. Itu yang membuatkan aku senang hati dengan apa yang di depan mata ku. Kecil-kecil dah pandai jaga kelakuan.
“ Oh…Illa pun ada sini…”, ujar Auntie Sally sinis, melenyapkan segala yang ada di mindaku. Aku sekadar tersenyum dan mengangguk. Aku tahu dia bukan ikhlas pun cakap begitu. Mesti dia berlakon sebab Uncle Michael ada dekat sini.
“Ingatkan Illa dekat dapur tadi… Illa, sesekali itu rajin-rajin lah membantu orang. Bukan duduk tak buat apa-apa dekat sini… saya bukan nak puji anak saya Meg in Bang Mike…tapi itu lah, dia memang rajin membantu ke orang di dapur. Ringan tulang orang katakan…”, kata Auntie Sally lagi.
Terasa ‘sentap’ di dada ku. Tapi aku cuba tahan. Aku tak tahu macam mana nak membalas kata-kata Auntie Sally tersebut. Bukan dia tak tahu dan sedia maklum yang aku dipinta oleh Kak Jac menjaga anak-anaknya sementara. Dia juga ada dekat situ ketika Kak Jac meminta ku menjaga Rose dan Orkid.
Dalam fikiran ku ketika ini satu sahaja, Auntie Sally sengaja nak buat scene drama dia. Ah..aku dah puas sangat dengan scene drama dia hari ini. Daripada pagi tadi asyik aku sahaja yang kena. Desis hati ku.
“ Illa bukannya tak kerja dekat sini Sally…dia jaga Rose dan Orkid ini ah…takkan kamu tak lihat apa yang dia buat.”
Aku mengangkat wajah ku yang tadi menunduk seperti seorang yang kalah sebelum berjuang habis-habisan bila mendengar suara Uncle Michael mempertahankan ku. Uncle Michael tersenyum dengan mengangguk-angguk kepala saat aku memandang wajahnya. Reaksi tersebut seperti menyatakan ‘I got your back girl’.
Sekilas aku memandang pula ke arah Auntie Sally. Dia menunjukkan muka yang sedikit terkejut dengan tindakkan Uncle Michael yang mempertahankan ku. Pada masa yang sama dia membuat muka menyampah. Lantas aku memalingkan muka ku ke arah si comel Orkid. Sedaya upaya untuk membuat muka tidak kisah.
“ Saja nak tanya abang ini, anak Abang Mike tak balik kampung ke…? Kalau balik kenal-kenal kan lah dengan Meg, anak saya ini. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi…tapi kalau nak di ambik jadikan bini, anak saya memang sesuai. Pandai memasak, mengemas rumah…pandai jaga laki dan jaga anak, itu saya pasti. Bukan macam sesetengah gadis sekarang…berpelajaran tinggi… masuk dapur sekadar nak isi perut dia sahaja”, kata Auntie Sally, penuh sindir. Tapi pada masa yang sama penuh dengan lakonan dia. Penuh realistik kedengaran bila dia tersengih kebanggaan mengutarakan pendapat dia.
Bagi aku itu ditujukan untuk aku. Darah mengalir laju di segenap arteri otak ku saat ini. Untuk berfikir dengan logik tindakkan Aunty Sally. Hairan dan pelik pun ada. Dah kenapa setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Auntie Sally hari ini mesti sahaja nak kaitan dengan ku. Adakah aku ini contoh yang terbaik untuk dia jadikan sebagai wanita yang berpelajaran yang tidak pandai memasak dan tidak pandai mengemas. Dan paling penting bukan seorang wanita yang boleh jadi isteri yang baik di mata Auntie Sally.
Paling hati ini tak tahan dia bukan pernah nampak aku memasak? Dia juga bukan pernah nampak aku mengemas rumah? Main serkap jarang dari pagi tadi, menyindir ku.
“Betul itu Uncle… Uncle patut kenalkan Meg dengan anak Uncle. Alang-alang Auntie Sally dah bagi cadangan, Illa memang menyokong…Yer lah, bukan apa. Kalau Uncle pilih menantu yang macam Illa, Illa memang ke dapur untuk isi perut sendiri sahaja. Takut nanti tak termakan pula anak Uncle disebabkan Illa… Jadi, saya tinggal Auntie dan Uncle untuk berbincang apa yang patut…” Sinis dan penuh tegang ayat yang keluar daripada mulut ku. Penuh biadap kedengaran di telingaku bila aku mengucapkan itu.
Hah! Tak ada angin tak ada ribut, itu yang keluar daripada mulut aku akhirnya. Hati ini dah tak boleh bersabar lagi kali. Limit sabar yang di miliki aku dah sampai hujung.
Rasanya tak guna aku berada lama-lama dalam situasi yang aku tidak suka ini. Aku meminta diri selepas menurunkan tubuh Rose dan Orkid daripada kerusi. Kedua-dua tangan budak kecil berdua itu aku pegang dengan erat untuk menuju masuk ke rumah Mak Long keluarga.
Kak Jac pula ketika itu dalam mengatur melangkah untuk menghampiri ku.
“Lari…” Terkebil-kebil Kak Jac bila aku memberi isyarat begitu. Tanpa banyak soal dia mengikut sahaja. Tapi aku pasti dia tahu kenapa aku sebegitu. Kerana aku yakin dia telah melihat kelibat Auntie Sally.
“ ILLA tak faham langsung kenapa Auntie itu daripada pagi tadi nak sindir-sindir dan tiba-tiba sakit hati dengan Illa. Malahan dibandingnya Illa dengan Meg itu. Apa lah kesalahan yang Illa buat sampai dia sanggup berkelakuan sebegitu..” ujar ku setelah habis menceritakan kejadiaan di khemah tadi kepada kakak sepupu dan Kak Jac. Yang kini di bilik Kak Long Gloria hanya ada aku dan Kak Jac sahaja.
Silih berganti wajah Kak Long Gloria dan Kak Jac ku pandang. Wajah mereka berdua juga berkerut seperti tidak suka dengan kelakuan Auntie Sally.
“Illa… Illa ini polos sangat. Kalau orang yang sememangnya busuk hati dan tak suka dengan kita, ada sahaja cara dia nak kenakan kita. Dia tak perlu lihat kesalahan kita pada dia…pencapaian kita pun boleh buat dia menyampah. Itu lah orang namakan sengaja cari gaduh…”, balas Kak Long Gloria. Wajah ku ditenung.
Keadaan sepi seketika. Kak Long Gloria seperti berfikir. Kak Jac pula seperti melayan perasaan.
Masuk ke dalam rumah Mak Long tadi, Kak Jac membawa ku ke dapur. Untuk menyapa orang di dapur. Banyak auntie-auntie aku terkejut dengan kehadiran ku di situ. Mungkin Kak Jac dan Mama tak memaklumkan kehadiran ku. Silih berganti pula mereka semua memeluk ku sebab teruja. Sepupu-mupu perempuan ku mengikut juga memeluk ku.
Sempat juga aku berkenalan dengan isteri-isteri sepupu-mupu lelaki ku yang belum pernah aku jumpa. Betapa lama aku tak menghadiri keramaian besar begitu sampaikan aku baru sedar yang aku sudah ada banyak anak saudara yang telah besar-besar. Dah ada yang masuk middle high school dah.
Dalam keadaan jejak kasih itu, entah macam mana jeanku terkena tumpahan minuman air salah sorang anak saudara ku. Mengalir air mata budak itu, menangis rasa bersalah. Mungkin dia takut dimarahi. Kasihan pula aku tengok. Walaupun aku mengatakan tidak mengapa, tapi tetap juga dia kena marah oleh nenek dan ibu dia. Aku sebenarnya tidak ambik hati sebab aku sedar dia budak lelaki. Sememangnya aktif sedikit, berlari sana sini.
Mak Long lah penyelamat keadaan dengan membawa aku masuk ke bilik Kak Long. Dia memberitahu aku boleh pakai baju lama Kak Long Gloria yang tak terpakai. Walaupun sudah dimaklumkan begitu, anak saudara ku itu masih lagi menanggis. Dan aku dengan rasa kasihan memujuk anak saudara aku itu. Rose dan Orkid tanpa dipinta, turut membantu ku memujuk. Comel sahaja budak berdua memujuk sepupu mereka tersebut. Lepas itu, pandai mereka bergaul dengan sepupu mereka berdua yang lain. Maka ditinggalkan aku bersama dengan ibu mereka.
“ Rasanya akak tahu sebab apa?”ujar Kak Long Gloria tiba-tiba dengan menepuk tangan dia. Terkejut aku dibuatnya.
“ Sebab apa Kak dia sindir-sindir tak puas hati daripada pagi tadi?” soal ku penuh tanda tanya. Ingin juga ku tahu penyebab dia.
“ Sebab anak Uncle Mike… Akak dengar gosip daripada mak, Auntie Sally suruh bapa Illa satukan Meghan dengan anak Uncle Mike itu…Illa tak tahu ke? Betul kan , Jac?” soal Kak Long Gloria. Wajah Kak Jac dia pandang, meminta untuk menceritakan apa yang terjadi. Kemudian, dia bangun dari duduk dan mencari sesuatu di almari pakaian.
“ Illa tak tahu pasal itu. Habis bapa setuju lah pergi menanya kawan baik dia itu…kiranya perempuan meminang lelaki lah ini?” soal ku lagi penuh minat. Ingin tahu juga adakah bapa akan mengikut kehendak Auntie Sally.
“ Memang tak lah bapa setuju. Bapa tak nak tanya... Malah, alasan bapa tak nak tanya sebab Uncle Mike ada bagitahu dia hanya nakkan Illa sahaja sebagai menantu dia. Itu lah kali penyebab Auntie Sally tak puas hati…” ujar Kak Jac, mula masuk line untuk bergosip.
Apa yang dibuka oleh Kak Long Gloria memang tak dikhabarkan oleh mama dan bapa dekat ku. Kak Jac pun begitu juga. Tak nak menceritakan dekat ku. Kalau Kak Long tak membuka cerita ini mungkin aku tak tahu.
“ Bapa ini pun satu…cuba la tanya dulu dengan Uncle Mike itu…ini tak terus sahaja cakap tak nak…Mana lah tahu anak Uncle Mike itu tiba-tiba nakkan dekat Meg”.
Betul apa. Belum cuba belum tahu orang cakap. Kot-kot anak Uncle Michael itu berminat dekat Meghan. Dapat juga merealisasikan impian Auntie Sally yang nak berbesan dengan Uncle Michael.
“Kalau anak Uncle Mike nak pun, tak semestinya Uncle Mike nak bermenantukan Meg. Tak patut juga Uncle Mike tak tahu perangai duo beranak itu macam mana,” ujar Kak Jac.
Berbuih mulut Kak Jac tidak setuju dengan kenyataan ku.
“ Meg itu sekarang semakin mengikut perangai mak dia… Akak kadang-kadang geram juga dengan perangai dia…ishh.. Itu la ada perpatah mengatakan…kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi, ” tambah Kak Jac lagi.
Amboi, Kak Jac siap peribahasa lagi. Semakin selesa meluahkan gosip-gosip yang tersimpan lama dihati. Tersenyum aku dibuatnya.
“ Kak tak rasa anak Uncle Mike itu nakkan Meg… orang itu bukan setakat berpangkat, pandai…malah ada rupa yang handsome.”
Aku memandang muka Kak Long Gloria dengan wajah sedikit terkejut. Ini sorang, macam pernah jumpa anak Uncle Michael pula. Desis hatiku.
“ Jangan nak buat muka terkejut. Akak pernah berkerjasama dengan company dia kerja. Jadi akak tahu. Si Dan itu, bukan sahaja berkerja yang company besar, dekat Fallham Capital. Malahan, handsome, soft spoken dan gentleman… Full package lah orang katakan. Illa sahaja yang reject dia bulat-bulat tanpa berkenalan dengan dia…”, ujar Kak Long Gloria lagi dengan tersengih. Seperti dapat mengagak apa yang bermain difikiran ku tadi.
Dia duduk kembali di sofa sebelah ku. Wajah dia ku pandang sekilas.
Aku buat muka. Tahu orang tak suka. Masih lagi Kak Long Gloria nak promote anak Uncle Michael yang aku kira sudah menjadi kenalan rapat Kak Long Gloria.
“Dah orang tak berminat, nak buat macam mana. Illa percaya cinta yang dicari sendiri itu lebih indah rasa dia daripada orang yang tolong carikan untuk kita. Sakit kecewa sekalipun kita sendiri yang tanggung. Berbanding kalau orang lain yang carikan untuk kita. Kita mungkin akan menyalahkan orang lain atas kekecewaan yang kita rasai..”
Padu baris ayat-ayat terkeluar daripada mulut ku. Penuh emosi berempah ratus.
Tapi boleh pula Kak Long dan Kak Jac tersengih seperti aku sedang melawak. Ingat aku ini main-main kali, sedangkan aku mengatakan kebenaran. Aku mencebik bibir.
“Yer lah…yer lah…akak faham. Jangan nak buat bibir muncung macam itu. Macam boleh sangkutkan hanger pula akak tengok”, usik Kak Long. Kak Jac sekadar mengeleng kepala dan tersenyum.
“Illa tukar lah pakaian Illa dengan dress lama akak ini. Tapi dress ini agak antik dan classy sedikit…zaman akak muda-muda dress ini. Akan yakin kalau Illa pakai mesti cantik... Mana lah tahu, nanti boleh terjumpa Mr. ‘jodoh’ yang Illa cari kalau Illa pakai dress ini,” kata Kak Long dengan senyuman, mengusik lagi. Ish…
Dress berbungkus dengan plastik simpan baju bertukar tangan. Kemudian, Kak Long Gloria menyuruh ku menukar dress yang dia pilih di bilik mandi.
Berbalik kepada Mr. ‘jodoh’ entah kenapa hati ku berdebar. Sesaat hati ku berbisik kepada diriku yang aku telah temui Mr. ‘jodoh’ itu. Wajah Noah Harvin terus terbayang di mata dan minda ku. Hati tersenyum senang dengan apa yang aku rasa saat ini.
MAJLIS pertunangan Kak Long Gloria dengan ‘jodoh’ pilihan dia berjalan dengan lancar. Meriah sekali. Siap ada pertunjukkan bunga api selepas cincin disarung di tangan Kak Long. Percikan cahaya bunga api menghiasai malam, di halaman rumah Mak Long dan Pak Long.
Kebahagiaan jelas tertunjuk di wajah Kak Long saat dia diumumkan menjadi tunang orang. Begitu juga dengan Mr. ‘tunang’ dia. Malah, anak-anak Mr. ‘tunang’ dia begitu mesra dengan Kak Long. Kedua-dua tidak mahu berjauhan daripada Kak Long saat mereka menjejak kaki di rumah.
Kak Long Gloria sempat memperkenalkan bakal suami dia dengan ku sebelum majlis bermula. Boleh tahan orangnya. Walaupun bapa orang dan dah masuk 40 siri tapi masih terserlah kekacakan dia. Orangnya penuh hormat dan lembut mengatur bicara. Patut lah Kak Long Gloria sanggup tak nak mencari lagi bila kehilangan kekasih hati dia. Teguh sungguh cinta Kak Long Gloria setia kepada Mr ‘jodoh’ dia. Tapi, sungguh aku kagum keteguhan cinta Kak Long. Bahagia juga dia akhirnya.
Aku melihat wajah yang aku kenal. Perasaan bersalah menyentuh hati ku. Bersalah dengan tindakkan aku tadi. Secara tidak sengaja Uncle Michael terkena pelepas amarah ku dengan Auntie Sally.
Kaki ku mengatur langkah menghampir orang tersebut.
“ Hi Uncle.. Boleh Illa duduk?” sapa ku.
“ Oh Illa…duduk la…” ujar Uncle Michael. Senyuman terukir di wajahnya. Langsung tidak menunjukkan dia sakit hati dengan apa yang aku lakukan petang tadi.
“ Uncle Mike nak?” kata ku memperlawa Uncle Michael.
Pinggan yang berisi cupcake dan cheese cake ku hidangkan di depannya. Cupcake dan cheese tersebut sempat ku gapai sebelum menghampiri dia. Sebagai tanda penyesalan ku. Tanda minta maaf.
“ Boleh juga… Uncle nak cupcake ini?”
“ Ambil lah Uncle. Memang ini Illa ambil untuk Uncle…dan juga sebagai tanda Illa nak minta maaf..”
“ Pasal apa Illa nak minta maaf?” soal Uncle Michael.
Berkerut wajah Uncle Michael. Penuh tanya dan tidak faham dengan permintaan maaf ku.
“ Pasal petang tadi…Illa cakap seperti Illa tak hormat dekat Uncle. Illa tak sepatutnya cakap begitu…melepaskan sakit hati Illa dengan Auntie Sally dekat Uncle sekali”, ujar ku.
Ada penyesalan di nada suaraku.
“Oh…pasal itu... Uncle tak ambil hati lah Illa…”
“ Illa rasa bersalah dekat Uncle…kalau bapa tahu mesti bapa marahkan Illa…dah lah Uncle kawan baik bapa…Illa betul-betul minta maaf atas apa yang Illa katakan dekat Uncle tadi…”
Sepuluh jari disusun meminta maaf. Aku melihat Uncle Michael tersenyum.
“ Ishh.. kan Uncle cakap Uncle tak kisah dan ambik hati. Uncle tahu Illa tak terniat pun nak bercakap begitu dekat Uncle”, kata Uncle Michael penuh dengan nada lembut. Tersentuh hati ku dengan tindakkan dia yang sudahpun memaafkan aku.
“ Illa tunggu sini sekejap..” ujar Uncle Michael yang bangun dari kerusi yang dia duduk dan menuju ke arah seorang wanita yang sebaya dengan mama. Dari jauh aku memerhati dia bercakap sesuatu dengan wanita terbabit sambil menunjuk ke arah ku.
Aku melihat mereka berdua berpimpin tangan menghampiriku.
“ Ma…ini lah Illa… Anak Kee..” ujar Uncle Michael kepada wanita disebelah dia.
Aku bangun daripada kerusi. Berjabat tangan dengan wanita yang diperkenalkan Uncle Michael kepada ku. Walaupun ada riak terkejut terpancar di wajah Auntie tersebut tapi sesaat itu juga dia menghadiahkan aku senyuman manis.
“ La..cantik orangnya Pa… dulu-dulu waktu kecil, Kee bawa dia ke rumah kita, comel orangnya. Sekarang dah besar cantik sungguh orangnya…” puji Auntie yang berada di depan ku. Silih berganti dia memandang wajah ku dengan Uncle Michael.
Aku sekadar tersenyum. Malu. Sampaikan pipi ku terasa panas.
Aku boleh mengagak siapa wanita berada di depan ku itu. Ini mesti isteri Uncle Michael, Auntie Adeline. Nama dia selalu di hujung mulut mama, jadi aku boleh ingat. Cuma wajah Auntie Adeline telah kabur di dalam kotak ingatan ku. Tapi wanita di depan ku ini masih cantik dan penuh ayu wajahnya.
Tangan ku ditarik untuk duduk disebelahnya.
Sambil tersenyum aku menjawab setiap patah pertanyaan yang diaju oleh Auntie Adeline. Uncle Michael yang menjadi pemerhati tersenyum senang.
Share this novel