Selepas meletakkan kenderaan di tempat letak kereta bawah bangunan ALPHA Holding, enjin kereta aku tutup. Seperti hari semalam, hari ini aku datang awal ke ofis. Cuma hari ini aku tidak sempat nak breakfast dekat rumah sebab aku ingat aku sudah lewat. Tambahan pula aku tidak ada selera. Aku menarik nafas apabila melihat file-file dan kertas-kertas ku yang bertaburan di tempat duduk sebelahku. Semua adalah kerja ofis yang aku buat di rumah malam semalam. Sebab aku bakal bercuti dalam masa terdekat, jadi aku nak kena siapkan semua kerja itu dengan cepat.
Aku mencari barang terpentingku di dalam celah-celah file dan kertas tersebut, contohnya handphone. Aku pasti aku membaling telefon tersebut dalam longgokkan kertas dan file itu. Aku melihat handbeg ku yang berada dibawah kerusi penumpang.
Baru aku teringat yang aku membuat tekanan brek secara mengejut dalam perjalanan tadi. Semuanya gara-gara pemandu yang tidak berhemah tidak memberi isyarat ketika ingin memotong. Nasib baik kereta yang di belakang ku masih lagi jauh jaraknya. Kalau kereta tersebut jarak dia berdekatan dengan kereta aku, pasti ‘buntut’ kereta ku sudah kena cium tadi. Pemandu zaman sekarang memang tidak pandai hendak mengunakan signal kereta kalau hendak memotong dan masuk simpang. Sebanyak mana pun kempen iklan tentang keselamatan raya, hanya segelintir yang mematuhi. Teknology semakin maju dan kereta semakin canggih tetapi mentality sesetengah orang tidak juga maju.
Handbeg ku gapai dan aku melihat handphone ku terbaring di atas karpet lantai kereta. Belum sempat handphone ku digapai, handphone tersebut berbunyi. Deringan message masuk. Siapa pula message aku awal pagi ini. Takkan Mr Mark lagi kot?! Takkan dia nak suruh aku ke bilik mesyuarat lagi hari ini, desis hatiku
‘I miss you anak kucing’ -Noah Harvin
Sungguh aku terkejut apabila melihat nama Noah Harvin terpapar di skrin telefon. Dan message itu telah membuat aku terpaku. Dan bertanya pada diri, apa tujuan Noah Harvin message aku hari ini setelah berapa hari menghilangkan diri.
‘I miss you so much anak kucing.’-Noah Harvin
Aku membiarkan massage tersebut begitu sahaja. Tapi mataku masih terfokus kepada message Noah Harvin tersebut. Satu lagi message masuk.
‘ I am really really miss you, anak kucing’-Naoh Harvin
Aku masih dalam keadaan tadi. Menenung message tersebut. Noah Harvin menghantar message yang sama berulang kali. Aku menarik nafas dan mula menaip message. Terasa perasaan geram dan sakit hati mengusik hatiku.
‘Where you been? Almost a week you missing without trace. And today suddenly you text me..’-Aku
Entah kenapa aku membalas message Noah Harvin sebegitu. Tetapi perasaan di dalam hatiku meluap-luap ingin menaip kata-kata itu. Selama berapa hari ini jujur aku akui yang menunggu message daripada Noah Harvin. Sampai aku terbawa dalam mimpi aku wajah Pak Jowok itu.
“Sampai hati Pak Jowok buat diri ini ternanti message daripada Pak Jowok selama berapa hari in? ” monologku sendiri pada handphone yang ada ditanganku. Tetapi kalau aku merindui dia, kenapa aku tidak message dia dulu? Ahh..tak boleh! Nanti dia akan jadi bangga dengan diri dia. Tapi nasib baik dia message hari ini, desis hatiku.
Tanpa sedar aku mengeluh. Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa ketika ini. Walaupun aku sakit hati dan geram tapi pada masa yang sama aku gembira menerima message daripada dia.
‘Do you don’t miss me? I am really really really really really really really miss you’-Noah Harvin
Aku tersenyum juga akhirnya. Tewas juga aku dengan pujukkan dia. Dia memang pandai memujuk untuk tertarik kembali dengan dia.
‘Awak belum lagi jawab soalan saya tadi?’- Aku
‘Which one?? Should I call you now?! I want to hear your voices. Baru hati I akan tenang sepanjang hari ini’-Noah Harvin
Tengok dia memang pandai bermain dengan ayat-ayat manis dia.
‘Awak pergi mana berapa hari ini. No massage, no call. You buat I risau’-Aku
‘Kan hari itu I nak suruh you berfikir pasal kita. I cakap I takkan ganggu you seminggu. Tapi hari ini I betul rindu dekat you. Tak dapat I tunggu satu minggu itu. But I so happy you risau dekat I. Maknanya you sayang dekat I’-Noah Harvin
Sekali lagi kata-katanya membuat aku tersenyum. Jadi, kehilangan Noah Harvin berapa hari ini, rupanya sebab dia betul-betul serius dengan apa yang dia nyatakan tempoh hari. Aku pula langsung tidak memikir apa-apa yang dia katakan hari itu. Apa yang aku buat sepanjang hampir seminggi ini menanti message dan panggilan daripada dia macam biasa. Bagaimana kalau dia akan tanya aku nanti. Apa aku nak jawab. Kepalaku yang tidak gatal ku garu.
‘You rindu I kan?!’ -Noah Harvin
Berdebar pula aku melihat message dia itu. Dia menghantar emoji tersenyum. Aku pasti dia tengah tersenyum dapat mengusikku. Takkan lah aku nak mengaku yang aku rindu dia berapa hari ini sampaikan terbawa dalam mimpi. Takkan kot.
‘Tak. Langsung tak!’- Aku
‘I tahu you takkan mengaku. Tapi I nak bagitahu you yang I dah ada excuse untuk jumpa you’ -Noah Harvin
‘Apa dia?’-Aku
‘I dapatkan client untuk you. Kawan I. Dia orang nak buka cafe. Jadi perlukan interior designer. So, I suggest your name dekat dia orang. As in return, I nak 5 kali date dengan you’ -Noah Harvin
Terlopong mulutku kali ini. Sukar untuk aku percaya dengan message dia itu. Semua gara-gara permintaan dia. Nak keluar date dengan aku sebagai ganjaran dia menolongku mendapat client. Tanpa sedar aku mengigit kuku. Berfikir alasan yang boleh digunakan untuk menolak permintaan dia. Bukan sebab aku tidak mahukan project tapi permintaan Noah Harvin itu agak was-was mahu menerima.
‘Saya bagi komisen sahaja lah’ -Aku
‘Tak mahu. I tak nak komisen. I nak date dengan you’ -Noah Harvin
‘Kalau macam itu saya tak mahu lah project itu’ -Aku
‘I call your Boss. And I buat kecoh dekat office you nanti kalau you tak nak terima’-Noah Harvin
Main ugut pula dia. Dia memang selalu buat jiwa aku kacau. Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal. Geram pula aku. Perlahan mataku pejam dan aku menarik nafas dalam sedalamnya. Ketika itu message handphone berbunyi lagi.
‘You’re the one that tell me, I mesti ada good excuse kalau nak date dengan you. I dah ada good excuse. How could you break your promise?! You cakap hari itu excuses yang I beri mesti menguntungkan you. I dah dapatkan you client. Bukankah itu menguntungkan you’ -Noah Harvin
‘Ishh..okay..okay. So, bila awak nak datang office?’ -Aku
Akhirnya itu kata putus yang aku mampu berikan. Aku mengalah juga dengan hujah-hujah dia. Ada kebenaran juga message yang dia hantar. Aku juga yang cadangkan supaya dia memberiku alasan yang boleh menguntungkan aku. Sekali Noah Harvin betul-betul bagi aku alasan yang menguntungkan aku. Aku sendiri yang terkena padah daripada apa yang aku cadangkan.
‘That's my anak kucing. Mendengar kata. Maybe hari ini pukul 10 lebih macam itu kita orang pergi ofis you’ -Noah Harvin
‘Okay.. Saya masih dekat tempat letak kereta sekarang. Saya nak naik ofis. Kalau awak sampai ofis saya nanti, jangan lupa text saya’ -Aku
‘Okay, anak kucing. Can’t wait to see you. Hari ini I dapat lepaskan rindu I dekat you. Terubat rasa hati I yang menahan rindu hampir seminggu ini’ -Noah Harvin
Berdebar pula aku membaca message terakhir Noah Harvin tersebut. Patut kah aku gembira ataupun menjerit saat ini? Gembira sebab dia message aku hari ini dan aku bakal berjumpa dengan dia. Menjerit sebab kalau dia datang satu ofis akan kecoh nanti. Akhirnya hanya nafas yang aku hela. Dan aku keluar daripada kereta dan mengatur langkah ke lif bangunan ALPHA Holding.
*****
“Miss Grace Adele kita, apa yang awak termenungkan itu?! Air kopi itu awak itu kalau bernyawa, memang awak akan kena sound. Sebab dia menahan marah dengan awak yang tak minum dia, ” kata Kimberley Marie, setiausaha Mr Eric, yang menghilangkan segala lamunanku.
Aku menutup mataku biarpun Kimberley Marie berada di depanku. Otak ku tak henti-henti berfikir tentang message yang aku terima daripada Noah Harvin pagi tadi. Entah macam mana ku nak hentikan otak ku daripada berfikir tentang perkara tersebut.
“Eeh. Dia boleh pula buat-buat tidur depan kita”, kata lagi Kimberley Marie sambil menepuk tangan ku. Tapi aku buat tak kisah. “Apa masalah Miss ini sebenarnya?” tanyanya dengan nada yang serius.
“Masalah besar. Sangat sangat besar. Sangat besar daripada masalah Pak Cik Menteri yang tengah memikirkan masalah negara,” kataku dengan mendakap muka dengan kedua-dua tangan ku.
“Tahu tak boleh terkeluar balik air yang saya minum ini mendengar kata-kata Miss itu.”
“Apa sebenarnya masalah dia Miss. Coba bagitahu betul-betul walaupun masalah itu sangat sangat besar. Orang kata explain dengan detail”, ujar Kemberley Marie lagi dengan muka mengajuk caraku bercakap. Kerana tak dapat tahan aku terus ketawa melihat aksinya itu.
“Orang nak ringan kan masalah besar dia, dia boleh ketawa. No…No…No…! Itu bukan detail maksud dia Miss”. Lagi lah makin galak aku ketawa. Melihat reaksi aku itu riang tapak tangannya hinggap di bahuku. Yang membuat aku mengadu kesakitan.
“Okay..Okay.. saya ceritakan, ”kataku sambil mengosok bahu ku yang masih terasa sakit. Kimberley Marie masih menanti ku bercerita dengan dengan muka yang tak sabar. “Sebelum itu jangan muka macam itu Marie. Saya tak tahan. Lucu tau”, tambahku lagi.
“Eee…Dah cepat cerita. Jangan nak focus dekat muka saya sangat.” pinta Kimberley Marie sambil menyentuh mukanya.
“Cerita dia macam nie. Kawan kepada kawan saya ini cari pereka dalaman. Sebab kawan dia itu nak buka café. Jadi kawan saya itu pun suggest lah saya dekat dia”, terangku dengan memandang muka Kimberley Marie sekilas. Kemudian aku meneguk air kopi di cawanku. Terasa nikmat aroma kopi itu membangunkan deria bauku. Sungguh harum.
“Saya tak nampak masalah dekat situ. Client datang itu. Bukan kah itu bermakna dia memberi keuntungan dekat awak dan company sekali”, kata Kimberley Marie dengan muka kebingungan.
“Masalahnya kawan saya itu nak something in return”, kataku sambil mengaru kepala yang tak gatal. Kimberley Marie yang di depan ku seperti sedang berfikir.
“ Kalau macam itu bagi lah dia komisen. Selesai masalah Miss”, kata Kimberley Marie. Wajahnya mula bersinar seperti dia dapat menyelesaikan maslahku.
“Awak takkan faham. Kalau lah masalah itu dapat di selesaikan begitu”, kataku sambil mengeluh dan menyandarkan dagu di meja. Untuk aku cerita apa permintaan Noah Harvin dekat Kimberley Marie, itu bermakna aku menggali kubur sendiri. Tak pasal satu ofis kecoh pasal aku dan Noah Harvin. Bukan boleh diceritakan banyak sangat informasi dekat Kimberley Marie ini. Mulut dia kadang-kadang boleh jadi radio bergerak dekat ofis. Keluhan aku lepaskan lagi.
“haa. Termenung lagi!? Termenung itu tak dapat selesaikan masalah”, kata Kimberley Marie yang mengejutkan lamunan ku lagi. Ketika itu pintu pantry di ketuk. Aku melihat personal assistantku tersenyum.
“Yes, Jessie!? Anything?” tanya ku kepada Jessica yang seperti teragak-agak nak bercakap.
“Ada orang cari Miss,” ujar Jessica dengan senyuman. Kimberley Marie yang di depanku memandangku dengan tanda tanya.
“Siapa?” soalku. Dadaku mula berdebar teringatkan Noah Harvin. Mungkin kah dia?
“Tak tahu. Lupa nak tanya nama tadi. Tapi perempuan dengan lelaki,”jelas Jessica yang masih menantiku.
“Okay. Suruh dia orang tunggu dekat bilik ofis saya dulu. Nanti saya datang. Lepas itu semua file-file dan dokument-dokument yang saya suruh prepare tadi dah awak letak atas meja kan?” tanyaku sambil memandang muka Jessica dan dia hanya mengangguk kepala. “Awak pergi dulu. Nanti saya datang”,tambah ku lagi dengan senyuman.
Jessica berlalu pergi apabila mendengar arahan daripadaku. Aku yang ingin mengangkat gelas minumanku untuk dibawa ke sinki ditahan Kimberley Marie. Dia menyuruh ku pergi sebab takut client menungguku. Usai mengucapkan terima kasih, tanpa berlengah aku mengatur langkah menuju ke bilik ofisku.
Share this novel