Aku terbangun secara mengejut apabila mendengar alarm telefon bimbit ku berbunyi. Semalam sebelum tidur aku dan Marilyn telah set bangun awal sebab nak tengok matahari terbit. Sampai di Bali semalam selepas check in bilik dan makan, aku mengikut Marilyn dan Elden buat pre wedding dia orang. Photographer yang diupah untuk mengambar gambar prewedding tersebut memberitahu yang dia mungkin nak ambil gambar waktu matahari terbenam. Dan aku meneman dia orang sampai malam. Selesai sahaja sesi tersebutaku dan Marilyn terus balik bilik dan lepas mandi aku terus melabuhkan diri di atas tilam. Aku yang terover penat walaupun hanya membantu assistant photographer mencari angle yang bagus dan kadang-kadang memegang veil dress Marilyn apabila dia bergerak. Selebihnya aku memerhati sahaja.
Aku separuh mengantuk apabila Marilyn menyuruh ku makan "tapau" makanan yang Elden hantar dekat bilik. Selepas habis makan aku menyambung tidurku. Rasanya Elden masuk bilik sebab aku mendengar dia bercakap dengan Marilyn dekat beranda bilik. Marilyn sempat suruh aku set alarm telefon supaya bangun awal untuk melihat sunrise. Aku megangguk saja waktu itu sambil tanganku lemah gemolai nak setkan alarm dan lepas itu aku rasa betul-betul tak larat nak makan habiskan ku. Aku kemudian tidur balik di atas katil.
Aku dan Marilyn tinggal dalam satu bilik dengan juru makeup, yang di hire untuk pre wedding Marily dan Elden itu. Enam orang bride maid lagi bermalam dua lagi bilik yang berasingan. Nama tempat kita orang bermalam, Ayana Resort. Tengok sekeliling resort tersebut masa sampai, aku tahu tempat itu exclusive. Penuh dengan swimming pool dia. Dan ada setengah tempat memang sesuai untuk buat pre wedding photo.
"Alin bangun." Kata ku sambil mengerakan Marilyn di sebelah ku. Aku melihat Miss Annie tidur di atas tilam single bawah katil kami. Dia menutup mukanya dengan selimut. Aku menuju ke bilik air dan mencuci mukaku supaya aku lebih segar.
"Alin. Bangun. Semalam cakap nak lihat matahari terbit", kataku lagi sambil mengerakkan badan Marilyn. Memang liat betul minah ini nak bangun. Aku melihat Marilyn mula mengosok matanya. Dan ketika itu telefonnya berbunyi. Dia bangun sambil mencari telefonnya, yang berada di sebelah meja lampu tidur. Dari nada suaranya aku tahu, Elden yang telefonnya.
"Illa dah siap ke?"katanya sambil memandangku. Aku hanya mengangguk sahaja. "Tunggu kejap Alin nak cuci muka", katanya lagi sambil bangun dan berlalu ke bilik mandi. Selepas keluar dari bilik mandi dia tersenyum seperti menunjukkan yang dia berasa segar dan dah bangun. Aku macam nak ketawa melihat gelagat dia itu.
"Elden cakap dia orang tunggu dekat depan pintu kita nie ", kata Marilyn sambil mencari sesuatu di bilik. Aku melihat dia mengampai sweater. Aku memang dah siap berbaju panjang yang agak tebal yang membuat aku agak suam-suam panas. "Jom pergi. Rasanya dia yang orang lain pun dah ada dekat luar kali", katanya lagi sambil menarik tangan ku.
Dan seperti yang di jangka. Memang mereka yang lain dah berada di luar pintu bilik kami. Aku melihat tiga orang bride maid kawan Marilyn sedang bercakap dengan sesorang yang macam aku kenal. Melihat aku dan Marilyn berada di depan pintu mereka terus tersenyum.
" Budak-budak yang lain tak nak ikut. Nak tidur kata dia orang." Kata Elden sambil menarik tangan Marilyn dan diletaknya dekat pinggannya. Marilyn hanya mengangguk dan merebahkan kepalanya di dadanya dan ketika itu satu cium di berinya dekat dahi Marilyn.
Dan kami mula bergerak menuju ke pantai. Aku berjalan akhir sekali. Aku melihat orang yang berada di depan ku Charlee, Dexter, Noah Harvin dan Haileigh berborak dengan riak sekali. Rasanya Calvin, David dengan Daniella berada di depan mereka selepas Marilyn dan Elden. Rasa tiupan angin pagi itu menusuk masuk badan ku walaupun baju agak tebal. Aku memendekkan jarak ku dengan mereka yang berada di depanku.
"Going to see sunrise?" kata sepasang mat salleh pertengahan umur yang tiba-tiba sudah berada di sebelah ku.
"Yup. Kind of freeze this morning but I'm too much excited want to see the sunrise" kata ku sambil memeluk tubuh ku yang di tiup angin. Aku melihat pasangan itu sudah pun berpelukan.
"Are you alone? Where is your boyfriend or friends?" kata yang wanita itu pula sambil memandang ku.
"They already leave me behind. My bad, cause I am walk too slow", kata ku dengan senyum di bibir.
"I think there are your boyfriend." Kata yang lelaki mat salleh itu pula sambil menunjukkan seseorang di depan kami yang seperti menunggu. Aku terkejut bila melihat Noah Harvin menunggu dengan muka yang serius sekali. Tetapi melihat kelibat ku dia seperti tersenyum di sebalik pagi yang samar itu.
"You should not leave your girlfriend alone. There could be some guy, like to stolen pretty girl like her", kata lelaki mat salleh sambil menepuk bahu Noah Harvin apabila kami mendekati dia. Kemudian pasangan itu terus berlalu pergi.
" You bagitahu dia orang I boyfriend you ke?" kata Noah Harvin yang coba menghalang perjalanan ku dengan kaki nya apabila ku buat pura-pura tidak kisah dengan kehadiran dia. " Ingat sikit you're not my type's" katanya lagi dengan mula melangkah. Aku hanya ternganga dekat situ apabila mendengar kata-katanya. Tak sempat nak membalas dia sebab dia dah pun mendahuluiku.
"Mamat perasan je lebih. Macam la dia itu handsome sangat. Perasan itu banyak sangat dekat hati", kata ku sendiri di belakang Noah Harvin sambil berjalan mendonggok ke bawah. Dan aku ketika itu tak sedarpun Noah Harvin ada dekat depan ku.
"Apa?" kata-kata itu yang membuat ku hamper jatuh apabila melanggar badan Noah Harvir yang di depanku. Mujur tangannya cepat menarik tangan ku dan badan ku berada kini begitu dekat dengannya.
"Gatal plus perasan", kata ku dengan menolak badannya dan berlalu pergi membuat Noah Harvin terpinga-pinga dengan tindakkan ku.
Dari jauh aku melihat Marilyn tangan melambai-lambai ku. Marilyn menyuruh aku duduk di sebelahnya. Dan aku tanpa berfikir panjang duduk sambil memandang pemandangan di depan ku. Begitu luas laut yang ada di depan ku. Cahaya matahari mula menampakkan dirinya. Marilyn meletakkan tangan nya di bahu aku dan sebelah lagi di Elden. Aku tersenyum memandangnya. Dan ketika itu aku melihat Noah Harvin duduk dengan dua orang kawan Marilyn. Seorang di sebelah kirinya dan sorang sebelah kanannya. Player. Aku patut menjarakkan diri dari dia, desis hatiku.
Balik sahaja tengok matahari terbit itu, kami semua kembali ke resort. Sampai sahaja dekat bilik, Marilyn terus memberitahu aku plan photo shoot hari ini. Sebab semalam aku tidur paling awal jadi tak dengar perbincangan untuk plan hari ini. Dia memberitahu yang kami akan ke pulau Lembong satu jam dari tempat pengingapan kami. Dia menyuruh ku membawa extra baju takut bermalam dekat sana sekiranya tiada feri kena balik. Aku hanya mengangguk tanda faham.
Share this novel