Chapter 21

Romance Series 49576

“So, selepas ini saya tak ada apa-apa promises dengan awak lagi dan saya dah tunaikan semua janji saya”, kataku ketika kami berdua telah sampai di hadapan rumahku.

Rumahku masih lagi terang-benderang. Rasanya Andrianne dan Nonny masih belum tidur. “Thanks you. It’s really fun and I’m enjoy every moment”, tambahku lagi dengan cuba untuk membuka helmet yang aku pakai. Tapi pantas juga tangan Noah Harvin menolongku membuka helmet tersebut.

“But we still can contact each others and go out sometimes, right?” tanya Noah Harvin dengan penuh harapan. Seperti ada kesedihan di wajahnya apabila dia mendengar kata-kataku itu. Aku cuba mencari keikhlasan dibalik hati dan wajahnya.

“Ya. Untuk contact each other’s mungkin boleh. Tapi untuk keluar bersama lagi, mungkin tidak”, ucapku dengan senyuman. Noah Harvin terkaku sejenak. Aku melihat dia menundukkan wajah. Apasal Pak Jowok ini? Aku ada ucap benda yang salah ke, tanyaku pada diri.

“But why?”, soal Noah Harvin yang separuh kedengaran di telingaku. Wajah ku ditatapnya. Aku pula yang terdiam kali ini. Entah apa alasan yang patut aku berikan. Aku memeras otak memikirkan alasan yang logik. Patut kah aku terus terang sahaja.

“Saya janji sekali sahaja kan keluar dengan awak.”

“Tapi masih I tak faham. Kenapa you tak mahu keluar lagi dengan I after this?”.

Wajah Noah Harvin berkerut. Coba mencari di mana salahnya sampaikan wanita di depannya itu tidak mahu keluar dengannya lagi. Kalau wanita lain mesti dah bermanja-manja dengannya dan menanyakan lagi date seterusnya. Tetapi wanita didepan itu berlainan. Sukar untuk dia faham apa yang ada di hati dan fikiran wanita itu.

“How about this, I katakan yang you’re my types already. And I will be your boyfriend. Kalau itu boleh membuatkan kita keluar date lagi. Then I willing to do it,” lancar sahaja ayat itu keluar daripada mulut Noah Harvin. Dia sendiri tidak tahu kenapa di menyatakan ayat begitu.

Terlopong mulutku mendengar kata-kata Noah Harvin. Dan sepantas itu juga helmet yang ku pegang mencium helmet dikepalanya.

“Ouch!” Jelas di wajah Noah Harvin dia seperti terkejut dan terperanjat dengan tindakkanku.

“Siapa suruh ucap kata benda yang mengarut and stupid macam itu!”

“Habis itu you nak I cakap apa lagi. Hanya itu ayat yang boleh I fikir saat ini. Mungkin you takut keluar dengan guy yang tak ikatan dengan you. So, I jadi boyfriend you dulu sebelum beralih kepada ikatan yang selanjutnya.”

Aku menghela nafas panjang. Orang macam dia memang mudah bermain perasaan. Semudah itu dia boleh menukar types dia dan semudah itu dia ingin menjadi boyfriend aku. Dan suatu saat semudah itu perasaan itu berubah. Itu memang permainan dia.

“Okay! Macam ini, apa kata awak bagi saya alasan yang manusabah, yang boleh saya terima agar kita boleh keluar bersama”, cadangku. Wajah Noah Harvin kelihatan berubah. Dia seperti memikirkan sesuatu.

“But how?” tanyanya.

“Tak tahu. Cari sendiri. Guys like you mesti dapat cari dan tahu cara dia. Dan tentu banyak excuses yang boleh dipakai”, kataku dengan nada sinis. Aku hanya melihat dia mengangguk sahaja. Faham ke tak dia ini, dan entah apa yang di fikirkannya, desis hatiku.

“What if my excuses are I miss you anak kucing and I want to meet you, boleh tak?” tanya Naoah Harvin dengan senyuman yang meleret. Dia telah kembali kepada dirinya yang asal.
“Hemm. Saya tak dapat terima. Terlalu common dan entah berapa ramai girlfriend awak dah pernah dengar excuses awak itu. Tak mahu. Saya tak accepted benda yang tak menguntungkan diri saya”, kataku bersahaja yang membuatnya ketawa.
“Ya betul juga itu. You special, dan anak kucing cute I”. kata Noah Harvin dengan nada yang nakal dan mencubit pipiku lembut. “ataupun you patut pertimbangkan balik dan fikirkan apa yang I awal-awal cakap tadi”.

“Yang satu ye?”

“Pura-pura tak ingat lagi”. Hidungku dipicit oleh Noah Havin. Aku mengenggam pergelangan tangan Noah Harvin, menghalang tindakkannya. Tetapi saat itu, tanganku ditarik dan dibawa ke dada. Aku merasa degupan jantungnya yang pantas berdetak. “Ini! I jadi boyfriend you.”

Ketika itu aku melihat Andrianne dan Nonny telah pun membuat grill rumah. Pantas aku menarik tanganku yang dipegang oleh Noah Harvin. Dia orang mengintai. Siap lampu hadapan pagar di buka dia mereka berdua. Mereke berdua megintai-intai daripada grill. Apabila dia orang memanggil namaku, aku membalas dan melambai.
“Dah lewat ini. Safe drive and good nite”, kata ku membuka pagar dan meninggalkan Noah Harvin. Aku berlari masuk mendapat Andrianne dan Nonny yang di hadapan pintu. Telefon ku berbunyi. Tertera nama Noah Harvin di skrin. Aku membukanya.
‘I will give you time untuk fikir apa yang I kata tadi. How about a weeks I tak ganggu you!? Supaya you boleh consider apa yang I katakan tadi. But I will miss you this week and another week. At the same time, I will find a lot excuses for us to go out. Jangan pandang rendah otak Pak Jowok you ini. Good nite anak kucing and thank you for today.’- Noah Harvin

Tipu kalau aku katakan kalau hati ini tidak berdebar menerima ayat begitu. Dan aku tersenyum sendiri.
Ketika masuk ke ruang tamu tv, Andrianne dan Nonny menahanku untuk masuk bilikku. Aku kedutkan dahiku pura-pura tidak faham. Dengan paksa rela tanganku ditarik supaya duduk di sofa. Dua-dua mereka berdua duduk di sebelah kiri dan kananku.

“Siapa itu?”, soal Nonny dengan nada mengusik. Yang aku hairan entah kenapa minah berdua ini memegang tanganku. Erat pula itu. Macam pesalah pula aku dilakukan begitu.

“Siapa?” tanya ku balik. Aku berdalih pura-pura tidak mengerti. Perlahan aku mengerakkan badanku. Coba untuk membangunankan diri. Tetapi Andrianne dan Nonny menepuk-menepuk tanganku seperti memberi isyarat yang aku tidak dapat melepaskan diri daripada dia orang.

“Alah, mamat handsome pakai helmet dekat luar tadi. Yang hantar Ella balik”.

“Ada ke?” Ujarku masih mahu berteka-teki.

“Boyfriend?” soal Andrieanne perlahan penuh keinginan ingin tahu.

“Mana ada?”, nafiku.

“Tengok pipi dia mula merona kemerahan Anne. Confirm boyfriend dia. Sampai hati dia tak share good news dengan kita”. Tanganku yang dipegang oleh Nonny, ditolaknya.

“ Masih lagi nak berahsia kita orang ke Ella?! Benda baik tak baik disorokkan, Ella. Kena share dengan orang lain”, sampuk Andrienne tersengih, mengusikku.

“Bukan lah. Kawan Ella saja itu”, kata ku cuba menerangkan kebenaran.

“Takkan kawan?! Siap tolong Ella buka tali helmet lagi mamat handsome itu. Romantic sangat kawan kalau macam itu”.

“Awak pun nampak dia juga ke tadi, Ni? Handsome, kan?!”.

“Ahhaa.. nampak. Walaupun samar-samar. Memang ada aura handsome. Kalah Sylvester aku”.
Aku melihat Andrianne dan Nonny tertawa. Senang hati mengusik aku. Aku yang berada ditengah berdua menahan perasaan. Dia orang ini tidak sedar aku masih disini. Yang masih menjadi tawanan diaorang.

“Kalau samar-samar boleh nampak ke wajah orang itu. Over sangat react korang berdua ini”.

“Jadi, betul lah dia boyfriend Ella?” Aku tidak pun mengaikan lagi Nonny sudahpun buat conclusion untuk aku.

Nafasku dihela. Sejenak aku berfikir ayat yang sesuai untuk menerangkan siapa Noah Harvin. Aku memang dah agak ini akan berlaku. Sebab itu, aku pernah berkeras tidak mahu Noah Harvin datang rumah dulu. Hari ini, terpaksa sebab pagi tadi waktu ke The Daydream Garden, Marilyn & Elden yang menjemput aku ke rumah.

“Bukan lah.. dia memang kawan yang baru Illa kenal.” Wajahku mereka berdua tenung dengan penuh curiga. Tidak percaya lagi dengan apa yang aku nyatakan.

“Sumpah!! Dia memang kawan Illa saja. Takkan kawan yang baru kita nak kenal terus jadi couple kita kan? Kena take a depth breath dan kena slowly. Nikmati perasaan ketika baru nak berkenalan itu, perasaan mula-muka berkawan dan perasaan kita flirting dengan si dia. Barulah masa bercouple, perasaan itu semakin manis”,jelasku dengan panjang lebar.

“Ermm betul juga. Kalau baru kenal mestilah jadi kawan lah kan. Takkan terus jadi couple. Macam awak dulu dengan Sylvester, tak kan direct couple kot?!”, ujar Andrianne yang mula tersengih.

“Apasal aku dengan Sylvester yang kena dijadikan contoh?”.

“ Sebab awak sahaja yang boleh dijadikan contoh”. Nonny mencebir tidak puas hati. Aku tersenyum.

“ Jelaskan explanation Illa?! Sekarang izin tuan puteri Illa masuk bilik”. Dua orang housemate itu mengangguk dan memberiku muka menjengkelkan.

“Mengada”, ucap mereka berdua hampir serentak. Aku tertawa kecil.

Kemudian aku berlalu ke bilikku. Hari ini memang letih tapi aku tak pernah rasa gembira seperti hari ini. Usai mandi aku membaringkan diri diatas kali. Aku mengambil telefon yang berada di atas meja dan folder media dibukaku. Gambar-gambar hari ini yang aku ambik ku tenung. Sampailah gambar aku selfie dengan Noah Harvin. Aku tersenyum melihat gambar kenakalan dia di situ. Dan akhir sekali gambar dia sendiri sambil memberiku aiskrim. Sungguh menawan hati senyuman dia disitu. Saat itu, berlegar-legar di benak fikiranku ayat-ayat massage Noah Harvin. Entah kenapa rentak degupan jantungku laju dan bahang panas terasa di mukaku walaupun air-corn bilik memang tersedia terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience